Tuesday, April 01, 2014

MH370 Saga Continues

Hari ini sudah mencapai hari ke-25 misteri kehilangan MH370. Namun pencarian setakat ini di Lautan Hindi semenjak pengumuman PM perihal 'flight ended' di Laut Hindi 9 hari yang lalu nampaknya masih gagal menemui apa-apa bahan bukti yang konkrit. Maka konklusi misteri kehilangan MH370 ini masih jauh daripada terungkai once and for all.

Ramai waris mangsa mula meluahkan kemarahan dan menuntut kerajaan mengemukakan bukti kukuh atau meminta maaf mengenainya. Namun mengikut kenyataan seorang menteri, tiada keperluan untuk kerajaan memohon maaf kerana dakwanya, kenyataan PM pada 24 Mac lalu tidak menyebut pesawat itu terhempas atau semua penumpangnya terkorban, sebaliknya hanya mengatakan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi. 

Pelbagai teori dan pendapat terus berlegar terutamanya di laman siber. Antaranya ialah teori MH370 dirampas. Arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh. Kenapa MH370 memilih koridor selatan sebagai laluannya? 

Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui. Maka teori menjurus kepada melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa yang merampas pesawat itu? Dan yang penting untuk di establish ialah motif di sebalik rampasan itu.

Jika flight MH370 berakhir di Lautan Hindi maka mana bangkai kepalterbang malang itu? Sehingga kini segala serpihan atau objek yang di kesan satelit tidak menunjukkan ia datang dari MH370. Jika benar semua penumpang dan crew MH370 terkorban maka mana mayatnya? 

Pencarian kotak hitam sudah pada peringkat kritikal kerana kuasa baterinya hanya dapat bertahan kurang daripada 5 hari lagi. Jika kotak hitam dijumpai pun ia hanya mengandungi rekod 2 jam terakhir, manakala rekod kritikal tika flight mula melencong dari laluan asal telah lama padam.

Lalu ada yang mengatakan apakah segala operasi SAR yang di lakukan ini bukan pada lokasi yang sebenar MH370 berakhir, sebab itulah sehingga kini tiada apa yang ditemui? Maksudnya MH370 itu berada di lokasi lain, mungkin safe & sound. Apa sebabnya? Wallhu'alam. 

Kemudian timbul pula cerita kenapa ada sebuah negara telah membeli kapalterbang 2nd hand model sama milik MAS ini, mencetuskan teori konspirasi ala-ala kes 911 pula. 

Kemudian keliru pula perihal kata2 akhir rakaman di kokpit (01:19:29 MAS370: "Good Night Malaysian Three Seven Zero") kerana ada percanggahan maklumat. Ia menambah lagi misteri dan kecelaruan.

Walaupun pencarian akan berterusan sehingga MH370 dijumpai tetapi untuk berapa lama lagi? Sudah tentu akan ada cut-off date. Apakah nanti jika masih tidak bertemu apa yang dicari, jalan ceritanya akan berakhir dengan kes di tutup dan di ishtiharkan pesawat malang itu berkubur di dasar Laut Hindi bersama segala isi, misteri dan cerita sebenarnya?

Apa pun Kerajaan Malaysia sudah melakukan yang terbaik dalam kes skala besar yang tiada kes seumpamanya sebelum ini. Walaupun ada beberapa hiccup dan kekurangan di sana sini namun segala kerumitan operasi SAR dan masalah PR yang timbul sepatutnya dapat difahami dalam perspektif yang lebih besar demi nama baik negara.

Apatah lagi Malaysia terpaksa bergantung kepada kepakaran luar dalam operasi SAR dan penyiasatan. Semalam di khabarkan sebanyak 10 pesawat (termasuk dua kapalterbang Hercules TUDM) dan 9 kapal laut terlibat dalam pencarian di Laut Hindi yang sunyi, terpencil, mencabar dan bergelora 2,000 km di baratdaya Perth itu. 

Pesawat teknologi tinggi P-8 Poseidon milik tentera Amerika Syarikat (AS) yang dilengkapi kamera definisi tinggi dan beberapa alatan pengesan canggih dianggap sebagai pesawat peninjau paling moden di dunia, juga setakat ini masih gagal mengesan sebarang objek yang signifikan.

Kes MH370 sudah tentu akan menjadi benchmark baru dalam standard keselematan dan operasi aviasi dunia. Sudah tentu pelbagai teknik dan tahap keselamatan baru akan di perkemas dan diperkenalkan demi memastikan kes kehilangan jumbo jet tanpa dapat dikesan ini tidak akan berulang lagi.

@@@

2 comments:

NMA said...

cerita di dalam cerita :)

School Of Tots said...

TQ Nasrul Muhaimin Ariff. Mistery MH370 is far from over. The story continues..

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...