CLICK n GO

Thursday, July 30, 2009

Riba = Babi



Agak berat untuk menyamakan makan riba dengan makan babi? Namun menyentuh persoalan riba ini, semalam aku menghadiri program ceramah perdana bulanan anjuran AJK surau syarikat yang kebetulannya membincangkan tajuk “Bahaya Riba” oleh Ustaz Mohd Zamerey Abd Razak, Ketua Jabatan Syariah, Asian Finance Bank Bhd. Riba ini semua orang tahu hukumnya haram. Namun pengharamannya tidak dihayati sebagaimana penghayatan haramnya daging babi. Atau apakah penghayatan pengharaman daging babi itu kerana perasaan geli dan jijik melebihi dari hukum haram itu sendiri? Duit hasil dari riba itu juga haram hukumnya walau diaplikasi dalam bentuk apa sekali pun seperti beli rumah, kereta, minyak kereta, perabut, percutian dan makan minum.

Ustaz mengingatkan perihal Padang Mahsyar hinggakan manusia tidak sedar mereka itu berbogel kerana dahsyat dan kelam-kabutnya keadaan dan terlampau takut hinggakan tiada masa nak gelak tengok orang berbogel. Mereka yang memakan riba tidak akan bangkit di Padang Mahsyar kecuali seperti orang histeria, kerana di dunia dulu mereka menyamakan riba itu dengan jualbeli, tiada beza dan hanya perkara biasa sahaja. Sedangkan jelas di dalam Al-Qur’an Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba. Bila kita sudah sedar riba ini haram maka segeralah berhenti mengamalkannya.Yang lepas tu biarlah berlalu dan kita menyerahkannya kepada belas ehsan Allah. Maka siapa yang sedar tapi kembali semula mengamalkan riba maka kekallah mereka di bakar api neraka Allah. Allah sudah mengistiharkan perang kepada orang yang mengamalkan riba. Dalam 7 dosa besar yang di istiharkan Allah, hanya riba yang terunggul kerana di istihar perang ke atasnya oleh Allah. Satu jenayah yang maha berat.

Dengan janji ini Allah sendiri yang akan menghancurkan riba. Kita lihat krisis sub-prima di US tidak lain tidak bukan adalah akibat amalan riba ini. Lehman Brothers antara bank pelaburan terbesar dunia misalnya jatuh bankrap dalam sekelip mata. Hebatnya Lehman Brothers ni dulu hinggakan salah satu divisyen dalam bank berkenaan iaitu Divisyen Komoditi memperuntukkan USD70 juta untuk bonus tahunan mereka. Namun mereka hancur lebur. Asasnya kerana riba dan Allah menghancurkan riba. Justru ianya bukan pilihan lagi bagi seorang muslim untuk mengamalkan perbankan Islam tetapi satu yang wajib (compulsory). Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW dinyatakan riba ini ada 73 jenis dan yang paling ringan sekali dosanya pengamal riba bagi seorang perempuan ialah seperti dosa berzina dengan bapa kandungnya sendiri dan bagi seorang lelaki dosanya seperti berzina dengan ibu kandungnya sendiri. Dalam sebuah hadis yang lain diriwayatkan satu dirham hasil riba itu ibarat dosa 36 kali berzina. Nau’zubillah.

Kalau seseorang itu sudah terjebak di dalam amalan riba memang payahlah untuk membebaskan diri. Namun janganlah kita berputus harap pada pertongan Allah. Ambillah segala tindakan positif dengan memberhentikan segala kegiatan perbankan convensyenal dan berhijrah ke perbankan Islam yang mematuhi syariaat Allah. Nak guna kad kredit pun gunalah kad kredit Islam yang bersandarkan kepada akaun yang nyata bukan maya. Hidup kenalah berdasarkan kemampuan atau lebih elok lagi kalau hidup di bawah kemampuan kerana masalah sebenarnya ialah bila kita hidup di atas kemampuan. Secara mudahnya kalau kemampuan kita RM3,000 sebulan maka janganlah hidup dengan RM4,000 sebulan. Pada setiap pinjaman yang diberikan jika ada profit dari program pinjaman itu maka itu adalah riba. Pelaburan pula adalah perkongsian risiko. Jika ditetapkan pulangan “in advance” dari pelaburan maka itu juga sudah menjadi riba. Ingatlah bahawa nak kaya bukan mudah dan nak susah bukan payah. Ingatlah makan riba itu ibarat makan babi !! HARAM.
@@@

