Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Korban

Saya ucapkan Selamat Hari Raya Korban kepada para blogger sekelian dan seluruh muslimin dan muslimat. Semoga pengorbanan kita di terima Allah.

Isteri dan anak2 menyediakan juadah raya yang berupa nasi impit, kuah kacang dan rendang ayam special. Saya sempat menjamah juadah sebelum ke surau.

Saya menunaikan solat sunat aidil adha di Surau Al-Faaizeen di imani oleh Ustaz Ayub. Terdapat lebih kurang 150 jemaah yang sama2 bertakbir raya dan menunaikan solat sunat aidil adha yang dimulai tepat pukul 8:05 pagi dan seterusnya menghayati bacaan khutbah. Kemudian para jemaah menikmati sedikit jamuan raya yang diadakan secara "pot-luck". Seterusnya saya pulang ke rumah untuk menukar ke uniform ibadah korban. Ibadah korban akan bermula pada pukul 9 pagi. Ada dua ekor lembu yang akan dikorbankan.

Pengorbanan Nabi Ibrahim yang di uji Allah keimanannya semenjak berusia 10 tahun apabila di usir bapanya kerana menghina berhala sehingga di campak ke dalam api oleh pemerintah sebagai hukuman. Di uji dengan tiada zuriat sehingga usia yang lanjut apabila di kurnia Ismail dari isterinya Hajar. Diperintah Allah untuk ditinggalkan anak & isterinya di tanah tandus tanpa bekalan apa2. Dan di perintah untuk disembelih Ismail sebagai korban. Semuanya menagih pengorbanan dan dipatuhi Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail demi keimanan dan mematuhi perintah Allah tanpa banyak soal bicara walau di goda syaitan kiri dan kanan. Sehingga di ganti Allah dengan sembelihan seekor kibas. Itulah hakikat ibadah Korban ini, menagih keikhlasan agar korban kita di terima Allah.


Lembu Pertama

Alhamdulillah lembu pertama selamat ditumbangkan. Suasana meriah dan semangat bergotong royong terserlah pada Hari Raya Korban. Aluan takbir beramai-ramai mengiringi libasan golok tajam Ustaz Ayob memutuskan salur darah kerongkong lembu ibadah korban. Pancutan darah merah menjadi saksi persembahan korban kehadapan Yang Esa.






Saya menggosok-gosok kepala lembu yang kedua sambil membacakan ayat2 lazim. Lembu ini tenang merenung ke kejauhan seolah-olah memahami hakikat ibadah korban dan ia adalah binatang pilihan. Satu dari tujuh bahagian lembu korban ini ada nama saya. Sebelum itu saya sudah wakilkan kepada Ustaz Ayob untuk menyembelihnya bagi pihak saya. Lembu ini selamat ditumbangkan dan saya berdoa semoga ibadah korban saya pada tahun ini di terima Allah.

Lembu Kedua


Kemudian kami semua bergotong royong melapah. Saya pula bertugas menimbang daging untuk agihan. Alhamdulillah setelah di tolak 12kg daging untuk dimasak dan sebahagian tulang untuk dibuat sup oleh pihak surau bagi jamuan makan selepas solat Jumaat nanti, saya dan pembantu2 kecil saya dapat menyiapkan 122 bag daging dan 44 bag tulang untuk agihan. Setiap bag daging beratnya 1kg dan tulang 1kg-2kg. Maknanya setiap lembu korban telah menghasilkan 61kg daging & 22kg tulang untuk agihan.




Seterusnya Zakri selaku pengerusi ibadah korban tahun ini membahagi-bahagikan agihan daging korban. Setiap peserta korban mendapat 2 bag daging dan satu bag tulang. Setiap petugas pula mendapat satu bag daging dan satu bag tulang. Yang selebihnya diagihkan kepada jiran2 dan golongan miskin.

Selesai solat Jumaat di Masjid BS, saya dan anak saya Amir singgah ke surau dan menikmati juadah yang ada. Saya memakan nasi bersama sup tulang rusuk, Alhamdulillah.

@@@

Tuesday, November 17, 2009

SPM Bermula Esok

Seramai 465,853 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang akan bermula esok. Anak kedua kami Nur Farihin yang menetap di hostel SAMT-KKB, adalah antara calon yg tengah berdebar menanti saat bermulanya sebuah peperiksaan yang menjadi kemuncak pengajian peringkat menengah ini. Sekejap tadi semasa menelefonnya terdengar nada panik dan gusar beliau di tengah2 study group yang rancak membuat percaturan strategi dan imunisasi ilmu untuk ke medan juang.

Saya dan ibunya hanya mampu memberi kata2 semangat dan cuba menenangkan keadaan dan membawanya kembali kepada realiti. Bahawa inilah antara rentetan ujian dalam perjuangan dan kehidupan jihad mencari ilmu di maya pada. Bukankah menuntut ilmu itu akan berterusan hingga ke liang lahad? Sesungguhnya orang yang berilmu dalam masyarakat itu akan berada pada darjat yang lebih baik, lebih-lebih lagi ilmu agama.

Justru menuntut ilmu itu hukumnya wajib. Esok paper BM dan Sejarah menjadi taruhan, sehinggalah paper akhir iaitu pada 16 Dec. Sebagai bapa dan ibu, kami menadah tangan memohon kehadrat Illahi agar diberi segala kemudahan, disihatkan tubuh badan, ditajamkan minda, diperkuat daya ingatan, dimantapkan pemahaman, dan diberi cetusan idea dan fakta untuk menjadi bekalan di dewan peperiksaan sepanjang sebulan peperiksaan SPM ini.

Jadual yang bakal di tempuhi anak saya ialah:
  1. Nov 18 - BM1, Sejarah1, BM2
  2. Nov 19 - BI1, BI2, Sejarah2
  3. Nov 23 - Math1, Math2
  4. Nov 25 - AddMath1, AddMath2
  5. Dec 1 - Akaun1, Akaun2
  6. Dec 2 - Science1, Science2
  7. Dec 7 - Ekonomi1, Ekonomi2, Al-Quran&Sunnah1
  8. Dec 14 - ArabTinggi2, ArabTinggi1
  9. Dec 16 - SyariahIslamiah2, SyariahIslamiah1
Selamat berjuang anakku, tawakal pada Allah. 10A insyaAllah.

@@@

Wednesday, November 11, 2009

Jutawan Melampau

Bab 4 dari kitab Taqwa karya TGNA memamparkan tajuk Bahaya Jutawan Yang Melampau Batas yang saya kongsikan bersama warga kerja dalam slot 'Tazkirah Pagi' pada pagi Rabu ini di corong PA syarikat. "Jika manusia tidak berusaha, maka rezeki yang sudah dijanjikan oleh Allah SWT itu nescaya akan terlepas dari tangannya." Itu antara muqaddimah yang saya bacakan.

Abu Hurairah RA meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Tiada yang dinanti oleh seorang antara kamu melainkan..
  1. menunggu kaya yang jadi taghut (pelampau)
  2. atau menunggu (tanpa usaha) sampai jadi papa sehingga lupa halal haram
  3. atau menunggu sehingga dilanda sakit yang menyebabkan punah seluruh tenaga untuk berusaha
  4. atau duduk diam sehingga menjelang tua kemudiannya tidak terdaya lagi melakukan sesuatu
  5. atau duduk diam sehingga datang ajal secara mengejut.


