CLICK n GO

Tuesday, May 26, 2009

Job Vacancy

Temuduga Sebagai : Calon Jenazah

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN :
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA :
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR :
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON :
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.

Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.


Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Kentut

The area of research seems borderless and I find the facts stated below a bit smelly but still interesting to know....he he :)

1. Dari mana asal kentut?
Dari gas dalam usus.
Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

2. Apa komposisi kentut?
Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diaserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk?
Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda.. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut bukan dalam kebusukannya.

4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?
Kerana adanya vibrasi lubang `anus` saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan gas.

5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi?
Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk.
Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)

6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari?
Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?
Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar `anus` lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar `anus`. Dalam perjalanan ke arah `anus` gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.

8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?
Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter'
dengan 'receiver'. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.

9. Apakah setiap orang kentut?
Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.

10. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?
Tidak ada kaitannya dengan gender... Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, & apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.

11. Saat apa biasanya orang kentut?
Pagi hari di toilet, yang disebut "morning thunder". Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.

12. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?
Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).

13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?
Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum `soft drink`, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).

14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang?
Tidak.... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.

15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?
Bukan..tetapi diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor..Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga.. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.

16. Mungkinkah kentut terbakar?
Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.

17. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?
Jangan mengada-ada... konsistensinya lain.. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.

18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?
Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih kuat bunyinya, tapi relatif tidak berbau.

19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

20. Apakah warna kentut?
Tidak berwarna.

21. Apakah kentut itu asid atau neutral?
Asid, kerana mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?
Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya.

Wallahu`alam

Saturday, May 23, 2009

Taaruf




Kami sekeluarga baru balik dari urusan anak kat UIA di kampus PJ tadi. Kami tiba di UIA agak lewat. Jangkaannya 2:30pm tapi melarat hingga ke 3:30pm kerana laluan yang sesak. Maklumlah ramai sungguh yang datang for Asasi UIA registration day ini. Amir selesai "check-in" kat tingkat 4 Mahallah Abu Bakar sekitar jam 6:30 ptg. Katil double-decker dikongsi bersama Arif bekas pelajar Sek Integrasi Tasik Puteri. Bileknya agak selesa. Satu bilek di bahagi kepada 5 kompatmen. Satu kompatmen di khaskan untuk bilek study. Manakala selebihnya dikongsi dua pelajar setiap kompatmen. Kelebihan tingkat 4 ini ialah udaranya yang segar dan tiada nyamuk agaknya.

"Para pelajar baru dikehendaki solat maghrib berjemaah di Masjid. Pakaian kemeja puteh, bertali leher, seluar hitam, kasut hitam, dan bawa "Taaruf Kit". "Sila makan di cafe tingkat bawah sebelum maghrib". Terdengar announcement dari PA system berulang kali. Setelah selesai membantu Amir mengemas barangan ke dalam loker, maka kami semua turun menemaninya makan di cafe kat bawah. Wah, penat juga turun naik tingkat 4 ni. Makanan di cafe boleh tahan murahnya. Kami makan berlima jumlah hanya RM11. Harganya telah di subsidi oleh pihak UIA.

Kemudian berangkatlah kami meninggalkan anak bujang kami menjelang maghrib itu. Selamat berjuang Amir Asyraf !!

UIA Profile


Hari ni anak kami Amir Asyraf akan melapur diri ke Asasi Sains Kejuruteraan di UIA Kampus PJ. Maka akan bermula fasa baru dalam hidupnya. Meninggalkan fasa sekolah menengah. Kini fasa pengajian tinggi menjadi medan jihad baru. Jihad menuntut ilmu.

Saya petik prosa di laman web rasmi UIA http://www.iiu.edu.my, dinyatakan:

Through its unique educational model of integration and Islamization of knowledge, IIUM unifies reason with revelation, science with religion and ethics with professional courses. Undoubtedly this is one place where great leaders of the future are being trained and nurtured to hone their potentials. It tempers the spirit of optimism with moderation.

Its establishment in 1983 was a fulfillment of one of the major aspirations of the contemporary global Muslim community to regain the leadership of the Ummah in the quest for knowledge as encapsulated in its vision statement:

"To be an international centre of educational excellence which integrates Islamic revealed knowledge and values in all disciplines and which aspires to the restoration of the Ummah's leading role in all branches of knowledge."

