Friday, August 05, 2011

IKIM fm 4 Aug 11 - Interview SOT

Sudah 5 hari kita di bulan Ramadan. Bagaimana perjalanan amal soleh kita? Ingatlah perjalanan masa yang terus berjalan. Apa yang berlalu tidak bisa kembali. Apatah lagi masa yang berlalu. Sebanyak mana harta pun tidak boleh membeli detik masa yang berlalu itu. Begitulah juga dengan Ramadan ini. Besok sudah hari ke-6, lusa ke-7 dan seterusnya. Ramadan akan meninggalkan kita pula. Justru itu usah tangguh2 lagi dalam amal soleh. Ambil manafaat dari kemuliaan dan keistimewaan Ramadan ini. Jika tidak, kita akan melepas lagi sebagaimana tahun2 sudah.

Semalam jam 6:15ptg, saya di interview oleh DJ Maz di Radio IKIM perihal buku sulong saya RAMADAN TERAKHIR. Antara bicara yang dapat saya kutip adalah seperti berikut:

DJ: Adakah ini buku pertama yang ditulis dan mungkin boleh ceritakan sedikit pengalamannya?
SOT: Terima kasih dan Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh. Buku ini sebenarnya mencoretkan pengalaman saya sebagai orang awam yang menuntut ilmu, dari pembacaan, dari pemerhatian, dari pengalaman dan yang penting sekali dengan menghadiri majlis2 ilmu. Saya ingin menyampaikan ilmu balik ilmu yang saya dapat itu untuk dikonsi-kongsikan dengan insan-insan yang lain dan ianya mengenai kisah benar iaitu pengalaman saya dan konsepnya masa santai tapi ilmu sampai. Itulah konsepnya yang merupakan bacaan ringan yang menyentuh tarbiah ruhani, memotivasikan kita dan insyaAllah ia bukanlah merupakan buku yang akademik sangat.

DJ: Ini buku pertama ke atau pernah menulis sebelum ini?
SOT: Ini merupakan karya sulong saya. Jadi terima kasihlah kepada pihak Galeri Ilmu kerana memberi peluang merealisasikan hasrat saya ini.

DJ: Rasanya bila karya pertama mesti ada pengalaman yang hendak dikongsikan. Cabaran ke rintangan ke, kerana menulis buku ini bukanlah satu perkara yang mudah dan banyak cabarannya.
SOT: Saya sebenarnya mengambil masa yang lama untuk mengumpul bahan ini dan mengambil masa beberapa tahun dan tabiat saya sebenarnya dari dulu suka mengambil nota-nota semasa menghadiri majlis2 ilmu. Kemudian nota2 itu saya gubah menjadi artikel dan adanya saya post di blog dan sebagainya. Apabila bahan itu makin berkembang saya dapati sudah agak cukuplah untuk diketengahkan. Dan itulah awal tahun ini sebenarnya saya menghubungi beberapa syarikat penerbitan buku dan Alhamdulillah Galeri Ilmu memberi respon yang positif dan memberikan nasihat2 profesional untuk saya membaikmutu sehingga terhasilnya buku yang pertama ini, Alhamdulillah.

DJ: Sebenarnya kalau kita perhatikan di pasaran sendiri pun dah banyak buku2 dan ceramah agama mengenai bulan Ramadan ini. Lebih2 lagi kita sekarang ini sudah memasuki bulan Ramadan. Jadi apa sebenarnya yang mendorong En Hisham sendiri menulis buku ini walaupun orang kata dah ada banyak buku2 berkaitan Ramadan di pasaran?
SOT: Sebenarnya saya ingin berkongsikan ilmu, itu yang pertama. Dan saya dapati ramai antara kita ini menganggap Ramadan itu sebagai sesuatu yang biasa sahaja tapi hakikat sebenarnya Ramadan ini adalah sesuatu yang luarbiasa. Ianya merupakan satu anugerah Allah SWT yang mana kita sepatutnya menghargai dan melalui dengan memperbaikmutukan berbanding dengan Ramadan2 yang lalu. Sebab itulah terhasilnya buku ini ialah sebenarnya untuk memotivasikan kita. Persediaan kita sebenarnya untuk menghadapi kehadiran bulan Ramadan itu bermula daripada Rejab dan Syaaban lagi merupakan latihan intensif kita. Kemudian kalau ibarat permainan bola, pertandingan sebenarnya ialah di bulan Ramadan itu sendiri. Kemudian kalau kita tengok 10 Ramadan pertama itu adalah limpah rahmat daripada Allah SWT. Kalau kita analogikan permainan bola, ianya adalah peringkat awal. Kemudian 10 kedua itu merupakan keampunan insyaAllah daripada Allah SWT. Dari segi analogi main bola itu tadi lagi, ini di peringkat suku akhir dan separuh akhirnya. Kemudian 10 terakhir itu adalah pembebasan daripada azab neraka Allah. Itu merupakan kemuncak sepatutnya, merupakan final dalam permainan bola dan kita sepatutnya merebut. Motivasi kita ialah untuk merebut kejuaraan dan meraikan kemenangan. Jadi perjalanan itu yang saya cuba gambarkan dalam buku ini supaya kehadiran hari raya ataupun Syawal itu sebenarnya adalah untuk meraikan sesuatu kemenangan yang hebat. Itulah sebenarnya yang saya cuba sampaikan.

DJ: Apakah istimewanya buku ini berbanding dengan buku2 Ramadan lain di pasaran? Kerana tajuknyakah atau macamana boleh berikan tajuk RAMADAN TERAKHIR ini?
SOT: Ok terima kasih. Sebenarnya ramai yang bertanya saya kenapa diberi tajuk RAMADAN TERAKHIR itu. Jadi pertamanya salah satu dari 48 Bab yang ada dalam buku ini kalau tak silap saya bab yang ke-17 bertajuk Ramadan Yang Terakhir, cuma kita keluarkan 'yang' itulah. Keduanya, ada satu doa Rasulullah SAW yang popular yang bermaksud "Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dab Syaaban, serta panjangkan umur kami sehingga bertemu Ramadan." Maknanya apabila Allah menemukan seseorang itu dengan Ramadan, sebenarnya ia adalah satu perkara yang hebat. Jadi ia adalah satu anugerah dan keistimewaan daripada Allah SWT. Maka sepatutnyalah kita menyambut anugerah ini dengan penuh kesyukuran dan kemuliaan. Apatah lagi ada satu malam di bulan Ramadan yang nilaian ibadahnya mendapat ganjaran seperti ibadah yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Jadi ini sangat teristimewa. Kenapa RAMADAN TERAKHIR? Kerana kita mungkin juga tidak akan bertemu dengan Ramadan pada tahun hadapan kerana sudah mati. Kerana ingat titik kematian bagi setiap insan itu sebenarnya ada di depan mereka masing2. Kita tidak tahu bila. Kita janganlah ingat lambat lagi kita akan mati. Ianya adalah faktor yang diluar kawalan kita. Tiada siapa pun yang boleh jamin besok kita masih lagi hidup. Dan Ramadan tahun depan iaitu 1443 Hijriah, 12 bulan lagi ke depan. Jadi 12 bulan itu merupakan jangkamasa yang agak panjang. Tidak mustahil sesuatu mungkin berlaku sepanjang masa itu. Mungkin titik kematian kita berada di antara jarak 12 bulan ke hadapan ini. Ini sepatutnya menyedarkan kita bahawa Ramadan kali kemungkinan besar merupakan RAMADAN TERAKHIR kita. Kita sepatutnya memotivasi diri kita untuk membuat yang terbaik. Dan satu lagi kenapa RAMADAN TERAKHIR ialah kerana kita mestilah membuat yang terbaik. Cukuplah sudah kita mengamalkan ibadah puasa ini pada piawaian orang awam sahaja. Iaitu sekadar menahan dahaga, menahan lapar dan pergaulan suami isteri di siang hari. Kita sepatutnya meningkatkan level puasa itu kepada level yang kedua iaitu puasa khusus. Yang mana kita sepatutnya mengajak seluruh pancaindera kita untuk turut sama berpuasa. Kita puasa mata, janganlah melihat benda2 yang haram. Kita puasa telinga dari mendengar benda2 maksiat. Mulut kita lidah kita, kita puasa dari bercakap benda2 yang mungkar. Kaki kita tangan kita perut kita, seluruh pancaindera kita puasa. Kita buat yang terbaik seolah-olah kalau seorang pelajar, ia sedang menghadapi final exam yang akan menentukan samada dapat lulus cemerlang atau sekadar lulus cukup2 makan atau yang lebih teruk lagi ialah mendapat keputusan yang gagal. Jadi ini adalah amalan terakhir kita. So be the best that we can be. Itulah antara sebabnya saya menghasilkan buku ini.




DJ: Ya selalunya jika terakhir itu kita sepatutnya membuat yang terbaik. Jadi golongan manakah yang menjadi sasaran untuk buku ini? SOT: Buku ini kita kategorikan sebagai tarbiah rohani, buku motivasi. Target audience kita ialah mungkin golongan awal dewasa atau peringkat IPTA atau IPTS yang sudah dapat menilai tentang risalah Islam, risalah dakwah. Jadi saya fikir itulah target audience kita insyaAllah.




DJ: Dalam banyak2 bab ini ada satu bab yang agak menarik iaitu bab 40 mukasurat 150, bersedekahlah walaupun hanya sesikat pisang. Biasanya kita bila nak bersedekah ni selalu beri alasan saya duit sedikit la, duit cukup2 makan la, saya belum masak yang sedap2lah untuk bagi jiran2 dan sebagainya, tapi dalam bab ini dinyatakan bersedekahlah walaupun hanya sesikat pisang. Mungkin boleh komen sedikit berkenaan bab ini.
SOT: Ok terima kasih. Sebagaimana yang saya terangkan tadi bahawa buku saya ini bukan sekadar teori, ianya adalah praktikal yang boleh diamalkan. Kegemaran saya ialah menanam pokok pisang di laman rumah jadi satu hari tu saya tanam pisang, saya kira2 dah 10 batang pisang yang saya tanam. Jadi saya terfikir kalaulah 10 tandan pisang ini menguning sekaligus pasti tidak habis dimakan. Jadi bila Allah kurniakan rezki itu bolehlah kita kongsi2kan dengan jiran tetangga. Saya teringat seorang Ustaz pernah berseloka, katanya saya pun naik hairan kenapa orang suka sangat bersedekah pisang kat masjid kat surau daripada dulu sampai sekarang. Jadi sememnagnya pisang ini amat popular sebagai jariah di masjid. Mungkin kerana khasiatnya iaitu kaya dengan vitamin C dan mineral, praktikal dan senang untuk dimakan. Yang penting ialah niat bersedakah itu. Mana yang lebih elok antara orang yang bersedekah pisang di masjid dengan orang yang tak bersedekah pisang. Tentulah orang yang bersedekah pisang itu lebih baik jika niatnya ikhlas nawaitu kerana Allah. Begitu juga kita sering mendengar komen berhubung dengan sedekah RM1 dulu sampai sekarang, saya dulu pun memberi komen yang sama tapi kini tidak lagi kerana saya sudah faham apa yang lebih utama di sini, mana yg lebih baik orang yg bersedekah RM1 dulu kini dan selamanya berbanding dgn orang yg dulu sampai sekarang tak bersedekah. Sedikit tapi istiqamah jauh lebih baik dari banyak tapi sekali sekala, kita tak payah mengutuk orang, tapi buatlah sesuatu untuk mencari redha Allah bukan mencari redha manusia. Sempena bulan Ramadan banyakkanlah bersedekah dan berjariah walupun sesikat pisang.