Sesungguhnya Islam tidak menghalang seseorang untuk menjadi kaya, tetapi apa yang terungkap dalam hadis Rasulullah SAW di atas menjelaskan bahawa sifat buruk yang sering berakar dalam jiwa pengejar kekayaan sehingga menjadi taghut, tidak kira halal haram, adalah suatu yang jelas bercanggah dengan kemurnian syariat Islam.


Pepatah ada menyebut bahawa langit tidak menurunkan hujan emas. Lantaran itu manusia mesti berusaha agar dia tidak mengizinkan kepapaan menguasai diri mereka. Namun kekayaan bukanlah matlamat hidup yang murni kerana segala harta benda dan segala kekayaan yang melimpah daripada perbendaharaan Allah SWT itu hanyalah kemudahan atau alat bagi mencapai keredaan Allah SWT.


Justru, kebijaksanaan yang berteraskan keimanan merupakan persiapan bagi seorang usahawan yang ingin mengejar kekayaan dunia. Usahawan yang bijak di sisi Islam ialah mereka yang mampu membebaskan diri tanpa berpaut kepada tongkat riba yang ditawarkan oleh pelbagai institusi kewangan, modal berasaskan riba adalah benih yang akan melahirkan manusia yang dibenci oleh Allah SWT iaitu manusia yang digelar oleh Rasulullah SAW sebagai Ghinan Mutghiyan iaitu jutawan yang menjadi taghut.


Namun apa yang mesti difahami bahawa Islam menggalakkan umatnya menadi kaya kerana dalam Islam ada zakat. Tidak mungkin orang akan mengeluarkan zakat jika mereka tidak kaya. Tetapi jika sudah menjadi jutawan tidak juga mengeluarkan zakat, atau masih berdalih menangguhkan menunaikan haji ke Mekah, sedangkan setiap bulan mereka boleh terbang ke Amerika, Eropah atau ke Jepun. Maka yang demikian itu, sudah tergolong ghinan mutghiyan iaitu jutawan yang bersifat melampau.


Satu lagi keadaan yang tidak diingini ialah papa kedana yang lupa halal haram. Apabila manusia sudah terdesak disebabkan tiada wang ringgit dan harta benda, dia mungkin terdorong melakukan apa saja walaupun terpaksa melanggar undang-undang dan menjatuhkan maruah sendiri, asalkan perut yang kosong dan poket yang kempis terisi. Mungkin terpaksa menipu, berudi, mencuri atau merompak. Itulah hal-hal yang ditakuti terjadi terhadap mereka yang membiarkan kepapaan menyelubungi diri.


Firman Allah SWT yang bermaksud:


Dan tiada suatu binatang (segenap makhluk bernyawa) yang melata di muka bumi melainkan Allah lah yang memberi rezekinya. (Surah Hud: 6)


Bagaimanapun jika manusia tidak berusaha, maka rezeki yang sudah dijanjikan oleh Allah SWT itu nescaya akan terlepas dari tangannya. Ia ibarat pemberian yang telah dihulur tetapi tidak disambut. Apabila rezeki sudah terlepas, maka dia akan kehilangan rezeki.


Kedudukan orang berdiam sehingga kepapaan menyelimuti dirinya sehingga menjadi si papa yang lupa halal haram adalah sama sahaja dengan jutawan yang melampau batas. Si papa yang dibenci oleh Allah SWT kerana kepapaan telah mendorong mereka melakukan apa sahaja tanpa memikirkan halal haram, sama juga dengan golongan ghinan mutghiyan jutawan yang melampaui batas. Mereka terkutuk kerana sifat taghut mereka.


Alhamdulillah semoga kita semua mendapat manafaat dari tazkirah ini untuk memandu kita ke jalan yang lurus, iaitu jalan yang di redhai Allah SWT. Supaya kita tidak rugi di dunia dan rugi di akhirat atau untung di dunia tapi rugi di akhirat. Seeloknya kita dambakan keuntungan di dunia yang sementara ini dan lebih-lebih lagi keuntungan di akhirat yang kekal abadi itu. Amiin.

@@@

Saturday, November 07, 2009

Red Warriors Kecewa Kalah 1-3

Maka tercatatlah kisah pilu, Kelantan kemponan jua. Hampa seluruh peminat Kelantan yang memenuhi Stadium Bukit Jalil dan yang terperuk depan TV1 (walaupun esok cuti). Permainan hambar yang serba tak menjadi terutamanya dari barisan pertahanan telah di manupulasi sebaik mungkin oleh barisan mantap N9 dari segenap sudut. N9 menguasai permainan yang berat sebelah ini. Kelantan tewas mudah. Halim Napi bocor tiga kali.

Saya dambakan permainan cantek dan melawan namun tidak kesampaian. Keputusan 1-3 itu sebenarnya nampak agak baik, terima kasih kepada Indra Putra kerana menjaringkan gol cantek di masa kecederaan melalui set piece. Para penyokong Red Warriors memenuhi 80% dari isi stadium tapi ada segelintir yang kurang sabar membaling botol air mineral ke padang dan membakar mercun mencacatkan suasana.

Di 20 minit terakhir dengan kedudukan ketinggalan 0-3 penyokong Kelantan yang kecewa hampir separuh meninggalkan stadium. Namun pujian kepada pemain Kelantan kerana mencuba hingga ke saat akhir walaupun kurang menyengat. Kelebihan nyata kepada pasukan N9 dari segenap posisi. Teknik dan taktik N9 jauh lebih mantap dan tersusun serta membuahkan hasil. At the end of the nite Red Warriors lost the battle fair and square. Red Warriors just not good enough. Cuba lagi tahun depan. Kecewa Den !!