Mission and Vision

Towards actualising the University's vision, IIUM endeavours :

  • To undertake the special and greatly needed task of reforming the contemporary Muslim mentality and integrating Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences in a positive manner.
  • To produce better quality intellectuals, professionals and scholars by integrating the qualities of faith ( iman ), knowledge ( `ilm ), and good character ( akhlaq ) to serve as agents of comprehensive and balanced progress as well as sustainable development in Malaysia and in the Muslim world.
  • To foster the Islamization of the ethics of Muslim academic and administrative staff of IIUM, and certain aspects of human knowledge - particularly in the social sciences and humanities - with the view t o making them more useful and more relevant to the Muslim Ummah.
  • To nurture the quality of holistic excellence which is imbued with Islamic moral-spiritual values, in the process of learning, teaching, research, consultancy, publication, administration and student life.
  • To exemplify an international community of dedicated intellectuals, scholars, professionals, officers and workers who are motivated by the Islamic world-view and code of ethics as an integral part of their work culture.
  • To enhance intercultural understanding and foster civilization dialogues in Malaysia as well as across communities and nations.
  • To develop an environment which instils commitment for life-long learning and a deep sense of social responsibility among staff and students.

The summary of the Mission should read as follows:

  • Integration;
  • Islamization;
  • Internationalization; and
  • Comprehensive Excellence

Vision

"INSPIRED BY THE WORLD-VIEW OF TAWHID AND THE ISLAMIC PHILOSOPHY OF THE UNITY OF KNOWLEDGE AS WELL AS ITS CONCEPT OF HOLISTIC EDUCATION"


IIUM aims at becoming a leading international centre of educational excellence which:

  • Revitalizes the intellectual dynamism of Islam and the Muslim Ummah;
  • Integrates Islamic revealed knowledge and values in all academic disciplines and educational activities;
  • Seeks to restore a leading and progressive role of the Muslim Ummah in all b ranches of knowledge; thereby,
  • Contributing to the improvement and upgrading of the qualities of human life and civilization.

Philosophy

The philosophy of the University was inspired by the recommendations of the first World Conference on Muslim Education held in Mecca in A.H. 1398/ A.D 1977. The spirit of this philosophy is based on the Holy Qur'an, in particular the five verses revealed to the Prophet Muhammad S.A.W., namely Al-Alaq, verses 1-5 :

  • Read! In the name of the thy Lord and Cherisher, Who created
  • Created man, out of a leech-like clot :
  • Read! And thy Lord is Most Bountiful
  • He Who taught (the use of) the Pen
  • Taught man that which he knew not

According to this philosophy, knowledge shall be propagated in the spirit of Tawhid, leading towards the recognition of Allah as the Absolute Creator and Master of mankind.


The spirit behind this recognition of Allah as the Lord of the World (Rabbal-Alamin) represents the apex in the hierarchy of knowledge. Thus, all disciplines of knowledge should lead towards subservience of this truth.


This is because knowledge is a form of trust (amanah) from Allah to man, and hence man should utilize knowledge according to Allah's will in performing his role as the servant and vicegerent (khalifah) of Allah on earth.


In this way, the seeking of knowledge is regarded as an act of worship.


Menuntut ilmu itu adalah ibadah.

Anakku Amir, hayati lah falsafah dan semangat yang ada dari institusi ulung ini. Berjuanglah dengan ruh dan sikap yang jitu untuk mengangkat diri dalam kelompok pejuang Islam yang hebat. Hebat dalam akademik dan siasah, berjatidiri dan kukuh aqidah, mampu berdiri sama tinggi dengan golongan professional, dan punyai ilmu agama untuk mencegah kemungkaran dan mengajak pada kebenaran.

Pilihlah idola dari tokoh berwibawa yang banyak sumbangan nya pada masyarakat dan umat keseluruhannya. Misalnya:

  • Abdul Rahman Bin 'Auf sahabat Rasulullah SAW, adalah contoh orang kaya yang semakin tawaduk kepada Allah dan merendah diri apabila dikurniakan kekayaan. Orang kaya berpendirian mulia yang berjihad di jalan Allah.
  • TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal. Kekayaannya RM1,425 juta,Ke 7 terkaya di Malaysia dan ke 32 terkaya di Asia Tenggara.
  • Ir Nizar Jamaluddin seorang jurutera professional yang juga seorang pemimpin dan pendakwah yang boleh bertutur 4 bahas di kagumi kawan dan lawan.


Semoga fas
a 5 tahun yang bermula hari ini akan diiringi dengan keberkatan dan restu Illahi. Kami doakan yang terbaik buat mu anakku.

