Thursday, September 29, 2011

Kelompok Terpilih

Syawal sudah meninggalkan kita. Zulkaedah kini muncul. Penerbangan haji pertama sudah berlepas. Musim haji sudah tiba. Di ofis, kawan saya Sdra Mahmud, Sdra Ariffin dan Sdra Ayob akan menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci, Alhamdulillah. Saya doakan Allah permudahkan segala urusan mereka. Saya juga mohon mereka doakan agar Allah permurahkan rezki dan permudahkan urusan untuk saya dan isteri dapat pula mengerjakan ibadah haji pada suatu masa nanti, insyaAllah. Khabarnya tahun ini seramai 28,000 jemaah haji dari Malaysia bakal menunaikan ibadah haji.

Sesungguhnya bakal-bakal haji ini adalah tergolong dalam kelompok manusia yang terpilih untuk mendapat undangan daripada Allah SWT bagi menjadi tetamu-Nya. Ramai yang tidak terpilih walaupun sudah bersedia dari segi fisikal dan harta-benda. Alangkah hebatnya jemputan ini. Sebuah perjalanan dan pengalaman bagi mengadap Allah SWT. Sudah tentulah persediaan ruhani dan jasmani yang mantap akan mengiringi.

Benarlah Islam ini agama yang syumul, lengkap segalanya. Ia bukan sekadar agama teori tetapi penuh praktikal. Bagi saya, Ibadah haji ini memberi peluang kepada seorang muslim untuk menjalani pengalaman praktikal:


  1. Bermusafir meninggalkan rumahtangga, anak2, keluarga, harta-benda dan segalanya (sebagaimana bila kita mati semuanya akan kita tinggalkan).



  2. Untuk anak2 kita melalui kehidupan tanpa ibubapa di sisi (sebagaimana bila kematian ibubapa atau orang tersayang).



  3. Untuk berada di bumi ambiya, merasai sendiri suasana di tanahair Rasulullah dan membayangkan perjuangan dan kehidupannya.



  4. Juga merasai sejarah ibadah haji itu sendiri yang bermula dizaman Nabi Ibrahim terutama ibadah sa'ie dan korban.



  5. Merasai bahawa manusia ini semuanya sama, tiada perbezaan darjat atau pangkat. Hanya takwa kepada Allah.



  6. Merasai suasana di Arafah seolahnya perhimpunan di Padang Mahsyar nanti bersama lautan manusia.



  7. Merejam iblis dan syaitan dari kehidupan pada lontaran jamrah.



  8. Untuk berkorban harta-benda dan kesenangan bagi menuju redha Allah.



  9. Untuk berjaya dan bersabar melalui segala ujian di Tanah Suci demi mencapai redha Allah.



  10. Beribadah di Masjidil Haram dan Masjid Nabi yang ganjarannya berlipat kali ganda dan menjalani pelbagai rukun haji yang penuh hikmah dan misteri demi penyucian diri dan hati patuh kepada syariat Allah.



Selamat menempuh perjalananan dan pengalaman agung ini kepada semua tetamu Allah sekelian. Doakan supaya umat Islam terpelihara daripada segala fitnah akhir zaman dan kebangkitan Islam akan berterusan sehingga mencapai kemuncak kemenangan.




@@@

Friday, September 23, 2011

25 Syawal


Terpapar di kalender hari ini sudah 25 Syawal. Syawal cuma berbaki 5 hari. Di syarikat tempat saya bekerja, akan diadakan rumah terbuka raya untuk staf bermula pukul 3:00ptg nanti. So, tengahari ni bolehlah skip lunch.

Di taman perumahan saya, persatuan penduduk bersama dgn AJK surau menganjurkan rumah terbuka raya pada hari esok dari pukul 10:30pg hingga 1:00tgh. Sumbangan juadah 'potluck' dari para ahli khariah sangat dialu-alukan.

Semalam Alhamdulillah saya meraikan kemenangan 'hari raya' puasa 6 syawal. Semoga amalan puasa sunat saya diterima Allah SWT. Anak2 dan isteri saya masih belum habis dan nampak gayanya terpaksa meneruskan perjuangan hingga ke 30 Syawal...he he.

Pagi tadi sambil bersiap untuk ke ofis, terdengar bicara Ustaz Zahazan di radio IKIM, katanya apakah Syawal sudah menampakkan peningkatan amal kita sebagai kesenambungan dari tarbiyah madrasah Ramadan selama sebulan tempoh hari? Adakah kita masih istiqamah solat dhuha, solat tahajjud, mengaji al-Qur'an dan bersedekah? Janganlah kita kembali ke takuk lama. Sia-sia jadinya kursus intensif yang kita jalani kita di bulan Ramadan.

Tahap keimanan seseorang terus bergolak turun dan naik. Itu biasa. Kita manusia yang lemah. Namun kehebatan kita ialah bangkit kembali setiap kali tahap iman kita berada di bawah. Jangan terus membiarkan diri dalam kerugian.

Pada hujung minggu lepas, pada hari sabtunya sempat menghadiri beberapa jemputan rumah terbuka raya. Dan pada hari ahadnya pula giliran kami menerima tetamu. Isteri menyediakan juadah nasi dagang, kek coklat, kek carrot, aneka biskut raya dan snek, colek buah, bubur pulut hitam, makaroni sup dan air sirap. Persediaan yang dibuat dengan kunjungan ke pasar pada pagi itu beserta dengan penyediaan juadah pada 4 jam berikutnya, walaupun melalui pelbagai ujian seperti kehabisan bekalan gas, masih berjaya mencapai matlamat.

Tetamu pertama kami adalah 5 orang kawan sekolah anak kami Iman sampai ke muka pintu tepat pukul 3:00ptg. Memang menepati masa mereka ini. Diikuti dengan kawan Iman juga iaitu Izwin sekeluarga. Dua kelompok tetamu awal ini terpaksa relax di ruang tamu selama 20 minit menantikan juadah utama siap dan tuan rumah menyiapkan diri....he he.

Selepas itu program berjalan lancar, Alhamdulillah. Hujan lebat beserta ribut di sekitar pukul 4:00ptg membawa seribu rahmat. Tetamu pula bagai berjanji tiba secara bergilir-gilir, bukan serentak. Ini memberi ruang kepada tuan rumah untuk melayan mereka dengan terbaik. Juadah pula Alhamdulillah mencukupi. Kawan2 anak sulong kami Amir seramai 8 orang berkunjung dari kampus UIA Gombak. Mereka ini pandai membawa diri secara santai dan mendirikan solat berjemaah maghrib sebelum berangkat pulang.

Tetamu terakhir ialah sahabat saya Bakar sekeluarga dan anak2 saudara kami sekeluarga. Juadah di meja utama licin hingga ke titisan butiran nasi dagang yang terakhir. Tiada pembaziran. Allah SWT mempermudahkan kami. Walaupun pada pertengahan tadi saya kerisauan takut2 juadah keputusan bekalan. Risau takut2 tetamu pulang kehampaan atau masih tidak kekenyangan. Saya congak2kan 57 tetamu yang hadir. Walaupun niatnya pada tahun ini tidak dibuat 'rumah terbuka' secara skala besar seperti tahun lepas.

Esok hari sabtu kami akan berkunjung ke rumah terbuka taman perumahan kami. Isteri akan menyiapkan kek coklat dan agar2 merah sebagai sumbangan juadah 'potluck' kami.

Saya juga bercadang untuk mengikuti program majlis ilmu 3 hari berturut-turut yang diadakan di Masjid as-Salam bermula malam ini. Program ini ialah program Daurah Kitab bersama Ulamak tersohor iaitu Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari. Dua kitab yang terbabit ialah:

  1. Kitab Al-Aww'il Wa Al-Awaakhir Wa' Al-Assaanid (Kitab sanad dan ijazah karangan Syeikh Nuruddin)

  2. Kitab Al-Yaaquut An-Nafis Fi Mazhad Ibn Idris (Kitab fiqih karangan Al-HAbib Ahmad Bin UMar Asy-Syathin)

Program 3 hari bermula pada hari ini Jumaat 23/9/11 7:00ptg-9:00mlm, Sabtu 24/9/11 7:00pg-9:00mlm, dan Ahad 25/9/11 7:00pg-5:00ptg.

Tuan2 dan Puan2 yang berkelapangan adalah dijemput ke program ilmu yang julung2 kali diadakan ini. Semoga kita semua dilimpahi dengan taufik dan hidayah Allah, insyaAllah.

@@@

Wednesday, September 21, 2011

Siapa Muallaf?

Siapa Muallaf? Kau atau aku? Lahir2 dah Islam, tapi ilmu & amal senipis kulit bawang. Atau orang yang baru masuk Islam, tapi ilmu & amalnya masyaAllah, hebat. Siap boleh berceramah menyampaikan mesej dakwah dan menyebarkan risalah Islam. Siapa Muallaf? Gelak gelak jugak.



Dalam agama Islam muallaf ditujukan dan dimaksudkan kepada panggilan bagi individu yang bukan Islam yang sedang berjinak-jinak dengan Islam yang mempunyai harapan masuk agama Islam atau mereka yang baru masuk Islam yang imannya masih lemah. Merujuk kepada Surah at-Taubah ayat 60 ada disebutkan bahawa para muallaf termasuk orang-orang yang berhak menerima zakat.


Kembali ke masa silam, golongan muallaf ini merupakan orang yang paling terpenting dalam mengembangkan agama Islam. Hal ini dapat dibuktikan dan dijelaskan melalui golongan sahabat yang memeluk Islam dan mengembangkan Islam dengan sepenuh jiwa raga mereka. Para sahabat generasi Rasulullah, semuanya Muallaf rupanya. Subhanallah.


Jadi tidak tepat untuk dipanggil muallaf pada golongan yang sudah lama memeluk Islam yang ilmu dan amalnya sudah mantap malah melebihi golongan yang beragama Islam sejak lahir. Dia muallaf atau aku yang muallaf?


Antara dilema para muallaf ialah soal pertukaran nama. Soal nama ini ialah soal identiti dan jatidiri. Sudah tentu saya tidak mahu nama saya sejak lahir ini di tukar kepada nama lain. Ia adalah identiti saya. Jika saya tidak mahu menukar nama, kenapa pula kita nak orang lain tukar nama? Jadi dari segi saikologinya, memang naluri mengatakan kekalkan nama yg ada itu.


