Monday, March 03, 2014

Ingat Mati

Manfaatkan teknolgi yang ada. Zaman ini ialah zaman facabook, whatsapp, telegram, twitter, wechat, youtube dan macam2 lagi. Sebarkan perkara yang mendatangkan manfaat.

Saya terima satu kiriman dalam Whatsapp yg merupakan sebuah poster ringkas yang mengandungi enam pesanan Imam Ghazali.


  1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? Mati
  2. Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini? Masa Lalu
  3. Apa yang paling besar di dunia ini? Nafsu
  4. Apa yang paling berat di dunia ini? Amanah
  5. Apa yang paling ringan di dunia ini? Tinggal Solat
  6. Apa yang paling tajam di dunia ini? Lidah
Keadaan kemarau berpanjangan kini banyak mengundang kebakaran semak dan hutan. Semalam anak bongsu saya ada bercerita kisah kawannya yang kematian bapa secara mengejut di Johor. Bapanya ini masih muda dan tidak punyai masalah kesihatan. Arwah mati dalam sebuah kebun yang terbakar. 

Khabarnya dia menolong untuk padamkan api yang marak membakar kebun tanaman dikampungnya. Kali pertama dia berjaya masuk ke kawasan kebakaran dan keluar dengan selamatnya. Namun pada kali keduanya dia masuk untuk membantu memadamkan kebakaran itu, dia gagal keluar. Mungkin terperangkap atau lemas dalam asap tebal. Orang kampung menjumpai mayatnya dalam keadaan bersujud. Semoga kematiannya termasuk dalam khusnul khotimah iaitu kematian yang mulia. Marilah kita sama2 sedekahkah pahala bacaan surah al-Fatihah buat arwah. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang bertaqwa.

Pagi tadi pula saya menerima perkhabaran daripada isteri saya akan berita kematian abang sulongnya yang menetap di bumi kenyalang. Arwah di masukkan ke hospital kerana komplikasi jantung. Al-Fatihah buat arwah dan mohon Allah kurniakan kesabaran untuk ahli keluarganya sekelian. Semoga ruh arwah dicucuri rahmat. Sesungguhnya ajal maut sudah menjadi ketentuan Allah dan tidak mempercepat atau melewatkan walau sesaat.

Imam Ghazali memberi pesanan apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini ialah kematian. Namun majoriti umat manusia sebenarnya terus menerus menganggap mati itu sesuatu yang sangat jauh lagi. Mati hanya berlaku kepada orang lain sahaja. Manusia lupa bahwa sebuah kematian itu begitu hampir malah sesuatu yang paling dekat sekali. 

Namun di akhir zaman ini situasi sebegini sudah menjadi kebiasaan, iaitu manusia begitu sayang dunia dan takut untuk mati. Manusia tidak gemar bercerita tentang mati. Manusia terus-terusan mengejar dunia. Mengejar sesuatu yang pasti mereka tinggalkan. Manusia terus-terusan di sibukkan dengan kerja, keluarga, hiburan dan kebendaan termasuklah menjadikan 3-Ta sebagai objektif kehidupan iaitu Takhta (kuasa), Harta & Wanita. Sebaliknya manusia gagal menyibukkan diri untuk mencari bekalan akhirat iaitu sesuatu yang pasti mereka bawa nanti.

Hidup di dunia ini sangat sementara. Saya ada menerima satu lagi kiriman Whatsapp perihal data umur para Nabi. Antaranya usia Nabi Adam 1,000 tahun, Nabi Noh 950 tahun, Nabi Shoaib 882 tahun, Nabi Saleh 586 tahun, Nabi Zakariyya 207 tahun, Nabi Ibrahim 195 tahun, Nabi Sulaiman 150 tahun, Nabi Ismail 137 tahun, Nabi Musa 125 tahun, Nabi Isa 40 tahun dan Nabi Muhammad 63 tahun. 

Rata-rata umat akhir zaman kini umurnya sekitar 60-80 tahun sahaja. Saya berkongsi sebuah petikan daripada blog JAIS - Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. 

Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati. Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh.  Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada.
  1. "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."( Surah Ali Imran:185 )
  2. "Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun " (Surah al-A'raf:34 & Surah an-Nahl:61)
  3. "Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh." (Surah an-Nisaa':78)                                               

Mengingat kematian akan melahirkan sifat-sifat terpuji. Antaranya adalah sebagai berikut yang saya petik daripada sebuah bicara agama:

  1. Ingat mati membuat kita lebih menghargai hidup. Kita akan merasa bersyukur setiap kali bangun di pagi hari kerana masih berpeluang untuk menambahkan akaun pahala kita. Kita juga bersyukur masih diberikan kesempatan untuk meminta ampun atas dosa-dosa dan kesalahan kita. Besarnya nikmat kehidupan hanya benar-benar terasa apabila malaikat maut datang menjemput. Pada saat itu, kita akan berharap untuk kembali ke dunia supaya melakukan amalan yang selama ini tidak pernah kita lakukan. Namun permintaan itu tidak akan dilayan apalagi dituruti. Abu Hazim Salah bin Dinar berkata: “Barang-barang akhirat pada saat ini sedang murah. Pada suatu hari nanti, barang-barang ini akan menjadi sangat mahal dan tidak mampu dibeli." Daripada Abu Hurairah: Suatu hari Rasulullah SAW sedang berlalu di atas sebuah kubur (mayat) yang baru dipendam. Baginda lalu bersabda: “Dua rakaat singkat yang kalian anggap ringan, lebih ia sukai oleh ahli kubur ini daripada dunia dan seisinya." (Ibnu Al-Mubarak dalam kitab Al-Zuhd)
  2. Ingat mati mendorong kita untuk merancang kehidupan dengan lebih baik. Kita menjadi lebih pandai untuk mempraktikkan asas keutamaan dalam hidup dan lebih pandai menundukkan hawa nafsu. Cara hidup yang kita jalani menjadi lebih efektif kerana berasaskan, Begin with end in mind. Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang pandai adalah dia yang selalu mengawal nafsunya dan bekerja untuk kehidupan setelah mati." (HR al-Tirmizi)
  3. Ingat mati akan membuat hati kita hidup. Kita semakin bijak dalam menimbang dan mentafsirkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di muka bumi ini secara positif. Minda kita terbuka kepada perkara-perkara yang lebih penting dalam hidup, lalu berusaha untuk meraihnya. Ramai orang yang tertipu oleh syaitan dan dunia. Mereka beranggapan wang dan jawatan lebih penting daripada segalanya, bahkan daripada iman dan Islamnya. Apabila maut menghampiri nanti, kedua-duanya tidak akan berguna sama sekali. Sebaliknya, amal ibadah dan kerja-kerja kemanusiaan yang selama ini diremehkan suatu hari nanti akan menjadi sesuatu yang sangat berharga.
Sungguh beruntung orang yang selalu ingat kematian dan beramal agar mendapat kehidupan yang lebih baik di akhirat nanti. Sewajarnya kita bertindak segera untuk menghadapi detik kematian yang akan menjadi titik permulaan kehidupan di alam Barzakh pula. Ingatlah perjalanan masih jauh. Kita bakal meninggalkan dunia yang fana ini dan berhijrah ke beberapa fasa kehidupan di alam lain yang setia menanti iaitu alam barzakh (kubur), alam mahsyar, alam mizan, alam sirat, sebelum berpindah ke syurga atau neraka Allah.
  1. "Tiga perkara yang akan mengiringi jenazah ke kubur; hartanya, keluarganya dan amalnya. Harta dan keluarganya akan meninggalkannya dan yang tinggal hanyalah amalannya." (HR al-Bukhari)
  2. “Apabila bila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga (3) perkara; sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain, anak soleh yang mendoakannya” (HR Muslim). 
Kita muhasabah dan semak pesanan Imam Ghazali di atas untuk peka pada mati dan bersiap siaga untuk menghadapi hari dalam sejarah itu mulai saat ini. Usah lagi bazirkan waktu kerana ia sesuatu yang sangat berharga dan masa yang berlalu itu tidak dapat di tebus lagi walaupun dengan pangkat melangit dan harta berjuta. 

Nafsu pula ibarat duri dalam daging yang sentiasa tidak putus asa untuk menjurus kita pada perkara lara dan maksiat belaka. Maka pandai2lah mencari skil dan ilmu untuk mengawal nafsu ini. Jangan sampai ia mengheret ke lembah kehinaan di sisi Allah.

Ramai orang berebut untuk mengejar pangkat, darjat dan jawatan. Sedangkan semua ini datang dengan amanah dan tanggung-jawab yang besar. Malah sebagai bapa atau ibu juga memegang amanah yang sangat besar untuk membentuk anak didiknya untuk taat kepada Allah SWT. Tunaikan amanah dengan bersungguh-sungguh tulus ikhlas kerana Allah. Jangan sekali-kali pecah amanah atau gagal jujur kepada Allah dalam setiap urusan yang diberikan.

Saya pernah mendangar maklumat ada menyatakan 80% rakyat Malaysia yang mengaku beragama Islam tidak mendirikan solat fardhu. Benarlah pandangan Imam Ghazali bahawa perkara solat sudah dianggap paling ringan dalam kehidupan untuk di tinggalkan begitu mudah tanpa rasa takutkan dosa dan laknat Allah. Ramai hanya Islam sekadar namanya berbau Islam di IC. Apalah nilai mengaku menganut agama Islam tanpa mendirika tiang agama Islam itu sendiri iaitu solat?

