"Betulkan sof. Penuhi sof di hadapan. Rapat2kan sof. Rapatkan bahu tuan2 agar Allah rapatkan siratulrahim antara kita. Solatlah seumpama ini solat yang terakhir buatmu." Menjadi rutin ungkapan Ustaz Haqim, Imam-2 Masjid as-Salam setiap kali mengimami solat fardu. Satu lagi yang menjadi amalannya ialah tidak tinggal membaca ayat Qursi setiap kali bersama zikir selepas solat. Ustaz Haqim juga tidak banyak bicara dan sentiasa murah dengan senyuman. Nama penuh beliau ialah Muhammad Haqimuinuddin Bin Hamzah.
Perwatakannya lembut dan disenangi ramai. Bila berdepan dengan apa2 masalah atau cabaran dia masih mampu tersenyum. Bacaannya sangat baik terutamanya tika membimbing jemaah dalam bacaan surah Yaasin atau surah al-Mulk beramai-ramai. Begitu juga tika membimbing kuliah maghrib membaca Kitab perihal alam barzakh, Ustaz menutur kata dengan teratur, lembut dan straight forward hingga tersentuh hati2 yang menjiwainya. Di surau al-Mutaqqin kuliah Ustaz Haqim yang terakhir ialah berkenaan pengurusan jenazah.
Semalam Allah menjemput Ustaz Haqim pulang ke rahmtullah pada pukul 12 tgh di usia 28 tahun, meninggalkan seorang isteri, dua orang anak kecil, ribuan anak murid, saudara mara, sahabat dan taulan. Perginya pada usia yang masih muda, begitulah kalau sudah dikasihi Allah.
Arwah terlantar koma selama 9 hari di ICU Hospital Sg Buloh setelah ditimpa kemalangan jalanraya tika dalam perjalananan ke Masjid as-Salam untuk solat fardu zohor. Arwah mengimami solat fardu subuh di masjid pada paginya.
Antara tanda kematian yang husnul-khootimah ialah pertama bilangan yg ramai untuk solat jenazahnya, kedua bila percakapan yg baik2 oleh orang ramai perihal arwah. Kedua-dua ciri ini ada pada arwah Ustaz Haqim. Ribuan orang mula memenuhi masjid as-Salam selepas zohor sejak berita tersebar tentang kepulangan arwah ke rahmatullah. Arwah di mandi dan dikafankan di Hospital Sg Buloh oleh gurunya Ustaz Hazri Hashim.
Jenazah tiba di masjid sekitar pukul 5:30 ptg. Saya kira ada 18 sof muslimin dan 3 sof muslimah yang mensolatkan jenazah. Kemudian para jemaah beratur untuk menatap wajah Ustaz Haqim buat kali terakhir di sebalik lilitan kafannya. Perjalanan 5 km van jenazah ke tanah perkuburan berlepas pada pukul 6:23ptg.
Arwah selamat di semadikan di tanah perkuburan Bukit Sentosa dengan penutup bacaan talqin dan doa oleh Ustaz Wan Mohd Shamsuddin, Ustaz Hazri Hashim dan Ustaz Abd Aziz Lutfi menjelang azan maghrib berkumandang.
Allah telah muliakan Ustaz Haqim. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya dan memberi kehidupan yang selesa buatnya sepanjang berada di alam barzakh itu. Seorang lagi ulama' muda ahli syurga yang sukar di cari ganti selamat pergi menemui Illahi.
Kita yang masih hidup ini bagaimana? Ya Allah berkati sisa usia kami ini dan hidupkan kami dalam iman dan matikan kami dalam iman dengan kematian yang husnul khootimah.
@@@
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
4 comments:
innalillahiwainaila hir rajiun
allahumma wa afini wa fuanhu...
TQ @Fr!n@...setiap pagi bangkit drp tidur...sehari lagi umur dipendekkan Allah...itulah hakikat. Makanya beruntung lah sesiapa yg ingat mati dan mencari bekalan Akhirat.
Ada bacaan Quran us haqem tak? Ana satu sekolah dgn dia. Rindunya nk dgr dia bc Quran. Ms dia bljr di its dulu ana selalu rakam dia bc. Tp syg mp4 semua dah takda.
Maaf krana saya tidak punyai rakaman itu. Mungkin kala itu rakaman video melalui smartfon belum trending seperti skrg. Al-Fatihah utk arwah.
Post a Comment