Kebiasaan di Malaysia ialah, orang melayu selalunya beragama Islam. Maka terpahat diminda bila sebut saja nama melayu (yg kebetulannya iras nama2 arab) maka otomotik agamanya Islam. Berlainan pula dgn bangsa cina dan india di anggap bukan beragama Islam secara amnya. Jadi apabila seorang cina atau india muslim yg mengekalkan nama asal, tanggapan secara normalnya ialah bukan beragama Islam. Itulah hakikatnya.


Apabila mereka memakai nama arab (yg iras nama melayu tadi) maka first level bila orang mendengarnya maka secara nalurinya mereka beranggapan dia ini beragama Islam (atau muallaf). Ataupun mengekalkan nama keluarga (last name) dan ber bin/binti Abdullah. Identiti itu menjurus kpd dia ini beragama Islam.


Having said that, saya faham ketidakselesaan untuk menukar identiti diri tadi. Justru mengekalkan nama asal bagi saya tidak ada masalah, cumanya tanggapan awam ialah dia itu bukan beragama Islam, sehinggalah di beritahu bahawa dia ini sebenarnya beragama Islam. Yang penting ialah akidah dan takwa. Maka nama2 seperti Ann Wang Seng & Lim Jooi Soon tetap muslim, malah tergolong sebagai tokoh2 dakwah yang hebat masakini di tanahair kita.

Apatah lagi, jika saya ini berbangsa cina atau india, saya tidak mahu bertukar menjadi bangsa melayu. Salah faham dalam masyarakat di Malaysia ialah Islam itu Melayu & Melayu itu Islam. Hakikat sebenarnya melayu tidak semestinya Islam. Hakikatnya ialah Islam itu bukan mengikut bangsa. Islam itu untuk semua manusia tidak kira bangsa. Lebih teruk lagi apabila dikatakan masuk Islam itu ialah masuk Melayu. Ini adalah mitos yang perlu di perbetulkan.


Antara personaliti terkenal dunia yang beragama Islam termasuklah Frank Ribery, Mile Tyson, Nicolas Anelka, Zinedine Zidane, Mesut Ozil, Kolo Toure, Frederic Kanoute, Mehmed School, Muhammad Ali, dan Hakan Sukur.


Para da'ie dan pendakwah antarabangsa yang tidak jemu untuk muncul di kaca2 TV, di muatnaik ke video2 youtube, dan pelbagai platform dakwah dan forum2 ilmu termasuklah Dr Bilal Philips, Dr Sabeel Ahmad, Dr Zakir Naik, Nouman Ali Khan, Abdur Rahim Green, Hussain Yee, Siraj Wahhaj, Suhaib Webb, Taufique Chowdhury, Yaser Birjaz, Navaid Aziz, Kamal el-Mekki, Walee Besyoumi, Joshua Evans, Yasir Qahdi, Yusuf Estes, dan Ibrahim Zidan.


Islam kini merangkumi melebihi dari 1.57 billion iaitu 23% dari penduduk dunia mengikut statistik tahun 2009. Malah jumlah populasi muslim di Russia (12%) hampir menyamai populasi muslim di Malaysia (60%) iaitu sekitar 17 juta orang.


Penduduk yang beragama Islam di China ialah 21 juta (1.6%), India 161 juta (13%), Indonesia 203 juta (89%), Filipina 4.6 juta (5%), Thailand 4 juta (6%), Pakistan 174 juta (96%), Bangladesh 146 juta (89%), Iran 74 juta (99%), Iraq 31 juta (99%), dan Saudi Arabia 25 juta (97%).


Islam adalah agama yang paling cepat berkembang di barat sekarang ini. Di USA terdapat 2.5 juta muslim (0.8%), UK 1.7 juta (2.7%), France 3.6 juta (6%), Germany 4 juta (4%), Kazakhstan 8.9 juta (56%), Kosovo 2 juta (90%), Kyrgzstan 4.7 juta (86%), Tajikistan 5.8 juta (84%), Turkmenistan 4.8 juta (93%), dan Uzbekistan 27 juta (96%).


Kita semua punyai tanggung jawab sebagai khalifah Allah untuk terus menyebar luaskan risalah Islam ke seluruh pelusuk. InsyaAllah agama Allah akan terus menerangi kegelapan di hati-hati manusia. Hidayah Allah akan sampai kepada insan2 terpilih dan muallaf sekelian. Amiin.


@@@

Tuesday, September 20, 2011

Mata Itu Amanat Allah

"Iman, buat apa tu?" tanya saya pada anak bongsu yang sedang bersantai di ruang tamu. "Baca novel". Saya pun jenguk ke ruang tamu. "Eh, baca elok-elok, jangan rapat sangat dengan mata. Letak buku tu mengadap cahaya lampu. Jangan baca dalam samar begitu, nanti rusak mata. Jaga amanat Allah. Mata tu amanat Allah. Papa sekarang ni mata pun dah kabur." Isteri yang mendengar teguran saya itu tersenyum sendiri. Anak saya membetulkan novelnya dan meneruskan penghayatan tulisan di helaian novelnya.

Semasa saya membaca Al-Qur'an di ruang tamu sekembali dari surau selepas solat maghrib tadi, saya perasan pandangan mata saya kini agak kabur. Ayat2 Al-Qur'an yang tertera pada helaian di surah Yusuf itu terpaksa saya renung dengan tajam untuk dapat fokus supaya betul sebutan. Nikmat mata yang Allah berikan kepada saya untuk sekian lama mencecah 49 tahun, sudah mula di tarik balik. Kalau sebelum ini saya dapat membaca Al-Qur'an dengan lancar, tapi kini agak tersekat-sekat dan perlu diulang kerana pandangan objek yang agak 'out-of-focus'. Saya perlu memakai cermin mata agaknya.

Saya teringat satu ceramah oleh seorang ustaz, katanya "Allah sentiasa memberi peringatan kepada kita bahawa kematian semakin menghampiri dengan mematikan satu demi satu pacaindera dan anggota tubuh badan kita." Mata kita semakin hari semkain kabur, hingga satu hari daya lihat mungkin hilang terus. Rambut yang ada tumbuh subur atas kepala selama ini, kini sudah gugur hingga kepala kita makin sehari semakin botak. Telinga yang begitu peka selama ini pada setiap bunyi dan suara, tapi kini sudah kurang daya pendengaran dan mungkin suatu hari mati terus fungsi telinga dan jadi pekak.

Segala yang kita ada bukan milik kita tapi semuanya Allah yang punya. Segala yang kita ada hanyalah pinjaman, amanat Allah yang diberi sementara kepada kita. Anak kita itu bukan milik kita melainkan hanya amanat Allah kepada kita untuk dibelai dengan penuh kasih sayang dan di didik dengan penuh tanggung-jawab. Janganlah anak di dera, dibiarkan atau di buang kerana menggangap ia hak kita. Sedangkan semua milik Allah, tiada pun milik kita.

Nikmat makan juga turut berkurang. Apatah kalau sudah ditimpa pelbagai penyakit popular seperti kencing manis, darah tinggi dan ghout. Allah SWT menarik balik sedikit demi sedikit segala nikmat dan kemudahan yang Allah pinjamkan. Allah SWT mematikan satu demi satu nikmat dan amanat yang dikurniakan. Pada suatu masa manusia akan kembali seperti waktu dia bayi ketika belum mumayiz, kena pakai pampers. Berjalan kena dipimpin. Makan kena disuap.

Menyedari hakikat ini dan memahami kelemahan diri serta jelas akan kekuasaan Allah SWT pencipta manusia dan seluruh makhluk di alam semesta, maka kembalilah ke pangkal jalan. Menghayati agama dengan mencintai majlis2 ilmu. Dahaga menadah pengajian demi pengajian. Ilmu yang kita dapat dapat mengukuhkan amal ibadah. Ilmu yang wajar dikongsi dan kembang-kembangkan untuk menzahirkan umat yang hebat. Umat yang mengingati Allah.

Semua nikmat kita itu hak Allah belako. Bermula dengan sedar bahawa mata itu amanat Allah...

@@@

Sunday, September 18, 2011

Tiada Yang Engkau Punya

Jumaat lepas pagi2 lagi saya dan isteri ke pasar. Misi untuk membeli bahan2 mentah bagi sedikit jamuan raya kami yang akan bermula petang pukul 3ptg. "Pa, beli buah2 untuk rojak buah kita ye", sambil menghulurkan dua keping duit RM10. Saya tidak memasukkan duit ke dalam poket tetapi menyelitkannya di celah2 jari setelah melipatnya memanjang.

Setelah memilih sebiji nenas, dua biji mangga, dua biji sengkuang dan empat biji jambu batu, saya pun menyerahkan kepada tuan gerai untuk di timbang. "RM17.90 kira RM17 je," katanya. Saya pun nak membayar. Eh...mana duit RM20 aku tadi? Cari punye cari. Selok poket, check wallet. Takde beb. Gone with the wind. Hmm...bengang giler. Tak putus asa, cari lagi tapi tetap hampa. Terpaksa le guna duit lain yg berlipat kat celah2 dalam wallet tu. Dalam hati frust giler. Duit kertas RM10 dua keping hilang.

Apabila direnung balik, ujian tu sangat ciput sebenarnya. Tapi naluri manusia ni agaknya begitu kedekut pada sesuatu yang dirasa miliknya. Walhal tiada satu pun miliknya, melainkan hanya sebagai pinjaman sementara dan amanah daripada Allah semata.

Setiap kejadian itu ada hikmahnya. Allah ingin sedarkan kita. Sepanjang Ramadan hari tu, rajin bebenau bersedekah. Tak miss sehari pun. Tup tup tiba syawal ni liat betul nak bersedekah..he he. Allah pun hilangkan RM20 yang terkepit dijari itu. Maka terasa kehilangan itu. Nasib baik Allah tak hilangkan RM70 yang ada dalam wallet tu. Think about it.