Saturday, May 16, 2009


Hari Guru di sambut pada 16 Mei setiap tahun semenjak tahun 1972 sebagai menghargai sumbangan guru kepada para pelajar khasnya dan masyarakat amnya. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tahun ini adalah kali ke 39 sambutan Hari Guru dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa. Pelbagai tema telah dipilih untuk sambutan Hari Guru saban tahun. Berikut saya paparkan untuk tatapan:
  1. 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  2. 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  3. 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  4. 1975 Guru dan Pembangunan Negara
  5. 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  6. 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  7. 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  8. 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
  9. 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  10. 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  11. 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  12. 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  13. 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  14. 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  15. 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
  16. 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  17. 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
  18. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  19. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  20. 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  21. 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  22. 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  23. 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  24. 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  25. 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  26. 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  27. 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
  28. 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  29. 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  30. 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  31. 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  32. 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  33. 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  34. 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  35. 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  36. 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  37. 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  38. 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  39. 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
Di sekolah rendah dulu dua orang guru yang masih kekal dalam ingatan saya. Yang pertama ialah Cikgu Abdullah yang dikenali dengan gelaran Cikgu Lah. Dia mengajar Bahasa Malaysia. Yang saya syok ialah kerana dia suka bercerita dalam kelas. Penyampaiannya sangat hidup. Anak murid nya seronok. Cerita rakyat seperti kisah2 Sang Kancil menjadi pilihan.

Yang kedua ialah Cikgu Ainordin. Di berasal dari Perak dan mengajar Matematik dan aktif dalam sukan hoki. Sangat dedicated dalam tugas dan berjaya memotivasi murid. Atas dorongan dan kelas tambahan beliau banyak membantu saya berjaya hingga layak ke sekolah berasrama penuh. Terima kasih cikgu.

Di sekolah menengah cikgu yang agak menonjol dan kekal dalam memori ialah Cikgu Mohd Soyong, seorang Cina Muslim. Dia salah seorang guru disiplin. Ramai pelajar mengingatinya sebagai cikgu yang paling power dalam libasan rotan ke punggung pelajar semasa 'public canning'. Memang berbisa.

Seorang lagi guru saya ingat ialah Puan Faridah. Orangnya kecil tapi sangat dedikasi. Para pelajar sangat menghormati beliau. Khabarnya beliau baru saja bersara dua tahun lepas. Guru kelas saya semasa di tingkatan lima ialah Miss Chan, guru kimia. Lembut dan tak gheti nak marah. Jasa mu di kenang.

Malam tadi anak kedua saya meberitahu dengan gembira bahawa dia akan jadi juruacara di sambutan Hari Guru sekolahnya pada hari Isnin ini. Saya ucapkan tahniah kepadanya. Saya memberi cadangan supaya di selitkan beberapa rangkap pantun penyeri majlis. Saya juga mengesyorkan agar di bacakan terjemahan Hadith Rasulullah perihal peranan guru dalam masyarakat dan ganjaran menyampaikan ilmu.

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda yang ertinya: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia." (Riwayat al-Tarmizi)

Begitulah mulianya peranan seorang guru. Segala kebaikan mereka ada nilaian nya di sisi Allah, InsyaAllah.

Mari Belajar Dalam Taman
Pandu Cermat Jiwa Selamat

Jasa Guru Sepanjang Zaman

Penuh Dedikasi Mendidik Umat


Selamat Hari Guru !!

Friday, May 15, 2009

Pemantapan Ilmu


Rasa terjawab bila mendengar syarahan Ust Ayob di Surau Al Faiizeen malam tadi. Pengajian tafsir itu diselitkan dengan statement "betapa manusia beriman sudah semakin jauh dari Allah". Pelik tapi benar. Tidak heran jika orang kafir yang jelas sesat itu memusuhi Allah. Tapi bila orang beriman yakni orang yang mengaku dirinya muslim mengamalkan sesuatu yg dia suka dan meninggalkan apa yang tidak kena dengan seleranya, tanpa menghiraukan bahawa itu seruan Illahi. Kita patut heran. Selective dengan ambil separuh buang separuh. Telah menjauhkan orang beriman dari Allah.

Ust Ayob membaca tafsir Surah Al Baqarah ayat 98 yang mafhumnya "Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala pertunjuk dan perintah-Nya) dan memusuhi Malaikat-malaikat-Nya dan Rasul-rasul-Nya, khasnya Malikat Jibril dan Mikhail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir".

Ayat 99 pula menjelaskan "Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Qur'an), dan tidak ada yang akan menginkarinya melainkan orang-orang yang fasik".

Maka disitulah di lihat bagaimana dunia akhir zaman ini, betapa orang yang mengaku beriman itu semakin jauh dari Allah. Hendakkah kita menjadi orang yang fasik?

Dalam masyarakat kekadang timbul kekeliruan. Beramal tanpa ilmu. Hanya ikut-ikutan. Apabila datang Ustaz datang berceramah, para jemaah mendapat ilmu yang disampaikan, Alhamudulillah. Kalau kita kembang-kembangkan ilmu dengan bercerita pada anak isteri dan kawan2 maka ilmu itu pun berkembang. Itulah dakwah sebenarnya.

