Tuesday, February 21, 2012

Wasatiyyah Dalam Kehidupan

Alhamdulillah saya berkesempatan menghadiri Konvensyen Fiqh Ummah di PWTC pada 18-19/2/12. Objektif konvensyen berkenaan ialah:
  • Mendedahkan masyarakat kepada pendekatan sederhana (wasatiyyah) dalam kehidupan seorang muslim dari segala aspek.
  • Memberikan garis panduan asas dan menyeluruh kepada masyarakat dalam beragama.
  • Menjadikan program ini platform kepada masyarakat untuk berhubung langsung dengan para ilmuan.
Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah:
  1. Wasatiyyah Dalam Akidah: Ust Dr Zulkiifli Mohamad al-Bakri dan Ust Mohd Aizam Mas'od
  2. Wasatiyyah Dalam Dakwah: Ust Mohd Zamri Mohd Zainuddin, Ust Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang dan Xifu Abdul Naser Abdul Rahman
  3. Wasatiyyah Dalam Turath/ Kefahaman Khazanah Ilmu Islam: Ust Ahmad Fauwaz Fadzil dan Ust Abdul Basit Abd Rahman
  4. Wasatiyyah Dalam Muamalat Harta: Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman dan Ust Muhd Ramadhan Fitri Elias
  5. Pidato Ilmuan Antarabangsa: Sheikh Mufti Menk
  6. Wasatiyyah Dalam Penyucian Jiwa/ Tazkiyatun Nafs: Ust Mohammad Nidzam Abd Kadir
  7. Wasatiyyah Dalam Ibadah: Ust Ahmad Husni Abd Rahman dan Dr Roslan Mohamed
  8. Wasatiyyah Dalam Kefahaman Teks Al-Qur'an Dan Hadis: Ust Abdullah Bukhari Abd Rahim, Ust Dr Zahzan Mohamad dan Ust Mohd Sukki Othman
  9. Wasatiyyah Dalam Siasah/ Politik: Ust Dr Maszlee Malik dan Ust Mohd Khairuddin Aman Razali
  10. Wasatiyyah Dalam Gaya Hidup: Imam Muda Asyraf dan Ust Mohd Izhar Arif Mohd Kashim.

Alhamdulillah barisan 21 Asatizah (Ustaz dan Ilmuan) yang hebat belaka. Bagi saya konvensyen ini adalah wacana yang berjaya memberi pengisian yang mantap pada para peserta semua yang berjumlah 3000 lebih itu.. Wasatiyyah ilmu yang harus di sebarluas kepada umat seluruhnya. 


Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman selaku Penasihat Konvensyen Fiqh ummah 2012 pada kata2 aluan di booklet aturcara program menjelaskan, "Fokus kami lebih kepada membincangkan kaedah untuk memperkenalkan satu kefahaman ilmu2 Islam berteraskan disiplin yang sederhana pada penghayatan namun jitu pada prinsipnya."


Saya petik ungkapan di mukasurat 3 pada kertaskerja Wasatiyyah dalam akidah, Maksud wasatiyyah secara istilah ialah:

  1. Al-I'tidal - kesederhanaan
  2. Al-Khairiyyah - kebaikan
  3. Al-Inshaf - keadilan
  4. Ar-Rif'ah - ketinggian
dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji) yang tidak terlalu rigid (ifrath) dan tidak terlalu longgar (tafrith).

Apabila istilah wasatiyyah disandarkan kepada umat Islam, maka ia membawa maksud: Umat Islam yang mencapai sifat2 mahmudah yang terbit daripada kedudukan syariaat Allah dalam kesederhanaan, kebaikan, keinsafan, dan ketinggian yang menjadikannya sebagai penghulu segala umat, ketua segala bangsa dan menjadi saksi ke atas mereka pada hari Kiamat.

Justeru, wasatiyyah bukan bermaksud seseorang itu berada pada tingkatan sederhana dalam ibadah, amalan atau akhlaknya, atau sederhana dalam ilmu atau pekerjaan sehingga tidak menjadi seorang yang terkehadapan atau cemerlang dalam kehidupannya. Bahkan makna wasatiyyah adalah yang benar, yang terbaik, paling utama, paling sempurna dan paling adil sesuai dengan ungkapan sebaik-baik perkara ialah pertengahannya bererti yang paling adil.

Surah al-Baqarah ayat 143 maksudnya: 

"Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat wasathan." 



Iaitu 'udulun khiyaran, bererti adil dan terpilih atau terbaik.


*****
Saya petik dari blog Ust Zaharuddin perihal pendekatan yang diambil adalah seperti berikut:
Pendekatan atau pemikiran wasatiy yang ingin disebarluaskan ini hampir semuanya diambil dari kefahaman ulama salafussoleh dan kontemporari iaitu:
  1. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA penyeru kepada mazhab yang terlalu sempit ( sehingga seolah yang selainnya adalah sesat dan salah) DENGAN mereka yang menyeru agar tiada perlu bermazhab untuk berpegang terus kepada teks Al-Quran dan Al-Hadis dengan tafsiran sendiri tanpa panduan mazhab.
  2. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA pengikut tasawwuf yang tidak mengambil kira walau wujud penyelewengan DENGAN mereka yang memusuhi tasawwuf walaupun sebahagiannya masih menuruti ajaran Islam sepenuhnya.
  3. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA golongan yang hanya menghukum menggunakan aqal hatta bercanggah nas qat’ie DENGAN kumpulan yang menolak hampir sepenuhnya fungsi aqal (literalis) dalam memahami nas yang anjal bentuk pelaksanaannya.
  4. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menafikan dalalah ilham secara mutlaq DENGAN mereka yang berlebih-lebihan dalam mengunapakainya sehingga menjadikannya sumber utama hukum Islam.
  5. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu berkeras hatta dalam perkara cabang dan ranting DENGAN mereka yang mengajak kepada tasahul ( mengambil mudah) hingga dalam hal berkaitan usul dan kuliyyat.
  6. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu memuliakan khazanah penulisan silam (turath) sehingga seolah menafikan kekurangan kemanusian seseorang manusia ( walaupun seorang ulama terhebat) DENGAN mereka yang berusaha menghilangkan terus relevansi khazanah silam, walaupun ternyata jelas kehebatan dan kejituan huraiannya.
  7. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu obses dengan teori idealis sehingga kelihatan tidak mengambil kira praktikaliti dan suasana semasa DENGAN mereka yang terlalu mementingkan suasana semasa sehingga tidak mahu melihat langsung kepada yang ideal.
  8. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada falsafah liberal yang seolah menyucikan hak individu sehingga meninggikannya atas hak komuniti DENGAN mereka yang menyeru kepada falsafah sosialisme yang terlalu menyucikan komuniti sehingga menzalimi hak individu.
  9. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada kemestian menuruti apa sahaja yang dilakukan oleh Nabi walau dalam hal cabang dan medium urusan muamalat DENGAN mereka yang menyeru pembangunan dan pengubahan walau dalam hal asas dan prinsip Islam.
  10. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada tajdid dan ijtihad sehingga dalam urusan Usul Agama dan hal Qat’iyyat DENGAN mereka yang menyeru sepenuhnya kepada taqlid dan memusuhi ijtihad, walaupun dalam isu-isu semasa yang tidak pernah disentuh oleh ulama silam (kerana belum wujud).
  11. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang mengabaikan nusus yang thabit dengan dakwan menjaga maqasid shariah DENGAN mereka yang mengabaikan pertimbangan Maqasid al-Shari’ah dengan dakwaan ingin menjaga nusus secara seratus peratus.
  12. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang melampau-lampau dalam menyesat dan mengkafirkan DENGAN mereka yang terlalu bermudahan hingga kepada hal kemurtadan yang jelas terang dan mencabuli kehormatan Islam serta berkerja untuk musuh Islam.
  13. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang melampau-lampau dalam menghukum haram atas perkara, sehingga hampir tiada  yang boleh dianggap halal di atas dunia ini DENGAN mereka yang  melampau dalam mengharuskan perkara, sehingga seolah tiada yang haram.
  14. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang tenggelam dalam suasana lampau tidak menyedari perkembangan terkini DENGAN mereka yang melupakan sejarah seolah mahu memadamkan terus pengajaran lampau.