Renungi lirik lagu nyanyian Iwan Shahman "Semuanya Allah Punya":

  • Lihatlah gunung yang tinggi
  • Subhanallah, Itu Allah yang punya
  • Lihatlah pantai yang indah
  • Subhanallah, Itu Allah yang punya
  • Tiada yang engkau punya
  • Semuanya Allah punya
  • Lihatlah burung yang terbang
  • Subhanallah, Itu Allah yang punya
  • Lihatlah bunga yang mekar
  • Subhanallah, itu Allah punya
  • Tiada yang engkau punya
  • Semuanya Allah punya
  • Kau lihat bukan kau punya
  • Itu semua Allah punya
  • Kau dengar bukan kau punya
  • Itu semua Allah punya
  • Dari itu janganlah sombong
  • Janganlah riak serta iri hati
  • Ia hanya pinjaman sementara
  • Akhirnya kembali kepada-Nya



Ramadan yang berlalu merupakan tarbiyah sessi pengajian dan praktikal untuk amal soleh. Ringan untuk mengaji Al-Qur'an, mudah untuk mendirikan solat tahajjud di malam sunyi, berjemaah subuh di surau, bersedekah pada setiap ruang dan berbuat segala kebajikan. Tapi bila sudah di pertengahan bulan Syawal ini, hati mula keras, nafsu mula aktif, dan syaitan sudah warm-up baik punye.


Pagi tadi Allah mengirimkan seekor nyamuk untuk mengejutkan tidurku. Pabila kurenung jam digital di atas meja solek memaparkan digit 05:27 pagi. Bila aku sedar akan peringatan Allah ini melalui makhluknya yang merupakan seekor nyamuk (mungkin spesis aedes) maka aku bingkas bangun. Aku insaf bahawa aku sudah banyak leka. Sudah banyak pagi yang aku rebahkan semula kepala ke bantal untuk menyambung tidur.

Melalui peringatan seekor nyamuk ini, menggerakkan aku untuk berjaya berjemaah subuh di surau pagi ini. Aku mengaji dua helaian 'kalam Allah' beserta terjemahannya di kehenian pagi di kala ramai insan masih lena di ulik mimpi dan ceritera bisikan syaitan. Aku syukur pada Mu ya Allah atas ingatan ini.

Semua Allah punya. Semalam aku melawat seorang waris yang meninggal dunia setelah beberapa lama di beri ujian kesihatan oleh Allah. Insan yang banyak berjasa pada masyarakat dan umat. Baru sehari sebelumnya arwah telah mewakafkan sebidang tanah seluas 5 ekar infaq bagi didirikan Pusat Pendidkan ABIM Negeri Selangor. Hebat insan ini. Pakar dalam bidangnya. Saya petik sebuah catatan dari blog ABIM untuk renungan kita semua:

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerima khabar sedih kembalinya Profesor Dr. Khalijah Salleh, mantan Ketua Hal Ehwal Wanita ABIM ke hadrat Allah Subahanallah Ta’ala pada jam 10:01 pagi, 17 September 2011. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Wad Warga, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Jenazah beliau ketika ini sedang diuruskan di rumah beliau di Seksyen 8, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Pemergian beliau sebagai seorang tokoh akademik dan sains yang disegani serta aktivis dakwah yang komited pastinya amat dirasai oleh ABIM dan umat Islam di Malaysia. Prof Dr Khalijah juga sangat terkenal sebagai tokoh yang mempelopori bidang Sains dan Tauhidik. Kebitaraan beliau di dalam bidang ini menjadikan beliau sangat dihormati dan disegani dalam bidang kepakarannya kerana berjaya menonjolkan kaitan sains dan paksi tauhid sebagai asas memperkukuh aqidah ummat islam.


Di saat beliau tenat terbaring, beliau masih gagah untuk terus berpesan agar terus mendidik generasi muda untuk terus mencintai kerja dakwah dan terus berbakti kepada masyarakat. Sehari sebelum pemergiannya pada tanggal 16 September, wakil keluarga beliau menyampaikan penyerahan sumbangan Waqf tanah beliau untuk projek pendidikan ABIM Selangor.

Sesungguhnya Prof.Khalijah telah mengajar kita erti pengorbanan dan perjuangan. Usaha memperkukuh ukhuwwah kerana Allah SWT dan agenda merealisasikan idea-idea besar untuk manfaat ummat seperti yang dipamerkan oleh Allahyarhamah mesti diteruskan oleh watak manusia berteraskan keimanan yang tinggi kepada Allah SWT.

Barisan pimpinan ABIM dengan ini merakamkan ucapan takziah buat keluarga beliau dan tetaplah bersabar menerima ujian dan ketentuan Allah SWT. Marilah kita memanjatkan doa moga ruh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang soleh. Al Fatihah.

AMIDI DATO' ABDUL MANAN
Presiden
11:00 pagi, 17 September 2011

*****

Semoga kita semua dapat mengambil iktibar pada setiap kematian. Usah bertangguh lagi membuat kebaikan. Pahala jadi rebutan, dosa jangan dipandang ringan. Ajal maut kita juga ada di hadapan sana. Bersedialah kita untuk pergi bertemu Pencipta pada setiap ketika. Sesungguhnya amal soleh, sedekah jariah, doa anak yg soleh, dan ilmu bermanfaat itulah yang bakal menemani ketika mana segala yang lain mengasingkan diri setelah perpisahan kita dari alam dunia ini. Jadilah orang yang peka dan bijaksana.


@@@

Wednesday, September 14, 2011

Prof Kang Kong

Hari tu Prof Kang Kong ada cakap Malaysia tak pernah dijajah British cuma di 'naungi' je. Maka ramailah bising kata mereka, ape ke jadah kita dok perabih duit meraikan Hari Merdeka 31 Ogos setiap tahun tu? Merdeka dari siapa? Kalau bukan dari penjajah British ni. Pening gak ye budak2 tengah ambik UPSR.



Aku dengar kat radio Klasik Nasional pagi ni banyak jalan kat KL akan ditutup secara berperingkat untuk latihan raptai sambutan Hari Merdeka yang akan diadakan pada hari Jumaat 16 Sept ni di Dataran Merdeka. Pada 31 Ogos hari tu tak sempat buat sambutan sebab bertembung dengan Hari Raya, 2 Syawal.



Ni perayaan apa pulak ye? Kalau sempena Hari Kemerdekaan negara maka sahlah Prof Kang Kong sudah silap buat statement. Rupanya memang betullah kita dijajah dan dilapah British dulu...ish ish buat suspen aku je.




Jadi tak rugi le kerajaan Malaysia spend juta-juta ringgit duit rakyat selama 54 tahun ni untuk merayakan dan memeriahkan Hari Merdeka negara kita. Aku rasa elok jugak ditarik balik gelaran Prof si mamat tu, buat konpius rakyat marhain dan makcik2 felda je.



Tup tup dalam paper hari ni lak, TPM Muhyuddin merangkap menteri pelajaran ada cakap matapelajaran Bahasa Inggeris (BI) akan dijadikan syarat baru wajib lulus bagi melayakkan calon SPM menerima sijil penuh. Siap nak bawa masuk cikgu dari UK lagi. Adus...aku dok expect matapelajaran Pengetahuan Agama Islam yang diwajibkan. Ni BI pulak yang naik...menyampah. Sedih dan hiba dalam dada pun ada.



Maka agak benarlah jiwa kita ini masih di rasuk penjajah. Penjajah dah 54 tahun belah dari bumi bertuah ini namun cara pemikiran dan idologi penjajah British masih tepu. Tidak sia-sia tarbiyyah dan usaha dakwah British semasa menjajah dulu. Sudahlah perlembagaan ikut acuan mereka dulu hingga kini.



Yang herannya negara2 maju dan separa-maju seperti Korea, Jepun, China, Taiwan, Thailand, Spain, Peranchis, Portugal, Itali, Argentina, Mexico, Brazil, Iran, Khazastan, Hindustan dan banyak lagi takde la pulak kisah gheti cakap orang puteh ke tak. Mereka balun cakap dalam bahasa ibunda je. Siap orang lain translate pulak lagi. Mereka bangga dengan bahasa mereka. Tapi kita di Malaysia ni cakap orang puteh berbelit-belit mengalahkan mat salleh...hebat hebat.



Dah la identiti bahasa melayu yang bertulisan jawi sudah pupus dan dipupuskan. Apa nak jadi ni? Merdeka ke kita? atau dijajahkah kita? Tolong jawab mai para intelek dan prof sekelian.



Aku lagi bangga kalau anak2 kita utuh akidah, kuat jatidiri, bagus akhlak, jaga aurat, peka solat, cinta ilmu dan ada wawasan akhirat, faham agama dan tahu semua kita punya ini milik Allah (tolong dengar lagu baru 'Semua Allah Punya' nyanyian Iwan Syahman). Menjadi professional alim yang faham agama dan kenal siapa Pencipta Alam dan seluruh isi langit dan bumi ini.



Maka janganlah pelik kalau isu rasuah, isu rogol, buang bayi, najis dadah, isu ragut, isu bunuh, isu menipu, isu cepat kaya, judi,rompak, CD lucah, pecah rumah, salah guna kuasa dan pengundi hantu memenuhi minda dan media. You ask for it bro !! Jiwa kacau.



Selagi manusia menganggap ajaran agama Islam sebagai picisan yang bukan kerangka mastermind cara hidup total 'the way of life' maka selagi itulah kita bertindak bijak inventing the wheel without real solution. We just beating around the bush. Rentikanlah jadi bodoh sombong tu. Jadilah jantan sebenar. Tackle the real issue for God sake.



Anak2 kita lara dan rusak oleh kerenah dunia kerana tiada lagi pendidikan agama yang mantap untuk dihayati dan dikuatkuasakan. Sekadar 2 sesi seminggu tak sampai 2 jam untuk subjek Agama yang tidak wajib pun lulus periksa yang diajar di sekolah menengah sekarang sangat TIDAK cukup untuk membentuk manusia baik dan insan kamil.



Mak bapak pula sibuk dan disibukkan oleh kerja siang malam pagi petang pun gagal mendidik dan memberi bimbingan agama. Pengaruh media, TV dan internet yang merajakan hiburan dan kebendaan telah membusukkan suasana. Para artis dan ahli sukan yang menjadi sebutan siang dan malam oleh remaja dan orang awam. Nama tokoh2 Islam dan para ilmuan tidak pernah masuk dalam ingatan apatah lagi untuk dijadikan ikutan.



Merdekakah kita bro? Atau sekadar pewaris penjajah laknatullah? Ripley's believe it or not? Lu PK la sendiri !!



