Friday, November 26, 2010

Ambang Muharram


Hari ni sudah 19 Zulhijah1431H. Bulan masih indah mengambang menghiasi kegelapan malam semasa aku pulang dari surau selepas isyak tadi. Di papan puteh surau ada tertulis ingatan untuk doa akhir dan awal tahun sempena kedatangan tahun baru Hijriah 10 hari lagi. Pejam celik pejam celik kita kini di ambang tahun 1432H.

Apa maknanya? Maknanya kalau kira2 mamak, sudah 1432 tahun berlakunya peristiwa Hijrah Rasulullah dan para sahabat dari Mekah ke Madinah. Sudah 1445 tahun rupanya usia syiar Islam yang di dakwahkan Rasullullah untuk umat ini. Kerana Rasulullah berdakwah di Mekah selama 13 tahun sebelum berhijrah ke Madinah itu. Dan kini 1.5 Billion umat manusia di dunia menganut agama suci ini, iaitu kira2 20% dari penduduk dunia berada dalam cahaya kebenaran agama Allah, walaupun dengan kualiti dan jatidiri yang berbeza-beza.

Yang nyata 80% dari penduduk dunia masih lagi dalam kegelapan kerana berada di luar cahaya Islam. Mereka juga saudara kita kerana asal keturunannya sama dengan kita iaitu susur jalur Nabi Adam A.S. Tidak kiralah mereka ini Mat Sallah ke, Cina ke, India ke, Pak Hitam ke, Melayu ke, Pak Arab ke, tak kisah. Maka sama2 menjadi tanggung-jawab kita untuk menyampaikan mesej dakwah mengajak mereka kepada kebenaran, iaitu cahaya Islam. Kepatuhan secara total kepada Allah.

Tugas dakwah bukan sekadar terletak di bahu para ambiya' dan para daie' atau para ustaz dan pak2 imam, namun semua kita yang mengaku diri sebagai muslim. Sampaikan walau satu ayat. Penyampaian boleh berlaku dengan pelbagai cara. Termasuklah penonjolan akhlak yang baik hingga bisa menjinakkan hati2 manusia untuk cuba mengenali Islam. Dakwah secara direct contact eye-to-eye, pintu ke pintu, iaitu interaksi secara langsung. Dan pelbagai cara lagi termasuklah memanafaatkan teknologi internet melalui facebook, blog, email, youtube, website, twitter, forum maya, dan yang sewaktu dengannya.

Yang penting kita ikhlas dan nawaitu kerana Allah. Semoga dengan usaha kita itu bisa menjana manusia untuk berfikir tentang Sang Pencipta dan hakikat kehidupan yang sementara ini. Trigger them & us to think supaya kembali kepada fitrah, menyembah Allah Sang Pencipta bukan menyembah dan menjadi hamba kepada Ciptaan. Rugi sungguh hidup ini kalau kita sibuk 24x7 mengejar material dan kebendaan, barangan ciptaan semata. Sedangkan kita lupa kepada Sang Pencipta.

Kerap kita dengar ungkapan hidup ini sementara. Ibarat musafir dalam perjalananan di padang pasir singgah sebentar berteduh di bawah pokok, kemudian meneruskan perjalananya menuju destinasi. Singgah yang sebentar itulah kehidupan ini. Jangan hilang tumpuan kepada destinasi yang di tuju. Destinasinya ialah untuk mendapatkan Redha Allah supaya dengan Redha Allah ini kita layak mendapat nikmat syurga-Nya.

Kesibukan mengejar hiburan dan kebendaan hingga melupakan misi mencari bekalan untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi itu adalah suatu tragedi yang sangat tragis. Ibarat seorang pengembara yang dalam perjalanan menuju Miami Florida dari New York. Sambil memandu keretanya di lebuhraya dia terpandang sebuah gudang perabut sedang mengadakan jualan penghabisan stok. Set sofa kulit yang dulunya berharga RM15,000 kini di tawarkan dengan harga RM50 sahaja. Tawaran yang tidak boleh ditolak katanya.

Tapi kenapa harus menyibukkan diri untuk memiliki set sofa itu kerana dia sebenarnya tidak memerlukan sama sekali dalam perjalanannya dan sebenarnya di juga tidak mampu membawanya bersama. Tumpukan kepada agenda sebenar. Lupakan segala tarikan yang menggoda pada perjalanan ini. Semoga kita bisa sampai ke destinasi yang di tuju dengan selamat.

