Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Thursday, April 23, 2009
Buku Free
Buku2 yang kami pinjam ni kebanyakan masih panas dan belum terusik. Kami 5 beranak menggunakan 5 kad ahli dan meminjam 3 biji setiap kad, jadi jumlah nya 15 buku dapat kami pinjam pada sesuatu masa. Rasanya sudah lebih 30 kali kami meminjam. Maknanya sudah lebih 450 biji buku telah kami pinjam dan baca tanpa mengeluarkan walaupun sesen. Kenapa kemudahan begini tidak di guna pakai oleh ramai orang? Apakah tiada kesedaran, tidak tahu, atau tidak berminat? Dalam zaman kegawatan ini, rasanya alternatif berkunjung ke perpustakaan awam yang memang ada di setiap daerah ini patut sangat diamalkan sebagai aktiviti keluarga. Baca buku dapat ilmu. Berkunjung lah ke perpustakaan di hujung minggu ini.
Sunday, April 19, 2009
PBAKL at PWTC
Walaupun Malaysia adalah antara negara teratas dalam kadar literasi di Asia Tenggara, namun majoriti rakyat kita masih menumpukan kepada bahan bacaan ringan sepert akhbar harian dan majalah. Mengikut statistik, dari 85% pembaca biasa di Malaysia 77% darinya suka membaca akhbar, 3% majalah, 3% buku, dan 1.6% komik. Kalau di USA 53% warga mereka membaca buku fiksyen dan 43% sukakan buku bukan fiksyen. Semoga statistik purata rakyat kita membaca hanya 2 buku satahun akan berjaya diubah menjadi 2 buku sebulan. Rakyat kita tidak kedekut berbelanja untuk makanan tapi sangat kedekut untuk membeli buku yang merupakan "makanan intelek".
Penganjur PBAKL 2009 menganggarkan 2.5 juta pengunjung tahun ini berbanding dengan 2.2 juta pengunjung pada tahun 2007 dan 700,000 pada tahun 2006. Saya sekeluarga memang pengunjung setia acara tahunan ini. Amir membelanjakan RM30 untuk komik kegemarannya. Farihin menumpukan kepada buku2 latihan persediaan SPMnya sebanyak RM47 dan Iman pulak membeli pelbagai novel dan komik sebanyak RM50. Isteri pula membeli pelbagai majalah resepi, menghadiahkan saya sebuah buku bertajuk Haji Muda dan hadiah istimewa buat anak saya Amir sempena kejayaannya dalam SPM baru2 ini iaitu sebuah Al Qur'an Mushaf Tajwid beserta terjemahan.
Pada tahun ini saya tak banyak membeli buku cuma 3 buku nukilan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Ustaz Saiful Islam (saifulislam.com) bertajuk Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga, dan terbitan terbaru beliau Rindu Bau Pohon Tin. Gaya bahasa santai di sulami hikmah dan pengajaran menjadikan nukilan beliau begitu melekat di hati.
Dari MIAT ke Pesta Buku
Semalam kami sekeluarga menemani Amir ke Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT) di Sepang untuk temuduganya. Ada rezki insyaAllah dapatlah tempat untuk Diploma in Helicopter Maintenance. Setelah bersiap maka kami bertolak dari rumah sekitar jam 7 pagi. Breakfast dalam kereta dgn sandwich dan air kopi panas yang isteri sediakan.
Saya melalui PLUS highway, setelah exit di Nilai maka saya terus mengikut arah tuju yg dipetakan oleh seoarang pagawai MIAT yg saya hubungi pada hari Jumaat lepas. Belok kanan, jumpa traffic light, straight 50m, jumpa round about - pukul 12, 200m jumpa traffic light, straight, jumpa round about - pukul 12, jumpa another traffic light, ambik kiri, belok kanan bawah flyover, 5km, jumpa MIAT. Itulah antara arahan yg saya terima melalui perbualan telefon dgn pegawai itu. Dan Alhamdulillah tak sesat. Inilah first time kami melalui pekan Nilai dan our first impression ialah sebuah kawasan yang cantek, well landscaped dan sesuai sebagai education township. Banyak terdapat kolej dan universiti di sini seperti Nilai College University, USIM, Inti College, Asasi UAI, dsb.