@@@

This is It - The Final


Inilah saat yang ditunggu-tunggu, kemuncak persaingan merebut gelaran berprestij Piala Malaysia 2009. Menemukan pertembungan dua pasukan terbaik pada tahun ini iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan. Negeri Sembilan yang punyai pengalaman dalam beberapa final sejak kebelakangan ini jelas punyai kelebihan tersendiri. Namun The Red Warriors dengan semangat juang yang tinggi di belakang sokongan padu para peminat bakal menyajikan sebuah Final yang terbaik. Mari kita lihat beberapa pandangan dari jurulatih professional negara:
  1. Bagi mereka, kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan tersendiri dan ini diakui Jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim. “Saya rasa kalau mana-mana pasukan menang pun mereka hanya akan mencatat kemenangan tipis mungkin 2-1 atau 1-0 tetapi saya berat kepada Negeri Sembilan kerana mereka mempunyai kekuatan yang sempurna di setiap posisi,” katanya.
  2. Sementara itu Jurulatih Pahang, Dollah Salleh menggangap kekuatan kedua-dua pasukan ialah 50-50 dengan Negeri Sembilan dilihat utuh dari setiap posisi manakala Kelantan akan bergantung kepada sokongan padu penyokong mereka.
  3. Jurulatih KM Naza, Mohd. Nizam Adha Yusof pula memilih Kelantan akan muncul sebagai juara dengan jaringan 2-1, ia berdasarkan semangat juang dan kepakaran B. Sathianathan dalam merancang taktikal permainan.
  4. Sementara itu, Jurulatih KL PLUS, Mat Zan Mat Aris pula berkata: “Saya memilih Negeri Sembilan akan muncul juara dengan jaringan 2-1, mereka mempunyai kekuatan yang stabil di setiap posisi berbanding Kelantan yang hanya mengharapkan sokongan padu peminat mereka.”
  5. Bagi pengendali Kuala Lumpur, Razip Ismail, kedua-dua pasukan dianggapnya mempunyai peluang seimbang tetapi kelebihan milik Negeri Sembilan kerana mempunyai ramai bekas dan pemain kebangsaan.
  6. Dalam pada itu, Jurulatih Selangor, K. Devan memilih Kelantan akan muncul sebagai juara berikutan mereka mempunyai pemain seperti Norfarhan Mohamad dan Indra Putra Mahayuddin yang mampu untuk menentukan perlawanan.
  7. Mohd. Azraai Khor Abdullah, yang kini menjadi Jurulatih Harimau Muda juga meramalkan Kelantan akan memenangi perlawanan esok, kerana memiliki gandingan serangan yang mantap terutamanya Indra, Khalid Jamlus, Norfarhan dan juga Che Hishamuddin Hassan. “Negeri Sembilan pula dilihat hanya mengharapkan kepada kemampuan Zaquan Adha Abd Radzak,” kata bekas jurulatih Kedah itu.
  8. Jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid pula memilih Negeri Sembilan kerana pasukan itu sentiasa konsisten sepanjang saingan peringkat kumpulan. “Bagaimanapun kedua-dua pasukan berjaya mencapai tahap prestasi pada masa yang tepat,” katanya yang meramalkan Negeri Sembilan menang 2-1.
  9. Saya pula memilih Kelantan sebagai juara Piala Malaysia 2009 dengan jaringan 3-2. Kelantan berhak menjadi juara setelah penantian selama 39 tahun untuk ke Final. Barisan pemain yang 'up to the standard', bimbingan jurulatih yang professional menguatkan pasukan Red Warriors, dan sokongan padu peminat fanatik menjadi perencah sempurna sebagai Juara.

Sokongan padu dari para peminat yang setia kepada pasukan Kelantan dalam apa keadaan amatlah membanggakan dan menjadi juara pada kali ini adalah anugerah terbaik. Sokongan padu dari kerajaan negeri yang kebetulannya merayakan ulangtahun ke-20 pemerintahan menambahkan signifikasi perlawanan akhir ini.


TGNA pula sudah mengumumkan cuti khas pada hari ahad ini bagi meraikan kejayaan Kelantan ke Final Piala Malaysia bukan sekadar menunggu Kelantan menjadi juara. Ini adalah satu hadiah buat seluruh rakyat Kelantan dan merupakan satu 'feel good feeling' yang sangat dialu-alukan oleh semua pihak terutamanya para peminat yang akan memenuhi Stadium Bukit Jalil malam ini. Kerajaan negeri juga telah menjanjikan hadiah pakej umrah dan wang saguhati kepada para pemain dan pegawai pasukan sekirannya berjaya manjadi Juara. Satu lagi sumbangan yang amat bermakna.


Barisan para pemain pula pada tahun sangat mantap bermula dari Halim Napi yang amat berpengalaman di gawang, barisan tengah yang mantap, dan kelebihan yang terserlah di barisan serangan berbanding N9 dengan gandingan Nur Farhan, Indra Putra, Khalid Jamlus dan Che Hisamuddin. Gelombang merah 60,000 penyokong fanatik Kelantan bakal mewarnai majoriti ruang di Stadium Bukit Jalil. Harapnya kita akan dihidangkan dengan perlawanan menarik tanpa layangan kad merah, insyaAllah.

@@@

Wednesday, November 04, 2009

Leadership in Islam


It is a well-known fact that the Prophet of Islam (saw) was the supremely successful man in the entire human history. But he was not just a hero, as Thomas Carlyle has called him. According to the Qur’an, he was the best example for all mankind. He has shown us the way of achieving supreme success in this world. By studying the life of the Prophet (saw), we can derive those important principles which were followed by the Prophet (saw). Indeed, the Prophet of Islam (saw) was a positive thinker in the full sense of the word. All his activities were result-oriented. He completely refrained from all such steps as may prove counter-productive.

First Principle: To begin from the possible

This principle is well explained in a saying of Aishah. She said: “Whenever the Prophet had to choose between two options, he always opted for the easier choice.” (Al-Bukhari) To choose the easiest option means to begin from the possible, and one who begins from the possible will surely reach his goal.

Second Principle: To see advantage in disadvantage

In the early days of Mecca, there were many problems and difficulties. At that time, a guiding verse in the Qur’an was revealed. It said: “With every hardship there is ease, with every hardship there is ease.” (94:5-6).
This means that if there are some problems, there are also opportunities at the same time. And the way to success is to ignore the problems and avail the opportunities.

Third Principle: To change the place of action

This principle is derived from the Hijrah. Hijrah was not just a migration from Mecca to Medina. It was to find a more suitable place for Islamic work, as history proved later on.

Fourth Principle: To make a friend out of an enemy

The Prophet (saw) of Islam was repeatedly subjected to practices of antagonism by the unbelievers. At that time the Qur’an enjoined upon him the return of good for evil. And then, as the Qur’an added, “You will see your direst enemy has become your closest friend” (41:34). It means that a good deed in return of a bad deed has a conquering effect over your enemies. And the life of the Prophet(saw) is a historical proof of this principle.

Fifth Principle: To turn minus into plus

After the Battle of Badr, about 70 of the unbelievers were taken as the prisoners of war. They were educated people. The Prophet(saw) announced that if any one of them would teach ten Muslim children how to read and write he would be freed. This was the first school in the history of Islam in which all of the students were Muslims, and all of the teachers were from the enemy rank. Here I shall quote a British orientalist who remarked about the Prophet of Islam (saw): He faced adversity with the determination to writing success out of failure.

Sixth Principle: The power of peace is stronger than the power of violence

When Mecca was conquered, all of the Prophet’s (saw) direst opponents were brought before him. They were war criminals, in every sense of the word. But the Prophet (saw) did not order to kill them. He simply said: “Go, you are free.” The result of this kind behavior was miraculous. They immediately accepted Islam.

Seventh Principle: Not to be a dichotomous thinker

In the famous Ghazwa of Muta, Khalid bin Walid decided to withdraw Muslim forces from the battlefield because he discovered that the enemy was unproportionately outnumbered. When they reached Medina, some of the Muslims received them by the word “O Furrar (O deserters!)” The Prophet (saw) said “No. They are Kurrar (men of advancement).” Those Medinan people were thinking dichotomously, either fighting or retreating. The Prophet (saw) said no. There is also a third option, and that is to avoid war and find a time to strengthen yourself. Now history tells us that the Muslims, after three years of preparation, advanced again towards the Roman border and this time they won a resounding victory.

Eighth Principle: To bring the battle in one’s own favorable field

This principle is derived from the Ghazwa of Hudaibiyya. At that time, the unbelievers were determined to engage Muslims in fighting, because obviously they were in an advantageous position. But the Prophet (saw), by accepting their conditions unilaterally, entered into a pact. It was a ten-year peace treaty. Until then, the meeting ground between Muslims and non- Muslims had been on the battlefield. Now the area of conflict became that of ideological debate. Within two years, Islam emerged as victorious because of the simple reason of its ideological superiority.

