Thursday, January 15, 2015

Ahlul Sunnah Waljama'ah


Alhamdulillah umat di Malaysia adalah berpegangan Ahlul Sunnah Wal Jama'ah. Apakah itu Ahlul Sunnah Waljam'ah? 

Saya petik informasi daripada wikipedia 

**********

Ahli Sunnah Wajama'ah atau Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah (Bahasa Arab: أهل السنة والجماعة‎) atau lebih sering disingkatkan sebagai Ahli Sunah atau Ahlu al-Sunnah (Bahasa Arab: أهل السنة‎) atau Sunni. 

Ahli Sunnah ialah mereka yang sentiasa tegak di atas Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih dengan pemahaman para sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in. Sekitar 90% umat Islam sedunia berfahaman Sunni, manakala 10% pula menganut aliran Syiah.

Ahli Sunnah ialah orang-orang yang mengikuti sunnah dan berpegang teguh dengannya dalam semua perkara yang di atasnya Rasulullah SAW berada dan juga para sahabatnya. Oleh sebab itu, Ahli Sunnah yang sebenarnya ialah para sahabat Rasulullah SAW dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga ke hari kiamat.

Terdapat empat mazhab yang paling banyak diikuti oleh Muslim Sunni. Dalam keyakinan sunni empat mazhab yang mereka miliki sah untuk diikuti, perbezaan yang ada pada setiap mazhab tidak bersifat fundamental. Perbezaan mazhab bukan pada hal Aqidah (pokok keimanan) tapi lebih pada tata cara ibadah. Para Imam berkata bahawa mereka hanya berijtihad. Mengikuti hasil ijtihad tanpa mengetahui dasarnya adalah dilarang, kerana rujukan kita adalah Rasulullah SAW.

1. Mazhab Hanafi

Didirikan oleh Imam Abu Hanifah, Mazhab Hanafi adalah yang paling dominan di dunia Islam (sekitar 45%), penganutnya banyak terdapat di Asia Selatan (Pakistan, India, Bangladesh, Sri Lanka, dan Maldives), Mesir bahagian Utara, separuh Iraq, Syria, Lubnan Turki, Uzbekistan, Turkmenistan, Tajikistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, China, Bosnia dan Palestin (campuran Syafi'i dan Hanafi), Kaukasia (Chechnya, Dagestan). Mazhab Hanafi adalah mazhab rasmi dua buah empayar Islam terbesar iaitu Kerajaan Bani Abbasiyyah dan Empayar Uthmaniyyah (Turki).

2. Mazhab Maliki

Didirikan oleh Imam Malik, diikuti oleh sekitar 20% muslim di seluruh dunia. Mazhab ini dominan di negara-negara Afrika Barat dan Utara seperti Maghribi, Algeria, Tunisia, Libya, Sudan, Mauritania, Mesir bahagian selatan, Nigeria, Senegal dan Ghana. Mazhab ini mempunyai keunikan dengan menyodorkan tatacara hidup penduduk Madinah sebagai sumber undang-undang kerana di Madinah-lah Nabi Muhammad s.a.w hijrah, hidup dan wafat di sana dan terkadang kedudukannya dianggap lebih tinggi dari hadis.

3. Mazhab Syafi'i

Diasaskan oleh Imam Syafii yang mempunyai penganut sekitar 28% Muslim di dunia. Pengikutnya tersebar di bahagian utara Iraq, Kurdistan, Iran (semasa zaman Seljuk), Mesir (semasa zaman Dinasti Ayubiyyah), Somalia, Yaman di wilayah Hadramaut, Indonesia , Thailand, Singapura, Filipina, Sri Lanka dan menjadi mazhab rasmi negara Malaysia dan Brunei Darussalam.

4. Mazhab Hanbali

Bermula oleh para murid Imam Ahmad bin Hanbal. Mazhab ini diikuti oleh sekitar 5% muslim di dunia dan dominan di daerah Semenanjung Arab. Mazhab ini merupakan mazhab yang saat ini dianut di Arab Saudi.

**********

Mengikut penerangan pada kuliah maghrib yang saya hadiri malam tadi, terdapat tiga ciri utama Ahlul Sunnah Waljam'ah ini iaitu:
  1. Beriman dengan Allah dan Rasulullah.
  2. Terikat dengan 11 Rukun iaitu 5 Rukun Islam dan 6 rukun Iman.
  3. Berhujah dengan al-Qur'an, Hadith, Sunnah, Ijmak Ulama', Qias, dan Takrir.
Teruskan pencarian ilmu. Usah di tipu daya oleh Syaitan yang sering menacari lubang dan kesempatan untuk merusakkan kita dengan perasaan memada pada ilmu. 

Mohon kekuatan dan ehsan Allah agar di pilih menjadi tetamu-Nya di Rumah2 Allah dan duduk di Majlis2 Ilmu-Nya. Agar kita bukan sekadar mengucap di bibir bahawa aku ini Ahlul Sunnah Waljama'ah tanpa faham hakikat sebenarnya ungkapan dan pengakuan berkenaan.

Ibadah yang diterima Allah, menegah daripada perlakuan dosa. Apa perlakuan dosa yang kita suka? Makin dekat dengan Allah, maka makin benci pada dosa.

Cuba tarbiyah diri. Hati yang baik. Akhlak yang wangi. Terpahat dan terasa segala tingkah dan laku Rasulullah. Dengan mendengar segala sirah Nabi dan kisah para sahabat, wali Allah dan ulama' maka akan gugur dosa. Hidup dalam ibadah tapi takut mati dalam dosa. Takut di gugat oleh ujub, syirik, takabbur dan riak. Takut dalam hati Allah pun ada makhluk pun ada.

