Wednesday, January 21, 2015

Ilmu Ibarat Lampu Suloh

Banyakkan syukur kita atas nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya umpama buih di laut dan butiran pasir di pantai. Terlebih lagi syukur atas nikmat Iman dan Islam. Moga2 beroleh kekuatan meneruskan kehidupan ini dalam ibadah dan taqwa kepada Allah.

Selawat dan salam kita panjatkan sebanyaknya setiap hari kepada junjungan besar Rasulullah SAW. Bukan sekadar selawat di bibir tetapi menghayatinya di hati dengan menyambung kerja Nabi SAW menyampaikan mesej dakwah dan risalah Islam ke seluruh pelusuk alam dan mempertahankan sunnah Nabi SAW di akhir zaman ini hingga ke titisan darah yang terakhir.

Mohon kekuatan serta harap moga2 Allah terima ibadah kita. Pada kita setiap hari menuntut ilmu mohon Allah bagi manfaat dengan kita dapat beramal ibadah dengan ilmu yang di dapat itu. Hasil manfaat ilmu ialah amal. Agar kenal perintah Allah dalam pencarian ilmu, beramal, beribadah dan mentarbiyah diri, berdakwah dan jihad. Faham dan mempertahankan bahawa yang haq itu haq, menyatakan dan menegakkan kebenaran walaupun pahit dan sakit.

Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah, tiada manfaat kepada diri dan umat. Maka berilmu dan bertambah amalnya akan membawa diri hampir dan rapat dengan Allah. Makin belajar makin bertambah taqwa. Pada hakikat ilmu itu ialah bersifat ibarat lampu suloh yang menyuloh memberi tunjuk dalam gelap.

Nak cari ilmu kenalah berguru. Maka carilah guru yang beramal dengan tauhid. Carilah guru yang beramal dengan feqah. Carilah guru yang beramal dengan tasauf. Tiga cabang ilmu ini sangat utama iaitu pertamanya Tauhid, ilmu mengenal Allah. Juga di kenali sebagai ilmu Usuluddin atau ilmu Makrifat.

Keduanya ilmu Syarak, yang juga dikenali sebagai ilmu Syaria'at, Feqah atau ilmu kulit. Semua benda ada kulit. Tanpa kulit tak ada isinya. Kalau ada yang angkuh tak mahu belajar ilmu kulit kerana taksub nak kepada isi sahaja, maka nyatakan benda tanpa kulit hanya satu. Taik.

Ketiganya ialah ilmu batin atau di panggil juga ilmu Tasauf, ilmu Sufi atau ilmu Hati. Barulah pokok yang subur akan menghasilkan buahnya, iaitu manfaat yang di idami. Sungguhpun hebat batin, zahir mesti di jaga juga. 

Sesungguhnya sangat sedikit orang yang beramal dengan ilmu Tasauf ini. Feqah ok tapi tasauf dia goyang. Orang tasauf akan bertanya mana dapat rambutan ni? Rambutan halal ke curi? Dengan bertanya itu mungkin mari sakit hati pendengarnya. Maka feqah terima saja rambutan yang orang sedekah tu.

Maqam hati bersih. Sifat orang tasauf makannya sedikit. Dia makan je apa yang ada, tak ada komplen2. Ahli tasauf atau ahli sufi ini akan biasa menutup kesufiannya, tidak mahu dia orang tahu supaya tidak tercemar hatinya yang bersih itu.

Apa guna masuk pekan bawak parang? Apa guna masuk hutan bawak duit? Maka carilah guru muktabar supaya dapat kita menuntut ilmu yang benar juga. 

Dengan kita mendengar ayat2 al-Qur'an, Hadith2 Nabi, dan kisah2 Nabi, para sahabat, dan ulama akan bisa menggugurkan dosa dan mengundang rahmat Allah. 

Teruskan pencarian ilmu dengan duduk di kuliah2 maghrib di masjid2 saban malam. Cintai ilmu dan faham agama. Moga2 jalan menuju Allah akan lurus, mudah dan lancar. Ilmu menjadi penyuloh jalan yang lurus itu, insya Allah.

Perjalanan ini sungguh jauh. Tuan guru saya kata "Mati itu Hidup". Maksudnya mati itu sekadar garis pemisah antara kehidupan di Alam Dunia dengan hidup di Alam Barzakh (Kubur). Sangat benar sekali pernyataan ini.

Tuan guru saya juga berkata "Manusia di cipta untuk Hidup selamanya (forever)." Maksudnya kita sekadar berpindah randah Hidup dari satu Alam ke Alam yang lain pula, hinggalah pengakhiran kita Hidup Di Syurga nanti, insya Allah.

Teruskan pencarian Ilmu agar kita sama2 faham Agama dan berpegang kukuh dengan Tali Allah. Ameen.

Sia-Sia Kah Amalan Kita?
Satu Soalan Yang Patut
Pada Hati Yang Gundah
Jiwa Yang Fikir Dan Risau
Cintai Ilmu Dan Hayati Agama
Ilmu Amal Dakwah Dan Jihad
Doa Usha Istiqamah Dan Tawaqqal
Hamba Hanya Mampu Berharap
Pada Ehsan Yang Maha Pencipta
Dia Pemilik Segala
Kita Tiada Apa.

SOT (21/1/15)

@@@

2 comments:

Unknown said...

Wise words. Keep it up.

School Of Tots said...

TQ Nur Alifah. Bertambah ilmu tidak rugi. Masih banyak jahil kita.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...