DJ: Pada cover belakang, saya tertarik dengan coretan "Cukuplah kita bodoh dan diperbodohkan selama ini. Kita tidak mahu jadi bodoh selama-lamanya. Marilah kita jadi cerdik pada Ramadan kali ini dan seterusnya", mungkin ada yang ingin dikomenkan..
SOT: Kadang kita tertipu dengan diri kita sendiri, kita berpuasa di siang hari tapi kita masih melakukan maksiat, kita masih mengumpat, masih tidak menutup aurat dan sebagainya. Bodohlah kita contohnya pantang meninggalkan solat terawih di surau di masjid tapi tidak berpantang untuk meninggalkan solat fardu seperti subuh dan zohor. Nampak hebat di depan manusia tapi hakikatnya kita bodoh di depan Allah dan hanya menipu diri sendiri. Coretan di belakang ini mengajak kita untuk usah jadi bodoh lagi. Kita boleh buat2 bodoh tapi jangan betul-betul bodoh. Buat benda sunat dan meninggalkan benda yg fardu.




DJ: Apa harapan SOT mengenai buku ini?
SOT: Saya teringat seorang jemaah di Masjid as-Salam, seorang wargatua bangun masa bersoal jawab dengan penceramah, mengangkat tangan dan bertanya, ustaz masyarakat kita ini masih lagi bermasalah, apakah majlis2 ilmu tidak berkesan mendidik masyarakat. Jadi ustaz pun menjawab, "saya ni menyampaikan kuliah maghrib setiap malam bermakna saya boleh pergi maksima 7 masjid shaja seminggu. Apabila saya berceramah jemaah yang ada 70-80 org dan 80% jemaah yg regular. Kebanyakan mereka dah ok sebenarnya, yg bermasalah ialah masyarakat di luar sana, selalunya majlis ilmu yg diadakan ini mesejnya tak sampai kepada masyarakat di luara sana. Saya setakat ini saja yang boleh buat. Sebagai muslim jemaah yg mendengar, menjadi tanggungjawab untuk kita untuk menyampaikan balik mesej dakwah ini dan berkongsi ilmu yang kita dengar ini supaya ilmu berkembang sebab sifat kita mudah lupa, atau kerana bila sampai ajal maka ilmu itu turut berkubur bersama kita jadi rugilah."


Dengan semangat itulah saya menghasilkan buku ini untuk berkongsi ilmu yang saya dapat kepada ahli masyarakat. Itulah harapan saya supaya pembaca yang membaca buku ini, sekiranya mendapat satu dua ilmu dari buku ini sampaikan juga kepada orang lain supaya ilmu berkembang. Atau jadikan ini sebagai hadiah atau cenderahati di musim perayaan atau semasa menyambut Ramadan ini. Kalau biasa kita beli baju atau t-shirt bagi dekat adik kita, kakak kita, jadi tahun ni kita beri buku. Harga RM19 campur pembalut hadiah RM1, pekej RM20. Kepada kawan2 yg kenduri kawin instead of bagi duit RM20 dalam sampul, maka hadiahkan buku. Saya rasa ini lebih elok. Ilmu yang ada akan berkembang dan berkembang. Manafaatnya bukan setakat untuk kita yang hidup tapi berpanjangan sampai hingga ke alam barzakh jika ilmunya bermanfaat.



@@@

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan


Ramadan datang lagi. Tetamu Allah yang mulia untuk umat ini. Apabila kita muliakan kunjungan Ramadan ini, maka harap-harap Allah muliakan kita pula. Sudah bersediakah kita menerima tetamu agung ini?

Bagaimana minda kita? Apakah Ramadan ini bulan berlapar, bulan gastrik, atau bulan bazar ramadan? Atau Ramadan ini bulan ibadah, bulan keuntungan, bulan terhebat? Bersediakah minda ini untuk memahami kemuliaan Ramadan? Pemikiran yang mesti bersedia meletakkan Ramadan pada perspektifnya. Maka langkah pertama, hari ini ialah set minda kita betul-betul bahawa aku ini akan bertemu sebuah bulan Agung. Tidak semua orang akan meraih keuntungan Ramadan ini. Aku antara orang yang Allah pilih untuk bertemu Ramadan tahun ini. Jika minda sudah di set betul2 maka mungkin kita boleh bergerak ke langkah seterusnya.

Hati kena siap siaga. Walau lapar dahaga dan penat namun hati tetap sabar. Hati yakin akan janji-janji Allah. Gagal melakukan kebaikan adalah suatu kerugian besar. Hati jangan lalai. Hati kena bersih dari sifat2 mazmumah seperti riak, ujub, shubahah, masyhur, hebat dan takabbur. Hati mesti bebas dari sangka jahat. Bersihkan hati untuk menghadapi Ramadan ini. Hati hanya mengharap redha Allah.

Seluruh pancaindera kena besedia untuk berpuasa. Otak, mata, telinga, lidah, kaki, tangan, perut, semua sudah bersedia berjuang? Apapun pekerjaan dan aktiviti mesti bertanya satu soalan cepu emas, boleh masuk syurga? Jika syurga idaman hati maka berharaplah untuk mendapat redha Allah dengan melakukan tindakan yang boleh mendekatkan kita di Ramadan ini dengan limpah rahmat Allah, semoga melayakkan kita mendapat anugerah keampunan dari Allah. Semoga perjalanan ini akan berakhir dengan 'happy ending' iaitu anugerah sebuah sijil akujanji dari yang Maha Esa bahawa si polan bin si polan Bebas Dari Azab Neraka Allah.

Aku berazam untuk ibadah sungguh-sungguh. Aku akan berterawih sepanjang ramadan ini. Aku akan baca al-Qur'an pada setiap kelapangan. Aku akan hafal surah Yaasin, insyaAllah. Aku akan berjemaah solat fardu lima kali sehari semalam. Aku akan bangun malam untuk solat tahajjud dan witir. Aku akan berbicara perkara baik2. Telingaku tidak akan mendengar benda2 maksiat. Mataku aku tutup dari melihat benda mungkar. Aku akan bangun bersahur walau sebiji tamar dan seteguk air kerana bersahur ini sunnah Rasulullah.

Aku akan tutup aurat bukan sekadar bila ke masjid atau ke surau, tetapi menutup aurat di luar masjid dan surau. Aku berharap mendapat keampunan daripada Allah sebelum Ramadan berakhir. Zikrullah akan sentiasa di bibirku. Ringan tanganku untuk bersedekah dan infak di jalan Allah. Majlis2 ilmu akan menjadi saksi kehadiranku.


Ramadan hanya sebulan. Sekejap saja ia akan berlalu. Jangan tangguh2, semarakkan ibadah. Pandai2lah menyusun masa yang Allah beri 24 jam sehari semalam itu. Marilah bersama-sama kita wujudkan suasana ibadah. Zahirkan kecintaan pada Allah dan Rasullullah. Mudah-mudahan Allah memberi nilaian kebajikan untuk ibadah yang diiringi keikhlasan itu.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan.

@@@

Saturday, July 23, 2011

Dosa Di Pandang Ringan?

Sudah banyak kejadian di depan mata perihal ujian kekayaan dan kesenangan yang Allah berikan telah menyebabkan seorang yang sopan menjadi kurang ajar, seorang kawan baik bertukar menjadi kawan yang menyakitkan hati, anak yang hormat orang tua menjadi sebaliknya, jiran yang ramah sudah jadi angkuh dan hidung tinggi, surirumah yang pendiam kini menjadi sombong dengan gelang dan rantai emas yang di jaja ke hulu ke hilir memberitahu setiap orang bahawa aku kaya, aku banyak harta.


Hidup Selesa Di Lubang Kubur?



Maka ujian kaya dan kesenangan dunia itu sebenarnya merupakan ujian yang amat berat bagi hamba Allah yang lemah akidah, kurang ilmu, atau cerdik sombong dan bodoh tak boleh ditegur. Ramai yang gagal dalam ujian ini. Aku sudah tidak perlu sesiapa lagi kerana aku ada harta.



Orang yang dulunya kita kenali sebagai seorang yang lemah lembut dan tidak pernah meninggi diri tapi kerana kini sudah diberi rezki oleh Allah dan nampak bergaya dengan kesenangan dunia mula lupa diri, tidak lagi bersyukur atau menjaga akhlak yang baik. Makin banyak kemungkaran yang dilakukan dan makin kurang kebajikan yang dicari. Majlis-majlis ilmu bukan tempat pilihan lagi. Pahala bukan lagi rebutan dan dosa pula dianggap enteng dan ringan saja. Seolah-olah dunia aku yang punya.



Bukankah kita pernah mendengar ungkapan bahawa "Dunia Dicipta Untuk Manusia, Manusia Dicipta Untuk Akhirat." Betulkah ungkapan ini? Atau sekadar mitos bukan realiti? Dunia yang dikejar maka dunialah yang didapat. Kita tidak harus pelik. Bukankah dunia dicipta untuk manusia? Tapi sekadar itu sajalah. Kerana apabila mati anak Adam, dunia ditinggalkan untuk manusia lain pula berfoya-foya. Harta bertimbun akan di enjoy oleh anak2 dan sekian waris yang ditinggalkan. Yap, think about it Bro.