Wednesday, July 29, 2009

Please Solat

Pagi ini saya meneruskan tazkirah mingguan di PA syarikat dengan membacakan kitab Fadhilat Solat dalam siri fadhailul amal perihal sabda Rasulullah SAW tentang keuntungan di dunia yang fana ini tidak ada bandingannya dengan keuntungan abadi di akhirat. Betapa "Dua rakaat solat nafil selepas solat fardu" itu lebih berharga dari segala kekayaan di dunia ini. Terdapat banyak hadith2 Rasulullah SAW yang memerintahkan agar solat dikerjakan serta menerangkan pula fadhilat2nya. Di bawah ini dinukilkan beberapa terjemahan hadith untuk diperolehi manfaatnya bersama:

  1. Solat adalah julung2 perintah yang diperintahkan oleh Allah SWT dan solatlah pula julung2 perkara yang akan disoal pada hari hisab.

  2. Takutilah Allah dalam perkara solat! Takutilah Allah dalam perkara solat! Takutilah Allah dalam perkara solat!

  3. Solat adalah satu2nya yang membezakan di antara iman dengan syirik.

  4. Solat adalah tanda Islam.
  5. Seorang yang bersolat dengan ikhlas dan khusyuk’ apabila masuk waktunya dan mengambil berat serta mengerjakan segala rukun2nya termasuk rukun2 yang mustahab pastilah ia seorang Mu’min.
  6. Dari segala seseuatu yang telah diperintahkan oleh Allah SWT, iman dan solat adalah lebih baik dari solat maka Allah SWT akan perintahkannya untuk para malaikat-Nya yang sesetengahnya sentiasa di dalam ruku’ manakala yang lainnya pula sentiasa di dalam bersujud.
  7. Solat adalah tiang agama Islam.
  8. Solat menghinakan syaitan.
  9. Solat adalah nur bagi orang Mu’min.
  10. Solat adalah jihad yang terbaik sekali.
  11. Allah SWT bermurah hati terhadap seseorang itu selagi dia bersolat.
  12. Apabila sesuatu bencana turun dari atas langit orang2 yang selalu ke masjid bertebaran dan terselamat.
  13. Jika setengah dari dosa2 besar orang Muslim itu mencampakkan ke dalam neraka Jahannam, maka api neraka itu tidak membakar bahagian2 badannya yang telah menempuhi bumi semasa dia sujud di dalam solatnya.
  14. Api neraka telah diharamkan ke atas bahagian2 tubuh orang yang telah menempuhi tanah dengan perasaan hina.
  15. Dari segala amalan, solat yang dikerjakan pada waktu2 yang telah ditetapkan adalah yang amat dicintai oleh Allah SWT.
  16. Allah SWT paling suka kepada perawakan seseorang apabila dia dalam bersujud, dahinya kena pada tanah dengan perasaan hina.
  17. Seseorang dalam keadaan sujud adalah paling dekat kepada Allah SWT.
  18. Solat adalah anak kunci ke syurga.
  19. Apabila seseorang berdiri dalam solat, pintu2 syurga dibuka dan segala tabir di antara dia dengan Allah SWT disingkap (asalkan dia tidak merosakkan solatnya itu dengan melakukan sesuatu yang makruh).
  20. Seseorang yang bersolat adalah seumpama dia mengetuk pintu rumah Allah SWT dan pintu itu adalah sentiasa terbuka untuk orang yang mengetuknya.
  21. Kedudukan solat di dalam Islam adalah seperti kepala pada badan.
    Solat adalah Nur hati. Sesiapa yang mahu biarlah dia menyuluh hatinya itu (dengan bersolat).

  22. Jika seseorang mahu dosa2nya diampuni Allah SWT maka hendaklah dia mengambil wudhu’ dengan sempurna, solat dengan khusyu’ dua atau empat rakaat solat fardhu atau nafil dan kemudian berdoa ke hadhirat Ilahi, maka Allah SWT akan mengampuni segala dosa2nya.
  23. Mana2 bumi yang di atasnya Allah SWT diingati dalam solat merasa bangga dari bumi2 lain.
  24. Allah SWT menerima doa seseorang yang berdoa kepada-Nya setelah bersolat dua rakaat.