Kekeliruan timbul bila Ustaz A kata "ini haram itu tak betul itu bidaah". Datang pulak Ustaz B mengajar "ini dibolehkan nasnya begini-begini, itu haram alasan nya begitu-begitu". Dalam ceramah perdana Penceramah A menegaskan perkara yang paling utama dalam agama ialah Jihad di Jalan Allah. Datang pulak Penceramah B berkata perkara yang paling utama ialah Solat. Orang awam keliru. Ust Hasrizal pernah jelaskan kita kena dapatkan persoalan Islam secara 'big picture'. Masalah sekarang ialah a bit here a bit there, cut & paste. Konpius.

Ustaz Ayob menegaskan bahawa Ustaz-ustaz janganlah berlagak menjadi Mufti. Sehingga tahap mengeluarkan fatwa itu dan ini. Kerana cabang ilmu itu maha luas. Tahap ilmu juga berbeza-beza. Kena berguru. Kitab Radhius Salihin karangan Iman Nawawi dalam Bahasa Arab itu umpamanya begitu tinggi huraian dan tafsirannya. Acap kali apa yang difahami tidak sama dengan apa yang hendak di sampaikan oleh Imam Nawawi. Elemen-elemen keruhaniannya tidak dapat di capai. Sebab itu Ustaz yang berhati-hati dalam penyampaian ilmunya mesti menadah kitab berguru dan bertaklid lagi dan lagi sehingga jelas.

Sesuatu yang tidak jelas dan jitu, tapi disampaikan juga seolah-olah itulah fakta sebenar bisa mengundang kekeliruan itu. Justru itulah Ustaz Ayob mengingatkan jangan kita menafsirkan sesuatu mengikut fikir sendiri. Kita sekadar boleh sampaikan ilmu itu contohnya Ust Ayob sendiri bila diminta oleh Hj Jo untuk mengajar Tafsir di surau kami, menyanggupi untuk baca tafsir bukan mengajar atau menafsirkan Tafsir Al Qur'an. Beliau membacakan tafsiran dari Kitab2 Tafsir muktabar. Beliau tidak berani lebih dari itu kerana sifat berhati-hati dan tahap ilmu.

Tahap ilmu ustaz2 ni juga berbeza2. Yang jadi masalah ialah apabila Ustaz yang layak mengajar tahap 1 tiba2 mengajar tahap 6. Mangsanya orang awam. Konpius. Lebih teruk lagi bila berani mengeluarkan fatwa. Janganlah kita terima bulat2. Kita bertanya dan berguru lagi. Sebuah amalan yang bersandarkan ilmu yang benar dan muktabar berdasarkan nas yang jelas akan memberi kemantapan.

Ibarat seorang doktor, ada bidang pengamal umum dan ada specialist. Maka ustaz2 ini pun gitulah gamaknya. Ada jack of all trade, pengamal umum le tu. Ada pakar bidang feqah. Ada master bidang tasauf, tauhid, sejarah, dsb.

Pada kuliah zohor di ofis saya oleh Ustaz Shahrom minggu lepas membawa tajuk "ajaran2 sesat di Malaysia" ada di jelaskan kalau tak silap saya 52 ajaran sesat yang telah di fatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Antaranya ajaran Syiah, Al-Arqam, Al-Maunah, Ayah Pin, pelbagai silat batin, dan nabi palsu. Sebuah ilmu yang tidak betul dan di sampaikan hingga di terima pakai sebagai betul oleh masyarakat, juga sebenarnya adalah ajaran sesat. Berhati-hatilah. Tapis2 lah. Jangan taksub.

@@@

Monday, May 11, 2009

Amir ke UIA

Anak sulong harapan keluarga nampaknya akan ke UIA untuk Program Asasi Sains Kujururuteraan di Kampus PJ pada 23hb Mei ini bagi sessi intake 2009/2010. Doa kami kepada Allah untuk memberi yang terbaik kepada nya. Yang terbaik bagi orang lain mungkin bukan yang terbaik untuk nya.

Setelah keputusan SPM pada bulan Mac tempoh hari, apabila pulang dari khidmat PLKN di Lumut, Amir memohon apa yang patut di pohon sebagai pengisian sebuah proses 'what's next after SPM'. Termasuklah menghadiri roadshow Mara Education Fair di PWTC dan berbincang dengan kawan2nya dalam beberapa siri outing di KL untuk menentu hala tuju. Termasuklah juga menghadiri sesi temuduga pengambilan Diploma in Helicopter Maintenance di MIAT Sepang.

