CLICK n GO

Friday, February 15, 2013

Berdiam Diri


Bersyukur kerana mendapat nikmat Iman dan Islam. Nikmat Iman dan Islam adalah dua nikmat yang paling besar yg pernah dianugerah oleh Allah kpd Rasulullah SAW. Antara sifat Rasulullah ialah banyak berdiam diri. Maksudnya bukan tidak bercakap dengan manuisa tetapi bercakap perkara yg dibenar Allah. 

Empat sifat Rasulullah iaitu Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah. Siddiq berkata benar dengan perkara yg benar. Amanah jujur kepada yang benar dan hak. Tabligh menyampaikan ilmu walaupun pahit. Fatonah bijaksana iaitu kecerdikan luarbiasa dalam setiap hal untuk mudah berbicara dengan manusia agar senang difahami dan diterima.

Bercakap perkara yg baik atau berdiam diri sahaja iaitu bercakap samada memberi nasihat, melarang perlakuan dosa, perkara kebajikan, pesanan dan teguran. Teguran hendaklah disampaikan dlm bentuk yang baik. Cara yang kasar tidak membawa  manusia kepada kebaikan.

Orang yg diam itu selamat. Pertama, selamat drp kemarahan manusia lain kalau2 menyentuh peribadi orang, kalau2 menjaga tepi kain orang, kalau2 bicara perkara mengarut atau tak relevan dan tidak diterima oleh pandangan manusia pada ketika itu. Maka hendaklah mengelak dari bercakap perkara2 itu dan hanya bercakap perkara yg baik2. Kedua, sekiranya dia seorang pekerja  terselamat dari dimarahi oleh majikan, jika seorang majikan akan terselamat daripada dimarahi oleh orang bawahannya atau jika dia seorang hamba dia selamat daripada dimurkai oleh Allah, bahkan di akhirat dia akan terselamat dari bakaran api neraka.

Rasulullah sangat menjaga tutur katanya. Namun jika dia melihat sesuatu kemungkaran atau sesuatu yang tidak benar di depannya maka dia akan menegurnya. Pabila orang bertanya kepada kita sesuatu yang kita tidak tahu dan kita menjawab, “Saya tidak tahu” maka itu adalah pembuka ilmu dan separuh daripada ilmu kerana ia membuka jalan kepada orang itu untuk bertanya kepada orang yg kedua kerana pabila kita menjawab walaupun tidak tepat menyebabkan si penanya  memakai jawaban itu sedangkan dia tidak tahu samada jawaban itu benar atau salah dan dia tidak bertanya lagi kepada orang lain dan ini menyesatkan orang lain kerana ilmu yang salah tersebar.

Orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkan apa yang dia cakap maka akan dimurkai Allah. Orang yg banyak bercakap akan mendedahkannya kepada dosa. Kadang2 dia sudah tidak relevan kepada masyarakat tetapi masih banyak bercakap menyebabkan dia tidak lagi dihormati.

Kita doa kepada Allah sekiranya ada kebaikan maka datangkanlah dari hati dan tumpahkan juga ke hati para pendengar pabila berbicara untuk seterusnya diterjemahkan menjadi amalan kebaikan. Rasulullah banyak memerhati daripada bercakap.  Sifat berdiam diri itu merupakan salah satu pakaian Rasulullah.

@@@

2 comments:

Temuk said...

Assalam
Paparan sdra sungguh dihargai. Mengajar dan mengingatkan. Terutama, dalam menua begini, yang pernah diketahui pun cepat dan mudah dilupai. Peringatan yang berterusan amatlah dirasakan manfaatnya.

Kurang pasti, blog sdra jugakah yang menumpu kepada tanam-tanaman? Kalau benar dan pernah menulis mengenai pokok lemon (dengan maaf jika tak benar dan juga kerana bertanya di sini), ingin saya bertanya baja apakah yang digunakan bagi menjadikan buahnya bersaiz besar?

School Of Tots said...

TQ Pak Temuk. Ingat mengingati agar kita jadi manusia bertaqwa yg berada di jalan yg lurus menuju redha Allah.

Perihal pokok lemon tu, saya guna baja organik taik ayam gred baik, seguni harga RM45 di Nurseri Sg Buloh. Beli yg gred baik baru tak bau busuk. Baja ni saya guna semua pokok di laman kecuali orkid. Saya ingat ini dah guni yg ke 4. Selamat menncuba Pak Temuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...