  25. Allah SWT mengkabulkan apa yang dimohonkannya, kadang2 dengan segera dan kadang2 terlambat sedikit (untuk kepentingannya).
  26. Seseorang bersolat dua rakaat bersendirian dengan tiada sesiapa pun yang melihatnya kecuali Allah SWT dan malaikat-Nya sahaja, maka api neraka tidak akan menyentuhnya.

  27. Sesuatu doa itu dimakbulkan oleh Allah SWT setiap lepas seseorang itu menunaikan solat fardhunya.
  28. Api neraka terharam dan syurga diperolehi seseorang yang berwudhu’ dengan sempurna dan mengerjakan solatnya dengan khusyu’ menurut rukun2nya.
  29. Syaitan takut akan seorang Muslim selagi dia mengambil berat atas solatnya tetapi apabila saja dia mengabaikannya maka syaitan itu menguasainya dan berharap akan berjaya menyesatkannya.
  30. Solat pada awal waktu merupakan amalan yang paling baik.

  31. Solat adalah persembahan orang2 soleh.

  32. Solat pada awal waktu adalah amalan yang amat digemari Allah SWT.

  33. Di waktu fajar sesetengah orang pergi ke masjid manakala sesetengahnya lagi ke pasar. Mereka yang pergi ke masjid adalah pembawa bendera iman dan yang pergi ke pasar pula adalah pembawa bendera syaitan.

  34. Empat rakaat solat sebelum Zohur sama pahalanya dengan empat rakaat solat Tahajjud.

  35. Empat rokaat solat sebelum Zuhur dikira sama seperti empat rakaat solat Tahajjud.

  36. Rahmat Allah SWT dicucuri ke atas hamba-Nya yang bersolat.

  37. Solat tengah malam amatlah dihargai tetapi amatlah sedikit bilangan orang yang mengerjakannya.

  38. Jibril AS datang kepadaku lalu berkata: “Hai Muhammad! Berapa lama pun yang kamu hidup kamu akan mati jua pada suatu hari nanti dan kamu mungkin mencintai siapa saja yang darinya kamu akan berpisah pada suatu hari. Sesungguhnya kamu akan menerima balasan ke atas apa jua yang kamu kerjakan (baik atau jahat). Tidak syak, kebesaran seorang Mu’min itu adalah dalam Tahajjudnya dan kemuliaannya adalah dalam keredhaannya dan kesabarannya.

  39. Solat dua rakaat di tengah malam adalah lebih berharga dari segala kekayaan di dunia ini. Jika tidak kerana aku takut ia menyusahkan ummatku, akan kuwajibkannya.
    Teruskanlah solat Tahajjud kerana ia adalah perjalanan orang2 yang soleh dan cara mendekati Allah SWT. Solat Tahajjud menjauhkan dosa, menyebabkan dosa terampun dan menyihatkan kesihatan badan.

  40. Allah SWT berfirman: “Hai anak Adam! Janganlah malas dalam mengerjakan solat empat rakaat Isyraq kerana Aku akan memurahkan rezekimu dalam usaha2mu pada keseluruhan hari tu.”

Maka marilah kita semua menjaga solat kita dengan sepenuh hati demi menuju redha Illahi yang kita sebagai seorang Muslim dambakan dari Pencipta kita. Itulah teman penyelamat dunia dan akhirat.

Bagi yang masih belum dikurniakan hidayah Allah untuk bersolat, insaflah dan sedarlah mulai hari ini bahawa walau segah mana pun pencapaianmu atau berbillion harta benda mu, maka di sisi Allah itu semua tiada nilaiannya jika kau masih alpa dan lara dari mendirikan solat yang di fardhukan itu. Walaupun berjaya menipu sesama makhluk dengan kepetahan dan kecerdikanmu, namun usahlah menipu diri sendiri dan menjadi seorang yang bodoh dan bebal kerana Allah itu Maha Mengetahui dan kau tidak bisa menipu-Nya. Semua kita akan mati. Jadikanlah ini ingatan dari ku buat mu. Janganlah biarkan diri kita di bakar api neraka Allah.