Maka sebagai hasil dari proses yang di lalui tadi maka Alhamdulillah 3 offer utama telah dihidangkan. Tidak termasuklah offer dari beberapa Kolej Swasta untuk pengajian medik di Egypt, machine engineering di GMI, dan twin program luar negara, yang perlu banyak ongkos pembiayaan tentunya.


Tawaran pengajian yang Amir perolehi ialah:


  1. Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran di Penang (lapur diri: 11/5/09)
  2. Program Asasi Sains UniKL di Kulim (lapur diri: 10/5/09)
  3. Program Asasi Sains Kejuruteraan di UIA Kampus PJ (lapur diri 23/5/09)

Perancangan awal Amir ialah untuk ke UniKL bagi kursus Aviation Engineering. Di sokong pula oleh beberapa temannya dari MRSM KP yang juga menunjukkan minat yang sama. Di tambah pula oleh faktor tawaran itulah yang terawal di terima iaitu semasa MARA Education Fair di PWTC. Bidang Aviation ini juga pernah dicanangkan oleh En Samsuddin guru kaunselornya di MRSM KP di hari pengambilan keputusan SPM dua bulan lalu sebagai satu cabang teknologi yang sangat menarik.


Semangat berkobar2 Amir itu juga timbul apabila mendapat penerangan terperinci oleh En Zainuddin seorang pegawai kanan dari UniKL. Di tambah pula oleh penjelasan dari Hj Munir seorang jiran kami yang bekerja di MHS. Betapa bidang ini sangat in demand dan MHS contohnya will forever ready to take up graduate in that field from UniKL. Sebagai bapa, saya akur dan agak teruja dengan hands-on practical approach yang diamalkan di UniKL. Bersesuaian dengan tagline "Where Knowledge Applied" tidak sebagaimana universiti lain yang lebih menekankan kepada teori.

Tapi yang terbaik bagi Amir telah jua di tentukan Allah. Bersesuaian dengan doa yang di pohon saban hari. Setelah result UPU di siarkan di internet pada hari Jumaat 10/5/09 itu yang memaparkan bahawa Amir Asyraf di tawarkan tempat untuk ke UIA di bidang Kejuruteraan, maka dilema menentu hala tuju pengajian ini menjadi nyata.

Asasi Sains Kejuruteraan UAI ini sebenarnya adalah pilihan nombor uno Amir semasa mengisi permohonan secara online seminggu selepas result SPM keluar. Saya masih ingat, masa tu saya sekeluarga mengunjungi Perpustakaan KKB. Ada kemudahan internet di situ. Saya menemani Amir mengisi lapan pilihan mengikut susunan prioriti nya. Dan itulah hakikatnya Amir telah ditawarkan tempat untuk pilihan pertama di UPU. Tahniah dan Alhamdulillah. Agaknya itulah yang terbaik baginya.


Ada ramai kawan2nya yang memohon UIA tapi tidak berjaya. Ada pula yang mendapat pilihan ke 8. Rezki Amir agaknya sudah ditentukan Illahi. Setelah beberapa hari saya dan mama nya bertanya apakah keputusannya antara tiga pilihan yang ada? Amir masih gagal memberi jawapan. Daya imaginasinya masih berbelah bagi. Antara keseronokan bersama kawan2 lamanya yang ramai mendapat tempat di Kulim dan Penang dengan kekaburan arah tuju apa sebenarnya yang diingini.

Mama nya mohon dia solat Istikarah bagi mendapat ilham dari Allah. Agar pilihannya itu merupakan yang terbaik untuknya.


Di pendekkan cerita UIA lah pilahan Amir akhirnya. Dua minggu lepas saya sempat membawanya singgah di Kampus Induk UAI di Gombak. Sebuah panorama yang ada auranya yang tersendiri. Environment yang klasik dengan senibina mediterenean atau timur tengah di unjangi oleh sebuah Masjid yang hebat berdiri megah di tengah2 kompleks sebagai pusat ketamaddunan penggalian ilmu. Di sinilah nanti nya iaitu di Kuliyyah Engineering, Amir akan berjuang. Berjihad menuntut ilmu.

Saya sempat bertemu seorang kenalan sekerja saya iaitu Hj Naza yang kebetulan hari itu datang menemani anaknya untuk mendapat kursus jangka pendek di UIA. Dua orang anaknya sedang menuntut di UIA, di bidang Architecture & Accountancy. Saya bertanya kepadanya baik buruknya UIA ini.

