Allah masih kurniakan udara untuk kita bernafas pagi ini. Alhamdulillah. Banyak nikmat Allah pada kita. Semua milik Allah. Kita tidak ada apa2. Semua ini Allah kurnia untuk kita. Tidak terhitung banyaknya nikmat Allah. Itu lah hakikat hidup ini.
Kita semua punyai peranan masing2 sepanjang hidup di dunia ini. Tentunya objektif hidup jelas iaitu untuk beribadat kepada Allah. Dan satu lagi peranan utama kita ialah menyambung tugas Rasulullah dalam menyampaikan risalah dakwah, mengajak manusia hijrah dari kegelapan kepada kecerahan Islam.
Islam itu bukan sekadar pada nama atau pada tikar sejadah atau pada ruang masjid. Islam merangkumi skop yang lebih luas. Islam ialah cara hidup yang lengkap, sempurna, menyeluruh dan di redhai Allah. Islam mengajar kita cara hidup daripada A to Z. Manual lengkap juga dibekalkan sebagai panduan iaitu Al-Qur'an. Panduan dan penjelasan yang mantap juga disediakan dalam bentuk ajaran, tunjuk ajar, sunnah dan hadith Rasulullah SAW.
Segala ini diperincikan dan diajarkan generasi ke generasi oleh para ilmuan dan alim ulama' pewaris Nabi SAW. Agar kita faham bahwa Islam ini cara hidup kita di dunia ini demi untuk berada pada landasan yang benar sebagaimana orang2 terdahulu yang telah mendapat petunjuk dan nikmat Allah. Bukan sebagaimana jalan yang rusak dan punah yang diikuti oleh golongan yang sesat.
Menuntut ilmu agama itu wajib. Kenapa ilmu agama wajib dituntut? Allah seolahnya memberikan ilmu ini sebagai hak kita untuk di tuntut. Ilmu Allah maha luas. Sebanyak mana pun kita belajar lagi dan lagi, malah kita merasa makin nak tahu dan makin banyak yang tidak tahu. Itulah hakikatnya kerana ilmu yang Allah bagi ini ibarat sekadar air yang melekat di jari bila di cecah di air laut sedangkan ilmu Allah ibarat lautan yang luas.
Tepuk dada tanya iman. Di daerah saya ini Alhamdulillah hidup dengan majlis2 ilmu. Di masjid di adakan program kuliah maghrib pada setiap malam. Ibaratnya kalau ada 30 hari dalam sebulan maka akan ada 30 orang Ustaz yang akan mengajar pelbagai bidang disiplin ilmu agama. Ditambah lagi dengan kuliah subuh pada hujung minggu. Maknanya ada sekurang-kurangnya 38 majlis ilmu di masjid kami ini pada setiap bulan. Maka apa lagi alasan yang hendak diberi di hadapan Allah besok sekiranya ditanya, "Kenapa kamu tidak menuntut ilmu agama?"
Sekali lagi tepuk dada tanya iman. Tiada lagi alasan munasabah untuk mengelak daripada menuntut ilmu agama. Usah cari alasan. Itu saya cerita majlis ilmu di masjid khariah kami. Masjid ini juga mengawal selia 27 surau dalam khariah.
Di surau taman perumahan saya iaitu surau al-Faaizeen, saya perhatikan ada purata 16 kuliah maghrib setiap bulan. Banyak lagi surau2 yang lebih aktif seperti Surau al-Falah dan Surau Jalan Ros. Maka jika saya ambil purata 10 majlis ilmu bagi setiap surau di sekitar kawasan perumahan kami ini, jumlahnya menjadi 270 majlis ilmu setiap bulan. Pilihlah surau mana yang mahu dikunjungi untuk pencarian ilmu anda.
Saya terkesan dengan pesanan guru saya Ustaz Hazri Hashim, "Walau kita duduk di majlis ta'alim siapa pun, di majlis ilmu mana pun, perbetulkan niat kerana Allah kerana kita ini bukan mencari masyhur makhluk tetapi kita mencari masyhur di sisi Allah."
Daripada pengalaman saya bila menghadiri majlis2 ilmu terutamanya kuliah maghrib, program2 khas anjuran masjid dan surau, juga majlis ta'alim secara rutin, saya merasakan bahawa kefahaman dan kecintaan akan berputik subur, semakin lama semakin matang segar hingga ke suatu tahap saya dapat merasakan keseronokan dan kemanisannya. Tahap bila mana tidak dapat hadir ke majlis ilmu kerana pelbagai sebab yang tidak dapat dielakkan ia bakal menimbul rasa keluh kesah, kekosongan dan kerugian yang amat sangat.
Ini ialah proses menuntut ilmu agaknya. Majlis2 ilmu itu ialah taman2 syurga yang bukan sekadar dihadiri di kalangan manusia terpilih tetapi juga dihadiri oleh kumpulan jin2 Islam dan para malaikat yang terpilih jua yang akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan keberkatan bagi pencinta ilmu yang hadir itu.
Semalam usai kuliah subuh oleh Ustaz Roslan di Masjid as-Salam, saya berpeluang bersarapan dengan seorang kenalan di sebuah gerai di perkarangan Masjid. Sahabat saya ini bercerita bagaimana dia bersama seorang teman sepejabatnya secara istiqamah pada setiap waktu rehat tengahari akan naik motor mencari surau2 berdekatan untuk solat berjemaah dan menghadiri majlis ilmu kuliah zohor.
Hinggalah suatu hari dia mendapat hidayah dan bertanya temannya tadi, "Kita ini keluar mencari ilmu setiap hari. Manfaatnya untuk kita berdua sahaja. Sedangkan di bangunan pejabat kita ini ada surau yang disediakan pihak pengurusan bangunan, mengapa tidak kita adakan majlis ilmu di surau kita agar ramai lagi yang dapat hadir dan meraih ilmu yang di hidangkan?"