Ninth Principle: Gradualism instead of radicalism

This principle is well-established by a hadith of Al-Bukhari. Aishah says that the first verses of the Qur’an were related mostly to heaven and hell. And then after a long time when the people’s hearts had softened, the specific commands to desist from adultery and drinking were revealed in the Qur’an. This is a clear proof that for social changes, Islam advocates the evolutionary method, rather than the revolutionary method.

Tenth Principle: To be pragmatic in controversial matters

During the writing of Hudaibiyyah treaty, the Prophet (saw) dictated these words: “This is from Muhammad, the Messenger of God.” The Qurayshi delegate raised objections over these words. The Prophet (saw) promptly changed the word and ordered to write simply Muhammad, son of Abdullah.

These were the principles through which the Prophet of Islam (saw) gained that success which has been recognized by historians as the true success.

Source: Khan, Muhammad W. [1998] “Prophetic Principles of Success.” Minaret, September issue, pp. 8–9.
Reference: http://makkah.wordpress.com/leadership-and-islam/

Monday, November 02, 2009

Red Warriors


Tahniah untuk pasukan Red Warriors kerana berjaya melangkah ke final Piala Malaysia 2009 setelah mencuba selama 39 tahun. Kali akhir Kelantan ke final ialah ketika saya masih di tadika iaitu pada tahun 1970 tewas kepada Perak 0-2. Kini anak sulong saya sudah berusia 18 tahun dan akan menyaksikan final bersejarah di Bukit Jalil pada hari sabtu ini, kalau dapat beli tiket.


Final dengan pasukan N9 rasanya ibarat buku bertemu ruas, kerana kedua-dua pasukan memang hebat dan menunjukkan prestasi konsisten terutamanya di peringkat separuh akhir. Kelantan membaham Perlis di tempat lawan 3-1 dengan sorakan padu 10,000 penyokong setia. untuk menang dengan agregat besar 5-1. Dan N9 juga membuktikan kejantanan mereka tanpa menghirau suasana panas Stadium Sultan Nasaruddin KT dengan melayukan anak buah Ken Warden di hadapan penyokong mereka dengan jaringan 3-1 untuk memenangi dengan agregat 4-1. Jadi pertembungan Kelantan dengan N9 ini memang cantek dan sepadan. Menemukan dua jurulatih berpengalaman negara Wan Jamak dan Satianathan.


Dari firasat dapat saya rasa bahawa tahun ini Kelantan akan jadi juara dan saya impikan sebuah permainan menarik tanpa aksi2 bodoh atau permainan kasar yang mencacatkan. Penonton2 pula biarlah fanatik menyokong pasukan masing2 tapi ikutlah peraturan dan jangan berlaku pergaduhan atau aksi membaling botol atau mercun. Saya ingin lihat permainan ala2 EPL antara Chelsea melawan Arsenal misalnya. Ramalan saya Red Warriors menjulang Piala Malaysia dengan jaringan 3-2. Yes the best final ever.


Tahniah dan terima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa sebagai Presiden KAFA atas kejayaan Red Warriors mencipta sejarah kebanggaan Kelantan ini. Tanpa khidmat kepimpinan beliau mungkin Red Warriors akan tersungkur di pintu final walaupun sedari dulu dibarisi oleh pemain2 yang penuh bakat dan digeruni kawan dan lawan, namun sering kecundang oleh pelbagai isu samada rasuah, masalah gaji, disiplin, atau politik kepimpinan.


Kelantan tidak pernah kemarau dari nama2 besar dalam arena bolasepak seperti pemenang golden boot Hashim Mustapha, penjaga gol sensasi Halim Ramli, bek negara Yassin Md Noor, dan striker handalan Rosli Hussein. Dan penyokong fanatik yang setia memenuhi Stadium Sultan Mohd Ke-4 dan sanggup bergadai bergolok ke stadium lawan. Tapi bak kata orang walau ramuan dan perencah nya hebat tapi tukang masak tak mahir maka masakan tak sedap sangat. Itulah rasanya jawaban yang boleh diberikan untuk prestasi pasukan sepanjang 39 tahun yang lalu yang tidak pernah menempatkan Red Warriors sebagai team elit.


Barisan pemain tahun ini begitu berwibawa dan berbakat besar walaupun saya hanya biasa mengenali penjaga gol kontrevesi Halim Napi, striker Indra Putra dan Khalid Jamlus, namun dari pemain2 muda yang lain seperti hero hatrik separuh akhir ke-2 Nor Farhan dan striker Che Hisamudin, rasanya inilah barisan terbaik yang ada. Inilah peluang terbaik Red Warriors untuk betul2 membuktikan darah pahlawan merah pekat itu bukan sekadar di bibir tapi mengalir di setiap salurdarah pejuang tulin.


Bak kata TGNA marilah kita semua menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan jangan bodohkan diri dengan aksi2 gila seperti mengibarkan bendera2 kepartian atau membaling botol d
an mercun ke padang. Lets the best team win.

Go RED WARRIORS !!

Friday, October 30, 2009

Umar Al Khattab

Pagi ini saya khatam buku Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam, sebuah novel sejarah Islam karya Abdul Latip Talib setelah mula membaca pada bulan Syawal yang lalu. Umar Al-Kattab daripada keluarga Bani Adi dilahirkan 42 tahun sebelum hijrah dan usianya 12 tahun lebih muda dari Rasulullah. Dia mati ditikam Abu Lukluah yang nama sebenarnya Fairoz putera Maharaja Parsi Yezdager III, yang memeluk Islam setelah menjadi tahanan perang, menjadi hamba kepada Mughirah Gabenor Kufah, dimerdekakan dan menetap di Madinah sebagai tukang besi. Beliau dihasut oleh pemuda Parsi Hurmuzan dan Jamina untuk membenci dan membunuh Umar Al-Khattab.

Abu Lukluah menikam belakang Umar Al-Khattab dengan pantas sebanyak tiga kali diikuti dengan tiga tikaman lagi di bahagian perut ketika Umar Al-Khattab sedang mengangkat takbiratul ihram untuk mengimami solat subuh.

Umar Al-Khattab meninggal akibat cedera parah tikaman Abu Lukluah itu pada hari Ahad 27 Zulhijjah tahun 23 Hijrah di usia 63 tahun. Dia meninggal dunia setelah menjadi khalifah selama 10 tahun 6 bulan 4 hari. Beliau dimakamkan bersebelahan dengan makam Rasulullah.

Khalifah Umar Al-Khattab melantik 10 orang ahli Syura yang bertugas memilih calon yang paling layak mengganti beliau. Dia menamakan enam orang sabagai penggantinya iaitu:
  1. Uthman Bin Affan
  2. Ali Bin Abi Talib
  3. Talhah Bin Ubaidullah
  4. Zubir Bin Awam
  5. Abdul Rahman Bin Auf
  6. Sa'ad Bin Abi Waqas
Selepas ahli Syura bersidang di pengerusikan oleh Abdullah Bin Umar (anak Umar Al-Khattab) mereka sebulat suara memilih Uthman Bin Affan sebagai pengganti.