First katanya this is the closest you can get to studying overseas. Maksudnya environment di sini seolah2 belajar di luar negara. Kerana penuntutnya dari berbilang bangsa dan negara. International flavour. Tutur pengajiannya dalam bahasa English dan Arab. Malah panjang pendeknya tempoh Program Asasi itu pun bergantung kepada tahap kemahiran English nya. Samada 1, 1.5, atau 2 tahun pangajian. Dan lulus subjek Arab Komunakasi pula adalah pra-syarat untuk melangkah ke tahun satu nanti.


Yang kedua katanya di sini terasa suasana Timur Tengah dan keislamannya di mana setiap waktu solat fardu contohnya, masjid akan menjadi tumpuan warga kampus. Masjid pula berfungsi sebagai pusat ilmu, tempat mahasiswa berbincang dan mentelaah buku. Tempat riadah, istirehat dan menenang jiwa. Kaya dengan majlis2 ilmu. Seiras suasana di Al Azhar Mesir dalam movie Ayat2 Cinta itu.

Dan yang ketiga, inilah satu2nya IPTA yang menawarkan tempat penginapan sepenuh masa untuk pelajarnya hingga ke tahun akhir pengajian. Sekiranya hendak tinggal di luar kampus terpaksa memohon. Berlawanan dengan IPTA lain yang terpaksa memohon untuk tinggal di kampus. Saya dan Amir mengangguk-angguk tanda setuju. Itulah kemudahan yang tinggi nilainya. Agar Amir nantinya boleh menumpukan segala usaha kepada kursusnya tanpa risau soal rumah sewa dan pengangkutan.

Teringat komen jiran saya ahli khariah Al Faiizeen iaitu Sdra Sabri apabila mendapat tahu Amir akan ke UIA, katanya "bagus tu, dah lah dekat". Seterusnya dia menasihati anak saya dari hatinya yang ikhlas:

Belajar sungguh2 especially first semesta ini. Usaha dapat A semua. Kerana sistem cGPA yang diguna pakai. Setiap kehadiran, kerja rumah, aktiviti, dan peperiksaan akan diambil kira mengikut peratusan tertentu. Keputusan yang tak elok di semesta satu bakal memberi efek negetif pada gred cGPA kesel
uruhan nanti. Amir rasanya faham situasi itu kerana dia pernah melalui sistem yang sama semasa di MRSM dulu. Fokus kepada belajar bukan pada yang lain.

Sabri seterusnya menekankan 3J iaitu:
  1. Jangan hisap rokok
  2. Jangan "bersosial" sangat
  3. Jangan bercinta

Kerana ketiga2 itu bakal melarikan tumpuan sebenar kita berjuang di medan kampus UIA itu. Saya kagum dengan nasihat bersungguh2 beliau kepada Amir. Katanya masa dulu dia bermusafir sendirian ke UTM untuk hari pertama pendaftaran. Bak budak sesat di kota. Penuh cabaran dan dugaan. Maklumlah datang dari keluarga susah. Niat nya satu untuk belajar mendapat ijazah demi mengubah kepayahan hidup keluarganya di Bachok. Dan dia pulun habis. Hingga kini bisa mengecapi hidup yang agak senang sebagai Land Surveyor di sebuah syarikat pembinaan swasta.

Teringat pula saya panggilan telefon dari kawan saya Azmi Abdullah semasa saya kat Pasar Malam di malam rabu lalu. Saya pernah menelefonnya 3 h
ari sebelumnya meminta pendapat profesionalnya mengenai Engineering School kat UIA tu. Memandangkan dia adalah lulusan UIA walaupun di bidang undang-undang.

Katanya dia telah bertanyakan beberapa kawannya yang graduate di bidang engineering. Katanya school of engineering di UIA is one the best at par with international standard. It is quite matured and has produced thousands of engineers in the past few years which are snapped up by the ope
n market like nobody business. That make me feels good. It matched my expectation actually. That is exactly how I felt about UIA. A university with international standard, stands tall and has value of its own.

I had a few eye-to-eye sessions with Amir about his future and what to be expected. From my observation he is quite blur and not really sure what is ahead of him. Life in secondary school and boarding school for that matter, despite all the exposures and travelling still does not make him somebody with strong wills and jatidiri. He is still easily influenced by friends, his surrounding and latest trends. Just like any other teenagers perhaps. That worries me.

So I asked Amir. What do you expect after 5 years at UIA. After some thinking he said I want to graduate as Engineer. I said, is that all? What are the differences between you and thousands of graduates in Engineering out there? What make you special so that the company such as Pernec or Talisman want to employ you as their staff? Amir remain blur and scratch his head.