Sampai ke kampus MIAT pada pukul 8:30 pagi. Interview dijadualkan bermula pada pukul 9 pagi. Tapi manusia sudah ramai, kereta sudah banyak di pakir. Ingatkan tak ramai yang berminat untuk ke MIAT. Mengikut anak saya semalam sudah 300 calon yang datang interview. Tambah 300 hari ini. Tempat yang di tawarkan sekitar 150 sahaja. Calon2 semuanya smart berseluar slack, berkemeja, berkasut kulit dan bertali leher. Tapi ada juga seorang dua yang datang ber t-shirt dan berseluar jeans. Calon2 pelajar perempuan tak ramai, kurang dari 20 orang dan kebanyakannya dari sekolah teknik, mungkin memohon Diploma in Avionic. Setelah beratur mengambil borang untuk di isi, mereka menduduki IQ test, sebelum bergerak ke bilek2 temuduga yang dikhaskan di tingkat 3. Anak saya di beri no giliran yg ke 91.
Tell me about yourself. My name is Amir Asyraf. Today is my 18th birthday (Amir born on 18th April 1991). I received my primary education at Sek Kebangsaan Bukit Beruntung where I was the Head Prefect. I got 4 A in UPSR and further my secondary education at Sek Men Agama Tinggi Kuala Kubu Bharu. I was a prefect and represented my school in badminton. After getting 7A in my PMR, I continue my study at MRSM Kubang Pasu. Over there I represented my College in badminton, inter MRSM co-operative course at Alor Star, National Mathematic Olympiad Competition, National Inter MRSM Police Cadet Camping at Besut Terengganu, and I also one of 20 students selected for International Education Visit to Jakarta and Bandong for 5 days where we managed to visit Universitas Padjamaran and Institut Teknologi Bandong. I was also a committee member for College's Co-operative, Surau, and Hostel. During waiting for SPM result, I was selected to attend National Services for 3 months at Kem Kg Baharu Lumut Perak. I have learned a lot of things such as Self Discipline, Time Management and Team Works. I got 5 A in my SPM and here I am attending my interview at MIAT, hoping to get a place pursuing my study in Diploma of Helicopter Maintenance.
Tell me aircraft model that you know. Sirkorsky S-64 & Bell 205. Wow you really interested in Helicopter. How the aircraft can fly? Since I'm interested in Helicopter, I would explain that helicopter is an aircraft that lifted and propelled by one or more horizontal rotors, each rotors consisting of two or more rotor blades. The primary advantage of a helicopter is from the rotor which provides lift without the aircraft needing to move froward, allowing the helicopter take off and land vertically without a runaway.
Itulah antara dialog yang berlaku sepanjang sessi temuduga berkenaan. Semoga Amir akan tersenarai antara 150 calon yang terpilih dari 600 calon yang ditemuduga itu. Mengikut En Roslee, Head of Training and Development MAS yang saya temui dan sempat berbual semasa beliau sama2 juga sedang menunggu anaknya ditemuduga, katanya "Aviation field ini adalah sebuah bidang yang sedang berkembang pesat dan engineering field in aviation ini merupakan satu area yamg sangat penting. Mengikut regulation pada setiap aircraft mesti ada 100 enginering support staff. That shows how important this field is and organization such as MAS still depend a lot on foreigners." Setelah snap a few photos around the campus, we take off to PWTC for our annual event not to be missed Pesta Buku Antarabangsa 2009.
Friday, April 17, 2009
Dari Pasar Seni ke Puduraya
KL sudah banyak berubah. Kalau jarang ke KL, sesekali kita ke sana maka ada saja bangunan baru terpacak dan warga kota yang pelbagai budaya serta lorong2, gerai2 dan papan2 iklan beraneka warna. Kalau rajin memerhati maka tampak benar keunikan KL ini yang menjadi kegilaan pelancong asing dan bahan bicara si pengembara. Beberapa hari lalu sekembalinya dari ofis aku berpeluang singgah sebentar di Pasar Seni sambil mencuri waktu untuk ke destinasi seterusnya dengan bas ekspres di Puduraya. Mari kita lihat sepanjang singgahan dan lorong jalanan itu dari lensa nokia 3110c ku. Syok jugak melihat kerenah sekeliling, lebih2 lagi kalau menggunakan mata hati.