@@@

Tuesday, September 13, 2011

Rumah Terbuka

Weekend lepas khabarnya jem di sana sini kerana warga kota berkunjung ke rumah terbuka hari raya. Itulah meriahnya beraya di KL ni. Kalau kat kampung sambutannya setakat seminggu paling lama, tapi kat KL ni rayanya sebulan terutamanya dihujung minggu memang padat dengan majlis rumah terbuka. Perancangan perjalanan dan urutan jemputan juga mesti dibuat dengan baik. Kalau tidak mungkin akan kecewa kerana banyak kehilangan masa di jalanan hingga ada jemputan yang terlepas nanti.


Aku berkunjung ke rumah terbuka Maybank untuk kali pertama. Memang best, maklumlah budget besar. Bagi aku kalau nak buat rumah terbuka ni mesti buat betul2, biar puas hati. Next year kalau buat insyaAllah orang datang lagi. Selalunya kat tempat lain kalau menu kambing panggang memang kena Q panjang, tu pun dapat sikit je. Tapi kat Maybank ni, mewah beb, aku sampai balun dua pinggan kambing panggang black pepper. Pastu aku pekena satay dan pesembor. Minuman pulak air fresh oren, air guava dan yg istimewa ice blend 'starbuck'. Last sekali pembasuh mulut buah2an & kueh mueh. Lasting impression. So next year kalau dapat jemputan aku datang lagi kot kat Maybank ni.


Malamnya selepas melawat anak2ku di UIA Gombak, aku singgah di Dewan Zulkifli Taman Melewar. Sebelum tu dinner mihun sup di salah satu gerai kat situ. Aku mengikuti ceramah oleh Tn Ibrahim, Mat Sabu & TG Hj Hadi bersama lebih 1,200 pengunjung yang lain. Siapa sebenarnya pejuang kemerdekaan menjadi antara topik menarik yang dikupas oleh Tn Ibrahim dan Mat Sabu selain dari huraian konsep negara kebajikan oleh TG Hj Hadi. Aku bertolak pulang sekitar 11:30mlm.


Esoknya hari Ahad aku berkunjung ke 4 rumah terbuka bermula dengan rumah kawan anakku di Perumahan Kasturi. Di sana juadah istimewanya ialah nasi tomato. Kemudian singgah di rumah Nizam dan pekena laksa johor. Seterusnya di rumah Ust Roslan di Baitul Islah, aku makan nasi impit dan rendang. Hujan turun renyai2. Malamnya selepas isyak aku berkunjung ke rumah Hj Nawi dengan juadah istimewanya nasi lauk gulai kambing dan dalca. Di iringi air tebu sejuk dan disudahi hirupan teh o panas.


Hari ini aku meneruskan puasa sunat bulan syawal. Ini adalah hari ke 4. Tengah puasa begini, imaginasi merewang pula. Terasa ingin sangat pekena nasi kandar Brahimsha jln TAR lauk daging hitam dan sotong...ish ish. Nafsu perut dah mula tunjuk belang. Tadi call orang umah mintak masak percik ayam untuk berbuka. Beres kata isteri. Jam baru 3:56ptg. Lepas asar nanti aku ingat nak terus belah.



Setiap tahun aku sekeluarga tidak pernah miss untuk buat rumah terbuka. Tapi tahun ini bila isteri bertanya samada nak buat ke tak? Aku menegaskan tak payah, sebab penat. Tapi dua tiga hari ini anak bongsu dok desak suruh buat sebab kawan2nya ramai nak datang. Aku tetap kata tak payah. Isteri aku kata kita buat secara small scale pada hari Ahad ni. Sebab memang ada kawan2 yang nak mari dan dok bertanya bila open house kita orang? Jadi kena buat jugak la kot secara kecil-kecilan. Permintaan hangat dari mereka2 ini ialah jamuan nasi dagang. Masa balik Kelantan raya last week memang dah beli beras nasi dagang sekampit 5kg.


Kat kalendar aku dah mark 6 rumah terbuka untuk dikunjungi pada minggu mendatang. Disamping kena menyambut tetamu yang akan mengunjungi kami pada dua hari ahad yang berikut ini. Aku masih ingat last year aku sekeluarga mengadakan 3 kali rumah terbuka untuk 'invited guests' pada 3 hujung minggu yang berturut. Tidak kurang dari 150 tetamu yang hadir terutamanya dari kelompok kawan anak2 kami, jiran tetangga, dan kenalan kami sekelian. Istimewanya rumah terbuka raya kami ialah isteri masak sendiri semua juadah termasuklah biskut raya. Agak penatnya ialah kerana kami tidak pernah ada helper atau orang gaji. Semuanya gotong royong kami 5 beranak.


Kesimpulannya budaya Rumah Terbuka sudah sinonim dengan sambutan raya di kota, samalah seperti budaya balik kampung pada minggu pertama raya. Semoga ada kebarokatan dalam pengendalian Rumah Terbuka ini di samping peluang untuk berkenal-kenalan dan bersilaturrahim sesama kita.


@@@

Sunday, September 11, 2011

Burung Pipit dan Cicak Kubeng

"Ramai yg Islam pada nama je. Sebab mak bapak Islam, maka jadilah anaknya org Islam. Kat sekolah lak sekadar 2 sessi seminggu, tak sampai pun 2 jam belajar subjek agama. Itu pun sekadar subjek picisan bukan jadi wajib dlm periksa pmr atau spm. Pendidikan agama yg cetek ditambah lagi mak bapak pun lebih kurang jugak pendidikan agamanya maka lahirlah generasi manusia yg Islam sekadar pada nama, yg lainnya hancus. Agama jadi penting bila masa lahir, masa nak kawin, dan masa mati je...ish ish. Sama2lah kita mainkan peranan ye untuk membetulkan keadaan ini...sebagaimana burung pipit yg menggunakan paruhnya untuk mengangkut air bagi memadamkan api yang marak membakar Nabi Ibrahim." Itulah antara keluhan yang bermain di lubuk hati.


Saya setuju pada catatan di Laman Muhandis, katanya "Aku terfikirkan kisah seekor pipit yang tak jemu-jemu memunggah air dengan paruh kerdilnya. Dia berulang-alik berbuat begitu untuk memadamkan api yang sedang membakar tubuh Nabi Ibrahim. Si pipit berusaha membantu menyelamatkan orang yang mengajak manusia ke jalan kebenaran berdasarkan kemampuannya. Dia cuba memadamkan api walaupun tahu ianya tak akan berhasil. Namun kehendak Allah siapa yang tahu. Si pipit tidak mahu menjadi seperti cicak yang sedang galak meniup api yang sedang marak. Sebenarnya tidak terluak sedikit pun api dengan sebab tiupan cicak yang kurus kering macam cicak kubeng itu, namun perangai celaka makhluk ini cuba sedaya upaya membantu dan mengampu kekufuran Namrud. Sekaligus membantut usaha ke arah kebenaran." Maka pilihlah untuk menjadi si pipit yang faham agama atau si cicak pengkhianat umat.


Kekadang kita ini sering benar memandang rendah pada diri sendiri, "Aku tak berani tegur. Ya lah aku ni bukannya pandai sangat, kalau dah jadi ustaz tu lainlah." Masalahnya adakah kita berusaha ke arah nak menjadi ustaz? Tidak juga. Jadi memang tak ada harapan nak jadi ustaz. Maka gunalah ilmu dan kesedaran setakat mana yang ada itu untuk membetulkan kemungkaran di depan mata. Sekurang-kurangnya di hadapan Allah SWT, ada respon yang boleh diberikan apabila ditanya.


Di sebuah Taman Perumahan, ada satu petubuhan amal yang menyewa dua buah rumah sebagai tempat perlindungan untuk anak2 yatim. Sebuah rumah untuk anak2 lelaki dan sebuah lagi untuk anak2 perempuan berusia antara 12-17 tahun. Dalam perkiraan saya mungkin jumlah keseluruhannya dalam lingkungan 30 orang. Anak2 ini dikawal selia oleh seorang ustaz bersama isterinya. Tapi maklumlah budak2 ingin juga beriadah dan bermain-main. Kadang2 tu membuat bising hingga menggangu ketenteraman para penduduk sekeliling. Bagi saya pusat jagaan dan didikan seperti ini tidak sesuai diadakan bersebelahan dengan rumah kediaman. Saya sendiri pernah menegur Ustaz yang menyelia supaya dapat memperbetulkan keadaan, dan Alhamdulillah saya nampak mereka semakin terkawal.


Saya tabik spring kepada pertubuhan ini dan individu yang menggerakkannya kerana mengambil tanggung-jawab yang berat ini. Kalau tidak mereka siapa lagi? Mereka yang kedepan, sedangkan kita hanya berlepas tangan, memekak telinga dan memejam mata pada sebuah keperluan dan amanat yang besar itu.


Namun apa yang saya ingin kongsikan ialah sikap kita yang memandang serong dan seolah-olah sentiasa mencari kekurangan dan keburukan. Anak2 ini membuat bising, mereka berdua-duan lelaki dan perempuan atau ke hulu ke hilir tanpa arah tujuan. Kita melihat perkara negatif tanpa cuba memahami keadaan atau memberi cadangan yang konstruktif bagi menyelesaikan masalah.


Anak2 ini dibawa ke pusat ini untuk dapat hidup senormal mungkin. Pertubuhan ini atas usaha gigih beberapa individu telah mengambil inisiatif fardu kifayah ini untuk bertanggung-jawab berperanan sebagai ibu-bapa untuk menjaga mereka. Bukan mudah untuk mendidik 30 orang anak. Kita yang ada 3 orang anak pun selalu pening kepala, inikan pula 30 orang.


Antara cadangan saya kepada ustaz penyelia tadi ialah untuk bergotong-royong membersihkan sebuah kawasan lapang di tepi bukit tidak jauh dari rumah mereka untuk dijadikan padang permainan supaya anak2 ini ada tempat untuk beriadah di masa lapang mereka. Setakat ini cadangan saya itu masih dipandang sepi.


Setiap kali saya mendengar alunan suara mereka berzikrullah dan berlatih nasyid di awal pagi, hati saya menjadi sayu. Anak2 kita pada ketika itu masih berdengkur di tempat tidur. Bezanya anak2 itu dengan anak2 yang diberi segala kemewahan duniawi. Anak2 kita lancar menghafal lagu2 top 40, sedangkan lidah anak2 yatim ini ringan menyebut nama Allah, dan menyanyikan lagu2 Islami. Siapa kita untuk mengutuk mereka ini?