After a while, I continue by saying that you are special and given a chance by Allah to study in a special University. For me among IPTAs today, UIA is t
he best and stay put at the front liner. Thumbs up. Not just because of it's international standard. But most importantly the Islamic environment, spirit, ruh and values installed. You are special because thousands of others who applied and put UIA School of Engineering as their first choice but failed to get a place. Even candidates with straight A's. Therefore please be greatful to Allah for this chance of a life time. Syukur Alhamdulillah.

How to show that you are greatful my son? Don't play play. Be serious. Study with determination. Allah is watching. Don't fool yourself. Remember that Allah is watching every step of the way. Not your mother or your father. You maybe can bluff and fool both your parent but not Allah The Al Mighty.

Start with
End in mind. Long journey start with the first step. Start with the right footing. This is the beginning. Forget the SPM years. It is gone. You can learn from history (the past) but plan for the future. What you do today will have some big impacts in your future. Remember that. You now a big boy who needs to decide what is right and what is wrong.

Start with the End in mind. You start with the registration day and proceed with Takruf week. At the end of that week you will sit for English assessm
ent test. Probably another one on Arab assesment test. It shall determine your level of competencies in both language. Engineering is not easy meat. You will struggle like crazy. You may get rejected half way. Beware. Lets put you in the right perpective. No shortcut. You will qualify as an engineer at the end of that 5 years if you put your heart to it. You put your best efforts. And you better place the right attitude.

Having said that, do not forget to learn about life. Make friends and interact with people. Improve your communication skills. Learn to appreciate nikmat Allah yang banyak. Nikmat akal fikiran, kesihatan, pancaindera, ilmu pengetahuan, keluarga, kawan2, alam sekitar, dan harta-benda. Jangan kufur nikmat. Be a street smart human being !!

You will be Ir Engineer in Mechanical Engineer just like your idola Ir Niza
r Jamaluddin (who has been declared by High Court today as the legal MB of Perak after all) one day. Not just engineer but the engineer guided with Islamic values all the way in your professional endeavour and well being as a human being, Hamba Allah and Khalifah Allah in this world of His. An engineer who contribute significantly in building the nation and society. An engineer who berdakwah and mengajak kepada yang benar dan meninggalkan segala yang di tegah Allah. Start with end in mind.

Therefore, start pickup all those values along the way of your 5 years at UIA. So that at the end
you are not just another Engineer on the street who easily can take rasuah but an Engineer yang bertaqwa, yang takutkan Allah dan tidak sudi melakukan perkara-perkara yang mungkar. InsyaAllah.


@@@

Sunday, May 10, 2009

Khatam Buku




Saya sudah khatam ketiga2 buku karya Ustaz Hasnizal iaitu Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga & Rindu Bau Pohon Tin. Banyak pengajaran dan kata-kata hikmah dapat di ambil dari susun atur jalan cerita yang santai tapi benar pengalaman Ustaz itu. Merangkumi persoalan remaja, melanjut pengajian ke luar negara, pengalaman hidup di Eropah, misi dakwah dan motivasi serta pelbagai sumbangan kepada masyarakat. Saya agak puas dengan ketiga2 buku ini. Semoga Ustaz Hasnizal tidak kekeringan idea dan bahan untuk terus berkarya dan berdakwah.

Minggu lepas isteri saya singgah di Perpustakaan Awam dan meminjam sejumlah buku untuk santapan minda. Antaranya adalah koleksi Hadith pedoman hidup keluaran Telaga Biru yang berkulit keras, sungguh mantap kalau dibuat koleksi di rak buku kat rumah. Namun content nya itu yang sangat mahal untuk sama2 digali ilmu dan intinya. Buku perkaya minda. Mamang benar.

Friday, May 01, 2009

Doa Tahajjud

Hari ini hari Jumaat penghulu segala hari. Betapa nikmatnya hidup menyedut udara Allah dan menghayati keindahan bumi Allah ini. Selepas riadah pagi, sarapan, membersih laman, membasuh kereta, mencuci bilek air, mandi, dan solat dhuha, saya pun membelek kitab Muntakhab Ahadith yang memang sedia di rahal sebelah sejadah itu. Penanda kitab yg berupa reben merah itu menunjuk ke mukasurat 231 (dari total 804). Saya ingin berdakwah hari ini kepada seluruh warga dunia melalui blog saya ini dengan berkongsi sebuah terjemahan hadith Rasulullah.

