Friday, November 14, 2014

Sampailkan Dari Ku Walau Satu Ayat

Jam menunjukkan pukul 8:05 pagi. Hmmm...masih awal lagi. Waktu ofis bermula 8:30 pagi. Maka saya pun singgah di warung makan sebelah AEON AU2 untuk sarapan sebentar. 

Terserempak pula dengan kawan seofis di situ. Di memesan 4 bungkus nasi lemak. "Wa bungkus nampak," sapa saya kepadanya. "Eh biasa, tiap-tiap hari Jumaat, insyaAllah." Tu dia satu amalan sedekah yang baik. Mungkin di berikan kepada rakan-rakan ofis yang lain.

Saya pun duduk di meja makan untuk menikmati sarapan saya iaitu nasi lemak telur dan teh o limau panas. Kawan saya tadi pula datang join sekali. Maka kami berborak-borak santai sambil sarapan. "Pergi majlis ilmu mana semalam? Kat surau, masjid kat rumah ke?" tanya saya. "Dah makin ramai orang buat majlis-majlis baca kitab," jawabnya. "Dapat fokus kepada ilmu yang kita tahu sumbernya, tidak bercampur dengan perkara-perkara lain," tambahnya.

"Alhamdulillah, tempat saya pun ada majlis taklim, bagus tu," komen saya. "Menjadi tugasan setiap kita untuk menyampaikan mesej dakwah, sebagaimana sebuah hadis yang membawa erti sampaikan daripadaku walaupun satu ayat. Maksudnya kalau kita dengar 10 ilmu daripada Ustaz dan kita ingat dua ilmu sahaja maka kita sampaikanlah dua ilmu itu kepada orang lain. Barulah berkembang ilmu itu."  

Namun kawan saya ini menunjukkan kerisauannya iaitu mana mungkin kita sampaikan ilmu itu kalau kita belum betul2 faham, atau sampaikan sikit2 macam itu atau kita sendiri masih belum beramal dengannya. Dia memberi analogi, "Kalau kita cerita pasal sebuah basikal. Kita tak cerita semua tapi hanya cerita fasal roda basikal sahaja, maka mana orang nak dapat gambaran sebenar basikal itu," katanya. Betul jugak tu.

Saya pula memberi contoh, "Jika malam tadi Ustaz bercerita tentang beberapa ciri orang munafik. Salah satunya ialah bila cakap dia berbohong. Maka saya pun sampaikan kepada orang lain ilmu yang saya dapat itu. Maka tentulah ia juga mendatangkan manfaat." Saya pula menambah, "Kita semua ini sepatutnya compliment each other. Takkan lah nak tunggu betul2 alim baru nak berdakwah?"

Saya agak kurang senang dengan orang yang berpegang mengatakan jemaah dia saja atau cara yang dia buat saja yang betul. Bila menyertai majlis taklim misalnya, sudah tidak gemar lagi duduk di majlis2 ilmu kuliah maghrib di Masjid yg di adakan saban malam yang disampaikan olah para ustaz dan asatizah yang silih berganti yang datang dari jauh dan dekat. Dia lebih sanggup mengikut Ustaz majlis taklimnya walaupun ke masjid atau surau2 yang jauh di luar khariah. Alasannya ialah tidak mahu mendengar penyampaian yang 'rojak' yang tidak berpandu kepada kitab2 yang khusus, atau tak mau dengar ceramah yang bercampur topik politik?

Bila menyertai jemaah tabligh misalnya, maka tidak gemar lagi duduk di majlis2 ilmu yang di adakan dan hanya mahu menumpu kepada majlis bayan atau program2 jemaah tabligh sahaja. "Ilmu tanpa amal tiada manfaatnya," kata kawan tadi. "Tapi amal tanpa ikhlas juga tiada manfaat," tambah saya. "Ikhlas itu soal hati. tiada siapa yang dapat menilai malainkan Allah," tegas kawan saya itu.

Pernah seorang Ustaz menyatakan bahwa dia menyampaikan kuliah setiap malam di pelbagai masjid seluruh negara. Maka jumlah maksima ialah 7 kali setiap minggu tidak termasuk kuliah zohor atau kuliah subuh. Jumlah odion yang hadir dalam lingkungan 30-80 orang. Namun jika setiap odion tadi menunaikan tanggung jawab menyampaikan "walaupun satu ayat"  maka barulah berkembang mesej dakwah yang Ustaz sampaikan itu. 

Apatah lagi jika ada yang menyampaikan dalam bentuk upload video di youtube, atau menulis posting di blog, mesej di twitter, whatsapp, dsb. Setiap kita punyai peranan. We compliment each other.

Jemaah majlis2 taklim ada peranan dia menyebar mesej dakwah. Jemaah tabligh ada peranan penting dalam menyebar risalah Islam ke serata alam. Para asatizah punyai peranan penting menyebar dan memberi kesedaran agama ke dalam masyarakat. Aktivis parti ada peranan dakwah. Guru ada peranan dia. Suami ada peranan dia. Anak muda ada peranan dia. Majikan dan pekerja ada peranan dia. Aku ada peranan.

Setiap kita yang mengaku beragama Islam punyai tanggungjawab menyambung kerja Nabi SAW untuk menyebarkam Islam ke seluruh alam. Usah kita mencari silap. Kita bersangka baik dan berlapang dada. "Usah bersangka orang lain bersangka itu dan ini," pesan kawan saya tadi. 

Jaga hati kita. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga amalan kita. Jaga hubungan sesama makhluk. Semuanya nawaitu kerana Allah. Saya masih ingat Ustaz berpesan, "Walau di majlis siapa pun kamu berada, yang penting kamu bukan mencari masyhur makhluk tetapi carilah masyhur di sisi Allah." 

Sempena hari Jumaat yang mulia penghulu segala hari ini, banyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW. "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkan salam penghormatan kepadanya." (Al-Ahzab:56)

Teruskan usha dakwah tanpa jemu. Jalan dakwah itu banyak termasuklah dengan tunjukan akhlak mulia, amalan yang istiqamah, jiwa yang ikhlas, melalui bicara yang jelas dan mudah, street dakwah bertemu orang di luar sana, mencari target sasar yang khusus, majlis2 ilmu, program menjana minda, forum2 ilmu, ceramah2 umum, dakwah pintu ke pintu dan seumpamanya.

Juga dengan boleh memilih untuk menyertai pelbagai jemaah dan NGO Islamik. Atau aktif dalam media sosial 'cut & paste' ilmu bermanfaat, tapi jangan terjerat dalam penyebaran fitnah pula.

Ada pula berkeupayaan untuk menyampaikan kuliah, tazkirah, khutbah dan seumpamanya. Atau aktif dalam lingkungan usrah, boleh menulis artikel, analisa, laporan, hatta menulis buku. We compliment each other. 

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash ra., Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari)

@@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...