Aku sudah rimas melihat manusia yang gagal menempuh ujian kekayaan harta kebendaan ini. Si papa kedana pun sama. Tadi kulihat di Kedai Toto, ramai juga orang melayu beli nombor ekor. Kerana apa? Mengejar dan mencari hingga ke lubang cacing harta dan kesenangan dunia. Keberkatan dan pahala sudah tiada dalam pertimbangan. Objektif utama ialah mendapat hadiah lumayan wang ringgit. Keputusan cabutan nombor ekor ini di tunggu untuk ditatap disetiap petang dengan penuh harapan untuk menjadi orang kaya. Dosa dipandang ringan. Dosa sudah tidak menjadi pertimbangan.




Manusia terus gagal dalam ujian yang Allah berikan. Kalau aku kini sudah memandu kereta mewah, mana setaraf aku bersamanya lagi. Kalau akaun bank aku sudah begitu isinya, mana standard aku bergaul dengan orang2 biasa ini lagi. Kalau dulu nampak juga mukaku di surau, mana mungkin aku berada di surau sekerap dulu lagi. Banyak urusan yang aku kena bereskan. Kalau aku ditimpa kesusahan mungkin aku akan kembali kerap ke masjid dan surau. Pahala bukan menjadi rebutan lagi. Dosa di pandang ringan?




Kadang tu menghadiri majlis ilmu di surau atau masjid tidak lagi ikhlas untuk mencari ilmu dan mendapat keberkatannya. Ia di jadikan medan untuk membuka kelab bual. Mungkin duduk berseorang di rumah agak bosan, jadi elok aku ke surau dapat juga bukak cerita dengan kawan2 seperjuangan. Mengumpat sana, mengata sini, tunjuk gelang emas baru beli, cerita hal dunia yang tiada penyudah. Sampaikan orang sebelah yang memang ikhlas cuba mencari sedikit ilmu dari penceramah itu pun sudah hilang konsentrasi. Manusia begini bukan saja hidup sia-sia tapi menyusahkan pula orang lain. Dosa yang baginya ringan.




Muhasabah diri, insyaAllah. Kembalilah ke pangkal jalan sebelum bertemu titik kematian di hadapan sana. Mati itu pasti. Ingat mati. Destinasi kita ialah Akhirat sana. Syurga seorang Muslim ialah di Akhirat, bukan di dunia ini. Jangan bangga diri. Sila sedar diri.




@@@

Jadi Ahli Ibadah


Wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali RA.


Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.


Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.



***Sama-sama kita renungkan...

  • Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
  • 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.
  • Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.


saya petik dari
blog Anak Hj Amir....TQ sir.

@@@

Thursday, July 21, 2011

Berebut Mencari Pahala?

Adakah kita berebut mencari pahala? Adakah kita memandang dosa itu ringan? Itulah soalan minda yang dilontarkan oleh Cikgu Kamarulzaman malam tadi pada kuliah maghrib dalam slot 'perbandingan agama' kepada para jemaah yang hadir. Tambahnya lagi, ada satu program di TV Hijrah pada pukul 9:00 pagi setiap Ahad yang memaparkan konsep 'practical joke' ala-ala program Bang Bang Boom. Cuma yang bezanya ialah program ini memasukkan eleman Islamik ke dalamnya.



Contohnya slot beberapa minggu lalu menguji sikap pengguna sebatang jalan untuk mengalihkan rantingan pokok yang melintang jalan, sesuai dengan hadis Rasulullah SAW - Daripada Abu Hurairah r.a mengatakan, bahawa nabi s.a.w bersabda: “Ketika seseorang berjalan ke suatu jalan, kemudian didapatinya sepotong duri di jalan itu, lalu dibuangnya, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya.”

Ramai pemandu yang hanya mengelak dari melanggar halangan itu dan meneruskan perjalanan. Di penghujung jalan itu apabila ditanya ada yang menjawab, saya sibuk, saya nak cepat, saya ada urusan, dan sebagainya. Pemandu yang berhenti dan mengalihkan halangan itu telah diberikan trofi bagi meraikan usahanya yang selari dengan maksud hadis di atas. Beruntunglah orang yang berebut mencari pahala.



Program-program TV haruslah berteraskan mendidik ahli masyarakat kepada kebaikan mengikut syariat. Tapi sayangnya majoriti siaraya di TV dan Radio adalah berteraskan hiburan yang lara semata-mata. Namun kehadiran TV Hijrah dan Radio IKIM sedikit mengubat kedukaan.



Tadi saya baru menghadiri sebuah majlis ilmu dalam slot mingguan tazkirah zohor di surau syarikat tempat saya bekerja. Ustaz Abdul Hakam membacakan tafsir surah al-Baqarah ayat 266-268. Antara yang dibentangkan ialah kepentingan sedekah yang ikhlas termasuklah sebarkan salam, memberi jamuan makan, menjaga silaturahim, dan berdoa untuk kebaikan saudara kita.



Ustaz memberikan analogi betapa jika ada program Qiyamullail bermula jam 4:00 pagi di masjid maka iklan akan di war-warkan bagi mengajak ahli khariah datang ke masjid bagi menyertainya. Berbeza dengan perlawanan bola di TV dimana kedai2 mamak tidak perlu untuk mengajak orang ramai hadir tetapi mereka sendiri yang akan bangkit dan hadir pada pukul 4:00 pagi untuk beramai-ramai berjemaah menonton siaran langsung perlawanan bola itu. Berebut mencari pahalakah kita?



Ada kisah sahabat yang telah ber qiayamullail selama 40 tahun. Katanya 20 tahun pertama amatlah berat dan payah. Manakala 20 tahun kedua berubah menjadi senang, ringan dan penuh kemanisan. Naluri ibadah ialah kalau sudah biasa maka akan terlahirlah kemanisan. Maka teruskan usaha untuk mebiasakan diri, berebut mencari pahala.



Dalam persoalan memberi salam, Ustaz menjelaskan ungkapan selamat pagi, natijahnya pagi yang selamat. Selamat malam, malam yang selamat. Good afternoon, maka afternoon yang good. Ungkapan salam yang memberi pahala ialah Assalamualaikum. Ia tidak boleh ditukar ganti dengan ungkapan Salam 1Malaysia misalnya. Tiada balasan pahala di sana untuk ungkapan2 salam ciptaan manusia ini.

Dalam bab bersedekah, Ustaz berkata kita kena bersedekah yang terbaik, benda yang berkualiti yang kita sayangi. Barulah ada nilaiannya di sisi Allah. Kalau nak sedekah juadah berbuka maka masaklah masakan yang terbaik. Belilah kueh-mueh yang berkualiti untuk disedekahkan pada jiran sebelah.

Sifat orang maha kaya ialah masih memerlukan wang, tidur dan makan. Namun sifat Allah Maha Kaya tidak memerlukan semua itu. Itulah sebenar-benar kaya. Sedekah itu adalah akaun untuk akhirat. Akaun ini boleh membantu pemiliknya mendapat kesenangan hidup di Akhirat yang kekal abadi itu. Maka rajin2lah kita bersedekah.



Akhirnya Ustaz menyatakan ada satu mazhab baru muncul di negara kita iaitu ahli sunat-wal-jumaat. Mengutamakan yang sunat dan melekakan yang fardu. Jumaat jaga betul, khutbah tidur. Solat raya jaga betul tak boleh miss melimpah ruah masjid dan surau. Solat fardu yang wajib satu saf penuh pun payah. Berjemaah terawih ramai betul, berjemaah solat2 subuh, zohor dan asar sikit bebenau...ish ish.



Ada satu kisah disebuah daerah. Kisah di malam raya. Tu dia time solat maghrib dan isyak, kosong masjid. Pak Imam dan bilal pun miss in action. Maklumlah besok nak raya, masing2 sibuk nak beraya. Yang hebatnya, time pukul 10malam bila dah di war-warkan kat TV esok raya, maka ramai lah orang berkumpul. Tujuannya nak pi takbir rumah ke rumah. Tu dia takbir sakan. Pukul 3:00 pagi baru habis. Penat bertakbir raya punya pasal langsung miss solat subuh. Tapi elok solat raya melimpah ruah la pulak masjid, siap buat khemah sambung. Mana lebih utama - solat sunat berjemaah ke, solat fardu berjemaah? Jawab jawab.


Kenapa takut harimau? Sebab kita kenal harimau. Kenapa tak takut Allah? Sebab tak kenal Allah. Kita kena kenal Allah baru lahir rasa takwa. Rasa takut pada Allah dengan meninggalkan segala larangannya dan membuat segala suruhannya. Bila kenal Allah, dan kita terlanjur buat dosa maka bersegera kita mohon ampun dan menyesali perbuatan dosa kita itu dan menanam azam untuk tidak mengulanginya. Kita taubat dan mengharap keampunan dari Allah SWT. Kita tidak mampu menghadap azab api neraka Allah. Memandang dosa itu beratkah kita? Berebut mencari pahalakah kita?



@@@

Wednesday, July 20, 2011

Mana Milik Kita?

Hari ini hujan turun di tengahari. Alhamdulillah. Kepanasan tengahari berganti dengan kedinginan yang mengiringi hujan. Itulah kuasa Allah.

Semasa duduk di bangku surau untuk membuka kasut, sempat bertegur sapa dengan seorang teman sekerja. Kata saya, "Kita ini tiada kepayahan, melainkan kepayahan itu Allah yang bagi. Kita ini tiada kesenangan, melainkan Allah yang bagi." Hj Hashim teman saya itu mengangguk-angguk. Hj Hashim ini seorang muslim Jepun yang berkahwin dengan warga Malaysia.

Kita ini tiada penyakit, melainkan Allah memberi penyakit itu. Maka bergantung haraplah pada Allah mohon disembuhkan penyakit kita itu. Dialah yang berkuasa menyembuhkan penyakit kita itu. Namun jangan lupa makan ubat dan berusaha berubat. Itu menjadi asbab untuk Allah memberi kesembuhan itu. Tapi bukan ubat itu yang menyembuh, tapi Allah yang menyembuh. Buktinya kata saya, "Jika Hj Hashim makan ubat dan saya makan ubat itu. Pening kepala Hj Hashim hilang, tapi pening kepala saya tidak pula hilang." Hj Hashim terus mengangguk-angguk tanpa bersuara. Saya pun bangkit untuk mengambil wudhuk.

Ustaz Zahidi tempoh hari menjelaskan apa yang berlaku tidak terlepas dari Allah. Kesemua dari Allah. Apabila ditimpa sesuatu penyakit atau sesuatu dugaan dan cabaran kecil atau besar, maka ucapkan Alhamdulillah. Kerana ia anugerah Allah.