@@@

Sunday, February 19, 2012

Bayar Cash

"Kejayaan itu adalah melalui iman yang sahih dan amal yang soleh," begitulah antara isi penting bayan Sdra Firdaus di Masjid malam tadi. "Tanpa iman, ilmu tak yakin untuk diamal. Kenapa ilmu tak dapat diamal kerana yakin kita kurang. Orang yang tak ada iman dan yakin akan buat benda yang Allah larang."


Rasulullah dan para sahabat bersusah hal agama. Kena ada pengorbanan dalam perkara agama. Sebab itu yang Allah maukan. Kalau Allah berhajat memberi kemudahan kepada Rasulullah dalam perjuangannya sudah tentu Allah boleh memberikannya, tetapi Allah maukan Rasullullah dan para sahabat bersusah hal agama. Jadi begitulah kita sebagai umat Nabi SAW kenalah sanggup bersusah perihal agama ini. Usaha dakwah ini menjadi tanggung-jawab setiap muslim hinggalah ke hari kiamat.


Dalam perjalanan pulang dari masjid, isteri saya memberitahu seorang muslimah yang bersolat di masjid telah kehilangan beg yang diletaknya di dinding belakang ruang solat wanita. Antara barang penting di dalam itu ialah telefon tangan. Isteri saya membantu beliau mencari di sekeliling tetapi hampa. Jelas kelihatan kesedihan di raut wajah muslimah ini. Saya memberi komen, "Itu ujian daripada Allah. Tentu ada hikmahnya. Mungkin nak suruh beli handset baru." Isteri saya hanya mendiamkan diri.


Kami singgah di stesen Petronas untuk mengisi minyak kereta. Kemudian ke tempat isi angin tayar sebelum pulang ke rumah. Sesampai di rumah saya tercari-cari dompet duit, tapi tak ada. Alamak tercicirkah? Cari lagi dalam rumah dan dalam kereta tapi tiada. Ini kali pertama dalam hidup saya kehilangan dompet duit. Saya pun bersama anak saya keluar memandu kereta ke stesen minyak tadi dan mencari dengan harapan dapat jumpa dompet itu. Akhirnya saya ke Balai Polis membuat lapuran kehilangan. Selesai key-in lapuran dan dicetak, polis itu menasihati saya untuk menunggu sehari dua, kerana katanya mungkin orang terjumpa dompet ini akan memulangkan ke alamat rumah atau menyerahkannya ke Balai Polis.


Sesampainya di rumah saya minta anak saya mendirikan solat hajat. Saya juga mengambil wudhuk dan bersolat hajat memohon pada Illahi agar dipulangkan dompet berkenaan. Banyak barangan penting ada dalam dompet itu. Isteri saya juga tidak putus-putus berdoa pada Illahi semenjak bermula kejadian tadi. Kepala saya berserabut memikirkan masalah ini kerana besok saya ada program penting menghadiri Konvensyen Fiqh di PWTC. Silap haribulan saya terpaksa batalkan untuk menyertai program itu. Ish ish malang sungguh fikir saya sambil berbaring di katil kerisauan. Ini ujian dari Allah.


Sejurus kemudian kira2 pukul 12 mlm, isteri saya memanggil saya menyatakan ada orang memberi salam di depan gate rumah kami. "Tuan, ada kehilangan barang?" terdengar orang tadi bersuara. Saya pun terus membuka gate sambil menjawab, "Ya benar." Kelihatan 3 orang Hamba Allah dari jamaah tabligh yang berkunjung dan salah seorangnya terus menghulurkan dompet saya yang tercicir itu. "Alhamdulillah."


"Kami singgah di stesen minyak untuk mengisi angin tayar. Saudara kita ini terjumpa dompet yang tercicir ini. Kemudian kami ke Masjid untuk mesyuarat mingguan jamaah tabligh. Selepas mesyuarat kami mencari rumah berpandukan alamat di IC ini. Lama juga kami berpusing-pusing," jelas En Mustafa mewakili dua orang lagi sahabat. "Terima kasih banyak," ucap saya penuh syukur kerana ada lagi manusia2 jujur di luar sana. 


"Kami keluar 3 hari, 40 hari, dan 4 bulan itu sebenarnya untuk mewujudkan ukhwah kasih sayang sesama umat dan mengajak untuk mendekatkan diri pada Allah. Dengan usha di jalan agama ini mendidik kami untuk kasih dan sayang pada saudara seagama," katanya. "Kami datang cari rumah Tuan kerana menyedari ukhwah dan kesusahan saudara se Islam ini."


Saya pun menjelaskan bahawa saya bersama isteri tadi baru balik dari Masjid dan sempat mendengar bayan jamaah tabligh yang diberikan oleh Sdra Firdaus, dan di hati saya memang berhajat untuk keluar 3 hari dalam usha dakwah dalam masa terdekat ini sebenarnya. Apakah ini kebetulan atau perancangan Allah dengan menghantar 3 saudara yang mulia di tengah malam ini. Isteri saya menghadiahkan se 'tupperware' homecook muffin sebagai cenderahati dan tanda terima kasih.


Isteri saya muhasabah dengan saya dan menyatakan bahwa komen saya dalam kereta semasa dia bercerita perihal musibah yang menimpa muslimah yang kehilangan beg, agak tidak kena dan berbunyi agak sinis dan tidak begitu simpati atau memahami perasaan muslimah yang dalam kedukaan itu. Mungkin kerana itu Allah timpakan musibah saya kehilangan dompet sebagai pengajaran secara cash agar saya merasai sendiri betapa pedihnya kedukaan apabila kehilangan sesuatu yang berharga begitu. Hmmm...saya agak terkedu. 


