Namun yang lebih utama bukanlah sambutannya atau beraraknya atau sepandoknya. Tapi sejauh mana kita yang mengaku umat Nabi mengikuti sunnah Nabi dan segala ajaran yang di bawanya? Apakah aku ini jadikan pada diri Nabi itu sebagai satu contoh terbaik?
Sirah Nabi ialah seluruh kehidupan Nabi dicerita daripada sebesar hingga sekecil perkara. Bagi orang biasa tidak dipanggil sirah tetapi sekadar sejarah. Kenapa kena cerita seluruh kehidupan Nabi? Sebab nak jadi ikutan. Kena tahu perjalanan hidup Nabi itu.
Kenapa kena ikut? Sebab semua yang Nabi kata, yang Nabi buat adalah daripada Allah bukan mengikut nafsu kecuali wahyu Allah belaka. Maka confirmlah ini yang terbaik. Berazam ikut sunnah Nabi, buat sebanyaknya yang kita termampu.
Yahudi tahu sifat2 Nabi sebagaimana mereka kenal anak2 mereka sendiri. Mereka banyak mengikut sunnah Nabi seperti makan daging kambing dan menjaga kebersihan. Sedangkan umat Islam sendiri gagal mengikut sunnah ini.
Sambutan maulid mendambakan rasa kasih pada Nabi. Bila kasih maka orang sanggup buat apa saja orang yang kita kasih itu suruh buat. Kamu tidak sempurna iman bila kasih orang lain lebih daripada kasih kepada Nabi.
Manisnya iman bila orang yang Allah dan Rasul lebih di cintanya daripada segala yang lain. Orang yang solat kerana takut masuk neraka tak sama dengan orang yang solat kerana takut Allah dan Rasulnya.
Contohnya beli burger kerana takut bini atau sayang bini? Kalau asbab takut bini, asal bagi sudah sebab tak kasih. Sahabat Nabi bagi benda yang dia kasih. Contohnya bagi kebun yang subur tanaman bagi membiayai perjuangan Islam. Abu Bakar RA bagi semua hartanya dengan puas hatinya demi Agama.
Kita pula tersilap masuk wang kertas RM50 dalam tabung masjid, lima hari demam tak kebah. Tapi nak masuk syurga? Sahabat sumbang tenaga ke jalan Allah. Bila tak dapat pergi menyertai perang melawan musuh Islam, menangis dia.
Bila kita cinta maka kita akan ikut Nabi. Setiap umat Nabi akan masuk syurga kecuali orang yang enggan iaitu tak nak masuk. Ada tak orang yang enggan nak masuk syurga? Orang yang taat pada Nabi masuk syurga dan orang yang tak taat pada Nabi ialah orang yang enggan masuk syurga.
Kalau kamu nak syurga Allah, maka ikut Nabi. Muhasabah diri. Apakah aku termasuk dalam orang yang taat kepada Nabi? Patuhi Rukun iman yang enam dengan iktikad sungguh2 dalam hati. Namun sekadar iman dalam hati tidak mencukupi. Mesti buktikan Islam dengan amal iaitu perlaksanaan Rukun Islam yang lima sebagai bukti keislaman seseorang.
Nak kenal Islam ialah solat ke tak orang itu? Ramai orang hari ini yang mengaku beragama Islam tapi tak solat. Statistik menunjukkan 80% umat Islam tak solat. Nau'zubillah. Hanya 20% umat Islam yang solat? Masya Allah.
Sesiapa yang tidak solat dengan sengaja maka jatuh kafirlah dia secara terang-terangan. Ayah mesti keras bab solat dengan anak2. Rotan jika tidak solat bila meningkat umur 9 tahun. Jangan buat tak peduli isteri atau anak yang tak solat.
Perintah ahli keluarga kamu solat. Kamu akan ditanya di akhirat nanti bab solat. Kalau boleh solat berjemaah sebagai tanda cinta Nabi. Nabi solat fardu berjemaah walaupun sakit dengan di usung ke masjid.
Solat fardu berjemaah di masjid hukumnya fardu kifayah. Solat Jumaat berjemaah hukumnya wajib. Manakala solat teraweh berjemaah hukumnya sunat. Tapi yang kita dok pulun habis ialah solat teraweh hingga melimpah masjid malam pertama ramadan.
Tunjukkan kami jalan yang lurus. Dirikan solat. Kena ada ilmu, kena khusyuk, hadir hati, ikhlas jiwa, pakaian bersih, makanan halal dan betul rukun2nya. Bukan suruh pandai tapi suruh faham.
Orang pandai ambik wudhuk buka pili habis. Tapi orang yang faham akan bukak pili slow je sebab Nabi ambik wudhuk dengan secupak air sahaja, tiada pembaziran.
Orang yang pandai tapi tak faham ramai. Bila laungkan azan kena tutup lubang telinga dengan jari. Kenapa? Supaya tak dengar dan suara jadi kuat. Rajin2lah datang dan hadir ke majlis2 ilmu supaya dapat faham agama.
Tanam azam untuk ikut sunnah walau sekecil mana pun ia. Sebaik2 kamu ialah yang paling baik terhadap keluarga kamu. Orang yang tak kasih akan tidak dikasihi. Peluk isteri itu sunnah.
Jangan kita sekadar sambut maulid Nabi tapi kita nak amal apa yang Nabi bawak. Kita semua akan mati. Peringatan mati dapat kita dapat dalam tidur. Dalam tidur tak boleh makan. Dalam tidur tak boleh dengar kuliah. Tapi dalam kuliah boleh tidur. Kita jalan, jantung jalan. Kita stop, jantung jalan. Tapi kalau jantung stop, kita yang jalan. Mati itu pasti. Yang utama ialah bekalan untuk hidup selepas mati itu.
Sebagai konklusi pada posting ini, sama2 kita berazam untuk mengamalkan sunnah Nabi. Tanya diri, apa sunnah Nabi yang aku buat hari ini?
@@@
No comments:
Post a Comment