Moving Forward:


  • Dirikanlah solat 5 waktu sehari semalam hingga ke akhir hayat. No more excuse !!
  • Tingkatkan kualiti solat kita contohnya solat berjemaah, solat di awal waktu, khusyuk, dan menjaga yang rukun dan sunat. Keep improving !!
  • Dirikan solat2 sunat ibarat meraih dividen dari sebuah pelaburan atau nett profit dalam usaha perniagaan. Be smart !!
  • Tidak solat = Munafik = Kafir = Bukan Islam. Kerana solat adalah Tanda Islam, Tiang agama dan Persembahan orang2 soleh. Janganlah mengaku Islam kalau engkau sebenarnya bukan Islam. End of story. Insaflah !!

Janganlah kata tiada peringatan. Jazakallah.
@@@

Monday, July 13, 2009

Sekitar Ijtimak


Berikut saya paparkan beberapa image untuk memberi gambaran suasana ijtimak yang dihadiri ratusan ribu umat Islam dari seluruh dunia itu.

Sesi bayan (penerangan) selepas solat subuh, selepas asar dan maghrib memenuhi ruang masa ijtimak untuk memberi kekuatan pada sebuah perjuangan yang diwarisi dari Rasulullah SAW untuk mengembangkan syiar dakwah ke seluruh pelusuk dunia. Seterusnya program2 khas bersama focus group seperti kelompok ulamak, mahasiswa dan professional bagi strategi terbaik dan motivasi jemaah berjalan dengan teratur. Dhuha, tahajjud, solat2 sunat yang lain diselang seli dengan tazkirah, membaca Al-Qur'an, syarah kitab fadhilat amal adalah antara ibadah pilihan.


























Kepayahan untuk membuang air, mandi dan mengambil wudhuk kerana jarak perjalanan yang jauh dan kekurangan bekalan air menjadi antara cabaran kecil yang terpaksa dialami. Mengambil wudhuk dengan sebotol air 1.5L menjadi rutin. Ia melatih diri kekal dalam wudhuk dan menghargai nikmat air yang Allah kurniakan.








Malah mandi juga sekadar mengelap badan atau membasahi kepala dengan sebotol air berukuran 1.5L itu juga sepanjang 4 hari ijtimak.Tidur beramai2 dengan teratur dalam ratusan saf di bawah khemah yang dapat memuat 10 ribu orang itu (khitta 1, 2 & 3) adalah pemandangan unik yang luarbiasa. Malah semasa program bayan berlangsung jemaah yang perlu rehat bebas 'taking a nap' dalam suasana santai. Terdapat 20 khitta kesemuanya termasuklah khitta untuk jemaah luar negara, khitta VIP/Ulamak, dan khitta untuk penyediaan makanan.
Makan berjemaah menggunakan dulang menjadi amalan untuk breakfast, lunch dan dinner. Ukhwah persaudaraan menjadi lebih utuh.

























Di luar sana ratusan gerai jualan memeriahkan suasana memberi rezki pada para peniaga. Dari jualan cincin2 zamrud dan batu2 permata, gerai sup dan nasi beriani, jubah dan kupiah, minyak atar, beraneka makanan dan minuman. Pendeknya macam2 ada. Khidmat refill air reverse osmosis juga di sediakan secara percuma sebagai sumber minuman utama para jemaah.

Saudara Kahar ahli jemaah halaqah BS, pada hari terakhir Ijtimak itu nampak sangat risau kerana anaknya Muzamil yang berusia 12 tahun itu masih tidak muncul setelah berjalan2 di kawasan gerai yang berderetan di luar sana selepas bayan subuh tadi. Sudah beberapa jam anaknya itu tidak dapat dikesan. Saya cuba menenangkanya dengan berkata mungkin dia keluar dengan pakcik kat sebalah tu, namun Kahar berkata bahawa pakcik tu sudah pulang pagi tadi. Setelah beberapa lama mata kami semua melilau kot2 ternampak si Muzamil yang berbaju biru itu sekitar khitah 1, 2 & 3 itu, namun masih tiada bayangan nya. Kerisauan meningkat.