Khalifah Umar Al-Khattab berjaya menjadi reformis dunia Islam dengan mencipta sejarah keemasan negara Islam dengan penaklukan seluruh empayar Rom dan Parsi, dua kuasa besar dunia pada masa itu. Beliau juga berjaya menyusun sistem pentadbiran yang tersusun dan mantap, pengasas sistem politik Islam, pelaksana undang-undang syariah. Membentuk pasukan polis, membina penempatan tentera serta pelabuhan bagi pembinaan kapal laut. Turut mengasaskan bandar-bandar baru bagi perkembangan kebudayaan Islam selain dari memajukan sistem pelajaran dan pertanian. Walupun berada ditampuk kekuasaan di zaman keemasan Islam, namun beliau tetap zuhud dan hidup sederhana mengikut sunnah Rasulullah SAW.


Benarlah doa Rasulullah SAW,
" Wahai Tuhan kami, kuatkan agama Islam dengan Umar Al-Khattab."


Umar Al-Khattab yang sejak kecil diasuh oleh ayahnya untuk menjadi panglima perang Bani Adi, memang terkenal kuat, berani dan mempunyai semangat yang tinggi. Di zaman jahiliyyahnya telah tanpa belas kasihan menanam anak perempuannya hidup-hidup, dan memusuhi Rasulullah SAW hingga ketahap cuba membunuhnya. Namun hidayah Allah menjelma jua sehingga Umar memeluk Islam. hatinya menjadi begitu tersentuh apabila membacakan ayat-ayat Al-Qur'an dari surah Taha di rumah adiknya Fatimah setelah berkonfrontasi dengan pengislaman adiknya itu.

"Taha. Bukanlah Kami turunkan al-Qur'an kepada engkau supaya engkau menjadi susah. Melainkan menjadi peringatan bagi orang yang takut. Diturunkan daripada yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. (Dia) maha pengasih, bersemayam di atas Arasy. Kepunyaannya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Apa-apa yang ada di antara keduanya dan apa-apa yang ada di bawah tanah."
(Surah Taha: 1-7)


@@@

Thursday, October 29, 2009

Haji & Qurban

Semalam di adakan ceramah perdana di syarikat saya yang bertajuk Haji dan Qurban bersama penceramah Ust. Sharullah Bin Saidon, Pengetua Maahad Taafiz Akademi Iqra’ Al-Quran Ampang Indah. Ibadah Haji yang merupakan rukun Islam yang kelima merupakan sebuah ibadah yang memerlukan pengorbanan yang hebat bukan saja dari segi material dan fisikal malah spritual dan ruhani. Pengertian Haji itu sendiri ialah pergi ke suatu tempat melakukan ibadah dalam perkara2 tertentu dengan syarat2 tertentu. Manakala umrah pula ialah ziarah ke Baitullah bukan dalam waktu Haji dalam keadaan yang mengizinkan. Ijmak ulamak bersetuju iaitu ibadah Haji ini diwajibkan sekali saja seumur hidup bagi yang berkemampuan. Begitu juga dengan ibadah umrah hanya sekali seumur hidup. Namun mengikut sunnah Rasulullah, baginda menjalani ibadah Haji sekali seumur hidup manakala ibadah umrah sebanyak empat kali sepanjang hayatnya. Maka itulah yang terbaik.

"Sesungguhnya rumah beribadah yang mula-mula dibangun untuk manusia ialah Baitullah yang (terletak) di Bakkah (Mekkah), yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia. Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata (diantaranya) maqam Ibrahim. Barangsiapa memasukinya (Baitullah itu), menjadi amanlah dia. Mengerjakan Haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu bagi orang yang sanggup melakukan perjalanan ke Baitullah. Barang siapa mengingkari (kewajiban berhaji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam." (QS. Ali Imran III: 96-97).

Mengikut ustaz yang lebih afdal bagi mereka yang berkemampuan dan sudah melakukan ibadah haji ialah membiayai atau sponsor saudara mara terdekat yang tidak mampu dari segi kewangan untuk mengerjakan Haji. Begitu juga untuk ibadah umrah, bagi yang sudah melakukan empat kali ibadah umrah, maka yang lebih afdal ialah menggunakan dana yang ada untuk ibadah umrah bagi tujuan sedekah untuk membantu golongan yang memerlukan. Ijmak ulamak juga membenarkan mereka yang mampu tadi untuk melewat-lewatkan ibadah Haji dan umrah kerana ianya adalah tuntutan sekali seumur hidup tapi mestilah menaruh keazaman untuk mengerjakan ibadah berkenaan. Namun bagi yang sudah berkemampuan tapi tidak menanam keazaman pun untuk pergi maka itu sudah salah dan berdosa.
Mampu ini juga bukan sekadar kewangan tapi juga fisikal dan mental. Justru kita lihat masih ramai orang kaya-raya tapi masih gagal mengerjakan ibadah Haji kerana mungkin ruhani atau ilmu nya tidak bersedia. Dan ramai pula orang2 tua dan orang2 kampung yang kadang tu hanya bekerja sebagai penoreh getah masih mampu untuk ke Tanah Suci mengerjakan ibadah Haji dan umrah. Seruan Haji ini adalah seruan Allah menjadi tetamunya. Tidak semua akan mendapat kelebihan itu. Maka yang sudah mendapat panggilan Haji maka Alahamdulillah, segala pujian di panjatkan kepada Allah dan bersujudlah penuh kesyukuran. Pada tahun ini kerajaan Saudi memperuntukkan quota 26,000 orang iaitu 1% dari jumlah populasi penduduk kita bagi ibadah Haji. Maka beruntunglah sesiapa yang termasuk ke dalam kelompok 26,000 ini.

Ibadah Qurban pula mempunyai sejarah sejak zaman Nabi Adam lagi iaitu apabila anak nabi Adam iaitu Qabil yang tidak bersetuju untuk dijodohkan dengan saudara kembar Habil iaitu Lamuna kerana pada pandangannya tidak begitu cantek. Dia ingin berkahwin dengan saudara kembarnya sendiri iaitu Iklima. Sedangkan arahan Nabi Adam itu adalah perintah Allah. Maka ibadah Qurban dijadikan medan penentuan siapakah yang diterima Qurban mereka di sisi Allah SWT. Qabil atas sifat buruk hatinya telah mempersembahkan hasil2 tanaman yang tidak begitu baik sebagai qurbannya manakala Habil pula menyediakan binatang ternakan yang sihat dan gemuk sebagai qurbannya. Dan qurban Habil yang di pilih Allah. Pada zaman Nabi Ibrahim pula perintah Allah kepada Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya Ismail sebagai qurban telah dipatuhi oleh kedua mereka tanpa ragu dan Allah telah menggantikan Ismail dengan binatang sembelihan. Maka mengikut ustaz dua elemen penting dalam ibadah qurban ialah keikhlasan dengan persembahan yang terbaik iaitu binatang ternakan yang sihat dan tiada kecacatan. Elemen kedua ialah tidak membangkang perintah Allah makanya kita mestilah mematuhi perintah Allah tanpa soal lagi. Semoga keikhlasan dan kepatuhan kita pada perintah Allah tadi akan memberikan nilaian di sisi Allah SWT atas ibadah kita itu.

@@@

Sunday, October 25, 2009

Santai Pagi Minggu dan Anak2

Semalam saya bersama isteri dan anak lelaki kami Amir pi la breakfast kat Salam Sentosa, bistro tersohor di BS ni. Amir pekena 2 keping roti kosong manakala kami lak roti telor dan teh tarik.