Saturday, April 11, 2009
Kabinet Najib
PM Najib sudah memberikan yang termampu dengan barisan kabinet barunya. Semoga ia berjaya memacu negara ke era baru membela kepentingan rakyat jelata dan masyarakat yang harmoni dan aman damai. Dapat memperbaiki kepincangan sebelum ini dan memulihkan keyakinan rakyat. Jika ikhlas dalam perjuangan insyaAllah akan berjaya jua walau sebanyak mana pun rintangannya. Begitulah juga sebaliknya, sebaik mana nampak dimata, tanpa ikhlas dan kejujuran di hati maka segala apa pun tidak menjadi dan tiada barokah nya. Nawaitu kerana Allah. Tepuk dada tanya iman. Long journey start with the first step.
Wednesday, April 08, 2009
BN dapat Batang
Lain ceritanya suasana di bukit2 dan kawasan sekitarnya kat Perak yang udara fresh dan segarnya telah memberi kemenangan bergaya buat Ir Nizar yang kualitinya terserlah setelah ditonjolkan sebagai MB Perak pada tahun lepas. Momentum krisis 'kerajaan Perak' yang bertukar kerajaan secara di luar tabii, nampaknya gagal dibendung. Di sebalik segala usaha bersungguh2 pihak BN untuk memenangi hati pengundi Bukit Gantang. Ir Nizar menang besar dari majoriti 1,566 bertambah kepada majoriti 2,789. Peningkatan 78% majoriti tu...hebat hebat !!
PM baru 'good factor' juga gagal memberi kesan positif, malah bertukar mimpi ngeri. Rakyat tidak termakan pujuk rayu dan janji manis 'short term' lagi nampaknya. Mereka tidak mudah lupa. Rakyat Bukit Gantang agaknya impikan wawasan jangka panjang buat kemajuan ummah bukan dari segi material semata tapi 'good governence' yang terserlah bukan teori sahaja.
Di Bukit Selambau S.Manikumar dari PKR meraih 12,632 undi dengan peningkatan majoriti dari 2,362 kepada 2,403. Dan bagi 13 calon bebas, hanya perabih beras dan gagal mengubah keputusan dengan hanya mendapat undi sekadar 25 yg paling kokak dan 528 yang paling tinggi dengan purata jumlah undi untuk 13 calon itu hanya 102 undi sahaja seorang. Tapi kalau depa masuk bertanding itu atas dasar tajaan maka tak kisah lah, tapi kalau duit sendiri sayang jugak tu, hilang RM8,000 tak termasuk belanja lain....ish ish ish.
Jadi kesimpulannya?
- Performance BN di Perak makin teruk nampaknya.
- Performance BN di Sarawak makin baik.
- Performance BR nampaknya still maintain sebagaimana Mac 11 dulu kalau tidak lebih baik pun.
Apapun manusia hanya merancang dan Allah Pencipta Manusia juga merancang, dan tentulah perancangan Allah lebih padat dan jitu. Tak usah heran, tak usah pening kepala. Life must go on. Marilah kita berusaha menegak kebaikan di Bumi Allah ini dan mencegah kemungkaran dan kejahatan yang memudaratkan. Semoga semua kita rakyat Malaysia ini akan mendapat petunjuk ke jalan yang lurus dan mendapat hidayah-Nya. Amiiin.
@@@
Sunday, April 05, 2009
You Must Believe
You must believe that menutup aurat itu wajib.
Menjadi harapan besar saya agar barisan kepimpinan negara menunjukkan akhlak terbaik dengan menutup aurat sebagai memenuhi tuntutan agama dan bukan dengan tujuan lain. Sekali gus menjadi contoh tauladan dan inspirasi untuk rakyat marhain yang lain. Saya doakan tokoh2 negara yang masih belum menutup aurat itu agar mendapat hidayah Allah dan tergerak hati untuk berubah ke arah kebaikan.