Hj Munir menasihati Kahar untuk kembali kepada Pencipta dalam menyelesaikan musibah atau kesulitan. Solat dua rakaat dan menadah tangan memohon pada Illahi dengan penuh pengharapan. Semasa Kahar mengangkat takbir ratul ihram untuk solatnya itu, sekonyong-konyong saya dan Hj Munir melihat dari kejauhan Muzamil yang berbaju biru itu. Tanpa disedari ayahnya, yang penuh khusyuk dalam solat dan kemudian menadah tangan berdoa agar dikembalikan anaknya. Allah terus menunaikan permintaan hamba-Nya itu secara tunai.
Alllah hu Akbar.

Selesai doanya terukir senyuman menggantikan kerisuan di wajah Kahar melihat anak sulongnya, yang merupakan pelajar tahfiz di Kelang itu sudah muncul di sebelah Hj Munir. Rupanya Muzamil terjumpa kawannya dan membantu kawannya mencari selipar yang hilang sebelum menziarah gerai2 untuk membeli sebuah jam buat adik perempuannya di rumah.

Saya pula mengalami dua kali kejadian apabila bangkit dari "nap" seolah2 mendengar deraian hujan, seperti mana suasana pada pagi hari kedua Ijtimak yang diturunkan rahmat hujan yang agak lebat. Hj Munir menafsirkan bahawa bunyi deruan hujan yang saya dengar itulah adalah bunyi malaikat2 yang turun dari langit ke Ijtimak yang penuh barokah itu.


Teringat saya kata2 Sdra Sabri pelajar pondok dari Yala dalam bualan singkat denganya tempoh hari "mungkin tak banyak ilmu saya dapat di sini tapi saya mari ni hendakkan keberkatan majlis bersama para ulamak, kerana nur keberkatan itu tegak ke langit dari tapak ijtimak bersama malaikat2 berbaris dari langit yang berzikir dan mendoakan rahmat untuk kita semua tambahnya".


Rasa teruja melihat akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memaparkan gambar penutup Ijtimak di muka depan dengan ratusan ribu jemaah yang berangkat pulang, kerana saya adalah salah seorang yang menyertai Ijtimak kali ini.

Alhamdulillah.

Sunday, July 12, 2009

Ijtimak Malaysia


“Dalam setiap perhimpunan jemaah Tabligh, 6 prinsip akan menjadi perkara utama yang dititikberatkan. Prinsip-prinsip tersebut adalah meninggikan kalimah tayyibah (la ilaha illallah), solat jemaah dan memakmurkan masjid, ilmu dan zikir, ikram muslimin (mengutamakan saudara seagama), niat yang ikhlas dan dakwah (tabligh).” Itulah penjelasan dari Sdra Sabri, kenalan baru saya di Ijtimak dari Yala yang kini menuntut di Pondok Kasa di Fatani.

Umat Islam itu walaupun banyak dari segi kuantiti tapi amat kecil dari segi kualiti imannya. Justru menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk berdakwah mengajak manusia kepada jalan yang lurus, iaitu yang di redhai Allah. Ikutlah cara dakwah Rasulullah dan para sahabat. Eye to eye face to face, ziarah menyeru pada jalan Allah. Ingat mengingati demi kebahagian dunia dan akhirat. Sungguh sadis untuk kaya di dunia tapi muflis di akhirat.

Pengalaman 3 hari menyertai Ijtimak di Nilai berakhir hari ini dengan begitu terkesan. Melihat umat Islam sejumlah 100 ribu dalam sebuah perhimpunan majlis ilmu, bersolat berjemaah, mengamimkan doa, tidur dan makan bersama dalam sebuah sistem yang teratur penuh barokah memang mengujakan saya. Terdapat 14 khemah besar yang menempatkan jemaah dari pelbagai bangsa dan negara. Fasiliti ijtimak yang dibangun dengan khidmat sukarela oleh jemaah tanpa upah material tapi hanya mengharap upah dari Allah semata.