Kita nak jiwa dan hati yang kosong. Yang ada hanya Allah. Wudhuk itu wangi dan malaikat suka dampingi. Sentiasalah berwudhuk dan cintakan wangi-wangian. 

Jangan baru saja keluar masjid, terus pula terdetik akulah paling hebat. Ini hati yang karat. Bila di uji hilang selipar, terus ucapkan terima kasih Allah. Tentu ada hikmahnya. Mungkin asbab hilang selipar itu, boleh beli selipar baru.

Jangan memada dengan banyaknya kitab. Dengan belajar maka bertambahlah ilmu. Seorang sahabat iaiatu Ibnu Hajar 40 tahun musafir tak balik rumah kerana menuntut ilmu. Rasa manis dengan ilmu. Jangan memada dengan ilmu. Kekal dalam mencari ilmu. Wajib belajar. Kasih kepada majlis ilmu akan mengundang keampunan Allah.

Ilmu yang di dapat itu hendaklah mengamalkannya, kemudian mengajarkannya. Jangan pandang lekeh kepada perlakuan ibadah walaupun kecil. Tidak ada dengki kecuali kepada dua iaitu orang yang diberi al-Qur'an yang beramal dengannya. Keduanya orang yang diberi harta dan dibelanja di jalan kebenaran. Dengki dalam erti untuk jadi seperti mereka ini.

Jangan jadi orang beragama tapi tidak beragama. Banyakkan selawat kepada Nabi SAW. Dalam majlis yang menyebut nama Nabi, maka selawat. Walaupun di sebut 20x, maka ucapakan SAW dari bibir kita ini 20x juga.

Takutlah kamu kepada neraka. Usah bermain dengan kata2 masuk neraka dulu tapi akhirnya orang Islam masuk syurga juga. Rasulullah SAW menangis tika membaca ungkapan Basmallah. Kenapa? Tanya sahabat. Celakalah manusia yang tidak dapat rahmat Allah sedangkan Allah penuh dengan rahmat. Malangnya orang Islam tinggalkan sumbar utama iaitu al-Qur'an.

Sebuah kisah Imam Ahmad Hanbal sedang memikul kayu api. Ada orang nak membantunya. Imam Ahmad menitiskan airmatanya, "Kalau Allah dedahkan keaibakan aku di hadapan kamu, tentu kamu akan curah pasir ke atas aku." Imam Ahmad Hambal ini di ceritakan oleh anaknya Abdullah Bin Ahmad, bapaku solat sunat 300 rakaat sehari semalam. 

Jangan pandang remeh benda yang lekeh. Bila suami tidak memberi gelang emas yang di hajati isterinya, maka isteri kena redha iaitu mungkin Allah akan bagi di syurga nanti. Tidak saya akan buat satu perbuatan melainkan saya sediakan hujah untuk dijawab di hadapan Allah. 

Langkah bijak menuju ke hadapan ialah membuat persiapan untuk hari akhirat. Apa persiapan yang kita buat? Banjir berlaku setiap tahun. Apa persiapan menghadapi banjir yang dibuat? Ramai yang tidak bersedia walaupun tahu hari kejadian itu akan berlaku jua.

Di dunia kekadang kita banyak bergantung kepada manusia lain, ada cable. Tapi di akhirat tiada lagi yang dapat membantu. Sendiri mahu ingat. Pada suatu hari Aisyah RA termenung sendirian. Rasulullah tanya kenapa? Aku teringat kepada neraka. Apakah kamu nanti akan ingat kepada ahli keluarga kamu?

Ada tiga tempat di mana orang tidak ingat lagi kepada orang lain melainkan untung nasib dirinya sahaja iaitu di sisi Mizan untuk timbangan amalnya. Kedua tika diberi buku catatn amalnya. Ketiga ialah tika melintasi titian sirat yang terbentang antara dua bumbung neraka.

Jadikan dunia sebagai jambatan ke Akhirat. Pertingkatkan diri ikhlaskan diri ikut sunnah Nabi. Orang cerdik bukan saja tahu perkara yang baik dia tahu perkara yang buruk. Adakah saya termasuk dalam kalangan orang munafik? Insaf hakikat tempat orang munafik bukan di syurga.

Risau apakah amal ibadah aku ini diterima Allah? Tertolak amalan sekiranya membuat amalan tanpa niat, buat amalan niat bukan kerana Allah, atau niat kerana Allah tidak mengikut sunnah Nabi. Risau takut2 ibadah kita tidak di terima Allah. 

Minta Allah jauhkan kita daripada golongan yang sesat dan minta Allah kekalkan di jalan yang lurus menuju redha-Nya. Minta Allah masukkan kita sebagai Ahlul Sunnah Waljama'ah yang cinta ilmu dan faham agama, renung, fikir dan risau pada persediaan bekalan amal sebelum mati dan balasan kehidupan akhirat nanti.


@@@

2 comments:

Tornado Assassin said...

Perkongsian yg bermanfaat. Jazakallah akhil

School Of Tots said...

TQ Tornado Assasin kerana sudi menjengah ke mari dan sudi meninggalkan komen pula.

Perjalanan ini sungguh jauh. Tn guru saya kata "Mati itu Hidup". Maksudnya mati itu sekadar garis pemisah antara kehidupan di Alam Dunia dengan hidup di Alam Barzakh (Kubur). Sangat benar sekali pernyataan ini.

Tn guru saya juga berkata "Manusia di cipta untuk Hidup selamanya (forever)." Maksudnya kita sekadar berpindah randah Hidup dari satu Alam ke Alam yang lain pula, hinggalah pengakhiran kita Hidup Di Syurga nanti, insya Allah.

Teruskan pencarian Ilmu agar kita sama2 faham Agama dan berpegang kukuh dengan Tali Allah. Ameen.

SOT
21/1/15.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...