Marilah kita sama-sama mencari kemuliaan di bulan Syaaban. Maka berjinak-jinaklah dengan Allah. Basahkan bibir dengan zikrullah. Bimbang Allah tarik balik nikmat ibadah. Harap Allah terima ibadah kita. Harap Allah memanjangkan usia kita untuk dapat bertemu bulan Ramadan.

Janganlah hendaknya ibadah puasa kita tahun ini menjadi puasa balas dendam lagi. Setelah penat berlapar dan kehausan di siang hari maka kita balun sakan semasa berbuka itu. Kita balas dendam atas kelaparan tadi. Ucapkan selamat tinggal untuk puasa balas dendam.

Ibadah puasa ini untuk melahirkan ketakwaan. Suloh dengan matahati takut taat tidak diterima Allah. Supaya Allah terima maka ikhlas dalam ibadah, maka harap Allah terima. Takut dosa tidak diampun Allah, maka banyakkan beristighfar.

Hal ibadah ini, kena ada orang selalu mengingatkan. Maka sentiasalah hadir ke majlis ilmu. Janganlah tidak hadir majlis ilmu melebihi 3 hari takut hati mati. Kita belajar, belajar, dan belajar untuk cari ilmu bagi suloh diri untuk kenal diri untuk kenal Allah. Kita takut tanggal iman tanggal Islam atau rusak iman. Maka sediakan ilmu. Bersihkan hati.

Semalam saya menonton sebuah video di laman web thedeenshow.com mengenai seorang penyanyi rap UK yang terkenal berasal dari Jamaica. Dia telah mendapat hidayah dan memeluk Islam. Katanya dia telah mendapat segala kemewahan dalam hidup, namun apabila ia mendapat semua itu dia masih merasa kekosongan. Apabila seorang kawannya bercerita perihal Islam, tentang 'Judgement Day' bagaimana setiap perlakuan kita di muka bumi ini akan di kira. Dan bagaimana seseorang itu bertanggungjawab atas segala perlakuannya. Maka pada detik itulah hidayah Allah menusuk ke jiwanya untuk menerima Islam, dan kini dia menjadi pendakwah untuk berkongsi pengalaman hidup dan mengajak anak-anak muda yang tiada arah tuju itu untuk di bimbing menuju jalan yang lurus. Perubahan dari seorang rapper tersohor menjadi pengajak kebenaran. Semuanya atas bidang kuasa dan pengetahuan Allah.

Ya Allah tempatkan kami ke tempat yang mulia. Takut dan harap. Tiada pada yang lain kecuali Allah. Harap Allah temukan kita dengan Ramadan. Ramadan bukan biasa-biasa tapi luarbiasa. Berilah sambutan yang luarbiasa. Sebelum itu buat persediaan rapi luarbiasa di ruang 12 hari bulan Syaaban yang berbaki ini.

Mari kita renung bait2 lirik lagu dendangan Rabbani ini:-

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja

Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan

Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah

Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah

Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Lirik: Rabanni - Mana Milik Kita

@@@

Thursday, July 14, 2011

Buku RAMADAN TERAKHIR

Buku RAMADAN TERAKHIR karya SOT



Hidup ini ibarat sebuah perjalanan yang jauh menuju akhirat. Destinasi akhir kita ialah akhirat. Saya teringat sebuah ungkapan - Dunia ini dijadikan untuk manusia, dan manusia dijadikan untuk akhirat. Maka benarlah bahawa hidup didunia hanya sekadar jambatan untuk ke akhirat. Walau pun kehidupan dunia cuma sementara tetapi ianya sangat signifikan. Kerana apa? Kerana adanya 'judgment day'. Setiap perlakuan kita di dunia ini akan dinilai kesemuanya, tiada yang ketinggalan. Amal yang sebesar biji sawi pun akan tetap diambil kira.


Dalam perjalanan ini kita akan menempuh satu titik iaitu detik kematian. Mungkin 1km lagi, mungkin 2 km lagi. Mungkin 1 bulan lagi, mungkin 6 bulan lagi, mungkin 2 tahun lagi. Kita tidak tahu bila detik kematian kita. Namun ia sudah termaktub di Luh Mahfudz.


Hakikatnya setiap pagi kita bangkit dari tidur, ia akan mendekatkan kita sehari lagi kepada detik kematian itu. Semua yang lain itu hanya asbab semata. Ada orang mati kerana kemalangan jalanraya, ada yang mati kerana jatuh ditimpa tangga. Kita berjalan ke depan dan di depan sana ada menanti sebuah kematian untuk diri kita. Suspen bukan untuk difikirkan?


Ramai sudah teman2 seperjuangan kita atau kawan2 sekelas kita samada di sekolah rendah atau di sekolah menengah dulu yang sudah meninggal dunia. Tapi aku masih bernyawa. Untuk berapa lama lagi?


Semalam anak bekas CEO syarikat tempat saya bekerja meninggal dunia pada usia 21 tahun. Dia terjatuh dan kepalanya terhantuk ke lantai. Namun dia bangun dan masuk ke bilik untuk tidur. Namun rupanya tidurnya malam itu untuk selamanya. Siapa sangka? Tidak siapa menyangka termasuklah ibu dan bapanya. Mengikut logik akal, ibu dan bapanya sepatut mati dulu. Tapi ingat, kematian itu tidak mengenal usia.


Sesampainya manusia pada titik kematiannya maka matilah dia. Expired date yang tidak mungkin disambung hayat. Tidak seperti lesen memandu yang apabila tiba tarikh luput boleh disambung untuk jangkahayat satu tahun lagi dengan membayar RM30 kepada JPJ.


Saya mengahadiri pengkebumian arwah di tanah perkuburan di perkarangan Masjid al-Reduan Ulu Klang. Lubang kuburnya begitu sempit. Jenazah dibaring mengiring mengadap dinding tanah. Gumpalan tanah memenuhi ruang kubur, maka bersemadilah jasad yang tidak bernyawa itu di dalam lubang kubur yang dikambusi tanah itu. Asal manusia dari tanah maka kembalinya ke tanah juga. Tahlil di baca oleh imam muda. Hi Abdul Hadi, hari ini terputuslah hubunganmu dengan dunia. Bersemadilah kamu di kubur ini sehingga hari kiamat. Kamu akan didatangi oleh malaikat yang bertanya siapa tuhan kamu? Maka jawablah Allah tuhanku...


Hadirin yang mengiringi pengkebumian ini agak ramai. Setelah tahlil arwah dan doa diaminkan maka tibalah masanya para hadirin bergerak pulang. Benarlah orang yang mengiringi akan pulang, harta yang dimiliki akan ditinggalkan, cuma yang dibawa ke lubang kubur ialah kain kapan bewarna puteh yang akan reput dalam beberapa hari. Yang dibawa lagi ialah amal baik dan amal buruk yang akan di hisab suatu masa nanti.


Terputuslah hubungan anak Adam apabila mati kecuali 3 perkara iaitu doa anak yang soleh, amal jariah, dan ilmu bermanafaat yang diamalkan. Menyedari hakikat ini saya yang telah berpeluang menyedut oksigen Allah selama hampir 48 tahun ini tidak mahu ilmu di dada hilang begitu saja bersemadi bersama jasad yang terkujur layu. Itu yang akan berlaku jika ilmu di dada tidak dikongsi dengan manusia lain. Tabiat ilmu ialah makin berkembang apabila di sebarkan dan menjadi hilang atau lupa apabila dipendamkan.



Sepanjang perjalanan kehidupan ini, sedikit sebanyak ada ilmu2, kisah2 tauladan, dan hikmah2 yang telah dikutip. Kebanyakannya dari kesempatan menghadiri majlis2 ilmu seperti ceramah perdana, kuliah2 maghrib, dan tazkirah2 ramadan di surau dan masjid. Juga melalui pengalaman hidup, pembacaan dan pemerhatian. Yang penting ialah pandang dan fikir tentang kehebatan alam dan kejadian ciptaan Allah SWT.


Tabiat rutin saya ialah mencatit nota pada majlis2 ilmu, membuat artikel, dan mengumpul maklumat. Merintasi masa, saya kumpul2kan sehingga menjadi sebuah manuskrip buku. Objektif saya untuk berkongsi ilmu di dada dengan insan yang lain agar ada manafaatnya dan supaya ilmu itu dapat berkembang bukan hilang begitu sahaja.


Sampai masanya saya pun menghantar manuskrip ini kepada beberapa syarikat penerbitan buku terkemuka tanahair. Alhamdulillah Galeri Ilmu memberi respon yang positif melalui perantaraan editor kanannya. Panduan dan nasihat profesional diutarakan untuk saya patuhi sehingga akhirnya buku hasil karya sulong saya ini dihantar untuk cetakan pada penghujung bulan Jun 2011. Tajuk buku ini ialah Ramadan Terakhir. Setebal 197 mukasurat dengan harga RM19.


Kenapa Ramadan Terakhir? Kerana Rasulullah SAW pernah berdoa, "Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban serta panjangkan umur kami sehingga bertemu Ramadan." Maknanya apabila Allah menemukan seseorang itu dengan Ramadan, sebenarnya ia adalah perkara luarbiasa, bukan perkara biasa2. Ianya adalah 'privilage'. Ia adalah anugerah yang hebat. Satu keistimewaan dari Allah SWT kepada hamba-Nya. Maka sepatutnya kita menyambut anugerah ini dengan penuh kesyukuran dan kemuliaan. Apatah lagi ada satu malam di bulan Ramadan itu nilaian ibadahnya mendapat ganjaran seperti ibadah lebih baik dari 1000 bulan. Teristimewa.


Kenapa Ramadan Terakhir? Kerana kita mungkin tidak akan bertemu dengan Ramadan pada tahun hadapan kerana sudah mati. Kerana ingat, titik kematian setiap insan itu ada di depan mereka masing2. Jangan ingat lambat lagi nak mati. Ianya faktor yang diluar kawalan kita. Dan 12 bulan untuk bertemu Ramadan yang akan datang itu adalah jangkamasa yang panjang. Tidak mustahil 'expiry date' seseorang itu ada didalam ruang waktu 12 bulan itu. Think about it.


