Friday, May 17, 2013

Keputusan UPU

Paparan Skrin
Laman Semakan Keputusan UPU
Kementerian Pengajian Tinggi

Semasa memandu ke ofis pagi tadi terdengar berita di radio menyatakan hari ini selepas pukul 12:00 tgh akan di siarkan keputusan UPU kemasukan ke IPTA untuk pelajar lepasan SPM 2012. Menjelang tengahari saya pun melayari   http://upu.mohe.gov.my/  untuk menyemak keputusan permohonan anak bongsu kami. 

Alhamdulillah anak kami berjaya mendapat tempat di pilihan pertamanya semasa apply UPU tempoh hari. Lima pilihan teratasnya ialah kursus ijazah di UIA iaitu bidang Seni Bina, IT, Ekonomi, Ilmu Wahyu, dan Bahasa Arab. Diikuti dengan UiTM bidang IT, dan akhir sekali pilihan ke-8 ialah bidang Pra-sekolah di UPSI. 

Alhamdulillah Allah perkenankan permohonan anak kami dengan memberinya peluang melanjutkan pengajian ke peringkat IPTA dalam bidang pilihan pertamanya iaitu Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ia menjadi rekod keluarga kami kerana ketiga-tiga anak kami berjaya belajar di UIAM. Anak sulong kami belajar di bidang Mechanical Engineering. Manakala anak kedua belajar di bidang Accountancy.

Pada semakan keputusan permohonan kemasukan pelajar ke IPTA & Politeknik Premier sesi akademik 2013/2014 program pengajian lepasan SPM/Setaraf terpapar mesej, "TAHNIAH ! Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut: Y0300 - Asasi Seni Bina Dan Reka Bentuk Alam Sekitar." Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Hati ini sangat teruja, gembira dan bersyukur.

Saya doakan semoga anak bongsu kami ini di permudahkan Allah dalam perjuangan seterusnya dan dikurniakan Allah hidayah dan suasana yang kondusif untuk membentuk dan melahirkan insan yang baik dan kuat jatidiri, kukuh akidah, menjaga aurat, berilmu serta faham agama, untuk menjadi profesional taqwa yang berjaya dunia dan akhirat, insyaAllah.

@@@

6 comments:

Temuk said...

Assalam
Syukur dan tahniah di atas kejayaan anak dalam peperiksaan dan permohonannya bagi melanjutkan pengajian. Semoga dia terus menempa kejayaan.

School Of Tots said...

TQ Pak Temuk. Saya ucapkan ribuan terima kasih kpd Pak Temuk kerana bermurah hati mengucapkan tahniah ini. Tidak ramai yg sudi berbuat perkara yg sama walaupun ia tampak mudah hatta saudara mara sendiri. Saya doakan Pak Temuk sentiasa berbahagia disamping orang tersayang. Saya juga doakan semoga anak saya mensyukuri nikmat yg Allah kurnia ini dgn mentaati-Nya untuk menjadi professional alim yg faham Agama.

Al-Manar said...

Rasa tumpang berbangga diatas kejayaan anak bongsu. Seorang engineer, accountant dan architect, tiga professional dalam keluarga. Tiga sahaja?

Saya pun tiga, cerita lama. Kalau boleh sepuloh pun mahu. Cuma merancang. Sekarang sudah pula mempunyai 10 cucu. Dua cucu sulong seumor dengan yang bonsu puan. Menunjukkan perbizaan umur kan?

Singgahlah kalau ada masa melayari blog. Kalau ingin mengetahui lebih lanjut tentang yang ingin tahu email saja- almanar@pd.jaring.my

Salaam dan selamat maju jaya anak beranak.

School Of Tots said...

TQ Tuan Al-Manar. Alhamdulillah dikurniakan tiga org anak. Benar, kita merancang dan Allah yang menentukan. Umur juga adalah rezki. Saya doakan Tuan terus dimurahkan rezki. Mohon Tuan doakan saya, isteri dan anak2 dimurahkan rezki dan diberi Allah kefahaman Agama.

Faqrul Zaidi said...

Tahniah. Samalah situasi dengan adik saya. Dia juga ditawarkan Asasi Seni Bina dan Rekabentuk Alam Sekitar UIAM. Berkawanlah diorang nanti. Btw, saya sulung bakal engineer, adik kedua bakal akauntan, dan ketiga asasi yang ini. Kisah hidup yangs serupa? haha.

School Of Tots said...

TQ Faqrul Zaidi. Dan tahniah kerana kejayaan anak2 Tuan. Kita doakan semoga Allah memberi kejayaan kepada mereka bukan sekadar akademik tetapi yang lebih utama faham Agama. Jadilah professional yg alim, insyaaAllah.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...