Maka bermulalah sebuah usha jihad ilmu untuk kepentingan umat. Dana di cari. Bermula dengan satu majlis ilmu setiap minggu yang mendapat sambutan menggalakkan, ditambah menjadi dua, tiga, empat dan kini majlis ilmu kuliah zohor diadakan pada setiap hari tanpa gagal. Alhamdulillah. Ada pihak syarikat yang menaja, ada pihak pengurusan secara individu sponsor di samping sumbangan tabung bergerak telah memudahkan lagi usha dakwah ini. Itulah rezki dan rahmat Allah bagi program2 yang membawa kebaikan.
Saya mohon dia kongsikan senarai Ustaz2 jemputan untuk rujukan supaya dapat pula saya jemput ke program Ceramah Perdana di syarikat tempat saya bekerja suatu masa nanti. Hebat2 belaka termasuklah Ust Irwan Shah, arwah Ust Haqimiuddin, Ust Badrul Hisham, Ust Hanif, Ust Ramli Abu Bakar, Ust Riduan Md Nor, Ust Saifuddin Patani, Ust Iman Muda Hafiz, Ust Abdullah Khairi dan Ust Bob Lokman.
Sahabat saya ini dengan bantuan rakan2 telah juga mengambil inisiatif mem'videokan' siri ceramah ini dan di 'uploadkan' ke youtube bagi tatapan semua manusia di seluruh dunia. Capaian internet untuk siri ceramah ini ialah Geng Surau MYTR. Hebat sumbangan sahabat kita ini.
Kita semua ada peranan masing2. Kita komplimen antara satu sama lain dalam menyampai dan menyebar luaskan mesej dakwah ke seluruh capaian dunia demi kebaikan umat ini mengajak untuk taat pada Allah. Apa peranan saya? Apa peranan anda? Kita tepuk dada dan tanya iman dengan seikhlasnya. Tidak kira sumbangan apa pun samada kecil atau besar. Kita ada peranan.
Dia berborak dengan saya dan memberitahu rancangannya untuk melahirkan CD ceramah2 Ust Haqimuinuddin Bin Hamzah yg pulang ke rahmatullah pada minggu lalu. Alhamdulillah. Itulah antara pusaka yang utama arwah kepada umat ini. Terima kasih Sdra Saiful kerana usaha di belakang tabir yang bukan mendamba masyhur di kalangan makhluk tapi lebih mengharap masyhur di sisi Allah.
Kita ini bukan sekadar duduk di majlis2 ilmu saban malam, tapi kita punyai peranan yang lebih besar daripada itu. Ilmu yang kita dapat dan hayati itu mestilah kita amalkan dalam kehidupan. Kita kan sudah faham hakikat Islam itu ialah cara hidup. Islam bukan sekadar retorik atau teori. Bukan. Ilmu yang kita faham dan amalkan ini hendaklah pula kita sampai2kan, sebar2kan. Supaya ilmu agama ini terus berkembang dengan meluas.
Guna kepakaran dan skil masing2. Ada orang boleh berceramah di hadapan khalayak ramai. Ada orang di beri peluang membaca tazkirah pagi di corong2 PA System syarikat tempat mereka bekerja. Ada orang berpeluang menulis buku. Ada orang pandai menulis di blog, facebook, twitter, sms, whattsapp, telegram, wechat dan seumpamanya. Ada orang pandai memberi motivasi. Ada orang terer memanfaatkan youtube. Maka gunakan kepakaran masing2 untuk berdakwah. Kita ada peranan masing2. Alhamdulillah.
Teringat saya sebuah luahan di grup DM di Telegram pada perkongsian sebuah tazkirah oleh seorang ustaz, "Jazakallah, peringatan berguna. Tuan telah kejutkan jiwa kami yang ketiduran untuk beringat dan mengambil pengajaran." Ada seorang lagi memberi komen. "Sungguh terkena dengan apa yang dinukilkan. Mohon doakan agar diri ini dapat beramal dan tidak mensia-siakan baki umur yang semakin singkat di dunia ini."
Ramai orang yang mempertikaikan program Cinta Rasul yang kata mereka mula dipolitikkan oleh pihak tertentu sehingga menimbulkan pertembungan yang boleh mencetus ketidak harmonian. Sedangkan program ini sendiri berniat baik untuk menzahirkan kecintaan dan luahan rindu dendam kepada Rasulullah SAW. Apatah lagi ia juga di selangi denagn tausiah demi tausiah yang memberi peringatan dan dakwah kepada sekelian yang hadir untuk kembali mentaati Allah dan Rasulullah SAW. Program ini juga mula menarik perhatian kerana berjaya menjadi fenomena baru yang berjaya menarik orang banyak.
Pada pandangan saya, teruskan berselawat, berqasidah dan program2 Cinta Rasul namun jangan pula sampai lupa untuk memberi sokongan dan memihak kepada para pejuang Islam termasuk dalam urusan politik yang mahu meletakkan Islam untuk memerintah bukan Islam untuk diperintah. Teruskan mujahadah dalam perjuangan menegakkan agama Allah di muka dunia ini dan jangan sesekali bersekongkol atau menyokong penguasa yang zalim yang bisa mengundang murka Allah.
Kita ada peranan masing2. Metodologi dakwah juga berbeza-beza. Usah taksub dengan sesuatu kumpulan sehingga sanggup memburukkan kumpulan yang lain selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syarak. Yang utama cari ilmu, amalkan dan sebarkan. Dan yang lebih utama jangan asyik tidur kerana kita ada peranan penting di dunia ini. Mainkan peranan kita dengan terbaik !!
@@@
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
No comments:
Post a Comment