Kenapa Ramadan Terakhir? Kerana kita mestilah membuat yang terbaik. Cukuplah sudah kita mengamalkan ibadah puasa pada piawaian orang awam, iaitu sekadar menahan lapar, dahaga, dan tidak bersetubuh di siang hari. Berusahalah untuk mencapai puasa khusus iaitu puasa yang mengajak pancaindera lain juga untuk turut berpuasa. Puasa mata dari melihat yang haram, puasa mulut dari bercakap yang mungkar, puasa telinga dari mendengar perkara maksiat, puasa kaki, tangan, perut, lidah, dan semuanya. Buat yang terbaik seolah-olah inilah final exam yang menentukan untuk lulus cemerlang atau lulus sekadar cukup makan atau yang lebih teruk lagi mendapat keputusan gagal. Ini ialah Ramadan terakhir. Be the best you can be.


Buku sulong karya saya ini menyentuh persediaan ke medan juang. Ibarat bermain bola, latihan intensif yang wajar dimulakan pada bulan Rejab. Diikuti latihan khusus dan perlawanan2 persahabatan di bulan Syaaban untuk memantapkan diri secara fisikal dan mental bagi menempuh pertandingan sebenar di bulan Ramadan al-Mubarak. Tanpa sistem latihan yang mantap sudah tentu peluang untuk menang dan meraikan kejayaan turut pudar. Mana ada pasukan bola ke Piala Dunia yang berjaya tanpa latih tubi yang sistematik?


Apabila Allah SWT memberi keistimewaan untuk kita bertemu dengan Ramadan pada tahun ini maka sambutlah ia dengan penuh kesyukuran dan kesedaran. Ambil peluang yang diberikan ini untuk meraih segala keuntungan dan kemenangan. Di sini saya berkongsi ilmu yang saya dapati dari pengalaman ibadah dan majlis2 ilmu yang dibimbing oleh para2 daei', iman dan lebai. Pengalaman melalui bulan yang penuh magik ini memberikan kenikmatan yang luarbiasa hebat. Maka perkongsian dalam bentuk santai tapi saya mengharapkan ilmu sampai. Semoga ilmu yang bermanfaat terhasil dari coretan demi coretan pada setiap lembaran 49 bab yang dipaparkan.


Akhirnya hasil dari tarbiyah Ramadan itu sendiri. Apakah mampu membawa sesuatu perubahan positif kearah mendekatkan diri pada Illahi? Atau sekadar di pinggiran, balik ke takuk lama atau lebih membawa mudarat dari berkat? Apakah beraya sakan macam orang hilang ingatan? Dan masih malambat2kan solat tiang agama. Atau terus tidak solat dan tidak menutup aurat macam biasa? Sendiri mencari jawabannya.


Milikilah buku Ramadan Terakhir keluaran Galeri Ilmu ini yang masih hangat dari kilang. Sesuai juga di buat hadiah untuk rakan dan taulan. Semoga ada barokah dalam penghasilan buku ini dan mencapai objektif untuk mencari redha Illahi dengan berkongsi ilmu yang ada untuk manfaat semua.






@@@

Saturday, July 09, 2011

Hak Rakyat Bersuara



Rakyat Sudah Muak Dan Bangkit Menyuara Pendapat

Hak rakyat bersuara menjadi nyata siang tadi. Apabila KPN mengatakan hanya 5,000-6,000 orang sahaja yang berhimpun dan TV3 pula melapurkan kurang lebih 600 orang sahaja yang berkumpul maka sekali lagi datang rasa meluat macam nak muntah. Kerana sekali lagi rakyat hendak ditipu.

Bak kata pengerusi Bersih, kita menuntut supaya di bersihkan sistem pilihanraya yang ada, berhentilah dari menang dengan cara menipu. Satu permintaan yang murni dan gentleman. Tapi nampaknya ia ditentang bagai nak rak, seolah-olah hidup mati parti memerintah bergantung di situ, di tipu daya yang masih berbaki.

Setuju benar dengan pengorbanan Pak Samad yang berkata saya luangkan sibuk tua saya di sini untuk megindahkan sistem pilihanraya yang ada bukan untuk mengotorkannya. Sepatutnya semua pihak memberi sokongan itu.

Tahniah warga tercinta kerana perjuangan ini. Sesungguhnya sesuatu perubahan itu tidak datang bergolek. Ianya satu perjuangan yang panjang. Kesemua 1667 yang ditahan khabarnya akan dibebaskan semuanya malam ini. TG Hj Hadi & Dato Ambiga juga sudah dibebaskan pukul 6:30ptg tadi.

Akhirnya mari kita hayati kata2 TGNA - Yakinlah, perjuangan menuntut keadilan ini pasti akan berjaya. UMNO pasti akan jatuh tersemban juga akhirnya. Tentangan dan penindasan ini hanyalah tanda perjuangan keadilan akan berjaya. Umpama layang-layang yang tidak akan terbang melainkan dengan melawan angin, begitu juga dengan perjuangan, tidak akan berjaya melainkan dengan menghadapi tentangan!


Video credit to this blog.

@@@

Monday, July 04, 2011

Kita Kini Di Bulan Syaaban

Alhamdulillah Allah SWT ketemukan kita dengan bulan Syaaban. Semoga kita tidak sia-siakan bulan yang mulia ini. Bulan ini penuh dengan kebaikan dan sangat penting sebagai medan perjuangan dan ujian sebelum kita melangkah ke bulan Ramadhan. Amalan puasa sunat merupakan antara ibadah yang afdal di bulan Syaaban ini.

*****

Berikut saya paparkan petikan yang saya peroleh dari blog Ceritera berkenaan antara kelebihan bulan Syaaban untuk manafaat kita bersama:

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

KEUTAMAAN SYAABAN:

Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan.

Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.”

Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”Apakah amalan yang wajar dilakukan di bulan Syaaban? Memperbanyakkan puasa sunat:



  1. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:
    “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

  2. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.

  3. Jika berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.

  4. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)

  5. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.”Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:


Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt. Malam 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.

******

Janganlah berputus harap. Segala sesuatu adalah dari Allah SWT jua. Maka mohonlah kepada-Nya untuk segala hajat dan harapan. Mengadu hal kepada Allah SWT, tidak pada yang lain. Hanya Allah SWT yang mampu memberi segala impian kita. Yang lain hanya asbab sahaja. Yakinlah bukan sekadar percaya. Cukuplah kita mensia-siakan usia kita ini. Sesungguhnya masa yang berlalu tidak akan kita dapati lagi. Sebagai contoh hari ini dalam sejarah 3 Syaaban 1432 H, hanya sekali seumur hidup. Ia tidak akan berulang lagi.

Jika kita terlepas dari melakukan segala kebaikan dan amal ibadah hanya kepada Allah, maka rugilah dan terlepaslah. Jika panjang umur mungkin kita akan berjumpa 3 Syaaban 1433 H, tapi bukan 3 Syaaban 1432 H lagi. Setiap ruang dan detik kehidupan yang Allah pinjamkan ini merupakan sebuah peluang yang Allah SWT berikan untuk kita isi. Jika pengisiannya dengan amal ibadah kepada Allah maka beruntunglah kita. Jika ianya di isi dengan perkara sia-sia dan lara maka rugilah. Allah SWT memberi kita peluang untuk membuat pilihan ini.

@@@

Friday, July 01, 2011

Unggun Bersih

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari

sehasrat hajat semurni harga diri.



Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.

Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;

suara bebas yang utuh, kita idami!



Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):

Tak diperlu gempita sorak yang gebu,

diperlu hanya unggun api yang syahdu.



Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.


24—25, 6.11. A. SAMAD SAID





***


Semenjak dua menjak ini warna kuning sudah menjadi agak taboo. Ia warna Bersih, simbol kebangkitan sebuah tuntutan untuk pilihanraya yang lebih elok dan adil untuk semua pihak.

"Baju hang tak basuh ke?" sapa seorang sahabat. Saya memandangnya dengan ragu. "Hang tak tau ke?" Saya merenungnya kembali. "Sekarang tak boleh pakai baju Bersih".



Teringat saya tiga hari lalu semasa menonton pasukan Malaysia menentang Taiwan pada perlawanan bolasepak kelayakan piala dunia di TV1. Selalunya jersey pasukan Malaysia ialah jersey kuning selaku tuanrumah, tapi malam tu jersey biru kalau tak silap.

Semasa memandu ke ofis tadi, sempat mendengar bacaan berita di radio klasik nasional, menteri dalam negeri memberitahu sesiapa yang memakai baju kuning boleh ditangkap kerana ia bersangkut paut dengan sebuah perhimpunan haram. Segala sesuatu yang boleh dikaitkan dengan perhimpunan haram maka ia juga adalah haram.



"Hang tak boleh naik moto", sapa seorang sahabat. "Apasal?" sampuk mamat tu. "Segala yang bersangkutan dengan perlumbaan haram adalah haram."

Malam ni ada jamuan makan malam syarikat di tempat saya bekerja. "Yang, toksahlah pakai baju jacob kuning tu ye", pesan saya kepada isteri tercinta.



Apa yang kecoh sangat pasal Bersih dan kuning ni? Apakah ia lebih dari sebuah tuntutan murni untuk meningkatkan keelokan perjalanan pilihanraya bagi semua pihak dan rakyat semua? Nampak gayanya begitulah.

Dari segi bahasa bersih ni adalah satu nilai murni. Lawan bersih ialah kotor, comot atau bergelumang dengan najis. Dari segi lain pula lawan bersih mungkin juga penipuan, taktik kotor, atau main jahat.



Pihak berkuasa mahu menghalang perhimpunan haram kerana ia boleh menimbulkan kekecohan dan menyusahkan orang ramai terutamanya para peniaga di bandaraya. Lautan manusia berbaju kuning berkumpul dan berarak adalah satu mimpi ngeri sebagaimana perhimpunan Bersih yang pertama dulu. Gambaran sokongan padu rakyat kepada sesuatu yang menjadi tentangan kerajaan memerintah adalah sesuatu yang mesti dielakkan 'by hook or by crook'.

Mungkin boleh disamakan dengan gerakan demonstrasi 'baju kuning' di Thailand yang menuntut perubahan. Atau gerakan kebangkitan rakyat yang menumbangkan kerajaan Mesir. Kebangkitan rakyat yang berjangkit ke Libya, Yaman, dan Syria.



Apakah tuntutan Bersih itu sebenarnya?

*****


Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0 :-



1. Bersihkan senarai undi
- Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
- Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.



2. Mereformasikan undi pos
- SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
- Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
- Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.



3. Gunakan dakwat kekal
- Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.



4. Masa kempen minima 21 hari
- Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
- Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.