Dan akhir sekali persoalan menjaga lidah yang kata Imam Ghazali makhluk paling tajam di dunia ini. Pepatah melayu pun ada mengatakan lidah tidak bertulang yang membawa erti bebas bercakap jika tidak dikawal boleh membawa mudarat berat. Tabiat lidah untuk mengumpat misalnya boleh mengheret empunya diri menjadi bahan bakaran api neraka Allah, kerana bukankah mengumpat itu lebih bahaya dari jenayah membunuh? 

  1. Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW telah ditanya bahawa amalan yang manakah dengannya ramai manusia akan memasuki syurga? Sabda Baginda SAW: Takwa (takutkan Allah SWT) dan akhlak yang mulia. Dan Baginda SAW ditanya: Amalan apakah yang dengannya ramai manusia akan ke neraka? Lidah dan kemaluan (yang disalah guna). (HR Tirmizi)
  2. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?” (Hadis Riwayat At-Tarmizi, An-Nasai, Ibn Majah dan Ahmad)
Sebagai konklusi, orang yang untung ialah orang yang sentiasa peka soal kematian, mencari pengajaran dan tidak memandang sepi erti kematian, selalu muhasabah diri dan ingat mati dan membuat persiapan yang banyak untuk menempuh kehidupan selepas detik kematian itu. Semoga kita semua tergolong ke dalam kelompok manusia yang cerdik lagi beruntung ini.

@@@

Tuesday, February 18, 2014

Masih Lara

Ada seorang sahabat lama menghubungi saya dan meminta beberapa info untuk tujuan networking dengan kawan2 lama alumni zaman sekolah menengah dulu. Maka saya pun di register dalam group alumni saya itu di WhatsApp dan Telegram. 

Setelah beberapa ketika, pada pemerhatian saya dapati group alumni sebegini lebih menjurus kepada aspek mengembalikan nostalgia zaman sekolah dan juga update kehidupan masa kini termasuk soal kerjaya dan aktiviti harian. Sekali sekala ada juga di selitkan dengan pesanan2 bermanfaaat.

Namun konsep keseluruhannya adalah komunikasi yang pada pandangan saya tidak ada faedah sangat pun, sembang kosong untuk menimbul sedikit keseronokan namun hakikatnya sekadar membuang masa sahaja. 

Saya bertanya kepada beberapa kawan2 yang lain berkenaaan forum alumni mereka masing2 dan respon yang diberikan agak sama juga iaitu sembang mereka juga bersifat santai dan omongan kosong kebanyakannya. Walau tidak dinafikan ada juga yang menjurus untuk membuat perjumpaan atau menjalankan aktiviti kebajikan.

Batch saya yang kini sudah memasuki umur 50an pada sembang di Telegram atau WhatsApp itu masih lara dan bergumbira seolahnya masih banyak benar masa di muka dunia ini untuk di bazirkan begitu sahaja. 

Semalam saya mendengar slot motivasi pagi di radio IKIM, penceramah menceritakan seorang staf IKIM berusia 38 tahun meninggal dunia pada hari sebelumnya. Sesuatu yang sangat tidak di sangka kerana arwah tiada masalah kesihatan malah sentiasa ceria bersama kakitangan yang lain selama ini. 

Arwah meninggal di tempat kejadian pabila di langgar tayar lori yang tercabut semasa arwah sedang menunggang motosikalnya untuk ke tempat kerja di IKIM. Arwah meninggal asbab kemalangan itu tetapi hakikatnya ialah ajalnya sudah tiba. 

Pabila ajal kita sudah tiba maka tidak sesaat lewat atau sesaat cepat. Malaikat maut sangat efisyen dalam tugasannya yang telah diamanahkan oleh Allah. Kenapa kita semua masih sanggup lara dan membazirkan waktu yang sangat singkat ini?

Ingat lagi lagu pusara di lebuhraya nyanyian Rahmat Ekamatra? Setiap langkah kita itu akan mendekatkan diri dengan detik kematian. Ibarat pemanduan di sebatang lebuhraya. 

Perasan tak kat tepi lebuhraya tu ada label kecil info memberitahu kedudukan pada KM berapa, contohnya 381.1km, kemudian 381.2km dan seterusnya. Cuba bayangkan bahawa di depan sana, kita nanti akan berjumpa dengan satu titik kematian. Ia masih misteri dan kita tidak tahu di mana. Tetapi hakikatnya ialah titik kematian itu di depan sana. Mungkin pada titik 400km atau 850km? Mungkin selepas tol Sg Buloh atau selepas tol Tg Malim. Kenapa masih lara?

Masih lara itu kerana manusia cinta dunia. Masih lara itu ialah kerana manusia tidak gemar bicara soal mati, apatah lagi mahu mengingati mati. Maka manusia kekal lara bersembang dan berchatting di WhatsApp, Telegram, Facebook, Wechat dan Twitter. 

Manusia kekal bazirkan masa walhal masa itu sangat berharga malah tidak mampu di beli dengan harta yang banyak. Masa yang telah berlalu tidak dapat kembali lagi. Masa yang sudah berlalu tidak dapat di tebus dengan darah dan nyawa sekali pun. Masih mahu lara?

Sekali sekala bila saya selitkan wacana ilmu atau cuba meyelit gambar2 majlis ilmu yang saya sedang hadiri dengan niat untuk mencetus fikir dan renung akan pentingnya majlis2 ilmu dan agenda2 ibadah. Maka respon yang selalu saya dapat sangat sedikit malah ramai pula memandang sinis, dan terus menyambung kerancakan berbual kosong soal remeh dunia sementara ini tanpa menunjukkan keinginan atau sedikit kesedaran pun akan kepentingan persiapan akhirat itu. 

Cinta dunia. Seronok bicara soal zaman muda, sukan atau hiburan. Sedangkan yang berbicara ini ialah jasad2 manusia yang sudah melangkah ke usia 50 tahun.

Mati ini tidak mengenal siapa. Semalam anak saya di Pusat Asasi di PJ memberitahu bapa kawan sekelasnya baru meninggal dunia asbab bencana kebakaran rumah. Abangnya datang menagambilnya sekitar pukul 12 malam tadi balik ke Johor dengan motosikal. 

Janganlah kita sekadar melihat sahaja setiap kematian yang berlaku di sekeliling kita ini tanpa ada rasa apa2 dalam hati. Ambil iktibar dan pengajaran pada setiap kematian yang berlaku itu untuk memperbaiki diri dan istiqamah dalam amal soleh. 

Perjalanan kita masih jauh. Kehidupan di dunia ini ibarat seorang musafir yang sedang berteduh pada naungan pohon rendang melepas lelah sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Sekejap benar. Kenapa masih lara dan tidak sedar?

Allah S.W.T. berfirman:"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu"(Al-Hadiid 57:20)

Saya menyeru para pengunjung blog saya sekelian untuk sama2 muhasabah dan muzakarah bagi fikir dan renung hakikat kehidupan ini agar kita tidak bazirkan sisa usia yang ada kepada perkara atau aktiviti yang sia-sia dan tiada manfaat. 

Biarlah sisa usia kita yang tinggal sedikit sahaja ini diberkati Allah dengan kita gunakan setiap saatnya kepada perkara dan aktiviti bermanfaat yang ada nilaiannya di sisi Allah. 

Kumpulkan bekalan yang banyak untuk kegunaan kehidupan di alam seterusnya nanti iaiatu alam barzakh, mahsyar, mizan, sirat, dan akhirat. Kita dambakan pengakhiran yang baik iaitu hidup kekal abadi di Syurga Allah.

@@@

Friday, February 14, 2014

Kekuatan Akal

Kita ini dua entiti iaitu jasad dan ruh. Selitkan makanan ruh pada setiap aktiviti dan gerak kerja. Kita ini terlalu bagi muka pada jasad sudah cukup lama. Sedangkan ruh kurus kering. Ruh ini merangkumi akal, hati dan nafsu. Kesemuanya perlukan penjagaan rapi untuk kesihatan yang baik.

Antara supplement penting untuk akal ialah ilmu pengetahuan. Ilmu pula terbahagi dua iaitu ilmu Allah yang maha luas dan ilmu hasil kajian manusia. Ilmu kajian manusia ini pula mestilah di kaitkan dengan ilmu Allah supaya ada nilaiannya di sisi Allah. Sesungguhnya segala ilmu pengetahuan yang ada ini adalah milik Allah belaka.

Elemen kedua ialah fikir. Akal kita gunakan untuk fikir. Gunakan akal kurniaan Allah ini untuk menjana ilmu dan amal. Seterusnya kita kena renung. Renung iaitu perhatikan segala kejadian alam ini. Betapa Allah Maha Besar dan Berkuasa mencipta setiap eleman dan makhluk di alam ini. 

Akal juga perlu di muzakarah iaitu mengadakan perbincangan bagi mengelakkan otak jadi beku dan statik. Kena ada ruangan untuk otak berkembang, untuk curahan idea, kena ada platform untuk berdiskusi dalam isu-isu berbangkit atau cadangan dan komen yang konstruktif demi kebaikan umat. 

Adab dalam berbincang ialah menganggap pandangan aku ini paling lemah supaya jika pandangan orang lain yang diterima pakai maka ia tidak mendatangkan rasa kecewa malah bersyukur terlepas daripada bebenan dan amanah yang berat.