Dan bagi kita yang punyai anak2, untuk memastikan anak2 kita mendapat didikan dan kesedaran ilmu dalam menuju ke jalan yang lurus dan bukannya jalan yang sesat golongan nasrani atau jalan tidak di redhai golongan yahudi laknatullah.
Bagi para wanita yang sudah menutup aurat dengan bertudung itu, Alhamdulillah. Cumanya saya mohon untuk terus tingkatkan ilmu dan iman dengan terus membuat peningkatan dari segi iman dan teknikal kerana mengikut pemerhatian masih ramai yang gagal memenuhi syarat2 utama contohnya masih menampakkan sebahagian rambut atau masih menonjolkan 'spot light' di depan tanpa rasa bersalah. Ingatlah di depan Allah tuntutan menutup aurat itu masih belum sempurna. Siapa yang rugi?
Persoalan aurat sudah lama di bicarakan, dikupas dan dibentangkan. Namun masih ramai yang sengaja butakan mata dan tutupkan hati untuk menutup aurat yang menjadi tuntutan dan agenda penting dalam agama kita.
Pendeknya pakaian bukan hanya setakat ada hubungan dengan muru’ah, budi pekerti dan adat, tetapi juga menjadi tuntutan agama samada di luar mahupun di dalam sembahyang. Khusus mengenai pakaian perempuan, ia tidak boleh dipandang ringan, dilanggar hukumnya dengan senghaja kerana akibatnya ialah laknat sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu:
Maksudnya: “Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya, iaitu kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka bertelanjang (pakaian tiada menutup ‘aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).”
(Hadis riwayat Muslim)
Dalil Menutup Aurat
Aurat ialah sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya.
Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada al-Qur’an dan hadis. Antaranya firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Tafsirnya: “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup ‘aurat kamu, dan pakaian perhiasan. Dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.”
(Surah al-A‘raaf : ayat 26)
Firman Allah Ta‘ala lagi:
Tafsirnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang ‘aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
(Surah an-Nur: ayat 31)
Sementara itu dalil daripada hadis yang menyentuh tentang kewajipan menutup aurat itu ialah yang diriwayatkan oleh Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya:
Maksudnya: “Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! (Kepada siapakah) dari ‘aurat kami boleh kami perlihatkan dan (kepada siapa) kami hindarkan?”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Peliharalah ‘aurat kamu melainkan dari isteri kamu atau hamba sahaya perempuan kamu.”
Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana pula jika ada orang-orang berhimpun sebahagiannya dengan sebahagian yang lain?”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika kamu berupaya (membuat) seseorang tidak akan melihat ‘aurat kamu, maka janganlah orang itu melihatnya.”
Dia berkata: “Saya bertanya: “Bagaimana pula jika seseorang itu bersendirian?”
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Allah itu lebih berhak dimalui daripada manusia.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Berdasarkan dalil-dalil yang disebutkan di atas, jelas menunjukkan tentang kewajipan menutup aurat dan bahkan juga dalam keadaan bersendirian walaupun di tempat yang tertutup.
Batas Aurat Lelaki Dan Perempuan
Menurut Khatib As-Syarbini aurat bagi lelaki samada hamba, orang kafir dan kanak-kanak sekalipun yang belum mumayyiz ialah di antara pusat dan lutut. Perkara ini telah dinyatakan di dalam hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda:
Maksudnya: “Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat.”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)
Manakala aurat perempuan pula ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan tapak tangan sebagaimana perintah Allah Ta‘ala dalam al-Qur’an:
Tafsirnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.”
(Surah an-Nur : ayat 31)
Menurut Ibnu ‘Abbas dan ‘Aisyah Radiallahu ‘anhum yang dimaksudkan dengan “zahir” ialah muka dan dua tapak tangan.
Saya menyeru seluruh umat Islam khususnya kaum suami dan bapa untuk mengambil langkah drastik ke arah memberi didikan ilmu dan kesedaran perihal tuntutan menutup aurat ini, terutama kepada isteri dan anak2 tercinta. Janganlah mereka menjadi penyebab untuk kita diseret ke dalam neraka Allah.
