Tuesday, November 11, 2014

Duduk di Majlis Ilmu

Malam tadi seramai 67 orang duduk di majlis ilmu. Ramai mana yang dapat ilmu? Ramai mana yang faham ilmu itu? Ramai mana yang beramal dengan ilmu yang dia dapat itu? Ramai mana yang dapat sebarkan ilmu itu? 

Ramai mana yang dapat ajarkan ilmu itu semula kepada orang lain? Ramai mana yang sekadar dengar saja? Ramai mana yang masuk telinga kanan dan keluar ikut telinga kiri? Ramai mana yang catit? Ramai mana yang rekod? Ramai mana yang ingat semua poin yang ustaz ajar? Ramai mana yang ingat 2 daripada 10 poin yang ustaz ajrkan malam ini? Ramai mana yang terlelap?

Ada juga yang gemar duduk di berenda masjid bukak kelab bual time ust dok mengajar kat depan. Ahli kelab bual masjid agaknya. Ada juga yang lebih gemar flip flip skrin smart fon dia di bucu2 masjid, tika ust dok mengajar.  Atau jari jemari asyik dok memicit rancak layan forum Whatsapp atau Telegram. Macam2 ragam.

Itulah antara beberapa senerio yang dapat kita analisa saban malam bagi jemaah yang terpilih duduk di majlis2 ilmu. Di masjid khariah kami ini, purata jemaah yang hadir ke majlis2 ilmu kuliah maghrib ini saya dok kira saban malam lebih kurang 70 orang. Tika solat berjemaah maghrib terdapat purata 5 sof, iaitu kira2 200 orang (5x40=200). 

Kemana pula hilang 130 lagi tu? Balik rumah gamaknya, bila azan Isyak baru datang balik kot? Rugi kan. Allah telah pilih cantek dah untuk jadi tetamu di rumah-Nya, tapi mereka pilih untuk tidak tunggu sekejap selepas solat maghrib untuk duduk di majlis ilmu.

Begitu juga senerionya time malam Jumaat. Ramai para jemaah yang hadir ke Masjid berbanding dengan malam2 lain. Maklumlah ada majlis bacaan surah Yaasin secara berjemaah. Siap bawak botol air letak kat tengah ruang solat. Habis majlis bacaan Yaasin je ramai pula yang lesap. Kadang tu hampir separuh hilang.

Malam tadi antara yang saya dapat catit, Ustaz berpesan kalau kita ini nak mulia maka kena ada ilmu. Majlis ilmu ini ialah majlis mulia yang malaikat suka. Yang datang ke majlis ilmu ini mulia belaka. Yang mulia datang ke majlis yang mulia.

Orang yang mengamalkan sunnah Nabi SAW di akhir zaman ini memang ganjil dan sedikit bilangannya. Maka beruntunglah orang yang ganjil. Orang tidur malam itu biasa. Yang menghairankan atau luar biasa ialah orang yang sanggup bangun daripada tidur di pertengahan malam dan mendirikan solat tahajjud dua rakaat. Maka beruntunglah orang yang ganjil itu.

Orang ramai dah rusak di luar sana, tapi dia masih pertahankan Islam. Itu yang mahal. Nak ganjil, nak luarbiasa, kena ada ilmu. Dikira sah menuntut ilmu itu bila beramal dengannya.

Erti taqwa ialah bila zahir patuh dan hati pula kenal. Hati gentar takut Allah. Muka pucat, berpeluh badan, anggotanya bersegera lari. Hati kenal Allah.

Musuh Islam nak rusakkan Islam dengan macam2 cara. Yang betul pun di fitnah. Apatah lagi yang salah. Musuh agama ini tiada kebaikan padanya. Ilmu yang di dapat itu kenalah beramal. Ilmu yang tidak diamalkan dan tidak disebarkan umpama pokok yang subur dengan daun tapi tidak berbuah. 

Ilmu bermanfaat umpama hujan dengan bumi. Bumi yang yang dapat serap air bila di buat kebun atau di tanam pokok akan menghasilkan tanaman yang subur yang mengeluarkan sayur dan buah yang memberi manfaat kepada manusia.

Air yang bertakung pada tanah yang tidak menyerap selepas hujan akan mematikan pokok kerana akar yang terendam air. Itulah ibarat terima ilmu tetapi tidak diamalkannya. Diri tidak manfaat dan orang lain pun tidak mendapat manfaat daripadanya.