Akal juga mesti di jaga kesihatannya iaitu dengan mengambil makanan dan minuman yang halal dan berkhasiat. Elakkan daripada makanan dan minuman yang memudaratakan apatah lagi haram dan shubahah. Elakkan memakan asam2 atau buah yang masam. 

Jangan di hidangkan minda dengan bahan2 porno dan kotor. Juga usah di hidangkan anak2 dengan kartun2 yang tidak bermanfaat, takut bila memebesar nanti jadi remaja berotak kartun yang nipis nilai kemanusiaannya atau buruk akhlaknya. Sebaliknya lazimkan baca tafsir Qur'an dan hadis Nabi bersama ahli keluaraga agar memahami isi dan maksud yang terpapar pada kalam Allah, manual kehidupan umat manusia untuk menuju redha Allah.

@@@

Sunday, February 09, 2014

Alam Mahsyar

Kita dok ingat Alam Mahsyar ini sekejap, rupanya sangat lama. Ia bermula sejak manusia dibangkitkan daripada alam barzakh selepas berlakunya hari kiamat. Manusia dibangkitkan dan berhimpun di padang Mahsyar. Dinyatakan semua manusia bertelanjang bulat, berkaki ayam, dan tidak bersunat di bawah kepanasan mentari yang hanya sejengkal di atas kepala. Dalam keadaan manusia tidak sempat nak tengok kiri atau kanan kerana masing2 dalam keadaan sendiri sendiri.

Setiap orang membawa hal sendiri dan tidak peduli lagi perihal orang lain. Tika ini tiada lagi pertolongan atau bantuan tiba hatta daripada anak2 atau ibubapa sendiri. Semuanya sendiri sendiri mengenang untung nasib sendiri. Hiduplah kita semua di alam mahsyar ini menunggukan tibanya alam mizan nanti. Betapa perit dan siksanya hanya Allah yang tahu.

Maka manusia berbondong-bondong berlari-lari mencari orang yang yang dapat memberi syafaat di kala suasana huru-hara yang tiada bantuan dan pertolongan daripada sesiapa itu. Mencari dan mencari selama 500 tahun (waktu mahsyar) maka berjumpalah dengan Nabi Adam, manusia yang dicipta Allah daripada tanah dan jasad yang ditiup ruh oleh Allah untuk menjadi manusia dan Nabi pertama di muka dunia.

Nabi Adam yang ditempatkan di Syurga bersama Hawa untuk menikmati segala nikmat syurga dengan hanya satu larangan sahaja iaitu untuk tidak menghampiri satu pokok larangan. Namun sejarah menceritakan betapa Nabi Adam telah tergoda oleh pujuk rayu iblis hingga melanggar larangan Allah berkenaan dan di keluarkan daripada Syurga. Taubat Nabi Adam di terima di Jabal Rahmah, Mekah. Maka Nabi Adam menyatakan bahawa dia tidak dapat memberi syafaat kepada umat di padang Mahsyar itu.

Berlari-lari lagi selama 500 tahun untuk mencari Nabi Nuh. Cuba bayangkan di tengah2 berbilion2 manusia di padang mahsyar itu. "Tolong syafaatkan kami," pinta manusia kepada Nabi Nuh. Tempoh dakwah Nabi Nuh ialah 950 tahun tetapi pengikutnya yang menyahut seruan dakwahnya dan beriman hanya 40 org sahaja. Nabi Nuh pernah berdoa supaya seluruh umatnya yang engkar itu dimusnahkan Allah. 

Nabi Nuh membina bahtera yang di naiki oleh 40 pengikutnya dan 40 spesies haiwan terselemat daripada bencana banjir besar. Bahtera Nabi Nuh terdampar di Jabal Judi, Turki.  "Aku tidak dapat memberi syafaat kepada kelian semua," jawab Nabi Nuh di alam mahsyar itu.

Umat manusia di padang mahsyar kehilangan punca namun masih belum berputus asa untuk mencari tokoh umat yang dapat memberi syafaat dan pertolongan di kala tiada pertolongan wujud. Berlari-lari cari Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim kan teman rapat Allah? Nabi yang selamat daripada bakaran api Namrus.

"Aku juga biasa buat silap," jelas Nabi Ibrahim. "Aku telah tipu sebanyak 3x," sambung Nabi Ibrahim lagi. Cuba bandingkan dengan kita. Kita hari2 menipu, buat tak kisah pun. Bila di tanya, jawab kita, "On the way. On the way." Sebenarnya baru nak pakai " Un Der Wear." Jauh langit dari bumi kalau nak dibandingkan dengan Nabi Ibrahim.

Nabi Ibrahim hidupnya di zaman pemerintahan Raja Namrus di negeri Babylon. Satu masa Raja Namrus membuat pesta konsert rakyat dan memerintahkan semua rakyat menghadirinya. Bila polis bertanya Nabi Ibrahim kenapa dia ponteng? Maka Nabi Ibrahim menjawab dia sakit. Itu tipu pertama baginda. Setengah riwayat menyatakan Nabi Ibrahim memang sakit, tapit sakit hati iaitu kerana melihat kejahilan umatnya itu.

Nabi Ibrahim memusnahkan semua berhala di rumah ibadat dan menggantungkan kapak di tangan berhala yang paling besar. Bila di tangkap dan di tanya siapa yang memusnahkan seluruh berhala itu? Maka Nabi Ibrahim menjawab, "Tanyalah berhala yang besar itu kerana kapak ada di tangannya." Itulah tipu Nabi Ibrahim yang kedua. 

Asbabnya Baginda di bakar dalam unggunan api yang besar. Nabi Ibrahim menolak tawaran Jibril untuk memadamkan api itu seraya menyatakan cukuplah aku bergantung kepada Allah. Nabi yang terselamat daripada bakaran api itu telah dihalau keluar dari bumi Babylon bersama isterinya.

Di negeri ini Raja nya suka berzina dengan isteri orang. Bagi mengelak isterinya Siti Sarah di tangkap maka Nabi Ibrahim menyuruh Siti Sarah menyatakan bahawa Nabi Ibrahim itu abangnya, bukan suami. Maka itu ialah tipu yang ketiga. 

Riwayat menceritakan Siti Sarah telah dilindungi Allah daripada dapat di ganggu oleh raja itu. Malahan kerana kekagumannya, raja tadi telah menghadiahkan seorang hamba iaitu Siti Hajar sebagai teman pembantu Siti Sarah. 

Seterusnya umat manusia berlari-lari mencari Nabi Musa. "Aku banyak buat silap," jelas Nabi Musa. "Aku telah bunuh orang tanpa hak." Asbab itu Nabi Musa telah melarikan diri ke Madyan. 

Seterusnya manusia mencari Nabi Isa selama 500 tahun lagi. Kamu ini ruh Allah, pujuk umat manusia. Nabi Isa menjawab, "Aku ini pun entah lepas entah tidak. Kerana di dunia, orang sembah aku sebagai tuhan. Carilah Nabi Muhammad."

Nabi SAW berjalan di bawah arash Allah, untuk bertemu Allah secara direct. Nabi SAW sujud di hadapan Allah. Allah bertanya, "Apakah yang kamu mahu?" Nabi SAW menjawab, "Ummati, Ummati, Ummati." 

Tika NAbi SAW di ambang sakratul maut, Jibrail telah menyampaikan tiga tawaran yang di berikan Allah kepada Nabi SAW. Pilihan pertama ialah Nabi dapat hidup selama-lamanya. Pilihan kedua Nabi boleh hidup sampai hari Kiamat. Dan pilihan ketiga ialah Allah yang menentukan umur Nabi SAW. Nabi SAW telah memilih pilihan yang ketiga.

Nabi SAW di beri keistimewaan oleh Allah untuk memberi syafaat di alam mahsyar. Seorang sahabat bertanya, "Bagaimana Nabi akan mengenal umatnya?" Nabi menjawab bahwa muka mereka ada tanda sujud dan tanda wudhuk, serta mereka mendoakan supaya diampunkan dosa saudara seIslam mereka yang lain. 

Nabi Muhammad SAW memberi syafaat kepada umat manusia dikala Nabi2 lain tidak dapat memberi syafaat. Justru itu cintailah Nabi SAW melebihi makhluk lain hatta ibubapa atau anak2 sendiri. Kita sangat memerlukan syafaat Nabi. Janganlah sekadar melahirkan rasa kecintaan itu dengan menyambut maulid sekali setahun tetapi tidak mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW sepanjang tahun. 

Kita kini hidup di Alam Dunia yang sementara ibarat seorang musafir yang singgah berteduh di bawah pohon rendang sebelum meneruskan perjalanan yang jauh menuju destinasi akhir. Perjalanan kita sangat jauh lagi. Pengakhiran hidup Alam Dunia ialah dengan sebuah kematian. 

Kita berpindah ke Alam Barzakh, satu kehidupan yang panjang sehinggalah tiba Hari Kiamat. Kemudian kita dibangkitkan di Alam Mahsyar, juga sebuah kehidupan yang sangat panjang. Kemudian kita akan menempuhi Alam Mizan, seterusnya Alam Sirat, sebelum sampai ke destinasi akhir iaitu Syurga Allah. Awas janganlah sampai kita berakhir di Neraka Allah. Nau'zubillah.