Maka aku bekerja siang malam untuk memiliki rumah besar, kereta besar dan harta bertimbun. Sehingga kekadang aku lupa bahawa kematian itu pasti. Dengan matinya aku segala harta itu aku terpaksa tinggalkan. Keluarga, sanak-saudara dan kawan2 semua aku tinggalkan. Yang mengiringi aku hanyalah kain kain kapan yang akan reput ke liang lahad. Teman sejati aku nanti hanyalah amalan kebaikan ku.

Talian hayat yang dapat memberi bantuan kepada kita ialah amal jariah yang kita lakukan semasa hayat kita, doa anak2 soleh, dan ilmu bermanafaat yang kita kongsikan yang diguna pakai oleh mereka yang masih hidup. Maka benarlah, beruntung besarlah sesiapa yang sentiasa mengingati mati dan faham hakikat kematian dan hakikat perjalanan menuju destinasi iaitu Redha Allah dan Syurga-Nya.

Pada khutbah Jumaat tadi, khatib mengimbau kembali pengertian ibadah korban yang kita langsungkan pada minggu lalu. Yang penting katanya ialah kita ikhlas dalam pengorbanan kita kerana Allah. Berikan yang terbaik dalm pengorbanan kita. Semoga Allah menerima pengorbanan kita walaupun tidak sehebat pengorbanan Habil dan Nabi Allah Ibrahim.

Kita berkorban harta mambantu orang susah, berkorban hati dan perasaan menjaga silaturahim, berkorban wang ringgit berjuang di jalan agama, berkorban masa mendengar majlis2 ilmu, dan berkorban tenaga untuk kesejahteraan ummah. Berkorban sungguh2 untuk khatam kitab2 muktabar. Berkorban masa dan tenaga untuk menyampaikan mesej dakwah.

Kita sembelihkan sifat2 lembu dalam diri kita termasuklah sifat tidak tahu membezakan mana yang halal mana yang haram. Lapahkan sifat2 mazmumah dalam diri kita dengan mengalir keluarnya darah dari sembelihan korban itu. Hayatilah hikmah ibadah korban yang kita lakukan pada minggu lepas dengan mata hati, bukan sekadar seronok memakan daging korban dan menghirup sup tulang.


Ambang Muharram ini marilah kita menyiapkan bekalan amal untuk mengadap Allah. Misi 1432H untuk selamat sampai ke destinasi yang hakiki. The rest is just a toy !!

@@@

12 comments:

Wan Sharif said...

Semuga Allah mengikhlaskan segala usaha kita dalam mencari RedhaNya..

School Of Tots said...

TQ Wan Sharif for your comment. Bak kata isteri saya, "Imam Nawawi yg meninggal dunia pada usia 48 tahun itu meninggalkan legasi ilmu dalam bentuk Kitab2 Muktabar yang menjadi sumber pengajian ilmu umat hingga ke saat ini." Hebat sungguh pengorbanan & jasanya pada umat ini.

abu muaz said...

Assalamualaikum. Salam ziarah.Sungguh masa sangat cepat berlalu.Rugilah kita yang tertinggal denganya.

Anonymous said...

salam..

semoga allah memberi rahmat kepada kita semua...

School Of Tots said...

Walaikumussalam abu muaz, TQ sudi singgah. Masa yg berlalu tak akan kembali. Masa yg mendatang terus menghampirkan diri kepada detik kematian. Amal makruf nahi munkar pada setiap ketika, insyaAllah.

School Of Tots said...

Walaikumussalam sekamar rindu, usah jemu berdoa agar Allah limpahkan rahmat-Nya, memberi keampunan-Nya, dan membebaskan kita dari azab neraka-Nya.

Achu Tra said...

bro. SOT...ambo setuju sangat...tugas menyampai lo nih kito kena sama2 buat...paling tidok pong ko anok beranok kito...

ooooooooo said...

insya-Allah.sama-sama kita amati maksud hijrah ini.saya baru baca majalah solusi kawan saya bawak dari malaysia,lama punya .

last year kot.pasal hijrah..
memang betul.kita ada tanggungjawab besar.

School Of Tots said...

TQ Achu Tra, kita mohon Allah kekalkan melakukan kebajikan dan jauhkan diri dari maksiat. InsyaAllah.

School Of Tots said...

TQ Sdra Umar, teruskan usaha murni sdra menggali lubuk ilmu, memerhati isi alam untuk di fikir dan berdakwah ke jalan Allah. Let see from bird eyes & think with human brain wraps around good heart.

sahromnasrudin said...

as salam ziarah..terima aksih berkunjung ke blog saya..kunjungan sdra saya hargai..semoga berkunjung kembali ya

School Of Tots said...

TQ sahromnasrudin sudi singgah di sini. Ada orang tidur tapi mata celik. Ada pula orang tak tidur tapi mata tak celik. Semoga kita diberi petunjuk oleh Allah.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...