Menarik penyertaan pelbagai golongan termasuklah yang pakai kaki palsu dan gigi palsu, Ulama' dan pemimpin, yang bongkok 90 degree, yang bertongkat, remaja dan kanak2, dari pengurus, businesman, profesor, mahasiswa, pelajar, ustaz, buruh kasar dan petani, dari India hinggalah ke Bosnia, melampaui tanah besar China hinggalah ke Indon. Sebuah usaha dakwah menegakkan panji-panji Allah tanpa sempadan.


Ikhtiar semasa hidup kerana bila mati harta berlonggok tiada guna sesen pun. Di samping keperluan makan minum, pakaian, tempat tinggal, keluarga dan kenderaan yang selesa, satu lagi keperluan tanpa pengecualian pada mana2 individu ialah Hidayah Allah. Kita mohon doa sungguh2 semoga Allah bagi faham bagaimana & dari mana datangnya Hidayah itu.

"Seorang fakir yang tiada naungan dari terik mentari, tiada makanan untuk dijamah, atau pakaian untuk dipakai jika berada dilandasan Hidayah Allah, adalah lebih berjaya di sisi Allah berbanding dengan seorang yang mewah segala tapi terkeluar dari landasan Hidayah Allah", itulah antara penerangan yang disampaikan oleh penceramah yang berbahasa Urdu dan di terjemah secara langsung oleh Ustaz Ab Halim (Imam masjid Sri Petaling) ke bahasa melayu. Orang yang punyai segala tapi tiada Hidayah Allah maka dia tetap gagal.

Terjemahan serentak ke dalam bahasa arab, thailand, cina, tamil, myanmar, dsb juga berlangsung serentak di kumpulan2 mengikut bahasa tadi di khemah masing2. Termasuklah juga bahasa isyarat oleh kumpulan jemaah pekak dan bisu.


Hidayahlah yang membezakan antara manafaat dan mudarat. Ibarat cahaya lampu suloh yang menyuluh jalan becak dan jalan kering. Hidayah adalah cahaya yang menyebabkan seseorang dapat membezakan manafaat taat kepada Allah dengan mudarat kufur kepada Allah. Manafaat menjadi Da'ie kerana orang yang menyeru kepada jalan Allah itu terselamat dari orang yang di seru, insyaAllah. Kesianlah pada mereka yang belum mendapat hidayah Allah.

Hanya Allah yang memberi hidayah dan hanya Allah yang memberi kesesatan. Hidayah akan datang dengan cara Rasulullah. Setiap cara ada tertibnya barulah Allah akan menzahirkan khudrat-Nya. Ibaratnya petani yang tanam sayur perlu gemburkan tanahnya, masukkah biji benih, dibajai dan sirami air untuk mendapat hasil sayur2an yang subur. Ibarat doktor perlu belajar ilmu kedoktoran untuk menjadi doktor bukannya belajar ilmu kejuruteraan. Dengan cara lain walaupun berkali ganda usahanya hidayah tidak akan datang. Apabila umat ini membuat usaha agama dengan cara Rasulullah maka insyaAllah hidayah yang menjadi keperluan tanpa pengecualian setiap individu itu akan menjadi milik kita.

Syaitan pula berfungsi sebagai penghias. Dia tiada upaya untuk menyesatkan manusia. Hanya Allah yang menyesat siapa yang ia kehendaki. Sehina-hina amalan dan sejijik-jijik perbuatan menjadi kerja syaitan sebagai penghias bagi nampak cantek dan elok. Maka kita minta perlindungan yang sebenar-benarnya dari Allah dari tipu daya syaitan itu. Manusia yang ingin buat taat Allah akan sentiasa tanpa putus asa di tarik ke belakang oleh syaitan. Menghalangnya dari terus maju ke depan pada jalan Allah. Syaitan adalah penghias yang hebat.

Biar ada peningkatan iman untuk kita merasa kemanisan iman. "Marilah kita berjanji untuk tidak meninggalkan solat walau apa keadaan sekali pun", merayu bunyinya dari pentas utama. Solat itu tiang agama. Tugas kita semua untuk mengajak manusia mendirikan solat. Bukanlah layak dipanggil muslim untuk orang yang gagal mendirikan solat 5 waktu sehari semalam.