Aku ini insan lemah yang sangat mendambakan syafaat Nabi di Alam Mahsyar nanti. Ya Allah masukkan aku ke dalam kelompok manusia beriman yang akan mendapat syafaat Nabi SAW.

@@@

Saturday, February 08, 2014

Belajar Hakikat

Semalam saya solat jumaat di Masjid AU3 Keramat. Pada tazkirah jumaat yang di sampaikan saya ingin berkongsi empat peringatan utama di penghujung penyampaian Ustaz berkenaaan yang masih terngiang-ngiang di telinga ini. 

Ustaz berpesan supaya kita semua menghayati empat perkara ini (DADA):
  1. Kenal DIRI. Kenal bahawa diri kita ini lemah, tiada hebat apa pun, tiada kuasa apa pun. Perasan tak manusia tak dapat cipta walau seekor nyamuk atau sebutir beras?
  2. Kenal ALLAH. Maha Pencipta dan Maha segala. Allah pencipta seluruh alam ini. Dia penguasa hakiki. Semua milik Allah. Kita tidak milik apa2. Kita bergantung harap kepada-Nya.
  3. Kenal DUNIA. Tempat persinggahan seorang yang dalam perjalanan yang jauh. Ibarat berhenti berteduh sebentar di R&R untuk rehat dan rawat sejenak, dan kemudian meneruskan perjalanan menuju destinasi.
  4. Kenal AKHIRAT. Akhirat itu kampung halaman kita. Itulah tempat hidup kita nanti yang kekal abadi. Hakikat sebenar ungkapan balik kampung.
Saya rasa pesanan Ustaz ini sungguh bermakna dan simple. Ia menjentik minda untuk renung dan fikir. Fikir siapa sebenar aku ini? 

Aku lahir 40 tahun dulu, 50 tahun dulu tanpa apa2. Allah kurniakan segalanya. Ruh untuk jasadku, udara untuk ku bernafas, air untuk ku minum, makanan untuk ku makan. Allah kurniakan pelbagai sumber rezki dan nikmat termasuklah akal, ilmu, kesihatan, pancaindera, keluarga, alam sekeliling, dan harta benda. Semua milik Allah. Dan Allah meminjamkan sekejap kepada ku untuk dinikmati. 

Maka aku sepatutnya menjaga pinjaman ini dengan amanah dan penuh tanggung jawab. Mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah ini. Sampai masa kematian ku, semua ini akan aku tinggalkan jua.

Agak jelas terbayang gambaran besar erti kehidupan ini. Aku ini tiada apa, Semua milik Allah. Dunia ini sementara cuma dan penuh tipudaya, hiburan dan ujian. Namun sangat penting dan signifikan sebagai tempat atau platform untuk mencari bekalan amal bagi kehidupan yang baik di Akhirat nanti. Kerana Akhirat itulah destinasi akhir perjalalan aku ini. 

Justru itu 24 jam yang Allah bagi pinjam setiap hari ini mestilah di terjemahkan kepada ibadah. Maksud ibadah disini ialah sesuatu yang ada nilai pahala di sisi Allah.

Kita boleh bahagikan ibadah kepada dua iaitu ibadah khas atau khusus seperti solat, puasa, zakat, sedekah dan berdakwah. Namun aktiviti-aktiviti seharian kita yang lain pula boleh termasuk dalam ibadah iaitu ibadah am. Syaratnya ialah apa yang kita lakukan itu niat ikhlas kerana Allah, dilakukan oleh orang Islam, tidak melanggar syariat Allah, dan tidak melalaikan atau menghalangi kita daripada melakukan ibadah2 khusus atau khas tadi.

Belajar hakikat. Supaya tidak sia-sia setiap perlakuan kita di muka dunia ini. Jangan penat berusha sedaya upaya tapi hasilnya tiada. Penat menanam benih, menyiram dan membaja hingga pokoknya tumbuh subur namun tidak menghasilkan buah, hanya daun yang lebat. Bukankah rugi tu? Kita sedang bercucuk tanam dan akan menuai hasilnya di Akhirat nanti.

Teruskan pencarian ilmu. Ya Allah berikan taufiq dan hidayah agar kami kenal diri, kenal Allah, kenal dunia, dan kenal Akhirat. Ya Allah jadikan kami dari golongan yang untung di sisi Mu.

@@@

Thursday, February 06, 2014

Tadabbur al-Qur'an


"Dah baca al-Qur'an hari ini?" Itu soalan yang biasa. Baca Qur'an setiap hari juga sepatutnya perkara biasa dan menjadi rutin. Sepatutnya tidak perlu diperingat lagi. 

Hari ini sepatutnya kena up sikit pertanyaan berkenaan. " Sudah tadabbur al-Qur'an hari ini?" Mengikut penjelasan Ustaz Wan Samsuddin dalam ceramahnya tempoh hari, tadabbur ini membawa makna memerhati bacaan, gheti apa yang dibaca, dan laksanakan apa yang dibaca tadi dalam mentadbir urus kehidupan ini.

Begitu juga pertanyaan, "Sudah solat?" Sepatutnya tanggung-jawab solat ini sudah menjadi darah daging. Tidak perlu di remind setiap masa contohnya oleh ibu kepada anak, atau suami kepada isteri. 

Solat itu ialah hubungan hamba dengan Allah, penciptanya, dan pencipta seluruh alam ini. Maka kena pelihara benar soal mendirikan solat ini. Pabila elok solat maka eloklah yang lain. Antara syirik dengan kufur batasannya ialah solat. Antara kufur dengan iman batasannya juga solat. Jika meninggalkan solat fardu maka itu ialah kufur yang nyata, dosa besar. Jenayah besar dalam Islam.

Hari ini sepatutnya haq2 solat sudah terpelihara. Apa haq2 solat? Iaitu menjaga syarat sah solat, rukun2 solat yg 13 itu, dan segala adab2 solat. Khusyuk dalam solat ialah ingat Allah tika solat. Setiap kali otak melilau ke tempat lain tika solat, maka kena tarik balik ingat kepada Allah. Kena jaga setiap perbuatan, ikhlas zahir dan batin kerana Allah dan menghadirkan diri ke hadapan Allah, membawa jiwa raga ke hadapan Raja segala raja, Penguasa segala penguasa. 

Tengok tempat sujud sepanjang mendirikan solat itu walaupun bagi mata yang buta, kecuali tika ucapan '..illallah' pada naik jari dalam bacaan tahiyyat, kemudian kembali tengok tempat sujud. Fokus mata, betul serta faham bacaan, dan hadir hati untuk dapat khusyuk solat.

Sempena bulan Rabiulawal yang baru berlalu pergi yang menyaksikan bulan kelahiran dan kewafatan Nabi SAW, maka afdal untuk saya coretkan sedikit bahan untuk memberi semangat kecintaan dan kerinduan kita kepada NAbi SAW, pempimpin agung umat manusia untuk membawa taat kita kepada Allah.

Tidak diutus Nabi SAW kecuali menjadi rahmat kepada sekelian alam termasuklah segala tumbuhan, haiwan, jin, malaikat, dunia, planet, bintang, seluruh ciptaan di cakrawala, kecuali syaitan. 

Nabi SAW di belah dada untuk disucikan hati daripada segala kekotoran jiwa. Mengikut riwayat sirah, Nabi dibelah dada sebanyak tiga kali sepanjang hayatnya iaiatu tika umur 5 tahun, umur 40 tahun sebelum menerima wahyu pertama, dan tika di usia 52 tahun sebelum peristiwa israk-mikraj. Untuk menjadi pemimpin masa depan maka hati mesti di didik sejak kecil. Didik dengan pendidikan Allah, jauhi maksiat dan taat pada Allah dan Rasul-Nya.

Buta huruf Nabi SAW tidak sama dengan buta huruf umatnya. Nabi SAW sangat cerdik dalam ertikata Baginda itu bersifat siddiq iaitu benar, amanah iaitu jujur pada segenap hal, tabligh iaitu menyampaikan segala perintah Allah, dan bersifat fatonah iaitu cerdik dan bijaksana dalam mendatangkan wahyu Allah sebagai pegangan dan cara hidup.

Ibubapa mestilah menekankan pendidikan rabbani demi membentuk seorang anak yang cemerlang bukan sekadar di dunia malah hingga ke akhirat. Kalau dia menghafal al-Qur'an 30 juzuk, takkan tidak boleh menghafal formula matematik? 

Kita lihat tokoh ilmuan dalam sejarah Islam, semuanya adalah hafiz 30 juzuk al-Qur'an. Ibnu Sina yang terkenal sebagai pakar perubatan yang menjadi rujukan barat itu sebenarnya ialah seoarang pakar feqah, pakar hadis dan hafazan 30 juzuk al-Qur'an.

Soalan yang biasa kita dengar dalam masyarakat ialah, "Macamana seorang doktor hafaz al-Qur'an?" Kagum dan macam tak percaya dia.

Sepatutnya soalan yang di tanya ialah, "Macamana hafiz al-Qur'an boleh jadi doktor?" Dalam sejarah keagungan Islam, semua tokoh2 hebat Islam adalah merupakan mereka dalam kalangan penghafaz al-Qur'an. 

Hatta kita lihat para syuhadah yang ramai dipilih Allah untuk gugur syahid menentang kezaliman rejim zionis Israel di Palestin adalah daripada kelompok para hafiz al-Qur'an. Malah ibubapa di sana meletakkan satu standard iaitu kamu mesti hafiz 30 juzuk al-Qur'an untuk layak ke medan juang di barisan hadapan untuk menentang musuh2 Islam. 

