Wednesday, June 03, 2009

Tazkirah Pagi Rabu



Antara tugasan saya sejak 2 tahun ini ialah menyampaikan tazkirah ringkas di corong PA System di pejabat HR pada setiap hari Rabu jam 8:15 pagi. Ia nya berkumandang secara lintas langsung ke seluruh komplek pejabat tempat saya bekerja mencari rezki (sudah melangkaui 11 tahun). Suara saya akan menjelajah ke setiap ruang hatta ke bilek air sekali pun. Makanya tidak kurang dari 1600 keping gegendang telinga (800 staf) terpaksa menadah celotehan saya ini samada suka ataupun tidak.

Harapnya ada antara mereka mendapat manafaat dari apa yang cuba di sampaikan itu. Katalah 1% dari 800 staf itu, maknanya ada 8 orang. Kalau di congak untuk 2 tahun ini (2 tahun x 12 bulan x 4 minggu x 8 staf) mungkin 768 orang yang mendapat sedikit ilmu secara langsung. Not bad. Apatah lagi kalau mereka2 ini sudi pula sampaikan ilmu yang di dapat itu kepada isteri/suami/anak/kawan/saudara mereka pula. Apabila di Padang Mahsyar nanti dapatlah mereka2 ini menjadi saksi perihal sedikit usaha dakwah saya itu. Alhamdulillah.

Pada minggu lepas saya baru saja khatam kitab Khusyuk Dalam Solat karya TGNA iaitu 29 bab rahsia dan mutiara yang di gali dan di kupas lumat untuk mencapai sebuah solat yang khusyuk yang ada nilaiannya di sisi Allah.

Dipendekkan cerita pagi ini saya menyampaikan tazkirah dengan membaca kitab baru bertajuk Fadhilat Solah karya Maulana Muhammad Zakariya. Dua hadith beserta penerangannya telah dapat dikongsikan dengan para pendengar budiman iaitu perihal kelebihan solah.

Hadith 1

Diriwayatkan daripada Hazrat 'Abdullah bin 'Umar r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda, "Islam dibina atas lima (rukun). Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah SWT dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, mendirikan solah, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadith 2

Hazrat Abu Zar r.a. berkata, "Suatu ketika Rasulullah SAW keluar pada musim sejuk semasa daun2 gugur, lantas Baginda SAW memegang dahan dari sebatang pokok maka daun2 tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda SAW bersabda "Wahai Abu Zar." Saya menyahut, "Saya, ya Rasulullah." Kemudian Baginda SAW bersabda, "Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapat keredhaan Allah SWT, dosanya gugur seperti gugurnya daun2 ini dari pokok." (Hadith riwayat Imam Ahmad)


Hadith di atas rasanya biasa kita baca atau dengar sebelum ini. Namun tidak salah untuk kita amat-amati dan ulang-ulangi lagi dan lagi. Kerana solat itu tiang agama. Ibadah solat itulah yang akan di kira pertama-tama sekali di akhirat nanti. Baik solatnya maka ada harapanlah dapat markah dari ibadah2 yang lain pula. Semoga markah akhirnya LULUS.

Harapan saya ada pula saudara dan saudari yang sudi membaca posting ini dan mendapat ilmu dan manafaat darinya. Dan saudara dan saudari menyampaikannya pula pada isteri/suami/anak2/saudara-mara/kenalan maka berkembanglah ilmu yang bermanafaat, insyaAllah. Setiap kita punya tanggungjawab untuk menyampaikan dakwah menyeru pada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Semoga yang malas solat akan rajin solat. Yang tak solat akan solat. Yang solat di penghujung waktu berubah untuk solat di setiap awal waktu. Semoga yang suka solat secara solo tergerak hati untuk istiqamah untuk solat secara berjemaah. Bagi yang rutinnya solat di rumah atau di ruang pejabat dapatlah apa kiranya bersolat di surau atau musalla pula. Yang solat merewang tumpuan entah kemana berusahalah pula untuk mencapai sebuah solat yang khusyuk dan penuh penghayatan.

Kita semua ini hamba Allah. Kita semua ini khalifah Allah di muka dunia ini. Tiada bezanya kita kecuali level ketakwaan kepada Allah. Tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepada Allah. Jadikan setiap kegiatan dan urusan harian kita ada nilaiannya di sisi Allah. Terjemahkan aktiviti kita itu menjadi ibadah. Semoga kita beruntung dalam perniagaan ini dan kaya di dunia dan berterusan dividen nya hingga ke akhirat, insyaAllah.

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...