Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.”
(Hadis riwayat Al-Bukhari)
Hadis ini menunjukkan saranan supaya kita menyampaikan ilmu tidak kira banyak atau sedikit, asalkan ia ilmu dari Al-Quran dan Sunnah maka hendaklah ia disampaikan. Dalam ertikata lain, jangan kita tahan ilmu itu sehingga kita mencapai maqam tertentu, atau maqam ulama mujtahidin baru kita boleh berdakwah. Itu bukan syarat.
Dalam satu tazkirah Jumaat di Masjid, saya mendengar Ustaz menyatakan bahwa umat Islam di Malaysia yang mendirikan solat berjamaah tak sampai pun 10%, yang duduk dalam majlis2 ilmu tak sampai pun 5%, dan yang menjalankan usha dakwah tak sampai pun 1%.
Setiap kita umat Nabi SAW punyai tanggungjawab menyambung kerja Nabi SAW iaitu menyampaikan risalah dakwah ke serata alam. Tidak perlu menunggu hingga mencapai tahap tertentu baru nak berdakwah. Nabi SAW berpesan, "Sampaikan dariku walau satu ayat." Maknanya kalau tahu satu ilmu maka sampaikan satu ilmu itu. Usah tangguh lagi.
Barangsiapa yang Allah inginkan agar ia menjadi orang yang baik, maka Allah akan tafaqquhkan dia dalam (urusan) agama.
(Hadis Sahih, Muttafaq 'Alaihi)
Siapa2 yang Allah nak bagi dia jadi baik maka Allah bagikan dia faham dalam urusan Agama. Kena faham A hingga Z fasal Agama. Kena hijrah hati agar kenal kecelaan diri. Empat frasa utama dalam peristiwa Hijrah Rasulullah SAW ialah..
- Hijrah itu Pengorbanan,
- Hijrah itu Perjuangan,
- Hijrah itu Persaudaraan,
- Hijrah itu Perpaduan.
Abu Bakar RA sanggup korban semua harta benda dia untuk perjuangan menegakkan Agama Allah. Bila di tanya apa yang dia tinggalkan untuk keluarganya. Dia menjawab aku tinggalkan Allah dan Rasul. Dalam menegakkan usha dakwah kita kena ada pengorbanan masa, harta, tenaga, atau maruah, hatta nyawa sekali pun. Ali RA sanggup menggadai nyawanya mengambil tempat Nabi SAW di perbaringan dalam peristiwa Hijrah. Cuba tanya apa yang kita sanggup korbankan?
Hijrah itu perjuangan. Sekarang kita solat tapi macam tak solat. Sekarang kita puasa tapi macam tak puasa. Kenapa? Kerana masih belum berjiwa hamba. Kerana masih anggap kita ini tuan. Macamana nak bawa jiwa hamba di hadapan Allah?
Antaranya kena banyak taubat. Hakikat taubat ialah penyesalan yang sebenar hingga berlinang airmata keinsafan atas segala perlakuan dosa kita dan mengharap sepenuhnya akan belas ehsan Allah memohon keampunan-Nya dengan sepenuh hati dan keikhlasan.
Antaranya kena banyak taubat. Hakikat taubat ialah penyesalan yang sebenar hingga berlinang airmata keinsafan atas segala perlakuan dosa kita dan mengharap sepenuhnya akan belas ehsan Allah memohon keampunan-Nya dengan sepenuh hati dan keikhlasan.
Yang kedua, kenalah rajin dan selalu belajar ilmu Agama. Sesiapa yang hendak kepada dunia maka dia kena berilmu. Sesiapa yang hendak kepada Akhirat maka dia kena berilmu. Sesiapa yang berhajat kepada keduanya sekali maka dia juga mesti berilmu. Kalau malas nak belajar macaman nak faham Agama, nak hidup cara Islam? Ubah cara hidup total 100%. Kena ikut cara Nabi SAW.
Hijrah itu persaudaraan sebagaimana Nabi SAW mempersaudarakan kaum Aus dan Ansar di Madinah. Setiap kita orang Islam adalah bersaudara. Cubit paha kiri paha kiri pun terasa juga sakit dan peritnya. Hijrah itu perpaduan. Jangan sampai kerana berbeza pandangan atau pegangan politik misalnya Agama sanggup di gadaikan. Islam itu untuk memerintah bukan untuk diperintah. Islam mestilah berada di maqam teratas. Teruskankan usha dakwah kita untuk mengajak manusia untuk taat kepada Allah dan Nabi SAW.
Dalam dakwah kena ada strategi, perancangan dan langkah berjaga-jaga. Nabi SAW menunjukkan pelbagai strategi dalam peristiwa Hijrah. Kalau nak ke tempat jauh mestilah berdua atau lebih. Zaman ini zaman fitnah. Nabi SAW mengutamakan projek Agama iaitu memasyarakatkan umat melalui Masjid. Nabi SAW menyediakan pengukuhan akidah iaitu hubungan dengan Allah yang jitu serta membentuk akhlak yang mantap sepanjang 13 tahun di Mekah sebelum berhijrah ke Madinah.
Cuba tanya diri. Macamana aku boleh ambil bahagian dalam kerja dakwah? Banyak lagi projek2 Agama yang perlukan sumbangan kita. Samada sumbangan dalam bentuk tenaga, masa, wang ringgit dan seumpamanya. Yang penting memberi sumbangan dalam kerja dakwah. Supaya ada jawapan di hadapan Allah nanti.
@@@
No comments:
Post a Comment