Para pejuang yang gugur syahid ini di angkat menjadi idola dalam masyarakat dan gambar2 mereka di letakkan di poster2 besar iklan di tepi jalan2 utama sebagai pencetus umat, penaik semangat jihad dan watak yang dikagumi oleh masyarakat. Bukan poster penyanyi k-Pop, pemain2 bola EPL atau artis2 glamour Hollywood yang anak muda banggakan sebagaimana di negara kita ini.

Sebagai konklusi kita mestilah menyayangi Nabi SAW melebihi sayang kita kepada manusia yang lain hatta anak atau ibubapa sendiri. Nabi SAW adalah tauladan kepada kita. Jadikan Nabi SAW sebagai idola kita. 

Di akhirat nanti kita akan bersama orang yang kita sayangi. Nabi SAW ialah pilhan kita. Di Padang Mahsyar yang hura hara nanti dikala tiada pertolongan hadir malainkan syafaat Nabi SAW maka kecintaan kepada NAbi SAW bakal melayakkan seseorang untuk dapat menikmati keistimewaan dan pertolongan Nabi SAW dalam bentuk yang tidak ternilai iaitu syafaat Nabi SAW.

Tanda cinta kepada Nabi SAW yang sangat boleh kita serlahkan termasuklah menjadikan Nabi sebagai contoh, banyakkan berselawat, biasakan dengan akhlak mulia, selalu merindui Nabi, kena menyampaikan risalah Nabi, sanggup mengorbankan jiwa dan harta dalam menegakkan Islam, teruskan perjuangan sebagaimana perjuangan Nabi, dan berusha membina masyarakat Islam.


*****

Menjadi kewajiban setiap Muslim untuk mentadabbur al-Qur'an bagi kefahaman yang benar. Bagi orang beriman yang bukan ahli ilmu dan tidak pula berbahasa Arab, maka tidaklah menghalang untuk membaca, memahami dan memikirkan isi Al-Quran, mengambil pelajaran daripadanya dan seterusnya dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman kerana Al-Quran telahpun diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. Antara kaedah yang diunjurkan untuk mentadabbur al-Qur'an ialah PFFH:

  1. Perhati : Maksudnya melihat dengan teliti, peka atau ambil peduli.
  2. Fikir : Maksudnya menggunakan akal yang bijak dalam memikirkan sesuatu.
  3. Faham : Maksudnya mengetahui sesuatu itu dengan lebih mendalam.
  4. Hayati : Mengalami, merasai atau terkesan sesuatu dalam hati.


Pabila disatukan keempat-empat kaedah tersebut, dapatlah kita melihat Al-Quran itu dari sudut yang sedikit berbeza dari sebelum ini. Contoh ringkas untuk kita sama2 renung dan fikir:

Terjemahan Surah Al-Fatihah:1-2

  • Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  • Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

*****

  1. Perhati : Ini adalah surah pembukaan kepada Al-Quran dan pemulanya adalah pengenalan bahawa Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan pujilah hanya kepada Allah; Rabb yang mencipta dan mengatur seluruh alam.
  2. Fikir : Tidak ada sesiapa pun di muka bumi ini yang lebih pemurah dan lebih penyayang selain Allah kepada makhluknya.
  3. Faham : Sekiranya Allah tidak menetapkan Diri-Nya sebagai Maha Pemurah dan Maha Penyayang dan mengaturkan alam ini (takdir) maka huru-haralah manusia dan pincanglah perjalanan planet-planet yang ada.
  4. Menghayati : Segala sesuatu telah diaturkan kepada makhluknya. 


Jadi kepada mereka yang menolak Al-Quran dan menggantikannya dengan yang lain, sama seperti mereka menolak kurniaan Allah dan inilah orang-orang yang lebih buruk daripada binatang ternakan. Begitu juga bagi mereka yang menyambut sakan maulud Nabi sekali setahun tapi mengingkari ajaran Nabi sepanjang tahun. Nau'zubillah.

"Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakkan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu)." (Surah Al-Furqaan:44) 


@@@

Tuesday, January 28, 2014

Kamu Rugi?

Rukun iman ada enam. Yang pertama ialah percaya kepada Allah. Percaya kepada Allah dengan menjunjung segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Siapa Allah? Dia Tuhan semesta alam. Allah hanya Allah, tidak boleh sama dengan yang lain. Allah bersifat Esa. Allah adalah nama khas untuk Allah. Kalau diterjemah kalimah Allah kepada kalimah lain seperti God atau Tuhan, maka ia tidak sama.

Kalimah Allah itu unik dalam bahasa arab dulu kini dan selamanya. Tidak boleh diterjemah ke bahasa lain. Kalimah Allah layak di guna oleh sesiapa pun. Yang pelik bin ajaib bila nama Allah dijaga, tapi hukum Allah tidak dijaga?

Junjung segala perintah Allah. Tinggal segala larangan-Nya. Politik adalah bahagian dalam agama. Bila bicara soal politik di masjid, orang bising, ada yang komplen. Sedangkan yang dibicara ialah hukum Allah, perintah Allah. Mana boleh pilih2 hukum Allah. Beriman macamana kita ini kalau tidak ada ilmu? Percaya tapi tidak tahu. Kena tahu. Maka kena belajar. Kena cari ilmu supaya tahu. Sebab itulah hukum menuntut ilmu agama ini wajib. Percaya dalam kedaaan tidak tahu ialah tidak waras. Atau bahasa kasarnya bengong. Mesti kena belajar, taa'lum, kena mengaji. 

Menuntut ilmu agama itu fardu ain iaitu wajib bagi setiap lelaki dan wanita Islam. Wajib ini pada pandangan feqah buat dapat pahala, tinggal dapat dosa. Pada pandangan aqidah pun sama. Fardu pula pada sudut feqah sama dengan wajib iaitu buat dapat pahala tinggal dapat dosa. Namun berlainan pada sudut aqidah, Fardu itu bila buat dapat pahala, bila tinggal boleh rusak aqidah. Berat tu.

Pernah terjadi satu kes dulu, seorang pesalah minum arak di hukum sebat 40 sebatan oleh mahkamah syariah. Setelah mendapat pelbagai rayuan dan tekanan maka hukuman itu dikurangkan kepada 6 sebatan. Kemudian kes itu telah di tutup pabila si pesalah mendapat keampunan daripada pemerintah. Kes tinggalkan hukum Allah kerana tiada ilmu. Mana mampu seorang manusia mengampunkan dosa orang dengan Allah? Undang2 sivil dapat mencabar undang2 syariah? Yang parah lagi bila mahkamah syariah yang ada tidak mengikut syariah pun. Rusak aqidah bila tinggalkan hukum kerana tiada ilmu. 

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-'Asr: 1-3)

Surah yang pendek namun maknanya terlalu dalam. Allah bersumpah demi masa. Kenapa Allah bersumpah? Kerana ia sangat penting. Ia membicara perkara kehidupan hingga ke Akhirat. Manusia dalam kerugian. 

Digunakan kalimah insan. Dalam al-Qur'an biasa digunakan dua kalimah untuk membawa maksud manusia iaitu samada Insan atau An-Nas. Pada surah Al-'Asr ini Allah menggunakan kalimah Insan. Apa bezanya antara dua kalimah ini? Kalimah An-Nas ini digunakan sebanyak kurang lebih 100x dalam al-Qur'an manakala kalimah Insan pula digunakan kurang daripada 50x. An-Nas ialah mewakili semua manusia. Manakala Insan pula ialah mewakili orang2 yang beriman dan beramal dengan amalan soleh. 

Maka surah Al-'Asr ini menyatakan hai kamu orang2 beriman, semua kamu ini berada dalam kerugian. Apatah lagi seluruh manusia yang lain, lebih2 lagilah mereka itu dalam kerugian. Jelas? 

Rugi di sisi Allah bukan macam rugi yang selalu kita bicara iaitu macam rugi dalam berniaga keropok lekor dan sebagainya. Rugi di sisi Allah membawa begitu besar implikasinya yang tidak dapat di gostan iaitu kamu akan dihumban ke dalam bakaran api Neraka Allah. Itulah rugi di sisi Allah.

Jadi bila Allah bersumpah bahawa kamu semua orang2 beriman yang melakukan amalan soleh sekelian, kamu semua dalam kerugian. Tentunya bakal dihumban ke dalam api Neraka Allah. Ini perkara serius bukan perkara main2. Yang rugi ke Neraka. Yang untung ke Syurga. Sebab itulah kena ada ilmu supaya dapat memahami dan menjiwai al-Qur'an, baru boleh rasa terkesan dan sedar dari alpa yang lama.

Ada kisah seorang sufi, sedang dia membaca al-Qur'an tiba2 mati dia. Isterinya pergi mengadu hal kepada jirannya yang juga seorang sufi. Maka jirannya tadi bertanya surah apakah yang sedang dibacakan oleh suaminya tadi? Setelah diberitahu maka jirannya tadi pun turut membacakan, tiba2 dia juga turut gugur dan mati. Sufi mati baca al-Qur'an. Kita pula mati2 tak baca al-Qur'an. Itu beza orang yang bisa menjiwai al-Qur'an, gementar dan gerun dia akan segala ancaman dan larangan Allah.

Kamu semua dalam kerugian (kelompok manusia yang sudah ditapis tadi). Kecuali ada empat golongan yang tidak rugi. Empat golongan yang untung. Siapa mereka ini?