Sebagai penduduk setempat dan ahli khariah kita juga kena ambil peduli dan memberi bantuan dan sokongan bagi meringankan bebanan pusat jagaan anak yatim ini. Sokongan dari segi moral dan kewangan. Cuba bayangkan banyak mana persediaan makanan mereka setiap hari. Pernahkah kita bertanya khabar? Atau membayar bil air dan bil api mereka? Mungkin mereka keputusan bekalan bahan makanan. Kalau ditakdirkan kita yang terpaksa menjaga anak2 yang sudah ketiadaan ibu dan bapa ini, sanggupkah kita?


Maka marilah kita muhasabah diri. Usahlah dipertikai kebajikan dan pengorbanan orang lain, tapi sama2 kita koreksi diri, apa yang aku sudah sumbangkan? Jadilah Burung Pipit yang punya maruah dan harga diri. Janganlan bertukar menjadi cicak kubeng yang meniupkan kebencian dan kemusnahan. Atau setidak2nya diam sajalah.


@@@

Saturday, September 10, 2011

Mat Indera Yang Tak Ku Kenali

Aku ada seorang kawan masa zaman sekolah rendah 35 tahun dulu, namun lama sudah terputus hubungan. Namanya Indera Putera Bin Malik. Ayahnya bekerja dengan KTM di stesen Wakaf Bharu. Bila orang dok sibuk berbicara tentang Mat Indera, secara tak langsung aku teringat kawanku Indera Putera ini. Di mana agaknya dia kini?

Dulu kat radio aku suka ikuti slot "Hari Ini Dalam Sejarah". Aku yang buta sejarah sedikit sebanyak mendapat pelbagai fakta sejarah dalam slot ini. Di sekolah dulu pun aku ambik subjek Sejarah dan berjaya menghafal banyak fakta sejarah. Kalau tak silap aku dalam SRP aku dapat 'A' untuk subjek sejarah. Dalam SPM aku tak ambik Sejarah, tapi ambik Ilmu Alam (dapat 'A' dalam SPM).

Aku tidak mengenali Mat Indera sehinggalah namanya meletup 14 hari lalu hasil dari ucapan Mat Sabu di P.Pinang pada 27 Ogos 2011 dan di sensasikan di muka depan oleh Utusan Malaysia dan menjadi bahan berita di TV, Radio dan Internet.

Perihal Mat Indera ini, satu kajian ilmiah telah dihasilkan oleh Ayub @ Uiop Kassim dari Jabatan Sejarah, Universiti Malaya pada 1973 bertajuk “Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem.” Ini adalah kajian untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera. Kajian itu bertujuan meneliti keterlibatan golongan elit agama di Muar dalam perjuangan gerila bersenjata untuk menentang penjajah dengan tumpuan khusus terhadap Ahmad yang turut dikenali sebagai “Mat Indera” dan peristiwa berdarah Bukit Kepong.

Ia menyimpulkan Mat Indera bukan berfahaman komunis. Di dalam kajian tersebut, pengkaji telah menyimpulkan Mat Indera sebagai golongan elit agama seperti berikut:

“Islam pada agamanya, demokrasi pada prinsipnya, nasionalis pada fahamannya, radikal dalam perjuangannya dan militant mengikut tindakannya.”

Selain daripada itu, tambah beliau juga pada mukasurat 71 menyimpulkan bahawa Mat Indera adalah seorang nasionalis bukannya komunis, yang bergerila bersama komunis.

“Beliau menyatakan perumpamaan Mat Indera sebagai nasionalis dengan gerombolan komunis seumpamanya tidak bercampur antara air dan minyak dalam satu bekas,” katanya.

Mata-mata yang bertugas di rumah pasong Bukit Kepong pada tahun 1950 itu ialah di bawah British iaitu penjajah kita pada masa itu. Maka secara logiknya Mat Indera sebenarnya menyerang rumah pasong Bukit Kepong itu ialah menyerang dan menentang penjajah. Sebelum 31 Ogos 1957 Tanah Melayu di bawah jajahan British. Nampaknya Mat Indera ini pejuang kemerdekaan bukan pengkhianat negara. Mungkin Mat Indera berhaluan kiri, namun dia tetap pejuang kemerdekaan menentang penjajahan British.

Fakta sejarah mestilah jelas dan janganlah disogokkan dengan fakta sebelah pihak semata. Terdapat beberapa fasa dalam perjuangan menuntut kemerdekaan termasuklah secara bersenjata dan rundingan.

Nama penuh Mat Indera ialah Ahmad Bin Indera, berdarah pahlawan dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiayi Haji Fazil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak,Peserai, Batu Pahat.

Menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar. Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris.

Menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad, dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh inggeris oleh sesetengah golongan pemuda fanatik.


Sentimen yang dimainkan kini seolah-olah Mat Indera ialah ahli komunis & pembunuh polis. Tidak ditonjolkan sebagai penentang penjajah British atau tokoh agama. Sejarah dari perspektif yg berbeza. Mat Sabu berjaya dlm misinya. Rakyat ingin tahu dan akan ambil tahu. Tiada lagi budaya telan bulat2 apa orang cakap. Mat Sabu telah berjaya memecahkan ruyong membuka minda rakyat marhain untuk berfikir dan meneroka mencari kebenaran dalam kes Bukit Kepong khasnya dan kemerdekaan negara amnya.

Buku 'Pengukir Nama Johor' keluaran Yayasan Warisan Johor yang endoskan oleh MB Johor mengiktiraf Mat Indera sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan dari Johor yang berjasa.

Tokoh2 kemerdekaan negara rupanya bukan sekadar Tunku Abdul Rahman, Dato Onn, Tun HS Lee, Tun Sambathan, Tan Cheng Lock, sahaja tetapi pejuang2 seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Rosli Dhobi, Dr Burhanuddin al-Helmi, Ishak Hj Mohammad, Rentap, Mat Salleh, Datuk Bahaman, Datuk Kelana, Hj Abdul Rahman Limbong dan Dato Maharajalela. Usahlah dinafikan fakta sejarah dan berlaku adil lah untuk menyebarkan kebenaran.

Kemerdekaan sebenar ialah membebaskan diri dari memperhambakan diri sesama manusia kepada memperhambakan diri kepada Allah SWT.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

@@@

Friday, September 09, 2011

Cobaan Puasa





Hari ni ada tiga jemputan makan2 raya yang bermula jam 12:30tgh hingga segala juadah habis:






  1. JAMUAN RAYA COMP.SEC cum FAREWELL: jemput semua

  2. JAMUAN RAYA MIS, QESH, L&D: jemput dtg, ajak kwn² sama

  3. JAMUAN HARI RAYA MAYBANK HQ


Cobaan untuk mereka yang berpuasa. Berbeza dengan ibadah puasa Ramadan yang mana semua yang lain turut berpuasa. Kini di bulan Syawal kawan2 sekeliling tak berpuasa. Ramai yang lepak kat kantin makan nasi lemak, mee goreng, teh tarik...cobaan.


Apatah lagi jamuan raya yang memang mewah dengan pelbagai juadah seperti satay, lemang, rendang, segala macam kueh mueh...cobaan.


Dalam melalui cobaan ini maka terasa pula kemanisannya. Aku baru dua hari berpuasa sunat Syawal. Terkenang Ramadan yang baru berlalu. Dialpakan sekejap oleh sambutan raya dan balik kampung. Kemudian sibuk dengan urusan anak2 ke UIA Gombak. Baru kini dapat menjalani ibadah sunat ini. Alhamdulillah, semoga berjaya menghabiskan 4 hari lagi pada minggu depan. Aku mohon kekuatan daripada Allah SWT agar segala amalan sunat yang lain juga akan dapat diteruskan.


Berikut antara fadhilat ibadah puasa 6 di bulan Syawal yang saya petik dari sebuah blog:


Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."


Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa.


Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.


Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan. Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.


Selain itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu?


Di dalam hadis, Rasulullah SAW menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawwal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari!


Subhanallah.



@@@

Thursday, September 08, 2011

Jihad Menuntut Ilmu di UIA Gombak

Kampus UIA Gombak



Pada hari Selasa lalu anakku Amir & Farihin telah mendaftar sebagai mahasiswa sarjana muda UIA di kampus Gombak setelah bercuti panjang 6 bulan selepas berjaya menamatkan pengajian peringkat asasi di Kampus PJ & Nilai.

Amir akan ke fakulti kejuruteraan dalam pengkhususan Otomotif manakala adiknya pula di fakulti ekonomi dengan pengkhususan Akaun. Amir ditempatkan di Mahallah Farouk dan Farihin di Mahallah Sumaiyyah.

Maka bermulalah sebuah perjalanan jihad menuntut ilmu di sebuah institusi yang ulung yang menghidangkan flavor antarabangsa. Di sini sebuah perjuangan dan pengorbanan bagi menuntut sesuatu yang haq. Ilmu Allah yang Maha Kaya yang diberi ruang oleh Allah untuk dituntut hamba-Nya.

Di kampus ini kulihat para pelajar dari pelbagai bangsa dan negara merantau untuk mencari ilmu. Ada dari benua Afrika, ada dari Eropah, benua China, Asia Tenggara, dan Timur Tengah.

Kampus yang gah di pusatkan pada Masjid Sultan Ahmad Shah yang majestik sebagai fokal poin bagi mendirikan solat fardu dan sunat, majlis ilmu, bermunajat pada Allah, mengulangkaji dan berdiskusi. Dapat dirasakan kebarokatan dan aura yang berkesan menusuk sanubari.

Aku doakan anak2ku faham untuk menyesuaikan diri dan mengoptimakan masa yang ada sepanjang tempoh pengajian selama kurang lebih 4 tahun mendatang ini. Janganlan jadi seperti pekerja kutubkanah yang buta ilmu walaupun dikelilingi pelbagai kitab ilmu dan buku2 ilmiah.

Apapun, fokus kepada penggalian ilmu dan belajar rencah kehidupan supaya 'street smart' dan bersedia untuk mengharungi hidup yang penuh pancaroba masakini dan mendatang. Anak2ku cintailah ilmu dan majlis2 ilmu. Ambil setiap peluang yang terhidang. Jadilah manusia alim yang faham agama dan berjiwa intelek. Kuatkan jatidiri. Kukuhkah akidah, jaga aurat dan akhlak.