Dari Ibn Abbas berkata: Selepas bersembahyang Tahajjud aku mendengar baginda Rasulullah SAW membaca doa ini:

  1. Wahai Allah! Aku memohon kepada-Mu akan rahmat-Mu, yang dengannya Engkau memberi petunjuk ke dalam hati ku. Yang dengannya Engkau memudahkan pekerjaan ku, dan menghilangkan kesusahan ku, dan dengan rahmat-Mu Engkau menyumpurnakan keperluan-keperluan ku dalam ketiadaan ku. Engkau membersihkan amalan ku dari sifat munafik dan kufur dengan rahmat-Mu, dan meletakkan di dalam hati ku sesuatu yang baik, sesuai dan yang aku sukai, Berikanlah kepada ku dengan rahmat-Mu dan lindungilah aku daripada kejahatan.
  2. Wahai Allah! Berikanlah kepadaku keyakinan yang sesudah itu tidak ada lagi kekafiran dan kurniakanlah kepada ku kemuliaan dan kehormatan di dunia dan di akhirat.
  3. Wahai Allah! berikanlah kejayaan di dalam setiap keputusan yang ku ambil, aku memohon kepada-Mu sebagai mati syahid dan jadikanlah kehidupan ku sebagai yang bernasib baik. Dan berilah pertolongan kepada ku daripada musuh-musuh.
  4. Wahai Allah! Aku meletakkan dihadapan-Mu keperluan-keperluan ku walaupun pengetahuan ku tidak sempurna dan amalan-amalan ku lemah, sesungguhnya aku sangat memerlukan akan rahmat-Mu. Wahai Pengatur segala Urusan dan Penyembuh segala hati, sebagaimana Engkau dengan kekeuasaan-Mu menjadikan lautan yang berpisah menjadi satu dari yang lain (yang masih tetap berpisah dari yang manis dan yang manis tetap berpisah dari yang masin) demikian pula aku memohon jauhkanlah aku dari api neraka dan siksaannya, ketika orang mula meratapi (dan berdoa bagi kematian) dan jauhkanlah aku dari siksa kubur.
  5. Wahai Allah! Pengetahuan ku amat kurang, dan amalan ku amat lemah, untuk memperolehi kebaikan itu dan jauh dari jangkaan niatku yang belum ku minta kepada-Mu, kerana Engkau telah berjanji kepada setiap ciptaan-Mu, dan setiap kebaikan hamba-hamba-Mu, aku amat berkeinginan semunay itu. Maka aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Sekelian Alam.
  6. Wahai Allah! Zat yang memegang tali perjanjian yang kukuh, Tuhan segala amal kebajikan! Aku memohon kepada Engkau kebahagiaan pada hari azab untuk berada dikalangan ahli-ahli syurga pada hari Qiamat. Orang-orang yang Engkau sukai dan yang menghadiri mahkamah-Mu yang ruku' dan yang sujud dan yang memenuhi janji-janji-Mu. Tida keraguan, Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Yang Tiada Keraguan apa sahaja yang Engkau suka Engkau pasti melakukannya.
  7. Wahai Allah! Berilah petunjuk kepada ku, dan jadikanlah aku sebagai orang yang memimpini kearah petunjuk-Mu. Janganlah sesatkan aku, dan jangan membawa orang lain kepada kesesatan. Berada di dalam kesejahteraan dengan sahabat-sahabat-Mu dan memusuhi semua musuh-musuh-Mu. Jadikanlah aku sebagai orang yang mencintai orang-orang yang mencintai-Mu, dan membenci orang-orang yang membenci-Mu.
  8. Wahai Allah! Kewajibanku hanya berdoa, dan kewajiban-Mu untuk menerimanya. Inilah usaha ku dan hanya kepada-Mu aku berserah.
  9. Wahai Allah! Jadikanlah Nur dalam hati ku, dan jadikanlah kubur ku bercahaya, jadikanlah nur dihadapan ku, nur pada belakang ku, nur pada bahagian kiri ku, nur pada bahagian kanan ku, nur dari atas ku, nur dari bawah ku (nur-Mu meliputi ku), nur pada telinga ku, nur pada mata ku, nur pada setiap rambut ku, nur pada kulit ku, nur pada daging ku, nur pada darah ku, nur pada setiap tulang ku. Wahai Allah! Tambahkanlah nur ku, dan berikanlah kepada ku nur, dan jadikanlah nur nasib ku.
  10. Maha Suci Allah yang tinggi kekuasaan-Nya. Kehormatan adalah hijab-Nya, Perintah-Nya adalah yang terhormat. Kemuliaan, Penerimaan, Kemurahan hati adalah pakaian-Nya. Maha Suci Allah yang tinggi kekuasaan-Nya. Dialah yang bebas dari segala kecacatan. Maha Suci Allah yang Maha Besar pengurniaan-Nya. Dan nikmat-Nya. Maha Suci Allah yang Maha Perkasa dan Tuhan yang Penuh Kemuliaan. (HR Tarmizi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...