Setelah Allah memberi pengajaran berguna itu, dengan sifat Pengasih dan Penyayang-Nya, Allah kembalikan dompet saya itu melalui insan-insan terpilih ini. Isteri saya menambah mungkin ini petanda untuk saya meneruskan hajat untuk menjalan sedikit usha agama bersama jamaah tabligh ini. Sebagai kesenambungan usha saya mewakilkan anak sulong saya keluar 3 hari pada bulan lepas. 


Allah telah timpakan musibah secara cash dan memberi penyelesaian secara cash juga kerana bergantung harap kepada-Nya, berjaya meninggalkan kesan dalam memberi pengajaran dan pengalaman berguna.




@@@

Thursday, February 16, 2012

Kepompong Kejahilan

Bebaskan Diri Daripada
 Kepompong Kejahilan
Musuh utama ialah kejahilan. Maka jihad kita ialah keluar dari kepompong kejahilan ini. Bagaimana? Kena menuntut ilmu. Kena rajin hadir ke majlis ilmu. Majlis2 ilmu cukup banyak di masjid2 dan surau2 serata tempat terutamanya di Selangor ini. 


Inilah antara nikmat Allah kepada kita. Sangat rugilah jika kita tidak mengambil peluang keemasan yang terhidang di depan mata ini. Peluang untuk membebaskan diri dari kepompong kejahilan.


Bila tak mengaji memang tak tahu. Kena faham Islam betul2. Ramai yang tak tahu apa yang dia tak tahu, tapi dia tak mahu mengaji. Ada yang tahu apa yang dia tak tahu, lalu dia pergi belajar. Ada juga yang tak tahu apa yang dia tahu, pakai bantai saja. 


Selalulah berdoa, "Ya Allah kurniakan aku kebijaksanaan dan kefahaman ilmu. Berilah aku kefahaman agama dan kebijaksanaan yang luar biasa." Minta diberi kefahaman agama, insyaAllah yang lain2 akan beres.


Doa ada tiga kategori. Pertama Allah tunaikan secara cash. Nak bagi Allah makbulkan doa, kena banyak doa untuk orang lain. Tiap2 kali solat setiap bacaan itu adalah doa. Kalau kita nak dihargai maka hargailah orang lain. Yang kedua, Allah perkenan doa kita pada bentuk yang lain. Contoh kita minta murah rezki, Allah tukar gantikan dengan kesihatan yang baik. 


Yang ketiga, kita mintak2 Allah tidak bagi cash tapi Allah tangguhkan. Allah juga tidak tukar pada bentuk yg lain. Allah tangguhkan. Kita minta anak yang soleh. Allah tangguhkan. Kita akan terus berdoa. Kalau kita faham agama, tak sama dengan orang yang tak faham agama. Daripada 24 jam yang Allah bagi, kita luangkan 1 jam untuk memperbaiki jiwa dengan menghadiri majlis ilmu. 


Jalan-jalan cari makan, bila makan sudah kenyang. Makan minum makan minum, tidur. Mengikut satu kajian di Malaysia untuk purata umur 60 tahun hidup, kita telah tidur selama 30 tahun, 15 tahun urusan makan, dan untuk mengaji hanya 2.5 tahun. Katakanlah setiap malam kita hadir kuliah maghrib, maka dapat 30 jam iaitu bersamaan dgn sehari suku setiap bulan. Iaitu 365 jam setahun yakni bersamaan 15 hari, kita mangaji ilmu. Itu kalau hari2 kita mengaji. Nak mengaji kena cari jalan. Jangan jadi mati mengaji. Kalau 3 hari tak mengaji, hati jadi mati.


Penamat kebaikan hidup dunia ialah istiqamah dalam ibadah. Orang yang memakmurkan masjid ialah orang yang beriman kepada Allah, bukan yang ragu tentang Islam. Amalan kena sama dengan perkataan. Kalau kita kata tiada yang berhak di sembah melainkan Allah, tapi tiba2 kita sembah juga selain Allah maka itu bukan istiqamah namanya.


Amalan kita akan terhijab akibat perbuatan syirik. Kalau kita kata hanya Allah yang berhak disembah tapi kenapa kita tidak laksana hukum Allah? Amal-amal mereka ibarat fatamorgana. Nampak macam ada gelombang air, tapi bila sampai tak ada air. Buat ibadah tanpa aqidah yang betul, sayang sungguh sebab hanya sia-sia, tiada nilaian di sisi Allah. 


Justru itu berusahalah sedaya upaya agar kita keluar dari kepompong kejahilan dengan melengkapkan diri dengan ilmu dan beramal dengan ilmu, nawaitu kerana Allah. Jangan mati melainkan dalam Islam dan beriman dengan Allah.


@@@

Minda Stress


Kawan saya masuk wad kerana stress. Saya nasihatkan dia supaya jangan stress. Dia tanya macamana? Pastikan tidur sebelum pukul 12 malam. Saya juga kata lupakan masalah, alihkan tumpuan pada perkara lain. Mana-mana manusia pun ada masalah. Fikir bahawa masalah orang lain lagi teruk daripada masalah aku. Fikirkan kalau aku rakyat Etiopia, betapa ramai manusia mati kerana kebuluran, betapa payah nak cari sesuap nasi atau seteguk air. Masalah mereka ialah masalah untuk hidup. Masalah kita apalah sangat kalau nak banding dengan mereka betul tak?

Manusia ini layak punyai masalah dan mampu membuat silap dan salah dalam kehidupan. Sebab kita ini manusia bukan malaikat. Namun kena ada 'preventive maintenance' iaitu mengambil langkah untuk mencegah berlakunya masalah yang sama. Saya teringat nasihat nombor ong 88888 oleh Menteri Kesihatan, katanya kena makan malam sebelum pukul 8, kena berhenti makan bila 80% kenyang, kena minum 8 gelas air sehari, tidur 8 jam sehari semalam, dan berjalan 8,000 langkah sehari sebagai senaman. 

Kalau kita membuat rutin atau perkara yang sama tetapi mengharap keputusan yang berbeza, maka sebenarnya kita 'tak betul' kalau pun bukan gila. Kenalah cuba sesuatu yang baru untuk mendapat keputusan yang berbeza, insyaAllah. 

Dalam Islam sangat dianjurkan untuk bangun solat malam, antara rahsianya ialah untuk menjaga kesihatan bagi jasad dan ruhani. Puasa sunat Isnin dan Khamis adalah satu lagi amalan yang antara hikmahnya ialah ketenangan jiwa dan menjaga kesihatan. Banyak lagi yang patut dicuba dan di amalkan secara istiqamah seperti amalan zikrullah, solat2 sunat, dan mengaji al-Qur'an. Yang bukan saja memberi ketenangan minda dan mengelakkan stress, tetapi memberi ruang untuk kita muhasabah diri dan mengerti hakikat sifat seorang hamba kepada Pencipta. Hakikat bahawa seorang hamba itu hina, lemah, tiada daya dan upaya melainkan dengan ehsan dan kasihan belas daripada Allah SWT.