Papa doakan kalian berjaya cemerlang mengharungi persoalan dunia untuk cemerlang dalam setiap bidang dan yang utama supaya tidak menyesal dan tidak rugi di akhirat nanti. Remember Allah is watching. Bergantung harap pada Allah dalam setiap hal setelah berusaha yang terbaik mungkin. Pahala jadi rebutan dan dosa jangan dipandang ringan. Selamat Berjihad Anak2ku. Nawaitu ikhlas kerana Allah.


@@@

Monday, September 05, 2011

Balik Kampung

Aku sekeluarga selamat tiba ke rumah sekitar 4 pagi tadi. Kami bertolak dari Rantau Panjang pada pukul 4 ptg. Aku cuba mengelak dari merugikan 3 jam terkandas di trafik jem pada laluan Machang-K.Krai.

Jadi tahun ini bertepatan pula dengan hajat anak2 untuk bershopping di Rantau Panjang, maka kami memilih untuk balik menggunakan laluan Jeli-Grik untuk pulang ke KL. Sudah 3 tahun kami tidak melalui laluan ini.

Alhamdulillah perjalanan yang lancar. Cuma kami rugi 30minit kerana tersesat tidak membelok ke kiri di simpang Grik untuk ke K.Kangsar sebaliknya menghala straight ke laluan arah Baling. Setelah 20km baru berpatah balik, jadi 15minit ke arah Baling dan 15minit masa untuk berpatah balik terpaksa dileburkan. Seperti biasa aku berhenti untuk tidur sekejap setiap kali mata ini terasa kuyu dan mengantuk. Tidak kurang dari 3 kali perhentian ini (agaknya 2 jam). Di campur dengan berhenti makan dan solat (hampir 1 jam). Maka jangkamasa 12 jam KB-KL itu agak normal bagiku, walaupun orang lain mengambil masa 8 jam sahaja. Biar lambat tapi selamat.

"Bila balik kampung?" atau "Tak balik kampung?" itulah soalan peberet menjelang raya tempoh hari. Bila aku menjawab, "Tak balik", maka si penanya akan agak terkedu dan memberi respon, "Raya sini? Mak ayah dah tak ada ke?"

Budaya balik kampung ini sudah sinonim setiap kali menjelang raya. Ia sudah jadi satu kemestian. Berpusu-pusu warga kota meninggalkan kotaraya menuju kampung halaman masing2. Yang berkuasa di kota ialah warga asing seperti warga Bangla dan warga Indon.



Jadi agak janggal pulak untuk tidak menyertai pesta balik kampung semasa musim cuti raya ini. Walaupun kami sudah pernah melakukan dua kali pada beberapa tahun dulu. Pada tahun ini niat untuk tidak balik kampung ini ialah kerana anak sulong aku terpaksa bekerja pada cuti Hari Raya menggantikan staf2 senior. Anak aku ini bekerja sebagai data entry staff dgn Tanjung Express (transporter for Tesco) sepanjang cuti 6 bulan dan akan masuk UIA Gombak pada 6/9/11. Jadi faham aku dia akan bekerja hingga 5/9/11, rupa2nya tarikh akhirnya ialah 1/9/11 (Hari Raya ke-3). Jadi pada last minute, aku mencadangkan untuk balik kampung pada malam itu sebaik saja anak aku habis shift kerjanya pada pukul 10 malam. Aku sekeluarga bertolak menuju Karak pada pukul 2 pagi. Kami sampai di KB sebelum solat Jumaat.



Pada musim raya ini budaya balik kampung sudah sebati dan untuk beraya di sini walaupun di rumah sendiri melahirkan keresahan dan kesyahduan. Malam raya aku bersama jemaah surau khariah taman perumahan ini bertakbir raya dari rumah ke rumah termasuklah rumah aku.



Sebenarnya semasa orang tua masih ada maka sangatlah afdal untuk kita beraya di kampung. Adalah 'sebab' untuk balik kampung. Apatah lagi musim raya ini adalah masa terbaik untuk berjumpa dan ziarah sanak saudara bagi mengeratkan silaturahim.


Kalau difikirkan bila orang tua sudah tiada nanti, maka mungkin agak payah juga untuk pulang ke kampung. Apatah lagi bila rumah pusaka sudah tiada, sudah dimiliki orang lain atau tidak didiami dan menunggu roboh. Rumah siapa nak ditumpangi?


Apabila kita tua nanti dan anak2 tidak pulang beraya ke rumah, bagaimana rasa agaknya?



@@@

Tuesday, August 30, 2011

Manisnya Raya



Bagi seorang pengidap diabeties, makanan atau minuman yang manis kini menjadi allergic dan sistem badan memberi signal supaya reject. Makanan dan minuman yang dulunya lazat dan sedap itu kini sudah tidak sesedap dan selazat dulu. Ia berlaku secara otomotik apabila seseorang mencapai sesuatu tahap kesihatan.


Bagi yang lebih berdisiplin tentang pantang makan, maka setiap yang ingin disuap itu tiada kompromi. Jika kesihatannya tidak membenarkan maka ia tidak akan menjamah makanan itu walau sesuap. Jika makan daging itu tidak boleh untuk pesakit darah tinggi, maka pesakit darah tinggi yang berdisiplin dan peka itu tadi tidak akan sesekali menjamah lagi daging, period. Itu tahap disiplin yang tinggi. Tundukkan nafsu dengan tendangan maut.


Bagi seorang alim yang faham agama, segala kemungkaran di depan mata dan yang tersembunyi menjadi allergic untuk diguna pakai. Malah bertukar kepada tahap kebencian pula. Benci pada segala kemungkaran. Diganti kepada rindu pada sesuatu isim yang boleh mendekatkan diri pada Allah SWT. Setiap amal soleh yang dilaksanakan menjadi begitu manis.


Bagi seorang pencari ilmu, seorang yang rindukan majlis2 ilmu, seorang yang serba kurang tapi berusaha mengisi dada dengan bekal yang ada manfaat, maka kalau dulu sesuatu bahan hiburan di kaca TV atau di corong2 radio begitu dinikmati, tapi kini tidak lagi. Ia semuanya tawar. Keinginan itu sudah pudar. Dia lebih gemar bersendiri, muhasabah diri, dan berkarya pada perkara kebaikan untuk menyeru dan berkongsi ilmu yang ada. Dia terus mencari sumber ilmu walau dimana. Pandangannya ialah untuk menunaikan tanggungjawab menyebar risalah dakwah Islam.


Pada hari raya ini, hari untuk sang murrabbi meraikan kemenangan pada sebuah perjuangan 30 hari akan ada banyak promosi untuk berhibur dengan kepelbagain program hiburan di stesen2 TV dan radio yang bersepah. Semua mengajak untuk berhibur lara, melayan perasaan. Seolahnya raikan kemenangan dalam ibadah puasa 30 hari itu dengan enjoy dan bergumbira menonton dan mendengar mesej hiburan.


Ibarat pesakit ghout yang menghindari dari memakan 'seafood' maka sang murrabi yang cintanya pada Allah dan Rasulullah mengatasi lara dunia, maka segala agen hiburan yang tersedia itu akan direject. Ia sudah menjadi tawar tidak manis lagi. Sistem minda dan badan akan menolaknya ke tepi. Sudah tiada keseronokan di sana.

Sudah menyampah dia ditipu oleh pelakon yang berlakon watak baik yang dalam kehidupan realitinya berwatak jahat. Bertudung lingkup bila berlakon tapi berpakaian seksi dan tidak menutup aurat apabila diluar filem. Dia tidak mahu ditipu oleh pura-pura itu lagi.

Semoga Hari Raya yang indah ini tidak dicemari dengan dosa. Istiqamah dalam ibadah. Teruskan bertahajjud malam, mengaji al-Qur'an, solat fardu berjemaah, bersolat sunat, bersedekah dan menadah minda di majlis2 ilmu. Ziarah-menziarah dan bersilaturrahim. Bergantung harap pada yang Esa, supaya dilimpahi rahmat-Nya. Ya Allah bersihkan hatiku dan redhakan aku, Amiin.

@@@

Salam Raya Untuk Semua Manusia Bertakwa

Mohon Maaf Zahir Batin


Selesai sudah program takbir malam raya di kariah saya sekejap tadi. Sebanyak 9 buah rumah diziarahi dan bergema takbir membesar keagungan Allah pada kesunyian malam raya, Alhamdulillah. Seramai 28 jemaah menyertainya. Kami bergerak dari rumah ke rumah bermula dari rumah Hj Mokhtar pada pukul 9 mlm dan berakhir di rumah Sdra Mohammad sekitar pukul 12 mlm. Ukhwah antara kami masih terserlah disebalik segala kelemahan yang ada. Rumah saya pada giliran ke 7.


"Assalamulaikum, terlebih dulu saya mewakili seluruh ahli keluarga saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan2 hadir ke rumah saya ini untuk bersama-sama bertakbir raya. Alhamdulillah kita telah berjaya menjalani ibadah pada bulan Ramadan. Semoga kita lahir sebagai manusia bertakwa. Saya ingin memohon maaf jika ada kesilapan dan kesalahan selama ini. Akhirnya, jemputlah merasakan juadah ringan yang disediakan. Terima kasih."


Kepada semua para peminat dan pengunjung blog SOT, saya ingin mengucapkan salam raya dan berdoa agar sdra sdri berbahagia di samping yang tersayang. Yang penting kita harapkan agar kita ini tergolong pada kelompok manusia yang bertakwa kepada Allah. Kerana manusia bertakwa sahajalah yang akan berada pada naungan rahmat Allah dan berpeluang mendapat nikmat syurga Allah. Taatlah tanpa berbelah bagi pada Allah. Bersyukurlah tanpa sedetik rasa kufur pada segala nikmat Allah. Semoga 1 Syawal yang kita raikan ini adalah hari kemenangan yang penuh nilai dan makna bukan sekadar mainan perasaan atau rutin adat tahunan.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri !!


@@@

Sunday, August 28, 2011

Ciri Manusia Taqwa

Pada kuliah subuh yang disampaikan oleh Ust Yusuf Din yang dihadiri oleh 142 jemaah lelaki dan 12 orang jemaah perempuan itu, diterangkan ciri2 manusia bertaqwa. Allah jadi pembela kepada orang bertaqwa.