Saya dengan ini bersaksi di depan Allah, bahawa saya menunaikan tanggungjawab saya di hadapan Allah untuk menyampaikan mesej dakwah ini dalam menyeru tuan2 dan puan2 muslimin dan muslimat seluruh dunia untuk menutup aurat dan memenuhi tuntutan syariat ini.
Usahlah kita menjadi manusia yang bodoh di depan Allah kerana bertindak mengikut akal semata dan cuba menidakkan tuntutan dalam agama. Bak kata Ust Amran terhadap seorang celebrity negara yang menjadi idola anak muda dan anak tua, katanya "walaupun beliau ini nampak sopan dan baik akhlaknya namun si sisi Allah dia tetap seorang yang tidak baik dan berdosa kerana tidak menutup aurat". Wallahua'lam.
Wednesday, April 01, 2009
Kisah Aku
Aku kerja di bidang ICT ni bermula selepas aku grad di Kalamazoo sana dan pulang ke tanahair. Ya sudah mencecah 22 tahun yang lampau. Bermula dari seorang programmer hinggalah sekarang menjawat Ketua Unit Teknologi di sini. Alhamdulillah.
Sebenarnya ini tempat kerja aku yang ke lima. Persinggahan yg ke 5 dan yg terpanjang. Sudah 11 tahun aku di sini, maknanya 11 tahun lagi berkongsi antara 4 tempat kerjaku yg terdahulu. Lama bekerja banyaklah pengalaman. Aku belajar menjadi manusia yg bersyukur. Aku belajar menjadi orang yang sabar menghadapi kerenah dan rempah ratus kehidupan. Ada orang belajar nya cepat dalam sesuatu bidang. Ada pula yang mengutip ilmunya mengikut keinginan hati dan kegemaran masing2 dalam banyak bidang. Maka adalah yang jadi specialist dalam bidang ilmu mereka itu. Dan ada pula yang jadi 'Jack of all trade' iaitu ilmu atau kemahiran yang sederhana dalam banyak area. Aku lebih kepada kelompok yang kedua itu, yang punyai kemahiran sederhana dalam bidang2 tertentu, bukan yang jenis specialist.
Berbalik kepada anniversary 11 tahun aku bekerja di sini, yang jatuhnya hari ini, maka aku pun mengimbaulah sedikit sebanyak dalam perbualan singkatku dengan kawan sekerjaku tadi. Kataku aku bersyukur. Walaupun malam tadi aku hanya dapat tidur lebih kurang 2 jam sahaja kerana berkengkang mata bersama 6 orang rakan sekerja yang lain untuk menyiapkan tender bidding untuk BSN Internet Banking yang submissionnya sebelum pukul 12 tgh ini. Kawanku tadi menyelit ada orang yang tak dapat tidur langsung...hmm betul jugak tu. Contohnya si Othman yg sama2 membuat tender ni, tak tidur langsung dia. Kawanku pulak tadi menambah "ada jugak orang yang tak ada kerja". Hmmm...betul lagi tu. Aku patut bersyukur sebab aku ada kerja lagi. Time ekonomi gawat jangan main2. Banyak company yang gulung tikar. Dan dia menambah lagi "yang paling teruk, ada orang yang tak dapat tidur, dan tak ada kerja". Ehh...lebih2 pulak analisa si mamat ni.
Tapi betul jugak tu. Aku patut sangat bersyukur kerana dapat tidur 2 jam malam tadi dan pagi ni masih bekerja di sini, iaitu sudah menghabiskan 11 tahun usiaku di sini dan mula melangkah masuk ke tahun ke 12 di sini. Aku pun berbisik kepadanya semoga aku dapat meneruskan kerjaku di sini hinggalah 10 tahun lagi, iaitu hingga umur pencen 55 tahun. InsyaAllah sekiranya Allah sudi meminjamkan usia kepadaku untuk hidup lagi sepanjang masa itu. Bukankah ajal maut dan rezki aku di tentukan Allah jua?