Hari ni Amir akan kembali ke UIA di PJ untuk meneruskan perjuangan di semesta keduanya. Alhamdulillah keputusan semesta yang keluar dua hari lepas memberikan kelegaan kepada kami sekeluarga kerana beliau berjaya lulus semua matapelajaran dengan CGPA yang agak baik. Tahniah anakku dan kami panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT.

Tingkatkan usaha agar lebih berjaya pada semesta baru ini. Sepanjang tiga minggu cuti yang akan berakhir hari ini, emaknya layan makan-minum depa ni cukup2. Semalam petangnya siap buat popia dan malamnya pi pasar malam beli durian D24 lagi bagi rasa. Maklumlah bila dah balik marhalah Abu Bakar kat UIA tu, makan pun kena berjimat cermat dan ala kadar saja. Semoga Amir faham dan menghayati matlamat seorang mahasiswa pra-universiti ini. Janganlah lara dengan perkara remeh yang lain. Cukuplah semesta pertama untuk jadi pengajaran.

Kakak pula berada di rumah hujung minggu ini walaupun plan asalnya tak dapat balik dari hostelnya kerana ada program di Shah Alam. Semalam adalah hari lahir kakak yang ke-17 yang kami raikan seminggu awal pada minggu lepas. Selamat Hari Lahir anakku. Semoga matang dan jelas tentang erti sebuah kehidupan. Sudah tentu perjuangan kini tertumpu kepada persediaan untuk menghadapi SPM yang kan bermula 23 hari lagi. Papa berpesan supaya solat sunat hajat setiap malam memohon restu dan pertolongan dari Allah agar di beri kemudahan buat Kakak, kesihatan yang baik, minda yang tajam, daya ingatan yang kuat, dan pemahaman pada setiap matapelajaran. Yang penting ulangkaji secara sistematik dan tersusun supaya dapat cover semua subjek. Jangan panik, cool & steady. Usaha yang terbaik dan banyak2 berdoa pada Allah dan tawakal pada-Nya. Papa doakan Kakak mendapat keputusan cemerlang 10A, insyaAllah.

Anakku Iman, apa lagi di tunggu? Ayuh tunjukkkan kebijaksanaanmu. Takkan asyik nak dok dengar leteran mama je kan? Rajinlah study setiap hari. Papa know you can do it. Remember the other day you are among the Top 5 of your class. Go for it. Peperikasaan akhir tahun akan bermula minggu depan.

Well today selesai solat subuh, isteri mengajak saya menikmati suasana pagi di laman. Okid butterfly 'purple' tu sungguh indah di pandang mata. Buah2 rambutan yang bergayutan itu memberi keseronokan. Saya betulkan pucuk pokok longan ping-pong yang sudah mencecah bumbung sebelah kiri rumah. Buah2 betik pula ada yang kuning di pokok. Daun2 kering berguguran perlu dibersihkan. Kemuncup pulak dan menjadi-jadi, rungut isteri. Nak di mesin rumput tak dapat la pulak sebab tanah lembab pagi ni. Buah2 kelapa pandan pun ada dua tandan kat pokok yang agak saya dah tak muda malah mungkin terlebih tua. Itulah kadang rindu sangat dengan kelapangan masa bersantai di hari minggu sambil menyelenggara apa yang patut di laman ini. Kalau hari2 kerja, rutin selalunya keluar di kala langit masih gelap dan pulangnya tika langit gelap juga. Maka kadang tu lupa perihal laman ini.

@@@

Friday, October 23, 2009

Surah Al Waaqi'ah

Isteri saya sering berpesan supaya mendirikan solat sunat dhuha dan membaca surah Al Waaqi'ah dan bergantung harap kepada Allah untuk dibukakan pintu rezki-Nya. Pagi ini setelah sampai sekitar pukul 8:00 pagi di pejabat, saya pun ke surau syarikat dan mengambil wudhuk, mendirikan solat dhuha dua rakaat, berdoa dan kembali ke meja pejabat dan membaca surah Al Waaqi'ah dan terjemahannya. Alhamdulillah.

Surah Al Waaqi'ah ini terdiri atas 96 ayat, termasuk golongan surah Makkiyah diturunkan sesudah surah Thaa Haa. Di namai 'Al Waaqi'ah' (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al Waaqi'ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Ia menerangkan tentang keadaan hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang2 mukmin dan orang kafir. Kemudian diterangkan penciptaan manusia, tumbuh2an dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.


Antara pokok isinya ialah:
  • Tentang Keimanan - digambarkan huru-hara di waktu terjadinya hari kiamat;
  • manusia di waktu berhisab terbahagi kepada 3 golongan serta balasan yang diperoleh oleh masing2;
  • iaitu golongan yang paling dahulu beriman yang tempatnya di syurga,
  • golongan kanan yang menerima buku2 catatan dari tangan kanan yang bakal menerima kenikmatan syurga,
  • dan golongan kiri yang menerima buku2 catatan dari tangan kiri yang akan menerima azab dan tempelak;
  • bantahan Allah terhadap keingkaran orang yang mengingkari adanya Tuhan, hari berbangkit, dan adanya hisab;
  • Al Qur'an itu kitab Allah yang terpelihara di Lauh Mahfuzh.
  • Dan gambaran tentang Syurga dan Neraka.
Surah Al Waaqi'ah ini diakhiri dengan perintah bertasbih dengan menyebut nama Tuhan, "Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Maha Besar". (Al Waaqi'ah: 96)

Marilah kita rajin membaca Al Qur'an dan memahami terjemahan nya. Seterusnya mempelajari tafsirnya dan mengamalkan dalam kehidupan kita. Surah Al Waaqi'ah ini adalah satu dari 114 surah Al Qur'an yang mana Al Qur'an ini diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah SAW oleh malaikat Jibrail dalam tempoh masa 22 tahun 2 bulan 22 hari, iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah, agar mudah dimengertikan dan dilaksanakan. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kita semua. Amiin.
@@@

Thursday, October 15, 2009

Teh Tarik Kurang Manis

After 58 days without roti canai and teh tarik kurang manis for breakfast at McKandar restaurant infront of Jelatek LRT station on my way to the office, today I feel like taking one. And it taste so good. Especially because the kuah kari really kaww, not the normally cair one. So after enjoying the first roti canai and looking at the kuah kari that still aplenty, then I decided to order another piece. Never happened before. But anyway I managed to finish the second piece without problem and clear up all the kuah kari and still feel good about it.

And teh tarik kurang manis that the pakcik called Manne made is fantastic as usual. He really know how to make teh tarik kurang manis that taste so good. So next time if you feel like teh tarik kurang manis, you know where to find a good one. After paying RM3 at the counter, I walked slowly towards the bus stand across the busy street of Jln Enggang. And after vetting through TheSun on the sports section, the T103 bus arrived and bring me to the office on time to clock in at 8:13am still 2 minutes to spare before the red dotted line of 8:15am. The bus fare cost me RM1. The LRT fare from Masjid Jamek is RM2 and the express bus from BB is RM4. So with RM3 breakfast just now, I spend RM10 operational cost so far. Feeling my tummy, I also think that I'm in the position of skipping my lunch today.