5. Akses media yang bebas dan adil
- RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
- Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
- Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.



6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.Contohnya :
- Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
- Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
- Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
- Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.



7. Hentikan rasuah
- Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
- Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.



8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.



*****


Kalau diteliti, tuntutan NGO Bersih ini agak munasabah dalam membaikmutu sistem pilihanraya yang ada. Keadilan untuk seluruh rakyat jelata pendokong demokrasi.Logiknya ia harus mendapat sokongan semua pihak.

Saya ada mendengar dalam temuramah di radio 24, pengerusi SPR ada menyatakan bahawa beberapa tuntutan ini adalah diluar bidang kuasa SPR dan memerlukan perubahan perlembagaan. Namun rasanya SPR sepatutnya menjadi penggerak untuk perubahan perlembagaan itu sekiranya benar ia membaikmutu sistem yang ada.



Dinyatakan juga tidak wujud pengundi hantu, kerana pengundi yg mengundi itu memiliki myKad dan nama tersenarai dalam daftar pemilih. Atau kerana pengundi itu bermestautin di bandar dan hanya pulang ke kampung time mengundi.

Pada permasalahan banyak nama pengundi didaftar pada alamat yang sama, SPR mengharapkan lapuran dibuat supaya ia boleh dikoreksikan. Masalah undi pos ialah seolah-olah pengundi 'dipaksa' untuk mengundi pihak tertentu dan kehadiran nombor siri pada kertas undi juga menguatkan anggapan undi itu boleh di kesan mengambarkan undi pos ini sebagai 'fixed deposit' pihak tertentu.

Memang benar jika ada myKad dan cukup umur 21 tahun maka boleh didaftar mengundi. Namun ketidakpuasannya ialah myKad yg diisu kepada rakyat pendatang misalnya. Penipuan dalam mendaftar pemilih misalnya. Orang yang balik mengundi itu bukan orang situ sebenarnya tapi kelompok pengundi 'pendatang' di atas misalnya.


Masalah orang sama yang mengundi beberapa kali misalnya yg mana penggunaan 'permanent ink' itu dapat mengelak perkara ini berlaku. Jadi tackle the root of the problem supaya ketidakpuas hatian dan ketidakadilan ini dapat selesai.

Apabila ketidakpuas hatian ini tidak di beri penyelesaian sewajarnya atau tidak nampak ada inisiatif secara serius bagi menyelesaikannya maka apakah tindakan selanjutnya? Ke meja rundingan? Kalau ikhlas mencari penyelesaian insyaAllah itu adalah alternatif terbaik.



Tapi apabila tuntutan hanya dibakulsampahkan atau tidak dilayan, maka jangan pening jika kelompok rakyat ini berkumpul secara aman bagi menyuarakan isi hati supaya mendapat simpati dan mencetus penyelesaian atau perubahan. Ini elemen penting dalam negara demokrasi dunia.

Elemen provokasi atau kawalan pihak polis dan pencegahan rusuhan yang tidak mahu memberi ruang untuk hak berkumpul secara aman kepada kelompok rakyat bagi menyuarakan sesuatu pandangan suara di anggap penyebab sebenar huru hara dan publisiti buruk pada perhimpunan lalu. Berkumpul secara aman ini adalah hak rakyat yang dijamin dalam perlembagaan negara. Mungkin benar bahawa jika diberi ruang maka ia akan merebak dan mempengaruhi kelompok rakyat ramai, maka ia mesti dihalang pada akal umbi kewujudannya. Jangan bagi peluang walau sedikit. Nampaknya itulah polisi yang diamalkan.

Persoalannya, mengapa sesuatu yang baik begini menjadi satu isu besar dalam negara? Apakah ada agenda yang tersembunyi yang mahu dikelirukan pada tanggapan ramai?

Kita harus kembali kepada realiti bahawa sokongan 50-50 undi popular yang wujud sekarang antara BN dan PR adalah situasi genting dalam menentukan kerajaan yang akan berkuasa. Kuasa adalah segalanya dalam politik.




Ada komen dari pemerhati luarnegara yang berkata, "Di Malaysia ini pihak pembangkang menang besar. Tidak ada negara lain yang sebegini. Mana mungkin sistem pilihanraya tidak adil berlaku. Jika ya, sudah tentu pihak pembangkang tidak akan menang pilihanraya."

Sahabat saya meberi komen, "Jika sistem pilihanraya yang lebih telus, sudah tentu pembangkang sudah menguasai Putrajaya." Kerana katanya akibat penipuan yang masih ada mungkin berbaki tidak sebesar dulu, tapi telah berjaya menyelamatkan kerajaan yang memerintah dari dijatuhkan. Itu teori dia. Dan mungkin itulah kegusaran sebenar, setelah melihat 5 negeri tumbang dan wilayah persekutuan dikuasai PR pada PRU-12 April 2008 yang lalu. Sesuatu yang tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.

Kemustahilan pada suatu zaman dahulu sudah tidak mustahil lagi kini. Itulah ketakutan hakiki - kehilangan kuasa memerintah parti yang memerintah. Lautan kuning di tengah kotaraya tidak membantu dan menjadi igauan berat agaknya.

Unggun Bersih bakal padam atau membara terus?




@@@

Thursday, June 23, 2011

Semua Hak Allah

Pada kesempatan menghadiri Ceramah Perdana semalam yang disampaikan oleh Dr Idris Hj Ibrahim dari UM pada tajuk Meningkatkan Kesempurnaan Iman Melalui Peristiwa Israk dan Mikraj, saya kongsikan di sini beberapa ilmu yang sempat saya catat.


Tiada kesusahan, tiada penyakit, tiada yang ada ini melainkan dengan kehendak Allah jua. Maka mintalah dari Allah atas segala hajat dan keperluan kita. Kita ini hamba-Nya, bukan hamba sesama manusia. Jika ada kesusahan, jika ada kesenangan maka berkongsilah dengan Allah. Waktu yang sangat afdal ialah pada pukul 3 pagi.


Ustaz bergurau katanya arwah P.Ramlee itu bangun pukul 3 pagi yang di rekodkan pada sebuah lagunya "Pukul 3 Pagi...", dan Allah telah mengkabulkan munajatnya dengan memberikan bakat luarbiasa dalam bidangnya.


Ada seorang kawan Ustaz kini sudah jadi menteri, dulu rajin bersama Ustaz sama2 di masjid beribadah. Tapi kini sudah jarang ke masjid lagi. Bila Ustaz tanya "Hang lama aku tak nampak kat masjid?" Maka jawab Pak Menteri itu "Dulu aku susah." Sambil tergelak Ustaz menyatakan rupanya dulu dia dok mintak dengan Allah nak jadi menteri. Dan Allah telah makbulkan permintaannya itu. Tapi manusia mudah lupa. Bila susah je orang ke masjid, bila senang orang lupa masjid...ish ish.


Dunia ini tempat usaha. Kemudian kita doa dan tawakkal, yakin sungguh2 bahawa Allah pemberi segala sesuatu. Semua hak Allah. Kita tiada daya dan upaya melainkan semuanya dengan kehendak dan iradat Allah semata. Selainnya hanya penyebab dan asbab tidak lebih tidak kurang. Namun sesuatu kejadian itu akan megikut sunatullah dan Allah lah penentunya. Ada orang sakit dan makan ubat, tapi ada yang sembuh dan ada pula orang tak sembuh walaupun makan ubat yang sama. Maka benarlah ubat itu asbab nya sahaja, tapi penyembuh penyakit itu Allah, tidak yang lain. Untuk mengatasi segala kesusahan kena rajin ke masjid, solat, zikrullah, mengaji Qur'an dan bersedekah.


Pada peristiwa Israk dan Mikraj itu dimulai dengan kesedihan Rasullullah atas kematian Abu Talib dan Khadijah (3 hari kemudian) dan Rasulullah dalam kesusahan dan kedukacitaan itu berkunjung ke Masjidil Haram. Di sana Jibrail dengan 600 kepaknya bersama binatang Buraq yang bergerak mengikut arus angin, memulakan perjalanan bersama Rasulullah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa pada pukul 12 malam.


Israk ertinya perjalanan Nabi Muhammad SAW pada suatu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin, dalam waktu yang sebentar.


Sepanjang perjalanan ini Rasulullah SAW diperlihatkan dengan pelbagai kejadian sebagai peringatan kepada umat ini supaya berhati-hati dalam kehidupan dunia. Antara kejadian itu ialah:




  1. Jin ifrit mengejarnya dengan obor api yang menyala, dan setelah Rasulullah membacakan doa yang diajar oleh Jibrail maka jin ifrit itu tersungkur dan api yang menyala itu terpadam.



  2. Segolongan manusia yang menanam padi namun seketika terus dapat dituai hasilnya. Ini diibaratkan orang yang suka meninfaqkan hartanya ke jalan Allah, akan mendapat ganjaran pahala berlipatganda dari Allah SWT.



  3. Bau harum Masyithah sekeluarga yang telah merelakan diri diceburkan ke dalam belanga berisi timah mendidih oleh Firaun. Ibarat orang soleh yang mengembangkan ajaran Islam sehingga diikuti oleh umatnya, maka setelah kematiannya nama harumnya masih disebut orang.



  4. Gambaran umat yang melambatkan solat iaitu segolongan manusia yang memukul-mukul kepalanya sendiri sehingga hancur luluh, akan tetapi sekejap kemudian kepala itu bercantum balik, lalu orang itu pun memukulnya sehingga hancur.



  5. Orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat digambarkan sebagai orang yang memakan kayu berduri serta batu panas yang membara dari neraka jahannam.



  6. Gambaran manusia yang memakan daging mentah walaupun di sebelahnya ada daging yang sudah dimasak iaitu umat ini yang senang berbuat zina walaupun mereka sebenarnya sudah mempunyai isteri yang sah.



  7. Kayu yang melintang di tengah jalan sebagai perumpamaan segolongan umat yang suka duduk-duduk di tepi jalan, sehingga menganggu orang-orang yang melaui jalan itu.



  8. Orang2 yang berenang dalam sungai darah lalu mereka dilimpari batu, akan tetapi batu2 itu mereka makan. Itulah perumpamaan segolongan manusia yang suka memakan riba.



  9. Seorang lelaki yang memikul beban kayu tetapi tidak kuat berjalan, anehnya beban itu semakin bertambah dan begitulah seterusnya sehingga orang itu nampak kepayahan dan tersiksa. Itulah perumpamaan orang yang suka menerima amanat orang lain tetapi tidak mahu menunaikan kepada yang berhak.