Seorang rakan seofis yang badannya agak obesiti, mengadu stress bila beban kerja naik mendadak pada minggu ini. "Aku sakit kepala dan otak berserabut", katanya. Masalah yang dia bawa itu acap kali pula menjadi tempias kepada rakan2 yang lain. Nasihat yang mampu saya beri ialah supaya membuat senarai tugas yang hendak dibuat dan setkan prioriti, iaitu membuat satu persatu dengan perkara yang utama didahulukan. Elakkan dari membuat banyak perkara pada sesuatu masa yang akhirnya satu pun tidak beres. Tidak guna juga untuk sekadar mengeluh atau komplen jika plan bertindaknya tiada.

Saya agak serabut semalam selepas bekerja hingga larut malam menyiapkan urusan tender. Kalau nak diikutkan banyak lagi kerja yang menanti, namun saya 'take a break' supaya jiwa kembali tenang dan fikiran kembali waras. Saya pun 'take a walk' ke tingkat atas dan lepak dengan seorang kawan, berbual-bual tentang perkara-perkara yang selain dari soal kerja. Bicara perihal keluarga, sukan, masa depan dan tidak ketinggalan bicara soal agama. 

Kawan saya ini seorang pakar teknikal CCTV. Kata saya hukum menuntut ilmu dalam Islam ialah wajib. Tidak salah untuk kita sibuk dengan belajar perkara2 teknikal atau akademik, namun yang ditekankan disini ialah Ilmu Agama. Bilakah kali terakhir kita menuntut ilmu agama? Ramai yang kali terakhir menuntutnya pada zaman sekolah menengah dulu, dah 20 tahun berlalu.

Maka ilmu yang ada kalaulah masih kekal dalam ingatan ialah yang dipelajari zaman sekolah dulu. Itupun banyak yang dah lupa kerana tujuan belajar masa itu ialah untuk lulus SPM. Ramai manusia terlupa untuk meneruskan pengajian agama ini. Lara dan hanyut dengan persoalan lain. Hinggakan soal agama ini tiada dalam agenda kehidupan. Agama menjadi perkara adat. Adat untuk diguna pakai pada 3 keadaan iaitu ketika kelahiran anak, upacara akad nikah, dan ketika berlaku kematian. Agama menjadi terasing, tidak disebatikan sebagai 'way of life'.

Saya mengsyorkan supaya kita luangkan masa untuk pergi ke majlis2 ilmu. Ruang yang paling afdal bagi orang awam untuk menuntut ilmu mengikut pandangan saya ialah slot kuliah2 maghrib di surau2 dan masjid2 di sekeliling kita ini. Di sana ada penyampaian yang pelbagai oleh para ustaz yang menyentuh banyak skop ilmu seperti feqah, tasawuf, sirah, tafsir Qur'an, tafsir hadis, dan ilmu tauhid. Majlis2 ini punyai aura dan keberkatan tersendiri kerana dihadiri bukan sahaja oleh manusia tetapi jin2 Islam dan para malaikat yang akan mendokan kesejahteraan kita. Yang penting ialah penambahan dan pemahaman ilmu yang seterusnya perlu diamalkan dalam kehidupan seharian.

Porak perandanya masyarakat ialah apabila manusia sudah tidak lagi di pandu arah oleh Agama. Hidup ini hancur tanpa agama. Saya teringat bicara bersama seorang kawan semasa saya menumpang keretanya untuk makan tengahari di depan Masjid Keramat. "Aku nak tukar balik pinjaman perumahan secara Islam kepada konvensioanal supaya bayaran bulanannya lebih murah", katanya. "Sekurang-kurangnya aku dapat jimat RM300 sebulan."

Saya kata, "Ia persoalan halal dan haram. Ibarat hang pi Supermarket untuk beli ayam. Ada dua pilihan. Satu berharga RM8 seekor yang di pek segar dan menarik. Satu pilihan lagi ialah ayam yang packagingnya tidak begitu menarik denga harga RM12 seekor." Masalahnya satu tu ayam yang tak sembelih iaitu 'ayam katok' dan satu lagi tu ialah ayam Halal. Di sini sudah tiada pilihan melainkan memilih yang Halal. 

Satu analogi lagi ialah teman wanita hang, di mana haram untuk disentuh atau diapa-apakan kerana belum ada ikatan perkahwinan. Apabila sudah 'akad nikah' perempuan yang sama sudah menjadi Halal untuk hang sentuh hatta tiduri. Yang membezakan di sini ialah akad tadi, iaitu satu syariaat Agama. Sebab itulah dinyatakan bahawa tanpa Agama manusia ibarat haiwan yang tidak bisa mebezakan yang mana halal dan yang mana haram, yang mana dosa dan yang mana pahala. Ramai manusia yang sudah tiada agama dalam hidup mereka, berbuat sesuatu berdasarkan naluri, akal dan adat semata.

Berbalik kepada persoalan pinjaman perumahan tadi, "Jelas di sini ialah hang kena kekalkan pinjaman secara Islamik kerana ia Halal dan dibenarkan oleh syariaat. Sedangkan pinjaman secara konvensyional itu haram kerana ada elemen riba. Sekarang sudah ada pilihan untuk memilih produk yang Islamik, maka bukan keadaan darurat lagi."

Kawan saya tadi mengangguk tanda setuju. "Betul, aku tidak patut memilih produk yang haram. Lagipun RM300 yang aku dapat jimat itupun, sekejap sahaja akan lesap", katanya sambil tersenyum. "Betul tu, hang jangan risau. Allah akan balas balik RM300 kepada hang melalui sumber rezki yang lain, insyaAllah. Yakinlah."

Minda stress ini ada banyak sangkut pautnya dengan cara kehidupan kita. Apabila kita jauh dari Agama terutamanya apabila tidak minat untuk ke majlis2 ilmu atau malas baca buku2 dan bahan2 agama, maka tiada peningkatan dalam ilmu kita. Segala amal ibadah menjadi agak kosong tanpa kualiti dan penghayatan. Jasad diberi makan tapi ruh dibiar kelaparan. Maka sudah tentu hidup tidak sihat. Antara penyakit yang biasa melanda ialah minda stress. Jadi penyelesaiannya ialah rajin2lah ke majlis ilmu, cintailah masjid, belajar dan beramal nawaitu kerana Allah SWT. 

@@@

Monday, February 13, 2012

Harap Kasih Allah

Alhamdulillah pada pengajian kitab Penawar Bagi Hati sebentar tadi, Ust Zahidi mengajak kita sekelian sempena bulan Rabiulawal iaitu bulan kelahiran junjungan besar Nabi SAW untuk sama2 menyambung perjuangan Rasulullah yang penuh ujian untuk mengajak manusia kepada Islam. Kita mesti tunjukkan sungguh2 kasih pada Rasulullah dengan membenarkan segala apa yang dibawanya, mendampinginya agar mendapat kasihnya dan istiqamah berselawat kepadanya. 


