Tuesday, January 13, 2015

Hikmah di Sebalik Musibah

  1. Apa yang saya dapat garap dari penyampaian video khutbah jumaat Dr Ahmad Basit (paparan sisi kanan) ialah -

Musibah banjir sebagai peringatan daripada Allah bahawa apa yang kamu ada itu Allah boleh tarik dalam sekelip mata. Harta, rumah, kenderaan, tanaman, hatta nyawa kamu. Dalam masa beberapa ketika musnah segala. Bila Allah nak beri sekejap saja Allah boleh beri. Bila Allah nak tarik sekejap sahaja Allah boleh tarik.

Tiga pengajaran utama yang boleh di simpulkan ialah:
  1. Bergantung haraplah pada Allah. Mengakulah kita insan lemah. Kita tiada daya dan upaya melainkan semuanya bergantung kepada belas ehsan Allah semata.
  2. Mengajar kita erti sabar. Semua yang berlaku ini adalah ketetapan Allah. Usah menyesal atau bermain dengan ungkapan "Kalaulah aku..." kerana ia hanya membuka pintu was2 daripada syaitan, mengajak kita berduka dan menyesal tak sudah2. Dia menyilapkan, itu permainan syaitan.
  3. Menjana sifat kerjasama dan tolong-menolong. Waktu susah patut susah bersama. Kena ada sifat melebihkan orang yang lebih memerlukan. Kena tingkatkan toleransi dan berpada.

Mudah2an mendapat ganjaran pahala yang besar, membuka lorong2 kelepasan, dan usah mengaku kalah. Kena bangkit semula dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ini. "Ya Allah, berilah pahala kepada saya, dengan musibah yang menimpa ini, dan gantikan saya denagn yang lebih baik." Ameen.

Jadikan tahun ini yang terbina di bawah runtuhan rumah, kebinasaan harta benda, dan kesan pos banjir yang paling dahsyat dalam sejarah ini sebagai gelanggang untuk menyuburkan kembali iman yang lemah, untuk kembali belajar hadith, rajin duduk mengaji di majlis2 ilmu, dan banyakkan selawat kepada Nabi. 

Tanam azam untuk cinta ilmu dan faham agama supaya dapat bertahan kekal di jalan yang lurus menuju destinasi akhir mencari redha Allah.

@@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...