  10. Orang2 yang potong lidah dan bibirnya dengan gunting besi, selepas terpotong seketika ia kembali seperti asal. Namun segera digunting lagi, begitulah seterusnya sehingga mereka meraskan penderitaan yang luarbiasa. Itulah perumpamaan orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.



  11. Orang yang mencakar-cakar wajah dan dadanya dengan kukunya yang telah berubah menjadi kuku tembaga sebagai perumpamaan orang yang suka mendedahkan aib dan rahsia orang lain dengan menceritakan kepada orang lain.



Mikraj ertinya perjalanan Nabi Muhammad SAW dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit) sampai ke tujuh langit dan selanjutnya sampai ke Sidratul Muntaha yakni dari Masjidil Aqsa di palestin (Syam) naik ke atas melalui beberapa lapisan bertingkat, terus menuju Baitul makmur dan ke Sidratul Muntaha, ke Arasy untuk menerima wahyu Allah yang mengandungi perintah solat lima waktu sehari semalam.


Peristiwa Israk dan Mikraj ini menguji keutuhan iman dan bisa meningkatkan kesempurnaan iman seseorang. Setiap kepayahan kita hendaklah bersegera ke Masjid, segera bersolat, zikrullah dan mengaji Al-Qur'an. Segala penyelesaian adalah di tangan Allah. Allah mendatangkan kesusahan dan Allah meletakkan penyelesaiannya.



Usaha dan doa seseorang boleh merubah takdir. Pada malam nisfu syaaban akan dibuka buku amalan baru dan di bacakan takdir untuk setiap orang. Namun jangan berputus harap dan berusaha sedaya upaya dan bertawakkal serta berdoalah pada Allah sebelum tibanya nisfu syaaban (25 Syaaban) itu maka insyaAllah takdir kita itu bisa berubah dengan izin Allah.


Keutamaan ibadah solat itu sehinggakan Rasulullah menerima syariaatnya secara langsung dari Allah SWT tidak sepertimana syariaat yang lain diterima melalui wahyu Allah dengan perantaraan malaikat Jibrail. Barangsiapa yang tidak menjaga solat maka Allah haramkan rahmat untuknya. Tiada kebaikan tanpa solat bagi umat Nabi Muhammad SAW.



“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah. Dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kikir. Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya, dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mahu meminta-minta), dan orang-orang yang mempercayai hari pembalasan, dan orang-orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba mereka, maka sesunggunya mereka dalam hal ini tidak tercela. Barangsiapa mencari disebalik itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memberikan kesaksiannya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itu(kekal) di syurga lagi dimuliakan.” [surah Al-Makrij:19-35]

InsyaAllah marilah kita menghadiri majlis2 ilmu dan kita tingkatkan amal baik dan nahi mungkar di bulan Rejab yang hanya berbaki beberapa hari lagi ini. Semoga kita bersedia untuk mengembara di bulan Syaaban pula sebelum menempuh bulan penuh barokah Ramadhan al-Mubarak. "Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."


@@@

Sunday, June 19, 2011

18 Rejab Dalam Sejarah

Hari ni 18 Rejab. Maknanya hanya tinggal 12 hari lagi untuk kita melangkah ke bulan Syaaban. Maknanya juga cuma tinggal 42 hari lagi untuk kita berjumpa dengan bulan Ramadhan al-Mubarak, sekiranya di panjangkan usia oleh pemilik usia kita, Allah SWT.

Masa terus berlalu. Dan masa yang berlalu mustahil akan kita miliki kembali. Ia telah berlalu menjadi sejarah. Di hadapan Allah SWT, masing2 kita akan terpaksa menyediakan jawabannya perihal apakah pelakuan kita pada masa2 yang berlalu itu. Apakah membawa kebaikan dan pahala atau bergelumang dengan kemungkaran dan dosa?


InsyaAllah teruskan amalan baik kita di bulan Rejab yang penuh barokah ini. Perbanyakkan solat2 sunat, bersedekah, menghadiri majlis2 ilmu dan puasa sunat. Semoga Rejab kita tahun ini lebih baik dari tahun2 yang lalu yang kini tinggal sejarah. Marilah kita cipta sejarah baru yang boleh dibanggakan di hadapan Allah SWT.


Isteri saya tadi ada menerima undangan melalui SMS "Jemput ke Surau XX malam ini ada Kuliah Ustaz YY. Jamuan nasi beryani disediakan."


Jemputan ke majlis ilmu. Alhamdulillah. Perlu kita war-warkan kepada kawan2 yang lain, semoga ada yang diberi kelapangan untuk menghadirinya. Cuma satu yang saya ingin sentuh di sini ialah nawaitu atau niat kita menghadiri majlis ilmu ini. Adakah kerana Allah? Harapnya begitulah. Tapi jika umpanan nasi beryani itu berjaya merusakkan nawaitu kita maka sayang sekali. Takut2 nilaian kehadiran kita itu sia2 di sisi Allah SWT.


Oh ya, hari ini rupanya Hari Bapa. Siapa yang mencipta Hari Bapa ini saya pun kurang pasti. Mungkin pemikir2 dari barat. Niatnya mungkin untuk mengingati peranan dan jasa bapa dalam sebuah keluarga atau masyarakat. Pelbagai hari peringatan yang diwujudkan termasuklah Hari Ibu, Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Tentera, Hari Polis, Hari Kekasih, Hari Kanak2, dan Hari Bumi. Di samping itu rasanya ia juga ada nilaian komersil dan boleh melariskan biznes terutamanya biznes kad ucapan dan cenderahati.


Anak perempuan saya menghadiahkan sebuah buku kecil keluaran Jahabersa bertajuk "99 Nama-Nama Allah." Antara nama-nama Allah ialah Al-Musawir yang bermaksud Maha Pereka iaitu Dia yang mereka segala sesuatu. Dan Al-Khaliq iaitu Maha Pencipta ynag membawa makna Dia yang menjadikan (mencipta) segala-galanya daripada tiada dan mencipta segala perkara (benda) dan Dia juga Maha mengetahui apa yang akan berlaku ke atas semua ciptaan-Nya.


Malam tadi saya berkesempatan menghadiri kuliah maghrib oleh penceramah tersohor Ust Zahazan Mohemed di surau al-Firdaus bersama anak dan isteri. Antara yang Ust sentuh ialah perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam konteks rumahtangga. Lelaki katanya lebih pendek umurnya berbanding perempuan, mungkin kerana stress yang lebih menyebabkan jantungnya agak lemah. Justru katanya apabila seorang suami pulang ke rumah janganlah terus di datangi dengan perkara2 yang bermasalah takut2 jantungnya gagal berdenyut. Biarkan suami relak dulu.


Ust Zahazan juga mempromosikan majalah Solusi yang sudah mejangkau keluaran ke 32. Ini merupakan usaha mendidik masyarakat dengan bahan-bahan bacaan bermanfaat. InsyaAllah 5 tahun lagi tidak mustahil kita ada Radio Solusi dan 10 tahun lagi akan wujud TV Solusi. Ustaz pernah diberitahui bahawa sebuah stesen radio kosnya RM14 juta dan stesen TV kosnya RM200 juta.

Kita kena risau dgn sistem pendidikan masakini yg sangat tidak menitik beratkan agama. Ambil contoh sistem sekolah menengah, mana ada sekolah kafa atau sekolah agama lagi untuk sesi petang/pagi sebagaimana sekolah rendah? Seolah-olah tidak penting pendidikan agama kepada pelajar sekolah menengah dan sudah cukup pendidikan agama yang didapati di sekolah rendah dulu. Yang ditekankan ialah soal akademik dunia semata.

Pelajaran pendidikan Islam juga bukan matapelajaran wajib lulus periksa. Program TV juga di monopoli agenda hiburan yg melarakan. Sama juga dengan stesen2 radio yang membazirkan air-time dgn perkara2 yang tak mendidik langsung. Maka jangan pelik jika generasi anak2 muda kita terus melencong jauh dari ilmu dan amal yang mengikut syariaat. Level intelek juga semakin merundum. Tiada upaya untuk berhujah dengan kekuatan ilmu. Maka saya setuju benar jika kita berusaha menyediakan bahan2 yang bermanafaat sebagai hidangan pada masyarakat melalui majalah, buku, video, TV dan radio. Usaha ini memerlukan sokongan seluruh ahli masyarakat.


Malam ini saya dan isteri berpeluang pula ke Masjid as-Salam dalam kuliah maghrib bersama Ust Irwan Shah dari Kelang. Antara yang ustaz sentuh ialah perihal pertemuan ruh ibu bapa dan bakal anak2 mereka di alam ruh. Antara yang dituntut oleh bakal anak tadi ialah supaya ibubapa menjadi ibubapa yang soleh, memberi nama yang baik kepada anak tadi, dan mendidik anak menjadi manusia yang beriman. Tiada maknanya hidup di dunia ini jika tiada ketaatan pada Allah SWT.

Ust juga menyentuh perihal Qanun Jenayah yang mana segala hukum yang Allah tetapkan di dalam Al-Qur'an akan terus kekal valid hingga ke hari kiamat. Sesiapa yang memperlekehkan hukum Allah ini maka rusaklah akidah dan nerakalah tempatnya. Semua hukum Allah ini adalah yang terbaik untuk manusia dan perlaksanaannya adalah penuh hikmah untuk memberi kesederan dan pencegahan.


Ust juga menekankan supaya kita hindari dan tinggalkan terus amalan mengumpat. Amalan ini boleh menyebabkan segala pahala dipindahkan kepada orang yang di umpat. Segala susah payah kita beramal ibadah menjadi sia-sia, malah berupaya menyebabkan amalan baik kita menjadi ringan yang menjadi asbab kita tehumban ke dalam bakaran api neraka Allah SWT. Bukankah haru tu?

Tahniah kepada pihak AJK Masjid As-Salam kerana berjaya mendapatkan khidmat Ust secara tetap iaitu pada minggu ke-3 setiap bulan. Ust akan membawa topik Qanun Syariah termasuklah Qanun Jenayah buat mendidik masyarakat dan memberi penjelasan yang jelas bukan kabur atau berkubur dalam kekaburan.