Mari kita suloh diri masing2, berapa kali hari ini kita berselawat kepada Rasulullah dengan kasih. Kita patut malu kerana perihal urusan dunia, urusan nafsu kita peruntukkan berjam-jam masa, tapi untuk mengingati Allah, mengingati Rasulullah tak sampai sejam pun. 


Mana2 tempat, mana2 hati, mana2 individu yang berselawat khususan kepada Rasulullah SAW maka insyaAllah akan dihindar dari kemarau, penyakit, kebakaran, bala-bencana, kebencian, dan kecurian. Di permudahkan untuk menjawab soalan Munkar dan Nakir. Akhirnya dapat berada di tempat yang mulia di sisi Allah. Istiqamahlah berselawat 1000 x sehari semalam. Paling malas pun 100 x. Bertindak sekarang. Jangan tunggu lagi. Jangan tertipu lagi oleh helah dunia. Tunjukkan kasih kepada Nabi SAW.


Ustaz meneruskan pengajian kitab pada m/s 73 perihal zuhud iaitu tiada kasih dunia dalam hati. Bukan tak nak harta tapi tidak kasih harta dalam hati. Tidak kasih harta tetapi kasih kepada pemilik hakiki harta iaitu Allah SWT. Sedekah apa yang kita kasih. Ada harta tapi jangan kasih harta.


Zuhud kerana takut api neraka Allah. Zuhud kerana gemar pada nikmat Akhirat. Dan harap2 dapat nikmat Akhirat. Orang puji tak berubah. Orang hina tak berubah. Yang diharap puji Allah. Agama bukan semua orang suka. Ramai yang hanya buat suka2. Yang kita bimbang Allah tak suka. Yang kita risau jauh dari rahmat Tuhan.


Makam pertama berbuat ibadah nampak pahala. Makam kedua buat sesuatu harap kasih Allah, tinggal dosa  harap kasih Allah. Makam ketiga ialah nampak Allah dalam setiap sesuatu. Pandang laut nampak Allah, pandang gunung nampak Allah. Ibadah orang yang mengharap lebih afdal berbanding dengan ibadah takut. Lebih sebati. Bila tak bangun solat malam rasa sangat dukacita, rasa kekosongan, rasa tak cukup. Abu Hurairah RA tak akan tidur sebelum tasbih 12,000 x. Kita tak solat dhuha hari ni ada rasa apa2 tak?


Imam Bukhari nak belajar satu hadis terpaksa berjalan berhari-hari. Kita sekarang majlis ilmu ada di serata tempat. Menuntut ilmu itu wajib. Setiap langkah kita ke majlis ilmu akan di beri ganjaran pahala, para malaikat mengiringi dan ikan2 di laut mohon keampunan untuk kita. Tuntutlah ilmu daripada para ulama pewaris nabi, iaitu ulama yang takut Allah. Jangan beguru dengan ustaz kastad, iaitu ustaz yang mengikut acuan dan ramuan, sekejap boleh jadi donut, sekejap jadi roti canai atau tose.


Bukan Tuhan jangan dituhankan. Ada pula guru mengajar tauhid tapi tidak mentauhidkan Allah. Bersihkan hati. Selain Allah, hina. Segala-galanya Allah. Baru timbul pengakuan di hati, aku ini lemah, aku ini lalai, aku ini bodoh, aku ini fasik, aku ini hamba, aku ini hina. Maka bergantung harap hanya pada Allah. Aku tidak ada apa2. Semuanya Allah. Selamat berusaha menuju zuhud, mengharap redha Allah, harap kasih Allah.


@@@ 

Friday, February 10, 2012

Berjaya Kerana Agama



Kalau hendak berjaya, kena ada agama. Allah telah tetapkan kepada manusia untuk berjaya di dunia dan akhirat, kemuliaan hanya dalam agama. Jika nak berjaya kena ambik agama. Allah tidak letak kejayaan dalam dunia, harta dan pangkat. Boleh mati kalau tidak ada dunia, tidak ada keluarga tapi jangan mati tanpa ada agama dalam kehidupan kamu. Orang dulu2 bagi faham agama, Allah bagi dia faham agama. Jadikan dirimu untuk akhirat. Pada hari akhirat, harta banyak mana, keluarga dan waris-warah tidak dapat menolong.


Dunia ini sementara. Sebaik2perhiasan dunia ialah perempuan solehah. Dunia sebagai infradi. Adapun agama setiap orang kena buat usha atas agama, sebab ia istimain. Perempuan solehah kena buat 4 perkara - jaga solat, puasa, aurat dan ketaatan pada suami. Org perempuan solehah sibuk dgn amalan2. Jadikan rumah kamu kiblat dan dirikan solat, jangan jadi kubur, tidur sokmo.


Nabi anjurkan jaga amalan2 kerana itu pintu rezki yg sebenar. Nak dapat harta yg banyak. Jika wanita solehah dia akan lebih baik dari 70 org lelaki soleh. Ibadat dituju kpd semua umat. Allah lebihkan umat ini dengan dakwah. Umat ini sambil jaga ibadat kena ada dakwah. Nabi usha dakwah selama 23 tahun. Tugas dakwah Allah letakkan di bahu umat ini sehingga kiamat.


Baitullah dijadikan untuk semua mansia. Al-Qur'an dijadikan untuk seluruh umat ini. Sebab itu Allah bagi umur kita pendek, supaya bukan untuk beribadah semata tetapi untuk usha dakwah. Allah muliakan kita kerana dua tugas iaitu ibadah dan dakwah. Agama tidak datang dengan senang. Ribu2 nabi kena korban. Allah tidak tengok dunia. Sebab dunia manusia jadi punah. Tetapi agama sebagai asbab selamat, mulia, tinggi, dekat dgn nabi, dekat dgn Allah. Allah cinta pada agama lebih pada yang lain.


Dunia ada racun. Ramai yg rusak oleh dunia. Allah sentiasa tengok kamu, setiap detik, apa yg kamu buat? Maka hendaklah kamu takut pada dunia, takut pada perempuan yg bukan solehah. Perempuan solehah jadi ubat bukan penyakit. Banyak kena tipu dgn org perempuan yg mabuk pada dunia.


Agama mari dgn susah. Sesiapa yg Allah cinta maka Allah bagi susah dgn agama, hatta nabi kita, Allah bagi susah. Supaya kita cinta agama lebih pada yg lain. Nabi Ibrahim tinggal isteri dia 4 tahun lebih. Kemudian dia  balik melawat, Allah perintah nabi ibrahim tak turun daripada unta. Siti hajar sembunyi airmata dgn basuh dengan air zam-zam. Nabi keluar berdakwah. Lepas 4 tahun baru balik dan Allah perintah korban anaknya Ismail pula.