  1. Orang yang beriman dengan Allah dalam erti kata yang sebenar-benarnya iaitu dengan iktikad yang jazam (mati). Bukan sekadar mempertahan kalimah Allah tetapi mempertahankan segala hukum Allah dan perintah Allah.
  2. Orang yang beramal dengan segala amalan yang soleh iaitu semua amalan yang mengikut perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.
  3. Orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran iaitu menyampaikan yang haq walaupun pahit hatta boleh mengancam keselamatan diri, menyatakan yang haq itu haq dan yang bathil itu bathil kepada seluruh manusia tidak kira siapa pun dia.
  4. Orang yang berpesan-pesan dengan kesabaran, iaitu orang yang menyampaikan kalimah Allah,  menyeru kepada Islam dan iman untuk kembali taat pada Allah dengan penuh sabar tanpa putus asa atau rasa jemu walaupun di halangi oleh pelbagai dugaan dan halangan.


Sudah tentulah lebih afdal untuk kita membaca dan mengaji dengan ulama' beriman akan tafsir surah Al-'Asr ini bagi kemantapan ilmu yang hakiki. Agar apa yang kita iktikad tidak lagi samar atau masih belum jelas sejelas-jelasnya. 

Ya Allah, masukkan kami ke dalam kelompok yang sedikit itu, kelompok manusia beriman yang beruntung di sisi Mu, walaupun mungkin rugi di sisi makhluk di dunia yang fana ini. Jadikan kami ini termasuk dalm kelompok umat Nabi SAW yang untung di Akhirat nanti, bukan kelompok yang rugi.

@@@

Thursday, January 23, 2014

Tujuan Hidup

Apa tujuan hidup? Hidup ini adalah untuk beribadah kepada Allah. Hidup ini ialah medan ujian. Hidup di dunia ini bersifat sementara namun setiap perlakuan kita akan diambil kira sebagai pahala atau dosa. Hidup di Akhirat itu bersifat lebih baik, kekal abadi dan merupakan destinasi sebenar kita semua. 

Mari kita semak beberapa penyataan dalam Al-Qur'an dan Hadis mengenainya:

  1. "Dan Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (Adz-Dzaariyaat: 56)
  2. "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.'" (Al-Baqarah: 30)
  3. "Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" sejak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia-lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifat-Nya) Dia-lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (Al-Hajj: 77-78)
  4. “(ALLAH) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Al Mulk: 2)
  5. “Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariyah atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya atau anak yang shalih yang mendo’akannya”.  (Hadis riwayat Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa’i dan Ahmad)
  6. “Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.“  (Al Mu’min: 39)

Matlamat kejadian manusia ialah menyembah Allah iaitu tunduk dan patuh melaksanakan ibadah kepada Allah SWT. Islam amat mementingkan pembangunan rohani demi membangunkan tamaddun manusia. Untuk melaksanakan peranan itu muslim hendaklah melengkapkan diri mereka dengan ilmu yang teras dalam ajaran Islam di samping ilmu pembangunan duniawi. 

Secara umumnya ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus dan ibadah am. Ibadah khusus ini kita sedia maklum ialah ibadah yang di wajibkan termasuklah solat fardu, puasa Ramadan, zakat, ibadah haji, menuntut ilmu dan berdakwah. Selain itu ibadah2 sunat seperti sedekah, solat2 sunat, zikrullah, selawat, dan menyebar salam. Setiap perlakuan duniawi ini boleh menjadi ibadah am sekiranya dilakukan oleh seorang Islam, yang berniat ikhlas kerana Allah, tidak menggangu ibadah khusus, dan tidak bertentangan dengan syariat Islam. Tepuk dada tanya iman.

Kenal diri maka kamu akan kenal Allah. Namun ramai yang tidak menggunakan akal yang di kurnia Allah untuk mengenal diri dan mengenal Allah. Ramai yang memilih untuk menjadi ahli Neraka. Nau'zubillah. Ramai yang memilih untuk lupa diri dan lupa Allah. Pahit tapi benar.

Tidak menggunakan mata yang Allah pinjamkan ini untuk membaca Al-Qur'an, melihat penciptaan langit dan bumi. Tidak menggunakan telinga untuk mendengar ayat2 Al-Qur'an, hadis2 Nabi yang diperincikan, nasihat2 agama, atau peringatan para ulama yang dibentangkan. 

Ramai yang memilih untuk lalai daripada mengingati Allah. Sedangkan kelalaian ini adalah penyakit yang sangat parah yang bisa menyumbang kepada 6 penyakit kelalaian hati yang utama iaitu bimbang/gundah-gulana, sedih, lemah, malas, takut menyatakan yang hak, dan kedekut. Terlalu mengejar dunia dan takut bicara soal mati.

Ramai yang kekal bergelumang dengan maksiat. Tidak rasa bersalah pun bila tidak solat atau tidak menutup aurat. Kelalaian ini sebenarnya akan menambah kekecewaan dan penyesalan sekurang-kurangnya tika sakratul-maut. 

Firaun di kurniakan kelebihan tidak pernah sakit berat, kekayaan yang melimpah dan kekuasaan mutlak namun Firaun yang jahat giler itu pun begitu menyesal tika sakratul maut beberapa detik sebelum di telan belahan Laut Merah hingga mengakui beriman dengan Tuhan Nabi Musa namun semuanya terlambat dan dia kekal di azab dalam api Neraka Allah.

Sesiapa yang lalai dan tidak bertaubat akan menyesal tika sakratul maut nanti. Jangan sampai dunia ini menyebabkan kamu lalai daripada mengingati Allah. Manusia kerap berbangga dengan harta dan pangkat sehingga tidak sedar itu semua anugerah Allah.

Kalau kesenangan dan hiburan dunia menjadi objektif maka bila mati hilang dunia. Tapi jika redha Allah yang kamu cari maka ia kekal. Nikmat Allah tidak terkira banyaknya. Nikmat iman, Islam, sihat, dan seluruh nikmat2 dunia. Maka syukuri. 

Allah ciptakan 100 nikmat dan apa yang Allah kurniakan di dunia ini baru 1 unit daripada 100 unit nikmat itu. Menanti lagi 99 unit nikmat di Akhirat nanti. Usah tertipu dengan pujuk rayu dunia yang sementara ini. Destinasi seorang muslim ialah Akhirat.

Akan tetapi manusia menzalimi diri sendiri dengan memilih untuk ingkar dan kufur nikmat. Terlalu sedikit yang bersyukur. Udara yang Allah bagi free, tiada bil bulanan yang dikenakan. Nikmat tidur dan makan yang Allah kurniakan. Allah menyeru kita syukur segala nikmat ini. Jika nikmat2 ini engkau syukuri, maka Aku akan gandakan lagi. Jika nikmat itu dilupa maka azab menanti. Kecelekaan besar bila bermegah-megah dengan dunia ini.

Lahirkan syukur qauli iaitu dalam lisan termasuklah ucapan Alhmdulillah dan fikli iaitu dalam perbuatan termasuklah patuh segala perintah Allah seperti mendirikan solat. Gerakkan kaki kita melangkah ke tempat yang baik2. Banyakkan zikrullah. Bersegeralah mencari keampunan Allah, mengejar Syurga Allah yang seluas langit bagi orang yang bertakwa. Takwa mutaqqin iaitu bergetar jiwanya takutkan Allah, taat melakukan suruhan dan menjauhi larangan Allah, seterusnya membersihkan hatinya daripada kelalaian iaitu dengan sentiasa mengingati Allah setiap masa.

Jangan sebab harta dan anak-pinak menyebabkan kamu lalai daripada mengingati Allah. Yang sadisnya 80% daripada ahli masyarakat Islam di negara kita masih tidak menunaikan kewajiban solat fardu. Induk kepada sebuah kesyukuran itu iaitu solat masih diabaikan. Maka terhijablah dirinya daripada melakukan kebaikan. 

Allah kurniakan jiwa yang tenang kepada orang yang beriman. Masjid ialah tempat terbaik untuk mengingati Allah, hati akan tenteram dan tenang. 

"Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati Mu, bersyukur kepada Mu dan beribadat dengan baik kepada Mu" 
(Riwayat Abu Daud dan Al-Nasa’i)

Jadikan Islam sebagai cara hidup kita. Cari bekalan Akhirat sekarang. Usah tunggu esok, lusa, bila grad nanti atau bila sudah bersara nanti. Bertindak sekarang. Fahami tujuan hidup. Dunia di cipta untuk manusia namun manusia dicipta untuk Akhirat. Jangan jadi manusia majoriti yang rugi.

Terjemahkan setiap denyut nadi ini menjadi ibadah yang ada nilaiannya di sisi Allah. Semoga kita hidup dalam iman. Sakratul maut nanti pun dalam iman dan terhijab dari disesatkan syaitan. Bukan sekadar teori tetapi aksi melaksanakan plan bertindak komprehensif untuk sampai ke destinasi akhir yang terhebat iaitu hidup kekal abadi di Syurga Allah.

@@@

Tuesday, January 21, 2014

Kaki Melangkah

Kaki ini melangkah namun hakikatnya Allah yg menggerakkan kaki ini untuk melangkah. Kita lahir dulu bergelumang najis, hidup kini pun membawa najis ibarat lori tank Indah Water, mati besok pun jadi bangkai tak ada nilai (lembu lagi bernilai sebab matinya disembelih dan boleh di jual).