By the way I have Hari Raya Open House invitation today at 4pm. It is organized by our good Customer Sales Organization (CSO) office and the function scheduled to take place at Felda Villa. It means for our customers as well as our respective business partners. Being one of the team members in Collaboration and Partnership Division (CPD) and has a direct interaction with partners as well as potential customers made me one of the selected few that get invited to this so call exclusive event. Not that I want to go, but looks like I have to go. It is ok because I can just dissapear in thin air around 5:30pm to Damai LRT station nearby, heading home where my heart belongs to.

My ghout still bothering me though. It all started on the 27th Sept (the 8th day of Raya), just after our first open house one week after raya. The pain is around my ankle on the right foot. This is the first time it attacks the ankle. Normally the pain is either on my left or right toe area. So bad that I need to take two days MC on Monday & Tuesday. After two days managed to go to the office, I took another day off on Friday. So one week after raya I only worked for two days. I worked the whole of five days on the second week but with pains on day time plus fever at night. I'm not feelimg well at all.


Now on my 3rd week after raya I still got that pain around my left toe. It has switched from the left foot to the right and from the ankle to the toe. I wonder why it takes so long for me to recover this time around. Somebody recommended me to take ubi kayu rebus and my wife did cook one the night before. Hope it helps to cure it. But to make thing worse, I cannot stop my temptation to take kacang that available lying on the table as part of raya goodies brought by my officemate yesterday. And eating nasi lemak with sambal ikan bilis at PTX Raya Open House in the afternoon, both ghout enemies. When I told my wife last night about the pain and the things I ate, she shaked her head showing her disapproval. Hence the pain continues on my left toe today.

My last reading on Urate Acid taken on 6th May 2009 during my medical checkup at IJN was 575 umol/L. The preference range stated as 420 umo/L or below. The report also mentioned about my coronary heart disease risk profile to include modifiable risks such as Dyslipidaemia (which I do not know what the hell is this), Diabetis Mellitus (the kencing manis that I currently on medication since two years ago), Overweight (with Body Mass Index of 27.7kg/m where preferred range for male is 20-25), and my Physical Inactivity (tak bersenam pun). I'm in deep trouble guys !!


I think I need to seriously look back at the medical report and take actions base on the recommendation in that report. The recommendations by Dr Chiew Kean Shyong, Cardiology Clinical Specialist of IJN are:
  1. Lowering cholestrol and saturated fats in the diet. They include reducing intake of animal products (e.g. full cream milk, ghee, butter and other dairy products), animal fat (fats in meat and skin of chicken), coconut milk, oil (including deep fried foods), egg yolk, organ meets and certain seafood (e.g. prawns, crabs, squid, and ikan bilis).
  2. Good control of blood pressure (target of 130/85 mmHg) and blood sugar (fasting sugar of 6.5 mmol/L and HbA1c of 6.5%) through diet control, regular exercise, medication (if prescribed) and regular aerobic exercise.
  3. Gradual achievement/maintenance of ideal body weight by a combination of both a weight reducing diet and regular aerobic exercise.
  4. Regular exercise e.g. Brisk walking/cycling or swimming. For cardiovascular fitness, recommend sustained exercise - 30 minutes at a time, at least 3 times a week with appropraite warm up and warm down. For losing weight, will need to exercise more to burn the calories accumulated.
  5. Stress reduction and management by e.g. relaxation techniques, hobbies, exercise or meditation.
  6. Do not smoke. Smoking damages the heart. It decreases HDL levels, increases the likelihood of blood clots, damages artery walls and increase the risk for cancers.
  7. Resuvastatin 20mg od.
  8. Recheck fasting serum lipid in 4 months time.
There you go, nikmat kesihatan that has been temporary appointed upon me by Allah that I easily took for granted. Until the pain and suffering that make me sit down and finally think about it. And I think fasting twice a week as amalan sunat is a good move and should be in my agenda from now on to control my diet and improve my health.

@@@

Tuesday, October 13, 2009

8888

Bukak blog hari ni terpapar angka magic 8888 jumlah pengunjung ke SOT, Wow !! Anyway blog saya ni bukan ramai pengunjung pun walaupun sudah wujud 4 tahun 1 minggu 1 hari (1468 hari) yang lalu. Purata pengunjung 6 orang sehari sahaja. Tapi rasa seronok jugak kerana ada jugak yang sudi singgah. Blog ini wujud untuk membicarakan perihal kehidupan dan wacana minda dari perspektif tertentu. Acap kali pula ia menyentuh kisah2 keluarga dan peribadi. Ada juga posting yang menjana minda mengajak pengasahan ilmu dan menonjol pandangan dan pemikiran. Rangkuman kesemua ini menjadikan SOT sebagai sebuah rekod peribadi di alam siber untuk tatapan global terutamanya anak cucu nanti. Maka yang tak kenal dan tak pernah berjumpa mungkin dapat sedikit sebanyak imaginasi tuan empunya diri. Atau dapat meneroka kisah2 dan coretan2 temporari tentang kejadian atau suasana pada sesuatu masa itu. Harapnya ada kebaikan dan manafaat mengatasi mudarat.
@@@

Wednesday, October 07, 2009

Peringatan Allah





Lubang Besar - Amerika Selatan

Menakutkan??? Ini kah yg dikatakan akhir zaman??? Ada pendapat mengatakan ini adalah tanda2 kemunculan Yakjuj & Makjuj dari dalam tanah? Atau…Dgn lubang sebesar ini… mungkinkah makhluk itu sudah muncul!!!!!

"Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur'an! demikian bunyi SMS yang beredar. "

Siapa pun yang membuka Al-Qur'an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah SWT. Demikian ayat-ayat Allah SWT tersebut:

  • 17.16 (QS. Al Israa ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

  • 17.58 (QS. Al Israa ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).

  • 8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.

Tiga ayat Allah SWT di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kelmarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian , dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya. Wallahu'alam.

@@@

Puasa 6

Ibadah puasa Ramadhan menjana ketaqwaan orang beriman. Kesenambungan segala amal soleh kita diteruskan pula ke bulan Syawal ini. Antara ibadah yang paling utama ialah puasa sunat Syawal selama enam hari.

Abu Ayyub al-Anshari R.A meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” (HR. Muslim)

Imam Ahmad dan an-Nasa’i, meriwayatkan dari Tsauban, Rasulullah SAW bersabda, “Puasa Ramadhan ganjarannya sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka bagaikan berpuasa selama setahun penuh.” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hubban dalam “Shahih” mereka)

Dari Abu Hurairah R.A. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan enam hari di bulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun.” (HR. al-Bazzar)

Pahala puasa Ramadhan yang dilanjutkan dengan puasa enam hari di bulan Syawal menyamai pahala puasa enam hari penuh, kerana setiap hasanah (kebaikan) diganjar sepuluh kali kelipatannya. Membiasakan puasa setelah Ramadhan memiliki banyak manfa’at, di antaranya:

Puasa enam hari di bulan Syawal setelah Ramadhan, merupakan pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh.

Puasa Syawal dan Sya’ban bagaikan shalat sunnah rawathib, berfungsi sebagai penyempurna dari kekurangan, karena pada hari Kiamat nanti perbuatan-perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan-perbuatan sunnah.

Membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan, kerana apabila Allah Ta’ala menerima amal seseorang hamba, pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya. Ada ulama mengatakan, “Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya.” Oleh karena itu barangsiapa mengerjakan kebaikan kemudian melanjutkannya dengan kebaikan lain, maka hal itu merupakan tanda atas terkabulnya amal pertama. Demikian pula sebaliknya, jika seseorang melakukan sesuatu kebaikan lalu diikuti dengan yang buruk, maka hal itu merupakan tanda tertolaknya amal yang pertama.

Puasa Ramadhan dapat mendatangkan maghfirah atas dosa-dosa masa lalu. Orang yang berpuasa Ramadhan akan mendapatkan pahalanya pada hari Raya Iedul Fithri yang merupakan hari pembagian hadiah, maka membiasakan puasa setelah Iedul Fithri merupakan bentuk rasa syukur atas nikmat ini. Dan sungguh tak ada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.

Oleh kerana itu termasuk sebagian ungkapan rasa syukur seorang hamba atas pertolongan dan ampuan yang telah dianugerahkan kepadanya adalah dengan berpuasa setelah Ramadhan. Tetapi jika ia justru mengggantinya dengan perbuatan maksiat, maka ia termasuk kelompok orang yang membalas kenikmatan dengan kekufuran. Apabila ia berniat pada saat melakukan puasa untuk kembali melakukan maksiat lagi, maka puasanya tidak akan terkabul, ia bagaikan orang yang membangun sebuah bangunan megah lantas menghancurkannya kembali. Allah Ta’ala berfirman, “Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi cerai berai lagi.” (QS. an-Nahl: 92)

Dan di antara manfa’at puasa enam hari di bulan Syawal adalah amal-amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini, selama ia masih hidup. Orang yang setelah Ramadhan berpuasa bagaikan orang yang cepat-cepat kembali dari pelariannya, yakni orang yang baru lari dari peperangan fi sabilillah lantas kembali lagi. Sebab tidak sedikit manusia yang berbahagia dengan berlalunya Ramadhan, sebab mereka merasa berat, jenuh dan lama berpuasa Ramadhan.

Barangsiapa yang mereka demikian maka sulit baginya untuk bersegera kembali melaksanakan puasa, padahal orang yang bersegera kembali melaksanakan puasa setelah Iedul Fithri merupakan bukti kecintaannya terhadap ibadah puasa, ia tidak merasa bosan dan berat apalagi benci.

Seorang ulama Salaf ditanya tentang kaum yang bersungguh-sungguh dalam ibadahnya di bulan Ramadhan tetapi jika Ramadhan berlalu mereka tidak bersungguh-sungguh lagi, beliau berkomentar, “Seburuk-buruk kaum adalah yang tidak mengenal Allah Ta’ala secara benar kecuali di bulan Ramadhan saja, padahal orang shalih adalah yang beribadah dengan sungguh-sungguh di sepanjang tahun.”

Oleh karena itu sebaiknya orang yang memiliki hutang puasa Ramadhan memulai membayarnya di bulan Syawal, karena hal itu akan mempercepat proses pembebasan dirinya dari tanggungan hutangnya. Kemudian dilanjutkan dengan enam hari puasa Syawal. Dengan demikian telah melakukan puasa Ramadhan dan mengikutinya dengan enam hari di bulan Syawal.

Ketahuilah amal perbuatan seorang mukmin itu tidak ada batasnya hingga maut menjemputnya. Allah Ta.a’a berfirman, “Dan sembahlah Tuhan-mu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).” (QS. al-Hijr: 99)

Dan perlu diingat pula bahawa solat-solat dan puasa serta sedekah yang dilakukan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala pada bulan Ramadhan adalah disyari’atkan sepanjang tahun, karena hal itu mengandung berbagai macam manfaat, diantaranya; ia sebagai pelengkap dari kekuarangan yang terdapat pada fardhu, merupakan salah satu faktor yang mendatangkan mahabbah (kecintaan) Allah kepada Hamba-Nya, sebab terkabulnya doa, demikian pula sebagai sebab dihapuskannya dosa dan dilipatgandakannya pahala kebaikan dan ditinggikannya kedudukan.

Hanya kepada Allah tempat kita memohon pertolongan, shalawat dan salam kepada Rasulullah. Semoga ibadah puasa Ramadhan tahun ini ada nilaiannya di sisi Allah dan diberi kemudahan dan kekuatan kepada kita untuk meneruskan amal soleh di bulan Syawal ini dan bulan-bulan seterusnya sepanjang tahun. Harapan kita ibadah puasa Ramadhan itu berjaya kita lalui dengan penuh tawadduk dan berjaya menjana taqwa dalam diri, untuk merasa manis dan nikmat mendekatkan diri kepada Allah dengan amal ibadah. Dengan ini berjaya lah kita hendaknya memula dan menyudahkan ibadah solat sunat 6 hari di bulan Syawal ini, insyaAllah.
@@@

Monday, October 05, 2009

Biodata Rasulullah

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Justeru itu saya rasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW bagi ingatan agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW. Biodata ini saya petik dari sebuah e-mail dari suadamai.net untuk tatapan bersama secara urutan kronologi.


BIODATA RASULULLAH SAW
  • Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
  • Tarikh lahir: Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
  • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  • Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
  • Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


USIA 5 TAHUN


Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.



USIA 6 TAHUN


Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN


Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).


Bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN


Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN


Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN


Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN


Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


USIA 53 TAHUN


Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.


USIA 63 TAHUN


Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW


  1. Khadijah Binti Khuwailid.

  2. Saudah Binti Zam'ah

  3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)

  4. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)

  5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan

  6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)

  7. Zainab Binti Jahsy

  8. Maimunah Binti Harith

  9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab

  10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW


  1. Qasim

  2. Abdullah

  3. Ibrahim

  4. Zainab

  5. Ruqaiyah

  6. Ummi Kalthum

  7. Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH SAW


Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina2. Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN


  1. Ibu Susuan: Thuwaibah

  2. Hamzah

  3. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN


  1. Ibu Susuan: Halimah Al-Saidiyyah

  2. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

  3. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

  4. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

  5. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)


  1. Al-Harith

  2. Muqawwam

  3. Zubair

  4. Hamzah ***

  5. Al-Abbas ***

  6. Abu Talib

  7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

  8. Abdul Ka ' bah

  9. Hijl

  10. Dhirar

  11. Umaimah

  12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

  13. Atiqah ##

  14. Arwa ##

  15. Umaimah

  16. Barrah

  17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)


****** Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )



KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH


Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah "Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah SAW."


  • Aku melihat cahaya dari lidahnya.

  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

  • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

  • Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

  • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

  • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

  • Wajahnya seperti bulan purnama.

  • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

  • Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

  • Janggutnya penuh dan tebal menawan.

  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

  • Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

  • Rambutnya sedikit ikal.

  • Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.

  • Rambutnya terbelah di tengah.

  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

  • Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

  • Seimbang antara kedua bahunya.

  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.

  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

  • Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

  • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

  • Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

  • Warna putihnya lebih banyak.

  • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

  • Warna kulitnya putih tapi sihat.

  • Kulitnya putih lagi bercahaya.

  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

  • Badannya tidak gemuk.

  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

  • Perutnya tidak buncit.

  • Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULAN


Nabi Muhammad SAW adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. Semoga dengan biodata ringkas ini dapatlah kita mengenali Rasulullah SAW 'by heart' dan apabila orang bertanya maka kita dapatlah menjawabnya dengan yakin. InsyaAllah.


@@@

KONGSI KEK

Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini.  Antara ...