Aku jugak bersyukur malam tadi aku telah dibelanja makan nasi beryani kambing dan air fresh orange oleh Mr Lim Sales Director for this tender (actually dinner untuk 6 orang tender bidding members). Aku boleh sangat mengandaikan itu sebagai dinner sambutan 11 tahun aku di sini. Dan pagi ni setelah siap tender preparation aku akan balik awal, iaitu dapat half day off. Bukankah patut sangat aku bersyukur? Bukan senang nak dapat. Setengah orang terpaksa membanting tulang bekerja di tengah panas sepanjang hari.
Pagi tadi semasa solat subuh di depan Nya. Direct between me and my Creator, I can feel kekusyukannya. Bacaan dalam solatku slow dan teratur penuh penghayatan. Hanya aku seorang di surau itu bersama Nya. Oh ya, Tarmizi kawan sekerja yang sama2 membuat tender sedang cuba mencari kelenaan dalam tidur di bucu sana. Namun my point is aku rebah patuh sujud mendambakan keredhaan-Nya. Ya Allah aku mohon keampunan-Mu di atas segala dosa2 ku, aku mohoinkan keampunan-Mu buat ibubapaku, isteriku, dan anak2ku.
Doaku agar Engkau kurniakan aku rezki dari sisi Mu yang tidak aku ketahui puncanya. Aku teringat semalam aku telah dikurniakan rezki yang tersepak. Dalam aku teraba2 poket bajuku untuk mengambil slip bank atau resit, sedar2 aku cuba mengambil slip yang terjatuh di kaki lima itu ada pulak sekeping nota RM50. Apakah duit itu jatuh dari poket bajuku? Namun sebelumnya aku agak yakin telah mengahabiskan sisa2 wang gajiku untuk membayar segala macam beban hutangan bank dan aku yakin sisa yang tinggal dalam walletku hanya sekeping nota RM50 terakhirku dan beberapa keping wang RM1. Apakah apa yg terpapar di depanku itu sebagai jawaban kepada rezki dari sisi Mu yang tidak aku ketahui puncanya? Apakah itu sebagai hadiahku sempena menyambut kedatangan hari istimewa anniversary 11 tahun aku bekerja di sini? Mungkin. Hinggakan kini aku memiliki 2 keping nota RM50 instead of one. Allah lebih mengetahui.
By the way aku istiqamah, bermula Jumaat lalu - membaca Qur'an senafas, sebagaimana posting aku terdahulu. Setakat ini Alhamdulillah. Semoga itu menjadi amalan istiqamahku sepanjang zaman. Baiklah setakat itu dulu coretanku. Semoga berjumpa lagi di lain lembaran. Aku ingin pulang ke rumah bersama half-day off ku untuk cuba memulihkan kembali kepenatan akibat kekurangan tidur yang melampau di usia ku yg sudah semakin menampakkan ketuaan dan kesakit uratan. Ya Allah permudahkan segala urusan ku dan jadikan segala kegiatan dan aktivitiku sebagai ibadah kepada Mu. Selamatkanlah aku dalam perjalananku pulang ke rumah ini. Amiiin.
Update: Rezki Allah itu maha luas. Jadi nak jadi cerita semalam, bila saya dapat half day off tu, semasa singgah nak solat zohor di Masjid Jamek KL, dapat pula panggilan telefon dari nombor yang tak saya kenali. "Bang, saya dari kurier ni, nak hantar barang kat umah abang, boleh bagi alamat tak?". Saya was2 gak nak bagi tu, maklumlah zaman sekarang ni, kena hati2, macam2 muslihat. Anyway dipendekkan kan cerita saya pun bagilah alamat umah. Budak tu kata "saya sebenarnya dah berada di kawasan taman perumahan abang ni, cuma tak jumpa cari umah". Dalam 5 minit lagi sampailah katanya. So saya pun telefon isteri, mintak anak saya standby kat depan umah. Lepas solat zohor tu, isteri saya telefon "Pa, dapat baucar apa ni? baucer Jaya Jusco. RM100 pulak tu". Saya pun terkedu. Rezki tak disangka tu. Jadi kesimpulannya janganlah putus harap dalam berdoa memohon dikurniakan rezki dari sisi-Nya, yang tidak kita ketahui puncanya. Alhamdulillah.
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...