  1. Dada kena buka kepada Islam

  2. Faham tentang Islam

  3. Islam itu agama dakwah

  4. Islam itu agama kasih sayang

  5. Islam itu agama jihad.


Kita mesti syok dan lapang hati kepada Islam dan dipimpin dengan ilmu. Penduduk syurga adalah terdiri dari orang-orang yang bertaqwa pada Allah. Rata2 orang yang hampir dengan Allah ialah orang yang bertaqwa.



Faham bahawa Islam itu adalah cara hidup yang total bukan tempel-tempelan, serpihan atau picisan. Islam itu bermula dari celik mata hingga pejam mata, 24 jam sehari semalam. Menguap dan batuk cara Islam. Hidup bermasyarakat, soal peribadi, keluarga, syariat, undang2, politik, perniagaan, pengurusan dan pendidikan semuanya kena cara Islam. Islam bukan sekadar di masjid. Islam bukan ketika kelahiran, perkahwinan dan kematian semata.



Kalau kita ambil Islam secara keseluruhan maka kita selamat dan orang lain juga akan selamat. Apabila kita tidak mengikut Islam atau ambil secara serpihan sahaja maka semuanya tidak selamat. Islam bermula dengan aqidah yang mantap. Cacat aqidah maka cacatlah Islam yang mulia. Kita terpelihara kerana memegang pada aqidah yang betul. Islam itu agama yang benar pada lahir & batin.



Islam itu agama dakwah dan kita mesti berjiwa dakwah. 2/3 sahabat Rasulullah mati di luar Mekah & Madinah kerana apa? Kerana mereka keluar ke seluruh pelusuk untuk menyebar risalah Islam. Atas pengorbanan dakwah mereka maka kita di nusantara ini mendapat nikmat Islam ini. Ramai yang berpendapat dakwah itu tugas Ustaz dan alim ulamak sahaja. Itu salah? Dakwah itu menjadi tugas semua manusia yang mengaku beragama Islam. Usah menunggu buah yang tak gugur untuk mencapai level ustaz atau uztazah dulu baru nak berdakwah. Maksiat merata wajib kita tegur dan itu dakwah. Budaya jangan busy body dan membiarkan maksiat berlaku di depan mata tak berani tegur itu mengundang kemungkaran Allah. Kerja dakwah untuk semua.



Ilmu tidak boleh dibekukan. Ilmu mesti disampaikan agar berkembang. Sampaikan ilmu walaupun satu ayat. Islam itu indah maka kita mesti sampaikan ke seluruh pelusuk dunia. Apabila usaha dakwah tidak berkembang maka masyarakat akan semakin rosak.



Islam itu agama kasih sayang. Apabila dicubit paha kiri paha kanan terasa sakitnya. Ukhwah Islam itu adalah rasa persaudaraan sesama Islam yang jika saudara Islam kita di Palestin di siksa dan kita tidak merasa apa2 maka rasa ukhwah itu sudah tidak ada. Jangan biarkan umat Islam retak dan pecah oleh musuh2 Islam. Kemana kita pergi Allah nampak. Maka berhati-hatilah jangan sampai di saman dengan dosa.



Islam itu agama jihad iaitu menegakkan agama Allah. Allah memberikan bisnes dengan ganjaran pahala yang lumayan kepada manusia yang beriman kepada Allah dan Rasulullah, dan berjihad di jalan Allah. Contohilah Hanzalah yang mati syahid ketika mana sedang menikmati kenikmatan malam pertama perkahwinannya tetapi terus menyahut panggilan jihad sehingga tidak sempat untuk mengangkat hadas besar. Berebut-rebut para malaikat untuk memandikan jenazahnya untuk ditempatkan di kalangan para syuhada penghuni syurga.



Semoga di penghujung ramadan ini, kita mencapai kejayaan hebat menjadi manusia bertaqwa yang faham agama dan zuhud mencari redha Allah.



@@@


28 Ramadan

Para salafus soleh semuanya bersedih mengenangkan Ramadan akan pergi. Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.



Imam Shadiq a.s. bersabda:”Ya Allah jangan jadikan dia (malam terakhir Ramadhan) sebagai akhir puasaku untuk bulan Ramadhan dan aku berlindung kepada-Mu dari terbitnya fajar malam ini kecuali dosaku telah Engkau ampuni.”


Syaitan akan kembali bebas. Syaitan mahaguru dan manusia muridnya. Apakah 3 semesta pengajian intensif di madrasah Ramadan itu sudah merubah manusia jadi baik, taat pada Allah. Atau kembali tahu dosa tapi buat juga? Tahu salah tapi pulun juga? Kalau ikut cara ke neraka, mengapa diminta untuk ke syurga?


Pada dua hari yang berbaki ini, jangan putus harap. Teruskan perjuangan. Jangan tersungkur di pintu syurga. Semoga Allah memandang aku dengan pandangan rahmat-Nya. Dosa aku, belum tentu Allah ampun. Amal aku, belum tentu Allah terima. Aku jangan puas. Aku kena buat pembersihan pada saat2 akhir ini. Lakukan pembersihan lahiriah pada dalaman rumah dan laman rumah agar rumah kecil terasa besar kerana barokah, bukan rumah besar terasa kecil dan rimas kerana dihiasi patung atau dicemari najis. Sediakan selipar di bilek air dan tandas.


Pembersihan pada makanan & minuman. Kebersihan pakaian. Kebersihan Ruh dengan memohon kemaafan dari ibubapa secara khusus pada sesuatu dosa atau kesilapan yang telah dilakukan suatu ketika dulu. Mohon kemaafan bukan di pagi raya tetapi sebelum Ramadan berakhir. Suatu kesilapan ialah sudah menjadi adat memohon maaf secara general dan ibubapa juga selalunya memberi kemaafan secara general. Sedangkan masih ada sesuatu perkara atau insiden yang masih tidak dapat dilupakan atau masih terbuku di hati. Mohon maaf pada yang itu. Jangan mendapat kemaafan pada 'tip of the iceberg' sahaja. Kerana yang terlindung dan tersirat itu masih banyak. Perlu dikorek dan ditimbulkan ke permukaan untuk pembersihan ruh yang lengkap dan sempurna. Itu pesan Ust Sabri pada tazkirah Ramadan malam tadi.


Tunjukkan keberkatan kita bersolat terawih & witir 11 rakaat sepanjang Ramadan itu dengan istiqamah mendirikan solat2 sunat rawatib 17 rakaat selepas Ramadan ini. Berjaya menjadi ahli manusia taqwa. Taat pada segala perintah Allah tanpa ada ingkar lagi. Syukur atas segala nikmat Allah yang tidak terkira banyak ini tanpa sedikit sifat kufur nikmat lagi. 12 bulan untuk bertemu Ramadan di tahun depan adalah jangkamasa yang panjang. Sesuatu mungkin berlaku pada jangkamasa itu. Ajal maut bukan di bawah kawalan kita.


Pada dua hari yang tinggal ini, terus mengharap dan merayu diampun segala dosa dan noda. Bergantung harap pada Allah agar dilimpahi rahmat-Nya dan diberi keampunan-Nya. Semoga pada semesta akhir Ramadan ini kita graduate dengan mendapat sijil pelepasan dari azab api neraka Allah. Semoga berjaya menempatkan diri pada kelompok manusia yang layak untuk mendapat nikmat syurga Allah. Amiiin.


@@@

Saturday, August 27, 2011

Ramadan Mendidik Kita

Tazkirah Ramadan di Masjid as-Salam




Pada suatu hari Ali R.A. berjumpa dengan Umar R.A. untuk meminjam duit RM10 untuk membeli buah delima yang diminta isterinya Fatimah R.A. yang sedang sakit. Umar berkata, "Aku rasa RM10 tidak cukup, nah ambillah RM20 buat membeli keperluanmu". Maka Ali R.A. pun berkunjung ke pasar dan membeli sebiji delima buat isterinya. Buah delima itu di selitkan ke dalam jubahnya. Dalam perjalanan pulang itu dia terserempak dengan seorang tua yang sedang terbaring di kaki lima.

Orang tua itu segera menyapa, "Dari mana Ali?" "Dari pasar", jawab Ali R.A. lembut. "Aku ini sudah 3 hari tidak makan dan tiada tenaga untuk bangun dari pembaringanku ini", kata orang tua yang uzur itu tanpa diminta. "Apa yang kau beli dari pasar hai Ali?" tanya si Tua tadi. Ali menjadi serba salah namun menjawab, "Buah delima buat isteriku yang sakit di rumah." "Kalaulah engkau dapat memberikan aku sedikit dari buah itu, mungkin aku akan mendapat tenaga untuk bangun", sambung si Tua itu. Ali R.A. tidak sampai hati melihat Pakcik tua yang keuzuran itu, lalu memotong buah delima dan memberikan separuh kepada pakcik itu. Maka Alhamdulillah setelah memakan buah itu, Pakcik tadi mendapat tenaga yang diperlukan untuk bangun berdiri. Namun dia berkata kepada Ali R.A., "Kalaulah engkau dapat memberikan separuh lagi buah tadi, mungkin aku akan ada cukup tenaga untuk berjalan pulang berjumpa anak isteri yang sudah 3 hari aku tinggalkan".

Ali R.A. terkenangkan isterinya yang terlantar sakit di rumah yang begitu mengharap untuk memakan buah itu. Dia berbisik dalam hatinya, "Habislah aku kali ini akan dimarahi Fatimah". Dia tidak sampai hati pula untuk menghampakan Pakcik tua yang uzur itu lalu diberikan separuh lagi buah delima itu. Ditakdirkan memang benarlah hasilnya Pakcik tadi mendapat kekuatan untuk dapat berjalan pulang. "Wahai Ali, engkaulah sebaik-baik manusia. Aku doakan agar Allah membalas 10 biji delima buatmu," bisik Pakcik tadi sebelum berlalu pergi.

Apabila Ali R.A. sampai di perkarangan rumahnya dia merasa serba tak kena dan berselindung di balik pokok tamar dan tidak terus masuk ke rumahnya. Kelihatan Fatimah R.A. sedang menyapu di laman depan rumahnya. Fatimah menyapa suaminya yang sedang berselindung di balik pokok itu. "Aku sudah sihat," jelas Fatimah R.A. "Atas kebaikan yang engkau lakukan Allah SWT telah memulihkan kesihatanku." Ali R.A. pun menerangkan apa yang berlaku. Fatimah R.A. memahami dan redha pada penjelasan Ali R.A. Kedua-dua mereka adalah insan terpilih dan wali Allah.