Hakikatnya begitulah kita ini. Tidak punya apa2. Hina, lemah dan tiada daya upaya. Semuanya milik Allah. Justru renung dan fikir akan kekayaan & kebesaran Allah, barulah kita sedar siapa kita ini. Allah yang angkat kita menjadi semulia-mulia kejadian. Harapnya aku ini layak bergelar Hamba Allah, yg patuh pada Allah.

Kenal diri maka baru dapat kenal Allah. 40 tahun dulu tika aku lahir, aku ini tak tahu apa2. Allah pinjamkan akal, Allah bagi ilmu, Allah bagi kekuatan, Allah bagi pancaindera, Allah bagi udara, bagi air, bagi makanan, maka membesar aku hingga dewasa kini. Kenal diri bahawa aku ini hina, lemah, tiada upaya melainkan semuanya milik Allah belaka.

Beramal itu wajib, namun bergantung kepada amal itu tidak boleh. Mesti bergantung kepada Allah. Yang menghasilkan amal itu Allah. Bergantung kepada usha, tak boleh. Kita beramal dan berusha tetapi yang sampaikan ialah Allah. Bergantung kepada Allah. Apa pun kita buat, pergantungan hati mestilah kepada Allah. 

Kena kenal siapa diri kita? Kamu itu fakir di sisi Allah. Allah yang bagi kita tidur. Ada orang yang tak boleh tidur. Boleh mari masjid tak tanpa hidayah Allah? Tidak. Semua Allah sudah susun elok. Sentiasa kita berhajat kepada Allah. Seorang Hamba Allah tidak akan nampak apa pun yang boleh menolongnya melainkan Allah. Kena rasa diri ini fakir dan dhoif. Fakir itu terlajak miskin. Dhoif itu terlampau lemah. 

Orang kaya jangan sombong kerana Allah boleh bagi kamu miskin dalam sekelip mata. Orang miskin jangan putus asa kerana Allah boleh mengubah nasib kamu dalam sedetik waktu. Allah itu kamalat iaitu penuh kesempurnaan. Kenal diri kita yang kita yang penuh kelecehan ini, baru boleh kenal Allah yang Maha Sempurna itu. Tak nampak kaya dia kerana tenggelam dek kaya Allah. Tak nampak hebat dia kerana tenggelam dek hebatnya Allah. 

Semua barang ada tarikh luputnya. Takkan kita tiada tarikh luput? Manusia pun ada tarikh luput iaitu kematian. Semua yang kita miliki ini ialah barang pinjam. Ibarat pakai kereta pinjam, maka sekejap ada sekejap tiada. Maka jangan ada sifat aku punya, usha aku, milik aku, kerana semua milik Allah. Bila mati semua terpaksa ditinggalkan. Buang semua sifat keakuan itu.

Apa yang kita boleh buat? Boleh buat sebijik beras? Boleh buat seekor nyamuk? Tawadduk ini ialah merendah diri. Belajarlah jadi orang yang tawadduk. Beras itu dari padi yang di mesin, buat tepung beras, campur air buat tempe.  Tapi boleh tak manusia buat sebijik beras? Jawabnya tak boleh. 

Tiada yang kuasa melainkan kuasa Allah. Allah yang menentukan takdir. Takdir ini ada dua jenis iaitu bersifat qadim (tetap sejak azali) atau baharu. Jika bersifat baharu yang tidak bertentangan dengan syarak maka bolehlah diteruskan.  Yang ada pada Allah itu bersifat qadim iaitu kekal. Yang berlaku itu bersifat baharu.

Contohnya berlaku seorang pemuda yang pergi ke masjid. Maka kita redha kerana ia satu perbuatan baik. Satu lagi contoh orang buat tok kong hindu. Adakah ikut syarak? Tidak. Maka adakah kita kena redha? Sudah tentu tidak. Sesuatu yang berlaku yang bersifat baharu ini, jika tidak menepati syarak dan berbentuk maksiat maka wajib kita tidak terimanya. Jangan cebderung kepada orang zalim kerana nantinya kamu akan disambar api neraka.

Imam Nawawi menentang hasrat kutipan cukai oleh raja di zamannya. Katanya jual dulu harta raja dan sekiranya masih tidak cukup maka barulah boleh dikenakan cukai itu pada rakyat. Apa yang berlaku hari ini ialah cukai dikenakan kepada rakyat sedangkan para pemerintah masih menjalani kehidupan mewah mereka seperti biasa. Maka janganlah disokong pemerintah yang zalim sebegini.

Redha dengan Allah dengan cara beriman dan mentaati Allah. Jangan redha kepada zalim, maksiat dan kufur. Mohonlah makrifat Allah iaitu anugerah Allah. Nak tuang apa-apa ke dalam gelas mestilah dipastikan gelas itu bersih dahulu. Allah sudah tuang dalam hati ini pelbagai anugerahnya. Dia pilih hati yang bersih. Sentiasa bersihkan hati kita. Allah kasih orang yang bertaubat. Allah campakkan taat buat nya, syukur. Dapat buat taat, syukur. 

Bila dapat bala dan ujian, sabar. Kekadang apa yang kamu benci itu baik untuk kamu. Dan apa yang kamu suka itu, kekadang mudarat buat mu. Orang yang buat maksiat tapi menyesal dan bertaubat itu lebih baik sebenarnya daripada orang yang taat tapi sombong. 

Bersihkan hati dan sentiasa berharap kepada Allah. Amalkan doa muaz mohon kekuatan untuk taat, syukur dan meningkatkan ibadah kita. 

Doa Muaz:                  

اللهُمَّ أَعِنِي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati Mu, bersyukur kepada Mu dan beribadat dengan baik kepada Mu
(Riwayat Abu Daud dan Al-Nasa’i)


@@@ 

Saturday, January 11, 2014

Allah Pilih Aku

"Jemput ke Masjid malam ni ada Qiamullail pimpinan Ust Hazri," begitulah sms yang di terima isteri saya daripada seorang kawan. Mesej itu isteri saya terbaca tika bangun solat subuh. Mesej berkenaan dihantar oleh kawan tadi pada pukul 3:20 pagi. 

Sebelumnya iaitu pada pukul 8:20 malam isteri saya telah mendapat sms, "Datanglah ke masjid, malam ni Ust Uda Kassim, best." Sms itu juga dihantar oleh kawan yang sama. Mungkin kawan isteri saya ini kehairanan kerana beberapa hari ini tidak melihat kelibat saya dan isteri di Masjid. 

Pagi ini setelah habis bersarapan saya berbual-bual santai dengan isteri. Kata saya, "Allah sebenarnya nak uji kita. Perasan tak beberapa hari ini walaupun niat di hati nak berkunjung ke Masjid saban malam seperti biasa tapi Allah telah memberikan beberapa halangan dan ujian kecil. Allah tidak memilih kita untuk ke rumah-Nya, menjadi tetamu-Nya." 

Hasilnya ialah kita telah gagal berkunjung ke Masjid. Allah tidak memilih kita untuk menjadi tetamu-Nya untuk beberapa malam ini. Mungkin untuk sedarkan balik bahawa mu pergi ke Masjid bukan sesuka hati mu saja tetapi mu telah di pilih. Maka setiap kali terpilih untuk ke Rumah Allah angkatlah tangan berdoa penuh kesyukuran, "Ya Allah, aku syukur Engkau telah memilih aku untuk ke Masjid pada kali ini, Amiiin."

Allah nak uji supaya perbetulkan niat. Aku ke Masjid ini bukan sebab aku balik awal dari ofis atau sebab aku suka Ustaz ini atau Ustaz itu. Aku bukan ke Masjid ini kerana aku ini kaki Masjid atau aku ini cinta ilmu. Bukan. Aku ke Masjid ini nawaitu kerana Allah.

Allah yang memilih aku untuk ke Masjid malam ini. Allah memilih aku. Aku yang terpilih berbanding dengan 30,520 umat Islam yang lain yang ada di khariah Masjid ini. Allah yang pilih aku. Bukan saja-saja aku mari ini. Allah yang gerakkan hati aku untuk mari. Allah yang bagi kelapangan, kesihatan, kemudahan untuk aku mari malam ini. Aku menjadi salah seorang daripada 82 orang yang berada dalam kuliah maghrib malam ini, Alhamdulillah.

Saya merenung kembali dialog dengan isteri malam tadi. "Pa, pergi masjid tak malam ni?" Saya sebenarnya sampai ke rumah sebelum maghrib dari ofis. Mengikut kebiasaannya ia memberi suasana yang kondusif dan ruang yang lapang untuk saya dan isteri sempat ke Masjid sebelum maghrib atau paling tidak pun berkunjung selepas menunaikan solat maghrib berjemaah di rumah dahulu.

Setelah berdiam diri seketika saya bersuara, "Tak kot Ma sebab kaki papa ni sakit lagi la." Tu dia alasan yang agak munasabah. "Ok," sampuk isteri saya mudah. Allah nak uji apakah aku ini sudah mantap iman dan kukuh akidah. Rupanya goyang dan mudah sangat goyahnya, bak pokok pisang di kocok angin, terhoyong-hayang menunggu rebah. Iman yang turun naik.