Berharaplah pada pertolongan dan belas ihsan Allah dalam segala hal. Dirikan solat 2 rakaat untuk memohon secara khusus atas segala kepayahan dan kesulitan. Jika ditimpa penyakit segeralah mengambil wudhuk untuk bersolat. Jika kehilangan sesuatu segera dirikan solat, mohon dari Allah. Barulah usaha lain. Dahulukan Allah dalam segala hal. Mohon Allah sembuhkan sakit kepala, barulah telan panadol 2 biji. Pengharapan pada Allah. Kita hamba-Nya.

Usaha dakwah memerlukan pengorbanan harta, masa dan tenaga. Mengikut kemampuan yang ada untuk keluar dari kepompong 'biasa' untuk berdakwah di jalanan mengajak manusia ke jalan Allah yang boleh dimulai dengan keluar satu hari sebulan untuk pelajar pada musim cuti, 3 hari sebulan, 40 hari setahun, 4 bulan setahun hinggalah satu tahun untuk ulamak. Pasanglah niat pada yang belum berkesempatan untuk menyertai jemaah dalam program tersebut.

Bak pengalaman yang dikongsi oleh seorang kawan lama saya Dr Nordin di blog nya
MGM#2 : “graduated” from jemaah tabligh in 1979 yang menjelaskan pengukuhan jatidiri dan kemanisan iman dari sesi praktikal dakwah yang bukan lagi sekadar teori dalam minda. Ijtimak Malaysia membawa seribu kepuasan yang menusuk qalbu. Jazakallah.

@@

Saturday, July 04, 2009

Antara Fatwa Dan Taqwa


"Cuba kita lihat ke dalam diri kita ini, waktu solat zohor itu bermula pukul 1:16tgh dan berakhirnya pada pukul 4:44ptg, maka mengikut Fatwanya kita bebas mendirikan solat zohor itu antara masa tersebut, tapi kalau mengikut Taqwa yakni takutnya kita pada Allah, maka selayaknyalah kita bersegera untuk mengadap Allah itu sebaik sahaja selepas azan zohor itu dilaungkan", itulah antara isi ceramah Hj Munir di Surau Al Faaizeen yang sangat terkesan menusuk kalbu saya malam jumaat semalam.

Menyebut pasal taqwa ini, teringat saya petikan dari laman Pandangan Kasih yang menyatakan:

"Taqwa ialah takut kepada Allah"
Bila takut pada Allah, kita makin hari makin dekat dengan Allah. Sebabnya, kita akan tingkatkan usaha berbuat amalan sebanyak dan sebaik mungkin kerana takutkan Allah. Kita akan berusaha menjalankan perintahNya dan cuba untuk menjauhi laranganNya atas sebab takutkan Allah. Hasilnya InsyaAllah Allah makin dekat lah dengan kita.


Kita sebenarnya sudah banyak mengikuti majlis-majlis ilmu, mendengar bacaan hadis dan membaca kitab-kitab muktabar. Namun mari kita tanya balik, "sejauh manakah yakin kita pada Allah?" atau "apakah kita ini sekadar percaya saja?".

Hj Munir memberi sebuah analogi, katanya "Saya memanah sebijik epal yang diletakkan di atas sebuah batu besar dan panahan itu menepati sasaran pada setiap panahan without fail". Hj Munir manambah lagi "Saya melakukan rutin panahan selama 40 hari berturut-turut dan Hj Jo iaitu Timbalan Pengerusi surau menjadi saksi kehebatan panahan Hj Munir sepanjang 40 hari itu".

Maka pada hari yang ke-41, Hj Munir berkata kepada Hj Jo "baiklah tuan telah menyaksikan kehebatan skil panahan saya, maka hari ini apa kata saya letakkan buah epal ini di atas kepala Hj Jo untuk saya membuat panahan". Agaknya apakah jawaban Hj Jo kepada saranan Hj Munir tadi? Itulah bezanya antara percaya dan yakin.

Ibu kepada ulamak besar Syeikh Abdul Kadir Jailani dalam pendidikan awal kepada anaknya mengarahkan anaknya untuk solat sunat dhuha pada setiap pagi dan memohon kepada Allah agar memberikan rezki, sebelum ke dapur untuk membuka saji menjamu selera dengan rezki yang diberikan. Jadi rutin ini menjadi amalan anak kecil ini untuk sekelian lama, tanpa menyedari bahawa ibunya yang menyediakan sarapan di bawah saji untuknya. Syeikh Abdul Kadir Jailani begitu yakin bahawa Allah yang memberi rezki kepadanya. Dia khusyuk dan ikhlas memohon kepada Allah rezki setiap selepas solat sunat dhuha tadi pada setiap hari.