Seketika kemudian terdengar bunyi larian kuda menuju ke rumah mereka. Rupanya Salman al-Farisi yang datang. "Assalamualaikum hai Ali dan Fatimah, ini ada Rasulullah kirimkan satu bungkusan berisi 9 buah delima buat kamu berdua." "Alhamdulillah," jawab Ali R.A, "Namun aku tidak akan menerima bungkusan ini kerana Allah telah menjanjikan 10 bukan 9," jawab Ali R.A. Salman al-Farisi dengan tersengeh-sengeh mengeluarkan sebiji lagi buah delima yang disorokkan dalam jubahnya. Maka sesungguhnya janji Allah itu benar. Doa Pakcik tua tadi dimakbulkan Allah secara tunai.

Bulan Ramadan adalah bulan mendidik. Ramadan mendidik kita jadi baik. Ringan tangan untuk menolong, bersedekah dan membuat kebajikan. Ramadan mengajar kita untuk bergantung harap pada Allah dan berdoa memohon keampunan dan segala hajat dan keperluan kepada-Nya. Segala amal kebaikan di bulan Ramadan ini akan diberi balasan pahala yang berganda-ganda oleh Allah SWT yang Maha Kaya.

Sahabat yang baik juga sedia memenuhi keperluan seorang sahabat malah lebih lagi. Keikhlasan adalah ujian daripada Allah SWT dan ramai yang kecundang malah terserlah kecundangan itu tanpa boleh disembunyi lagi. Sahabat yang sekadar kenalan di jalanan yang tidak mahu berkongsi susah payah bersama.

Pada sebuah tazkirah baru2 ini Ustaz memerli para jemaah, "Saya bengang betul melihat orang selalu dok sedekah pisang kat masjid, apa dia ingat orang yang datang masjid tu beruk ke asyik2 nak makan pisang." Dia kata itu bukan dia kata tapi seorang ustaz yang terkenal kata.

Bagi saya, tahap ilmu dan hemah para Ustaz juga memainkan peranan penting terutamanya pada ahli jemaah yang baru berjinak-jinak datang ke masjid. Sepanjang Ramadan ini tazkirah di adakan setiap malam di Masjid as-Salam. Ramai Ustaz2 berilmu dan bijaksana dalam penyampaian mengambil giliran atas jemputan pihak masjid yang begitu aktif menyediakan ruang menuntut ilmu untuk para ahli khariah. Aura penyampaian ilmu masing2 berbeza dan unik. Namun ada juga bagi saya yang kurang bijak atau sekadar syok sendiri termasuklah ustaz dengan cerita beruk di atas.

Mari kita muhasabah diri dan salah satu topik dalam buku RAMADAN TERAKHIR karya saya ada menceritakan perihal ini iaitu mana yang lebih baik seorang yang bersedekah pisang ke masjid atau seorang yang tak pernah sedekah pisang ke masjid? Jawab jangan tak jawab. Usahlah kita sibuk bertanya apa orang lain buat, kita tanyalah apa yang kita buat. Bersedekah itu adalah lebih baik jika niatnya kerana Allah walaupun sesikat pisang ataupun sekadar RM1 yang dimasukkan ke dalam tabung masjid. Semoga Ustaz ini diberi kesedaran dan hidayah oleh Allah SWT.

Ramadan mengajar orang kedekut jadi pemurah. Orang jahat jadi baik. Orang yang jarang ke masjid berubah setiap malam datang masjid. Orang yang malas baca Qur'an kini rajin baca Qur'an. Orang yang jarang ke majlis ilmu kini dihidangkan dengan majlis ilmu setiap malam dan mendirikan solat2 sunat berpuluh-puluh rakaat termasuklah solat terawih dan witir. Manfaatkan secara optimum Ramadan yang berbaki dua hari lagi ini. Alhamdulillah.

@@@

Friday, August 26, 2011

Lailatulqadar Malam Ini - Malam ke 27

Ya Allah, temukanlah aku dengan Lailatul-Qadar pada malam ini, malam yang ke-27 Ramadan. Amiin.



Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan.


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: " Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. "

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."


Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya: " Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke-27. "

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya: " Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan?


Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa yang maksudnya: " Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. "


Justru itu marilah kita perbanyakkan amal dengan penuh keikhlasan mendambakan tiada yang lain melainkan redha Allah. Jom hidupkan malam dengan segala amal soleh. Semoga Allah SWT rezkikan kita untuk berjumpa malam istimewa ini pada kali ini, ya pada malam ini. InsyaAllah.


@@@



Thursday, August 25, 2011

Antara Siang dan Malam Ramadan

Ustaz maaf nak bertanya. Nilaian amal antara siang dan malam di bulan Ramadan ini, adakah sama? Itulah mesej sms yang saya utarakan kepada beberapa orang Ustaz yang saya ada no. telefon mereka.


  1. Ustaz Azhar menjawab dari Madinah al-Munawarrah: Sama siang dan malam. Kecuali malam alQadar yang bersamaan 1,000 bulan.




  2. Hj Munir: Berbeza mengikut keikhlasan & pengorbanan/kesusahan. Wallahuaklan. Tanyalah Ustaz, bukan saya yang lemah ini.




  3. Ustaz Fauza: Ye..ganjaran di sisi Allah tak pernah berkurang selagi mana adanya Ramadan.




  4. Ustaz Johari: Nilaian Allah bergantung kepada keikhlasan kita. Tapi ganjaran lebih baik dari 1,000 bulan untuk Lailatulqadar.



Kemusykilan yang terbuku di hati ialah apakah amal ibadah kita di siang hari Ramadan itu sama ganjarannya dengan amal ibadah kita di malam hari Ramadan? Contohnya saya solat sunat dua rakaat siang hari berbanding dengan saya solat dua rakaat pada malam hari, sekiranya keikhlasan saya semata-mata kerana Allah. Maka dari jawaban yang diberikan di atas saya mendapati nilaian amalan kita di siang hari atau di malam hari sepanjang Ramadan ini adalah sama saja. Yang berbeza ialah di malam yang istimewa iaaitu Lailatulkadar.





Berkait dengan posting saya sebelum ini berkenaan dengan persoalan 'sentuhan kecundang' menjelang pengakhiran Ramadan. Memang saya dapat rasakan cabaran, dugaan dan ujian semakin berat. Ada saja kesibukan dunia atau kelemahan fisikal dan mental yang ditempelkan pada perjuangan di medan juang memburu Lailatukadar dan menghabiskan hari dan malam yang berbaki di Ramadan kali ini. Bergantung haraplah pada Allah agar diberikan kekuatan jasmani dan ruhani untuk meningkatkan daya saing dalam perjauangan ini.





Teruskan amal baik kita nawaitu semata-mata kerana Allah. Berikan persembahan terbaik dan semampu mungkin ke hadapan Allah. Semoga mendapat limpah rahmat Allah. Semoga berjaya meraih simpati dan keampunan daripada Allah SWT. Semoga dengan itu aku tergolong pada kelompok hamba Allah yang diberikan pembebasan dari azab api neraka-Nya. Tugas aku ialah beramal soleh seikhlas dan sehebat mungkin. Cuma berbaki 4 hari. Begitu cepat Ramadan berlalu.





@@@


Tuesday, August 23, 2011

Jangan Kecundang Di Hujung Perjuangan




Tadi saya hantarkan kad raya pada kawan saya ni melalui eMail. Seketika itu beliau membalas eMail saya berkenaan seperti berikut:


"Terima kasih atas ucapan ini. Tetapi ia secara tidak langsung memadamkan fokus 10 akhir Ramadan dan Lailatul Qadar sekiranya terlalu awal di war-warkan..."


Betul jugak tu. Jangan lah hantar awal2 ucapan Raya ni. Kita kena fokus kepada Ramadan yang berbaki 7 hari ini. Agendanya ialah tingkatkan ibadah. Biar kemuncaknya nanti ialah dapat bertemu Lailalatul Qadar. Jangan dok fikir nak beraya lagi. Fikir nak dapat keampunan daripada Allah dan pembebasan dari azab neraka-Nya. Itulah matlamat utama kita.


Saya pun membalas eMail kawan saya tadi, "Saya setuju. Maaf Tuan. Jgn kecundang di hujung perjuangan."


Beliau membalas balik, "Hujung perjuangan ialah maut pada jalan agama Allah." Saya tabik spring kepada kawan saya ini yang merupakan seorang aktivis jemaah tabligh dulu kini dan selamanya.


Ramai kita kecundang di hujung Ramadan ini yang dikatakan bulan perjuangan. Perjuangan yang kecundang janganlah menjadi kenyataan. Jika terjadi begitu maka itu adalah satu-satunya kerugian yang melampau. Kerana Ramadan dilimpahkan Allah rahmat dan barokah. Di bonuskan Allah dengan pelbagai promosi dan tawaran mega. Tiba-tiba kita gagal memanfaatkannya, maka rugi besar kita.


Apabila orang sibuk memburu Lailatul Qadar dengan beriktikaf di masjid, mengaji al-Qur'an, kiam, zikrullah, bermunajat memohon dan merintih keampunan pada setiap dosa dan noda, sedangkan kita sibuk tidur, menonton tv, membuat kueh raya, atau sibuk di jalanan kerana balik kampung. Pada malam-malam berbaki ini yang sepatutnya menjadi masa-masa yang paling berharga di hadapan Allah, tapi terjadi sebaliknya. Ruang masjid dan surau mulai lengang. Tadarus Qur'an sudah dihentikan.


Marilah kita perbetulkan keadaan. Mulai malam ini ayuh beriktikaf di Masjid. Bermunajat dan menginsafi diri. Berzikir dan mendirikan malam dengan solat. Mohon sungguh2 kepada limpah rahmat Allah, merayu keampunan, untuk mencapai level takwa. Bergantung harap pada Allah pada redha-Nya dan supaya kita bertemu Lailalatul Qadar. Jangan kecundang lagi seperti tahun lepas. Masih belum terlambat, insyaAllah.


@@@

KONGSI KEK

Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini.  Antara ...