Kalau pada kebiasaan, isteri yang agak mantap pendiriannya untuk ke Masjid setiap malam kerana begitu teruja dengan majlis2 ilmu yang berlangsung dan pautan hatinya yang katanya begitu tenang dan damai tika berada di Rumah Allah, akan menafikan alasan yang saya beri untuk tidak ke Masjid malam ini. "Boleh tak mama pergi sendiri ke Masjid malam ni?" Respon sebegitu yang saya biasa dengar. Tapi malam ini rupanya Allah mahu uji. 

Nikmat ibadah yang Allah tarik balik untuk beberapa hari ini. "Ya Allah, menyesalnya mama dah beberapa hari tak dapat ke Masjid," keluh isteri saya menuju ke dapur tadi. Allah uji dengan kesibukan isteri saya masak dinner untuk anak2 kami yang balik dari UIA. Allah sibukkan dengan kerja2 rumah yang tak berkesudahan. Allah uji dengan suami yang tak berapa sihat.

Allah uji pula saya dengan beberapa ujian juga. Malam pertama hari tu tak sempat ke Masjid kerana balik lambat kerana urusan anak di UIA dan beli netbook anak. Malam kedua, balik lambat sebab ada urusan kerja. Malam kedua di timpa masalah demam dan terpaksa menelan ubat dan berselimut di katil. Malam ketiga pula di uji dengan sakit kaki. Malam keempat, walaupun balik awal tapi di uji lagi dengan kepenatan dan rasa tidak sihat. Semuanya Allah nak uji.

Maka benarlah aku ini terpilih untuk ke Masjid. Ia bukan berlaku secara gitu2 saja. Siapa yang pilih? Allah. Ibarat kita tidak akan sembarangan menerima orang asing untuk menjadi tetamu di rumah kita. Allah akan memilih siapa yang Dia ingini untuk menjadi tetamu di rumah-Nya.

Saya dan isteri bukan tiada niat untuk ke Masjid. Memang dah niat. Memang dah rancang. Tapi asbab sedikit ujian yang Allah berikan, segala hajat itu gagal terlaksana. Betapa mudah goyahnya. Ingatkan sudah utuh dipasak hingga tertegak sebagai binaan yang kukuh. Rupanya tanggapan yang meleset sama sekali. Allah hanya uji sedikit sahaja, berkecai runtuhnya.

"Ya Allah, pilihlah aku untuk menjadi tetamu-Mu. Ya Allah, kurniakan kami taufiq dan hidayah-Mu." Apakah itu taufiq? taufiq itu ialah kekuatan untuk melaksanakan hidayah Allah. Allah dah bagi hidayah untuk pergi ke Rumah Allah, mengerjakan solat2 sunat, mengerjakan solat fardhu berjemaah, dan duduk di majlis ilmu tetapi kekuatan dan iltizam untuk melakukannya tiada atau diberi sedikit ujian, maka gagal juga. Justru itulah taufiq sangat utama. Mesti di pohon berpasangan dengan memohon hidayah Allah.

Sebagai konklusi usahlah dibangga aku ini kaki masjid atau pencinta majlis ilmu. Semua milik Allah. Allah bisa membolak-balik hati seseorang dalam split second. Usah bangga diri apatah lagi riak. Usah fikir aku ke Masjid ini sebab aku kaki masjid. Atau aku ke masjid ini sebab aku cinta ilmu.

Aku ke Masjid ini kerana Allah. Aku taat pada Allah. Aku mencari redha Allah. Aku ke Masjid kerana tiada sebab lain. Aku ke Masjid bukan kerana makhluk. Bersihkan hati ini. Kosongkan hati ini. Isikan dengan Allah semata. "Ya Allah, kembalikan nikmat ke Masjid ini. Janganlah engkau tarik balik nikmat ini."

@@@

Friday, January 10, 2014

Jadi Orang

Allah nilai keikhlasan amal seseorang. Allah tak terima amal orang yang tak ikhlas. Maka berikan yang terbaik. Habil anak Nabi Adam telah mempersembahkan seekor binatang peliharaannya yang paling sihat dan gemuk sebagai korbannya dan Allah telah menerima korbannya itu. Berbanding dengan persembahan korban Qabil yang bermutu picisan.

Jika kita ingin bersedekah atau menderma maka berilah yang terbaik dengan ikhlas, bukan menggunakannya sebagai peluang untuk clear stor. Kita beri barang yang kita tak nak? Seolahnya tidak ikhlas dengan Allah. Bantu orang susah dengan barang baru bukan barang 2nd hand. Bantu duit tiada masalah kalau nak bagi duit 2nd hand keran nilainya masih tetap sama. 

Kita derma kepada anak yatim itu pada hakikatnya kita beri kepada Allah. Maka pastikan ikhlas dan beri yang terbaik. Tujuan amal ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah, untuk mendapatkan redha Allah. Allah terima doa daripada orang2 yg bertakwa. Abu Darda RA berkata kalau aku solat dan aku rasa Allah terima, itulah yang paling baik daripada seisi dunia.

Orang bertakwa ialah orang yang memberati amal dia Allah terima. Rajin2lah berdoa, "Ya Allah, tolong terima amal aku ini." Bukan semua amal Allah terima. Justru kenalah beringat dengan amal yang kita buat dan gantung harap agar Allah terima. Persoalan amalnya diterima atau tidak diterima menjadi perhatian yang amat diambil kira bagi orang yang beriman.

Cuba perhatikan segala nikmat yang Allah kurniakan. Nescaya tidak terhitung banyaknya. Nikmat makan nikmat buang air nikmat tidur. Macam2 nikamt ada. Semua ini adalah asbab untuk kita mengenal Allah. Kerana Allah pemilik segalanya ini. Kita tidak miliki apa2. Semuanya Allah punya. Kekayaan yang ada hanya wasilah bukan matlamat. Akal juga wasilah untuk mengenal Allah. 

Allah hiasi manusia dengan akal free of charge. Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan kamu tidak mengenal sesuatu pun. Sebijak mana pun manusia melalui akal yang hebat tidak boleh mengatasi Allah.  Setiap produk atau teknologi ciptaan manusia akan pasti ada kelemahan dan kekurangannya. Bijak mana pun sekadar kurniaan Allah. Membuktikan adanya Allah dan hebatnya Allah.

Islam mengalakkan umatnya jadi orang kaya. Orang kaya dapat keluarkan zakat. Jangan seperti Qorun iaitu seorang pengikut Nabi Musa yang mintak nak kaya tapi bila kaya lupa Allah, angkuh mengatakan kekayaan aku ini milik usaha kuat aku. Akhirnya Qorun dimusnahkan bersama hartanya ditelan bumi. Manusia berlumba nak kesenanagan, berangan-angan nak dapat apa yang Allah beri pada Qorun.

Orang kaya bantu orang miskin. Orang miskin kena kerja dengan orang kaya. Usah bergantung kepada kerajaan, bantu-membantu. Kekayaan yang ada mesti diagih untuk kepentingan bersama. Nak sambung kerja sampai umur 60 tahun sebab nak bayar hutang yang belum habis-habis. Itu tak kena. Kamu tolong Allah nescaya Allah tolong kamu. Hiduplah berpada. Usah berhutang lagi.

Cuba lihat sistem sekolah anak2 kita. Masuk kelas pukul 1:00 tgh. Tak sempat solat zohor lagi sebab zohor masuk pukul 1:23 tgh. Ada cikgu mintak budak2 pergi solat zohor? Ada kawan saya membekalkan sejadah dalam beg anaknya supaya dapat solat dalam kelas. Bila dia tanya cikgu kenapa tak suruh budak2 ni solat, cikgu tu menjawab, "Kita wajibkan untuk pelajar2 darjah empat ke atas." 

Balik sekolah pukul 6:00 ptg. Kalau balik naik bas sekolah, dah maghrib baru sampai rumah. Ada solat asar? Itulah hakikatnya betapa anak2 kita majoritinya tidak solat pun. Sepatutnya sistem sekolah ni kena atur awal2 lagi soal solat ini. Sebagai bapa kena perhatikan, kalau anak aku ni tak jadi orang maka berhentikan daripada sekolah itu dan hantarlah belajar di sekolah2 tahfiz. 

Apa maksud anak aku tak jadi orang? Maksudnya anak aku tak solat. Itu tanda anak dah tak jadi orang. Kenapa teruskan dalam satu sistem yang tidak menjadikan anak kita seorang orang. Seorang hamba Allah yang taat pada Penciptanya. Kena betulkan awal, kalau terlambat payah untuk melentur anak2 kita ini.

Allah bagi ilmu. Ilmu yang paling besar ialah taat pada Allah. Ingat kita ini sakit pun mati, tak sakit pun mati, sihat pun mati, tak sihat pun mati. Kena nilai balik. Bukan tunduk kepada makhluk tetapi tunduklah kepada Pencipta makhluk. Makhluk dapat kurniaan Allah, maka tunduk kepada pemberi kurniaan. 

Pastikan sebelum mati, dapat masuk syurga dulu. Iaitu pastikan taat kepada Allah. Bagi orang yang beriman, dia tidak pelik dengan kekayaan Qorun. Orang beriman lebih tenang tengok isterinya, lebih tenang tengok anak2nya yang taat kepada Allah. Makin tua makin nak beribadah makin rasa tenang. 

Berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabarann. Jadi orang yang beriman dan beramal soleh. Kekal di jalan yang lurus menuju redha Allah. Jadi orang.

@@@

KONGSI KEK

Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini.  Antara ...