Siti Khadijah korban harta dan segalanya untuk agama. Seorang perempuan punya banyak kekuatan. Usha Nabi berjaya. Seorang budak di zaman Rasullah, Aklab tanya mana ayahnya? Tanya ibunya. Ibunya menangis. Ibu bagitau tanyalah Rasulullah. Di manakah ayahku? Rasullah bagitau Aklab, sesungguhnya ayah kamu meninggal di jalan Allah semasa kamu dlm kandungan, dan ayah kamu menunggu kamu di pintu Syurga. Aklab azam untuk keluar di jalan Allah untuk bela agama. Minta izin ibu. Ibu kata dia akan hidup seorang, tapi kerana agama, pergilah.


Aklab berada disamping Rasulullah dalam perang. Dia nampak orang kafir lempar lembing ke dada Rasulullah. Aklab telah berlari menahan lembing dgn dadanya. Aklab mati syahid mempertahankan Rasulullah. Katanya, supaya sampaikan salam pada ibunya dan berpesan dia dan bapanya akan menunggu ibu di pintu syurga.


Suatu masa Rasulullah turun dari mimbar untuk mendekati cucunya yang tidak mahu berhenti menangis. Rasulullah kucup Hasan dimulut dan Husen Rasulullah kucup di tengkuk. Apabila ditanya Fatimah, Rasulullah bagitau Hasan akan mati di racun, Husen akan mati   dipenggal dileher. Fatimah sangat sedih dan minta Rasulullah 'doa mustajab' untuk mohon keselamatan mereka. Doa mustajab ini aku tak rasa nak guna kerana tidak seteruk kisah aku di Taif. Allah sudah buat ketetapan mati. Bila sampai ajal dia kena mati juga. Aku rela tengok. 


Aku simpan doa mustajab ini untuk umat aku di padang mahsyar, kerana kerja berdakwah berterusan hingga hari kiamat. Kesusahan nabi, keluarga nabi mati kena bunuh berlumuran darah belaka,untuk sempurna agama. Rasulullah cintakan umatnya, melebihi cinta pada ahli keluarganya sendiri.


Orang solat di masjid, amalan masjid hidup 100%, dalam rumah telah jadi madrasah, hidup taklim, anak2 jadi hafiz, org soleh, org takwa. Janji Allah untuk bagi hidayah. Walaupun Abu Talib kamu kasih, kamu tak boleh bagi hidayah.
  1. Allah hantar Nabi
  2. Allah hantar Qur'an 
  3. Baitullah
  4. Masjid
Siratallazi...17x sehari dalam fatihah. Orang solat berjuta2 tapi masih ikut cara hidup orang yahudi. Sesipa yg bermujahaddah dgn harta dan diri mereka di jalan Allah, Allahakan buka jalan hidyah. Agama mari dgn mujahaddah susah payah. Dengan pengorbanan, Allah boleh tukar nizom.


Kejayaan sebenar dalam hidup ialah kejayaan kerana Agama. Jadilah manusia alim yang berilmu dan faham agama. Dunia ini sekadar hiburan. Destinasi akhir ialah kehidupan Akhirat. Dunia di jadikan Allah untuk manusia, namun manusia dijadikan untuk Akhirat.


@@@ 

Ada Hikmah Pada Setiap Ujian

Ujian Batuk
Saya ditimpa batuk kronik selama 3 minggu. Agaknya cuaca panas dan kering kala ini menjadi salah satu asbab. Namun yang penting ialah hakikat bahawa itu adalah ujian daripada Allah SWT kepada hamba-Nya.  Allah yang memberi batuk itu, maka Allah sahaja yang akan menyembuhkannya. Tidak bermakna saya tidak boleh berusha untuk mencari penawar kerana itu adalah sebahagian dari sunatullah yang boleh menjadi salah satu asbab kesembuhan daripada Allah. 


Saya berkunjung ke Klinik Amar pada kali pertama dan mendapat beberapa jenis ubat. Saya juga diberi MC satu hari. Ubat dan antibiotik yang diberi habis saya makan selama beberapa hari itu, namun kesembuhan daripada Allah masih belum tiba. Saya tidak dapat tidur lena sebagaimana biasa. Batuk yang dipaksa berlaku, bermula dengan rasa gatal di kerongkong yang kering menjadi simpton yang merobek tidur malam yang lena. Batuk di waktu pejabat juga menyumbang gangguan buat rakan2 yang lain.


Setelah seminggu suara saya menjadi serak2 basah. Kemudian bertukar kepada serak2 kering. Hingga satu tahap suara saya seakan-akan hilang, mungkin 80%. Fikir saya hebat ujian Allah kepada saya kali ini. Hendak menjawab panggilan telefon pun sudah agak janggal. Hendak order makanan di kantin pun agak lain macam bunyinya. Maka di sana ada hikmah tersembunyi. Saya dapat rasakan kepayahan seseorang yang tidak punya nikmat suara. Sesungguhnya segala nikmat yang ada ini milik Allah semuanya. Dulu memerhati kepayahan itu secara teori, tapi kini Allah beri peluang saya melaluinya secara praktikal, Alhamdulillah.


Masuk minggu kedua, batuk terus mengganas. Dada jadi sakit akibat batuk yang dulunya diiringi dengan sedikit kahak sebagai pelincir, tapi kini tiada kahak lagi. Batuk yang kering. Dentuman batuk yang menghentak dada memberi  kesan sampingan. Maka kunjungan kedua saya ke Klinik Amar rasanya sesuatu yang agak munasabah. Untuk berjumpa seorang doktor yang ada kepakaran perihal penyakit yang saya hadapi ini sebagai satu lagi usha dan ikhtiar. Saya terpaksa menunggu hampir dua jam. Ramai pula pesakit hari ini.


"Masih belum baik, mungkin virusnya agak kuat," begitulah komen Dr Amar apabila saya membuka mulut dan meluahkan suara yang tak mahu keluar itu. Dr Amar meneliti fail rekod perubatan saya. Kemudian dia mengambil bacaan tekanan darah saya, seterusnya meminta saya berbaring dan di analisa pula pergerakan jantung di dada dan belakang. Katanya normal. Apakah itu rutin rawatan atau memang boleh mencari punca penyakit, tidaklah saya pasti. "You wanna jab?" tanya Dr Amar. "Bolehlah", jawab saya yang memang agak tertekan dengan simpton yang degil ini. 


Seterusnya saya dibekalkan dengan beberapa jenis ubat yang lain, mungkin yang punyai dos kimia atau dadah yang lebih. Ubat batuknya pula saya perhatikan agak pekat sedikit.  Saya diberi sehari cuti MC walaupun saya tidak minta, mungkin pada analisa Dr Amar saya tidak fit untuk ke ofis, atau boleh mengganggu alam sekitar. Maka berehatlah saya di rumah, tapi batuk kering yang datang berkala setiap 5 minit tidak banyak memberi ruang kerehatan yang diingini itu. Virus terus mengganas mengorek kerongkong bagi menimbul rasa gatal dan perit yang memaksa saya batuk. Saya dipaksa some how...teringat lagu top 80an 'Kerna Terpaksa' nyanyian Fran.