Pada suatu hari emaknya telah pergi ke pasar dan terlupa untuk menyediakan sarapan untuk anaknya. Syeikh Abdul Kadir seperti biasa membuat amalannya dengan penuh khusyuk dan keyakinan pada Allah. Setelah itu dia pun membuka saji di dapur. "Aik, mana rezki ku hari ini?", desus Syeikh Kadir Jailani dalam hatinya. "Ada yang tak kena ni". Dia pun terus pergi mengambil wudhuk dan solat sunat dhuha sekali lagi dan memohon pada Allah dengan penuh ikhlas melebihi dari sebelumnya. Namun setelah ke dapur untuk menikmati rezki Allah kepadanya, dia kecewa lagi.

Kali ni dia bertambah yakin bahawa wudhuknya mungkin tidak sempurna, pakaiannya mungkin tidak suci, dan solatnya mungkin tidak khusyuk. Maka kali ini dia akan membuat yang terbaik. Itulah tekad hati nalurinya. Yakin pada Allah. Bukan sekadar percaya tapi yakin. Setelah selesai solatnya yang penuh khusyuk itu, dia menadah tangan mengharap belas ehsan Allah merintih dan merayu dengan penuh kehambaan dan keikhlasan.

Kali ini setelah di buka saji terhidang sebuah hidangan untuknya. Dia pun menjamu selera dengan rasa syukur. Hidangan itu jelas lebih lazat dari biasa. "Mungkin Allah memberi rezki yang agak istimewa memandangkan aku melakukan ibadah lebih dari kebiasaan", bisik hati kecilnya.

Berbalik kepada ibunya yang berada di pasar, baru teringat yang dia lupa untuk menyediakan makanan untuk anaknya pada pagi itu. Maka bergegas pulang ia. Sesampainya di rumah di lihat anaknya baru selesai makan dan sedang berehat. Dengan kehairanan dalam hati, dia bertanya kepada anaknya apakah dia sudah makan. Maka jawab anaknya "Ya mak, cuma hari ini agak payah sedikit kerana anakanda terpaksa mengambil wudhuk dan mendirikan solat sunat dhuha sebanyak 3 kali". Tambahnya lagi "dan kelazatannya melebihi kebiasaan".

Itulah sebuah kisah betapa yakinnya pada Allah dalam kekuasaan-Nya melakukan sesuatu adalah ketaqwaan yang mengeratkan hubungan kita dengan Pencipta. Maka bagaimana kita sekelian? Dalam memdidik anak misalnya, apabila menangis disuapkan susu. Apabila sakit disapukan ubat. Seeloknya dalam masa yang sama hendaklah kita mentarbiyah anak bahawa ya susu ini boleh mengubat kelaparan anak tapi yang mengenyangkan anak ini adalah Allah. Yang menyembuhkan sakit kepala itu adalah Allah, bukan panadol atau minyak cap kapak. Tarbiyah ini kenalah berterusan. Biarlah dinyata berulang kali, tidak mengapa. Agar aqidah anak menjadi jitu dan padu sukar di ganggu gugat oleh anasir yang tidak sihat.

Tengoklah binaan bangunan 20 tingkat di ibukota. Mengikut logiknya binalah bangunan itu ke atas 20 tingkat, tetapi tidak, engineer dan arkitek sependapat bahawa binaan itu bermula ke bawah hampir sama dalamnya dengan 20 tingkat juga di perut bumi sebagai foundation untuk menampu binaan 20 tingkat da atas bumi itu. Itulah akidah yang kita maksudkan iaitu yakin pada Allah. Bukan sekadar percaya. Itulah iman.

Maka setelah umur kita yang sudah meningkat tua ini, di manakah level ketqwaan kita? Yakin kah kita pada segala janji-janji Allah, pada Syurga dan Neraka? Yakinkah kita pada segala wahyu Allah yang disampaikan melalui Rasulullah SAW. Atau kita masih sekadar percaya saja?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...