Jadilah ayah yang dapat jadi contoh kepada anak. Jadilah suami yang dapat jadi contoh kepada isteri. Kita pun tidak taat kepada Allah, macamana nak mengharap anak taat kepada Allah. Sama2 kita suloh diri masing2 dan berubah menjadi insan2 yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Tiada manfaat amal itu tanpa ikhlas kerana Allah. Ikhlas ini ialah tempat didik Allah. Amal dengan mengharap hanya redha Allah. Hati yang bersih ialah tempat tinggal ikhlas.

Hati ini terbahagi kepada banyak bahagian. Ada tempat iman, ada tempat tauhid, ada hati makrifat, ada nafsu. Nak bersih hati kena ada pencucinya iaitu zikirullah. Ya Allah Ya Allah. Ya Qahar Ya Qahar. Ya Fatah Ya Alim Ya Hakim. Macam2 pencuci yang boleh diamalkan. Kena susah payah menggahal memberus membersih hati. Sebab kita ini hamba. Sifat hamba kenalah berusha dan bersusah payah.

Tadi solat. Ni solat lagi. Kita hamba, bukan Tuan. Nak capai maqam ikhlas kena kosong hati. Tak nampak lain. Diri pun tak nampak. Nafi aku. Nafi akuan. Aku tidak ada. Alim aku tak nampak. Kuat aku tak nampak. Yang aku nampak Allah. Allah. Allah.

Musuh tersembunyi dalam hati. Itulah nafsu. Nafsu ajar rasa hebat aku. Rasa pandai aku. Mungkin aku ini wali. Itulah Ujub. Ajib dalam hati. Maka datangkan syukur kita. Hebat tadi anugerah Allah. Barulah orang puji tak goyang. Orang hina tak goyang. Sebab itu wali Allah orang dekat tak kenal. Bila sekali sekala datang orang jauh, baru kenal, itu wali Allah rupanya.

Nabi Allah bagi mukjizat. Wali Allah mungkin ada karomah. Orang alim, mungkin doanya mustajab. Ahli batin pula mungkin ada sihir. 

Jangan malas hadap Allah. Ibadah itu kemuliaan. Adakan masa yang khusus dengan Allah. Asingkan diri daripada makhluk. Bangun malam. Putuskan hubungan dengan makhluk. Selagi berhubung dengan makhluk, bukan lagi dapat. Kena asingkan diri. Nak dapat kasih Allah. Kena ehsan dengan makhluk Allah. 

Ada orang memada dengan ilmu. Majlis ilmu dia malas nak pergi kerana rasa sudah cukup ilmu, sudah memada dengan ilmu. Ada ilmu sikit dah rasa memada dan mula nak mengada-ngada. Yang harus di kata haram. Yang haram di kata harus pula.

Amal itu kunci syurga. Ada orang kata, "Saya tak bertudung pun tak apa, yang penting hati saya baik." Atau katanya, "Aku walaupun tak solat, tapi hati aku baik." Maka jawablah balik, "Masuk neraka pun tak apa, yang penting hati baik."

Sebagai konklusi, rajin2lah berkunjung ke majlis2 ilmu, kuliah2 maghrib di Masjid2 dan Surau2. Sudah2lah bersantai berhibur dan lara dengan segala urusan dunia yang tidak berhabisan itu. Luangkan masa antara maghrib dan isyak itu untuk duduk dalam majlis ilmu, taman2 syurga. 

Usah kekal dalam kejahilan atau baramal tanpa ilmu. Masa untuk berubah. Masa untuk Hijrah. Hijrah dari jahil kepada alim dengan hadir duduk di majlis2 ilmu saban malam. Tanam azam. Dan terus bertindak mulai malam ini. Hijrah itu perlukan pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan perpaduan. Lets Rock the world !!

@@@ 

2 comments:

Wak Saprol said...

Di jalan sufi...jarang sekali kita menunding jari, terutamanya yang
remeh-remeh. Konsep nya bigini, kita duduk tekun mendengar ceramah, manakala yang lain sebuk berbual di luar. Hati kita kemudiannya menunding jari pada mereka, macam-macam kita kata dan dalam masa yang sama mereka dalam hati masing-masing terserdik;"bagusnya orang itu, tekun dalam majlis ilmu". Sesungguhnya, Allah lebih cintakan hati mereka yang jauh lebih murni dari kita dalam ber pra-sangka. Wallahualam, terima kasih juga atas perkongsian, banyak juga yang dapat saya pelajari dari coretan tuan!

School Of Tots said...

Masya-Allah terima kasih atas komen Tn yg penuh makna. Jazakallah.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...