Apalah sangat sakit batuk kalau nak dibanding dengan pelbagai penyakit kronik di luar sana, bisik saya dalam hati cuba menghayati ujian yang Allah berikan ini.


Pada dua minggu ini, saya sering terjaga dari tidur dan acap kali terpaksa tidur sendirian di sofa bagi melegakan batuk dan sakit di dada. Allah kejutkan saya dengan batuk ini pada pukul 2, 3 atau 4 pagi. Maka saya terpaksa bangun. Kemudian saya baring di sofa. Terlelap dan terjaga semula. Masuk ke bilik tidur, kemudian dikejut balik dengan asbab batuk. Bangun dan baring di sofa. Begitulah rutin malam sejak kebelakangan ini.


Saya ini agak lambat menerima biasan hakikat. Tapi bila saya sendirian di malam yang kelam merenung pusingan kipas syiling, saya mula perasan rupanya Allah nak melatih saya bangun malam. Rupanya sedar tak sedar saya sudah begitu liat bangun malam, tidak seperti sepanjang bulan Ramadan yang lalu. Pada ujian ini Allah menyelitkan hikmah itu. Allah menghantar makhluknya yang bernama batuk untuk memberi sedikit pengajaran pada hamba-Nya yang sering lalai dan banyak alpa itu. Alhamdulillah.


Apabila direnung lebih dalam, maka terserlahlah segalanya iaitu nikmat yang maha banyak yang Allah kurniakan pada diri ini. Rezki isteri dan anak2 misalnya. Rezki rumah tempat berlindung. Rezki laman rumah, kehijauan tanaman dan kesegaran udara yang dihirup. Rezki air yang segar diminum. Rezki makanan yang dimakan. Rezki buah2an. Rezki akal dan fikiran. Rezki ilmu pengetahuan. 


Rezki kesihatan. Rezki pancaindera dan seluruh anggota badan termasuk segala organ2 dalam. Rezki wang ringgit, harta benda, pekerjaan dan jawatan. Rezki kereta proton saga. Rezki masa yang begitu berharga. Rezki boleh membaca dan menulis. Rezki tidur lena. Rezki menghadiri majlis2 ilmu di surau dan masjid. Rezki boleh melihat, mendengar, bercakap, merasa, berinteraksi dengan sesama makhluk. Rezki untuk bermunajat dan beribadah kepada Allah SWT. Subhanallah.


Saya boleh meminta nasihat dan pelbagai ubat-ubatan dari Dr Amar, namun saya mesti yakin bahawa Dr Amar tidak sekali-kali dapat menyembuhkan saya. Buktinya setelah tiga minggu, batuk saya masih tidak sembuh. Hanya Allah yang dapat memberi kesembuhan itu. Itulah hakikatnya.


Sempena hari Jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari. Marilah kita banyakkan berselawat kepada Rasulullah. Sesungguhnya Allah SWT sangat suka hamba-Nya berselawat kepada Rasullullah. Pada setiap selawat ini Allah akan membalas dengan 10 kali selawat. Buatlah sesuatu yang Allah suka kita buat. Terlalu banyak nikmat Allah untuk kita. 


Benarlah ada hikmah pada setiap ujian Allah. Beruntunglah orang yang sentiasa Renung dan Fikir akan segala nikmat dan kebesaran Allah. Ingatlah pada setiap lintasan hati untuk berbuat kebaikan dan kebajikan, Allah sedang berbicara secara khusus dengan mu. Teruslah berbuat kebaikan dan kebajikan itu. Teruslah bersegera meninggalkan sesuatu kemungkaran dan dosa. Jangan berputus harap kepada Allah SWT. Mohonlah taubat lagi dan lagi tanpa jemu kepada Allah yang Maha Pengampun walaupun dosa sebesar gunung Tahan atau seluas Laut Mati.


@@@

Tuesday, February 07, 2012

7 Sunnah Rasulullah



Banyakkan berselawat terutamanya pada Hari Jumaat. Hidupkan Sunnah dalam kehidupan ini demi cinta pada Rasulullah dan redha Allah. Layakkan diri untuk menjadi umat Rasulullah. Umat yang mendapat pelbagai keistimewaan daripada Allah SWT. Semoga dilimpahkan dengan syafaat Rasullullah. Amiin.


Just Do It - Kerana Allah

Sunday, February 05, 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Pada subuh yang indah ini, pada hari yang penuh barokah 12 Rabiulawal sempena ulangtahun kelahiran junjungan besar Rasulullah SAW, ahli khariah Surau Al-Faaizeen berkumpul untuk menunaikan solat subuh berjamaah. Para jamaah mula memenuhi ruang solat seawal 5:45 pagi. Azan subuh yang menusuk qalbu dikumandangkan oleh Bilal Che Mat.


Usai solat subuh, majlis sambutan Maulidur Rasul di surau Al-Faaizeen diserikan dengan ceramah khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Lutfi. Antara hujah utama yang dapat saya petik ialah:


  1. Bersyukur kita kepada Allah atas nikmat taufik dan hidayahnya, kerana tanpanya sukar untuk kita hadir ke surau, nak angkat selimut, nak langkah kaki pun tak akan mampu.
  2. Bagilah khabar gembira kepada orang yg berjalan kaki dalam gelap untuk ke masjid/surau, Allah akan bagi cahaya yang sempurna padanya di hari kiamat nanti, pada hari yg penuh huru-hara dan kebingungan.
  3. Nabi SAW sentiasa mengingati umatnya hatta dalam tidur dan dalam solat malamnya. Nabi menyimpan doa mustajabnya untuk kegunaan memberi syafaat kepada umatnya di Padang Mahsyar nanti, walaupun boleh menggunakannya untuk kepentingan diri dan keluarga sendiri, tapi Nabi SAW memilih untuk kepentingan umatnya. Begitulah sayang dan kasih Nabi pada umatnya. Apakah kita begitu juga kasih dan sayang serta ingat kepada Nabi?
  4. Aisyah R.A. meriwayatkan suatu malam dia mendengar doa Rasulullah yang panjang yang bunyinya seperti air mendidih. Apabila ditanya, Rasulullah menerangkan bahawa,  Aku doa untuk umatku setiap selepas solat.
  5. Pernah Rasulullah SAW menerangkan perihal dahsyatnya keadaan Padang Mahsyar, apabila mendengar gelak ketawa para sahabat di ruang masjid, baginda bersabda, kalau kamu tahu apa yang aku tahu nescaya engkau akan banyak menangis dari ketawa.
  6. Nabi SAW dan umatnya amat dipandang mulia di sisi Allah sehinggakan tiada nabi yang akan masuk syurga melainkan selepas Nabi Muhammad SAW dan tiada umat yang akan dapat masuk syurga melainkan selepas umat Nabi SAW memasukinya dahulu. 
  7. Suatu masa di zaman Nabi Musa, seorang perempuan menangisi kematian anaknya. Nabi Musa bertanya berapakah umur anak itu, katanya 300 tahun. Perempuan itu pula berumur 500 tahun. Nabi Musa pun berkata usahlah ditangisi pemergian anakmu ini, kerana akan datang satu umat diakhir zaman dimana purata jangkahayat mereka ialah sekitar 60-70 tahun sahaja. Terkejut beruklah perempuan itu seraya berkata, jika aku hidup di zaman itu nescaya aku akan beribadah sepanjang masa hidupku yang begitu pendek itu.
  8. Umat Nabi SAW disamping tugas beribadah punyai satu lagi tugasan besar iaitu dakwah menyebar risalah Allah hinggalah ke hari kiamat. Itu yang membezakan umat ini dengan umat2 yang terdahulu yang hanya bertumpu kepada ibadah sahaja.
  9. Kita kena nasihat-menasihati, ingat-mengingati, kena dakwah mengajak manusia dekat pada Allah, dekat pada Rasulullah. Ia sebagai ubat pelupa kerana manusia mudah lupa. Perkataan manusia itu terdiri dari perkataan Man yg bermaksud 'seseorang' dan Nusia itu pula bermaksud 'yang selalu lupa'.
  10. Benda zahir pun kita mudah lupa, apatah lagi benda ghaib, akhirat, kubur, syurga dan neraka. Kita kena bina keyakinan yang sempurna perihal benda ghaib ini, kerana syaitan sentiasa berusaha menghancurkan manusia.
  11. Apakah kita sentiasa bersyukur menjadi umat Nabi SAW? Adakah kita rindu pada Nabi SAW sebagaimana rindu para sahabat kepada NAbi SAW? Nabi itu adalah cahaya atas cahaya. Nabi SAW suka sempurnakan hak pada setiap sahabat, hinggakan setiap sahabat Baginda merasakan dirinya yang paling disayangi Baginda.
  12. Hidupkan amalan dirumah seperti membaca Al-Qur'an, Membaca Hadis, taklim, dan zikrullah. Jangan jadikan rumah seperti kubur, tiada ruh dan seri. Amalkan membaca surah Al-Waqiah setiap malam, insyaAllah tidak akan papa. Amalkan bacaan surah Yaasin, kerana ianya adalah hati Al-Qur'an.
  13. Sempena Maulidur Rasul ini, tingkatkan amal2 sunnah, apa yang Nabi ajar. Antara yang paling asas ialah memberi salam dan berguguranlah dosa. Memberi makan untuk menjauhkan sifat kebencian. 
  14. Banyakkan berselawat, setiap selawat kita akan di balas dgn 10x selawat oleh Allah SWT. Para malaikat juga berselawat, apatah lagi kita umat Nabi SAW. Banyakkan berselawat terutamanya di hari jumaat. Dengan kita banyak berselawat dan mengingati Nabi SAW, akan menghampirkan diri kepada Nabi SAW di Padang Mahsyar nanti bagi mendapat syafaatnya, dikala tiada lagi syafaat yang bisa membanti manusia dari azab siksa Allah. 



12 Rabiulawal juga menyaksikan kewafatan Nabi SAW pada usia 63 tahun setelah menjalankan usaha dakwah selama 23 tahun. Usaha dakwah ini diteruskan oleh setiap muslim dan muslimat hinggalah ke hari kiamat. Usaha dakwah untuk mengajak manusia kepada kebenaran Islam dipikul oleh kita semua. Maka sama2lah kita menjalankan usaha dakwah ini dengan apa cara sekalipun yang dibenarkan oleh syariat supaya mesej dakwah itu sampai kepada umat ini.



Segala puji bagi Allah yang telah mengutuskan Rasul-Nya untuk membawa petunjuk dan agama yang benar agar dapat ditonjolkan ke atas semua agama yang lain. Dia menjadikan Rasul-Nya sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan serta penyeru ke jalan Allah dengan izin-Nya, juga sebagia pelita yang menerangi. Dia menjadikan Rasul-Nya mempunyai suri tauladan yang baik bagi orang yang mengharapkan Allah dan hari akhirat serta banyak mengingati Allah. 


Ya Allah, cucurkan rahmat dan kesejahteraan serta keberkatan ke atasnya, ke atas ahli keluarganya, para sahabatnya serta mereka yang mengikutinya dengan kebaikan sehingga ke hari kiamat. pancarkan untuk mereka pancaran-pancaran rahmat dan keredaan yang mencurah-curah.


Salam Maulidur Rasul !!


@@@

Friday, February 03, 2012

Rahsia Solat Di Awal Waktu



Saya mendapat satu eMail pagi ini yang menceritakan rahsia solat di awal waktu. Agak menarik analisa dan fakta yang di utarakan.  Saya tidak tahu sumber asalnya, namun saya ingin berkongsi di sini untuk manfaat bersama.


Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?


Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. 



Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.


Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


****


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. 



Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. 


Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.


@@@

Wednesday, February 01, 2012

Ustaz Azhar Idrus Santai Tapi Ilmu Sampai

Fenomena Ustaz Azhar Idrus


Saya ingin syorkan Tuan2 membaca posting khas Ustaz Azhar Idrus oleh Mohd Sayuti Omar (MSO). Satu lagi posting beliau di sini perihal membawa anak muda menemui Tuhan selembut bayu


Mengikut MSO, "Ustaz Azhar Idrus menjinak dan memesrakan anak-anak muda dengan Tuhan dan Nabi menurut kaedah dan kepakaran yang ada kepadanya".


Alhamdulillah, dua buah posting yg mantop perihal UAI yang saya anggap "Fenomena UAI", berjaya menarik puluhan ribu orang ke Masjid terutama di area KL & Selangor. Anak muda dahagakan pengisian seumpama ini untuk sekelian lama. Dan UIA telah berjaya meroboh tembok pemisah antara majlis ilmu dgn orang ramai terutamanya kelompok anak muda. 


Sokonglah UAI dalam usaha dakwahnya, janganlah ada dengki dan irihati. Cara santai tapi ilmu sampai, bukan cara hebat tapi syok sendiri sebab hanya mampu menarik 70 org ke kuliah maghrib, itupun muka regular dan sebahagiannya terlena dalam majlis. 


Bak kata UAI, "Yang penting menang besar iaitu apabila kita dapat patuh kepada Allah dan Rasulullah". 


Saya petik kata2 MSO pada posting beliau, "Jadi biarlah dan berikan kebebasan kepada  Ustaz Azhar untuk menangani dan melayani anak-anak muda semahunya. Biarlah ia basah muka anak-anak muda dengan wuduk dan mengajak mendekati Allah secara popular. Jangan diusik dan jangan didengki kepadanya. Juga jangan ada sesiapa yang cuba hendak menumpang pengaruhnya. Apa yang perlu semua pihak sokong dia."



@@@

KONGSI KEK

Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini.  Antara ...