Saya juga mendapat petikan dari majalah Solusi iaitu 'Dunia Di Cipta Untuk Dunia, Manusia Di Cipta Untuk Akhirat.' Maka usah hairan kalau ramai manusia terpedaya dengan tipu daya dunia dan menjadikan dunia sebagai objektif hidup mereka. Sebaliknya orang yang bijaksana akan menggunakan segala yang ada di dunia sebagai pelaburan menuju akhirat kerana akhirat tempat bermastautin manusia yang kekal abadi. Bila ada harta, dia tidak jadi hamba kepada harta tetapi sebaliknya menjadikan harta itu sebagai hambanya. MasyaAllah.

Sebagai konklusi pada posting kali ini, saya mengajak kita semua supaya menjadi orang alim yang faham agama. Kita cintakan ilmu dan teruja untuk ke majlis2 ilmu. Semoga segala usaha kita ini mendapat keberkatan dan di sana akan lahir kemanisan iman.

@@@

Thursday, June 16, 2011

Aku Masih Hidup Pada 15 Rejab

"Fear Allah, do you?" Itulah yang tertera pada sticker yang saya lekatkan kat pad notebook saya.

Maksudnya apakah kita takut Allah? Takut pada tahap patuh pada perintah-Nya dan membuang jauh segala yang dilarang-Nya. Tiada jalan dua padanya. Tiada was-was dan ragu-ragu lagi. Tiada sekejap buat sekejap tak buat. Tiada lagi sekejap tinggal sekejap tak tinggal.

Bila umur sudah menjangkau setengah abad tapi solatnya masih buat masih tak buat, maka payah lah. Solat subuhnya masih kena kejut, kalau tak dikejut maka solat subuh entah kemana, maka haru. Takut Allah kah kalau begitu?

Ada hukama berkata, jika perangai masih belum baik ketika usia sudah 40an maka besar kemungkinan payah dah nak baik. Kalau masih tak rasa nak berada di majlis ilmu untuk mendapatkan ilmu, maka liat dah. Kalau tak rasa nak mengaji sebab bodoh atau tak sedar dia bodoh, maka gelap masa depan dah. Maknanya tiada terasa olehnya akan kemanisan ilmu itu. Tidak tergerak hatinya atau tidak terlangkah kakinya untuk pergi ke surau atau masjid untuk mendapatkan sedikit ilmu. Kemanisan ilmu akan mendekatkan diri pada kemanisan iman, insyaAllah.

Kalau melangkah ke surau atau masjid terasa sesuatu yang asing bukan sesuatu yang rutin maka hijab yang melindunginya sudah tebal dan gelap. Maka disibukkanlah masa yang berbaki dengan remeh-temeh keduniaan, tidak kira siang atau malam. Tiada yang dunia melainkan dunia sokmo.

Kalau ketika mana terdengar laungan azan dari surau berdekatan, tidak ada rasa untuk bergegas ke situ. Atau tidak ada rasa untuk bersegera menghadap Allah dengan mendirikan solat. Atau tiada rasa akan kepentingan solat berjemaah, maka takut Allah kah itu? Atau seronok melekat di kaca TV ketika azan Maghrib berkumandang dan cuma bergerak setelah siri TV itu tamat.

Di usia setengah abad masih disibukkan dengan pelbagai gadget. Sibuk dengan 'tablet' baru, blackberry, modem wifi, atau tawaran pakej terkini dari syarikat telekomunikasi. Atau sibuk berfacebook dan bertwitter hingga tiada zikrullah dan lupa bersedekah. Takut Allah kah itu?

Anak bertutup aurat tapi mak yang dah berkedut tu masih melepaskan rambut terurai. Atau mak berjubah cantek tapi berjalan seiring dengan anaknya yang seksi mendedah aurat. Masih tiada kesedaran dan tiada ilmu pada kepentingan menutup aurat, yang mana akibat dari perihal aurat ini boleh menjadi asbab kepada diri di bakar oleh api neraka? Umur sudah semakin mendekat pada titik kematian. Insaflah.

Kelab sukan kat tempat saya bekerja tahun ni agak aktif pula. Namun yang diaktifkan ialah aktiviti Karoke. Yang diwujudkan pertandingan memancing. Yang diadakan buat pertama kalinya program 'treasure hunt'. Dan pelbagai acara lagi seperti pertandingan futsal dan netball. Kesemuanya mendekat kepada maksiat bukan kepada takut kepada Allah. Tiada acara mencungkil bakat menyampai tazkirah, mengaji al-Qur'an, kursus Imam dan bilal atau bercerita kisah2 sahabat. Semua menjurus kepada hiburan dunia semata. Manusia lupa setiap detik yang berlalu akan mendekatkan kepada tarikh luput hidup dunia.

Pada hari Jumaat lepas, saya bersolat Jumaat di Masjid As-Salam. Hj Anas, AJK masjid membuat pengumumam solat jenazah pada seorang ahli khariah yang meninggal pagi tadi. Arwah baru berumur 16 tahun meninggal apabila motornya berlanggar dengan lori. Saya dan anak mengiringi jenazah hingga ke tanah perkuburan dan melihat gumpalan2 tanah menimbusi sekujur tubuh yang kaku tidak bernyawa pada lubang kubur seluas 6x4x3' itu.

Bait-bait talkin yang dibaca Imam Halim begitu menyentuh dan menginsafkan kepada orang2 yang ingin insaf. Talkin itu bukan untuk si mati kerana terputus sudah perhubungan kecuali doa anak yang soleh, amal jariah, dan ilmu yang bermanafaat. Tapi bagi kelompok yang tak takut Allah atau tidak sedar bahawa dia itu tidak takut Allah, maka bacaan talkin Imam Halim bagai desiran angin yang masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri sahaja. Tiada terusik tahi telinganya walau secubit.

Kawan saya kat ofis ni selalu bergurau, "Kita buat-buat bodoh je, tapi jangan sampai jadi betul2 bodoh."

Masalahnya akibat kita buat-buat bodoh atau buat tak tahu atau tidak menghirau segala perlakuan, maka kita dapati lambat laun kita akan tergolong pada kelompok manusia yang rugi. Umur sudah tua tapi ilmu macam budak tadika. Budak tadika Islam (bukan tadika Kemas atau Permata) pun lagi terer, setakat hafal dan baca 13 doa itu kacang je. Malu tak kita orang tua yang sepatutnya banyak ilmu itu?

Ilmu seseorang itu boleh meninggikan dia beberepa darjat dalam hiraki masyarakat. Tua umur seseorang tidak menjamin kebijaksaannya kecualilah dengan ilmu di dada. Maka tidak peliklah seorang imam surau masih leka berbual-bual sedangkan di corong surau muazzin sedang mengalunkan seruan azan yang mulia. Kerana ilmu di dada tidak ada.

Ahli jemaah yang sudah berusia masih memilih untuk meneruskan kerancakan aktiviti kelab bual topik ke topik di ruang surau atau masjid dari berhenti untuk mendirikan solat sunat ba'diyah. Takut Allah kah kita atau hampaskah kita?

Hari ini sudah 15 Rejab. Malam tadi gerhana bulan penuh. Ustaz Nizam tempoh hari sudah mengingatkan bahawa segala amal kebaikan di bulan Rejab ini akan memberikan pulangan pahala yang lumayan. Begitulah sebaliknya dosa juga akan digandakan untuk kemungkaran. Maka setakat manakah kita sudah menyahut kehadiran Rejab ini?

Apakah tiada bezanya dari bulan2 yang lain? Bukankah kita sudah faham Rejab adalah bulan pertama dalam bulan tiga serangkai yang tinggi martabatnya. Bulan Rejab untuk latihan intensif menuju Ramadhan. Dirikanlah solat2 sunat, banyakkan zikrullah, mengaji al-Qur'an, dan yang pentingnya melakukan ibadah puasa sunat sebagai persediaan untuk berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Jangan sia2kan Rejab yang masih berbaki 15 hari ini sebelum datangnya Sya'aban.

@@@

Sunday, June 12, 2011

2011 FA Cup Champion

Terengganu - 2011 FA Cup Champion

Hi guys. Hows the game last night? with record attendance of more than 85,000 fans at National Stadium Bukit Jalil and millions glued to TV sets nationwide. Is it keeping up with the hype? The first final between two east coast giants in history. So what history in the making? Penyu crawling and keep crawling, never give up...and the Kijang jumping up and down to celebrate the history in the making.

15 Lessons learned from yesterday's FA Cup Final between Kelantan and Terengganu:-
  1. Success is sweet and failure is sour. Sweet and Sour is nature of the game.
  2. We can choose to learn from both the failure and the success.
  3. Never give up in life, even in your dying seconds.
  4. Never so confident to get what you want, even it is so very close, even the food is already in the mouth, even only 5 seconds left on the clock.
  5. Focus is important, so stay focus. In fact, you should never lose your focus. It might cause you a game.
  6. What happened when you lose focus? You lose the game.
  7. What happened when you are put under pressure? You might score your own goal and get defeated.
  8. Keep pressuring and attacking your opponent when you are loosing. Never loose hope.
  9. Put your strategy right. Sometime defense is the best strategy when you are winning.
  10. The coach that run up and down to motivate you better when you are loosing in the dying second get the reward at the end. Congratulation Irfan Bakti...you should get a Datuk soon.
  11. Laser beam and firecrackers can stop a game for a few minutes, especially in the final game when tension running high. Looks like laser beam and firecrackers are part of the game nowadays.
  12. The looser will still get a day off. By the way, the bigger number of supporters doesn't mean you will win the game.
  13. The best looser should move forward and get motivated to win the next offering - League Cup and Malaysia Cup by not repeating the same bloody 'over confident' mistakes.
  14. The biggest culprit is the guy who just kick the ball forward but ended in the enemies foot when the clocks shows 1 minute left. He should kept the ball and control the game as it is extremely important in those dying seconds. Common Datuk M Karathu...this is basic. Adopt short passes like Barcelona is too much to ask.
  15. The game is never end until the final whistle and the ref has the final blow.
Even the best sport announcer in town Dato Hasbullah Awang keep repeating the same mistakes on air about 'masa kecederaan' when instead he should says 'masa tambahan' during that 30 minutes extra time. What a joke. But at the end, I still think it is a good game, still far away from EPL standard, but we are okay and moving towards right direction. All three goals are beautiful including the 'own goal'. Players play football instead of going for each others leg. No ugly incidents even though more than 12 yellow cards flashing around by the ref. Congratulation Terengganu. You deserve to win !! Congratulation Kelantan. You deserve to win as well. Better luck next time.

@@@

KONGSI KEK

Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini.  Antara ...