Sunday, February 13, 2011

Suara Rakyat Suara Keramat

Kebangkitan Rakyat Mesir Membuahkan Hasil

Jatuhnya seorang diktator yg memerintah Mesir dengan pemerintahan kuku besi pada tanggal 11 Feb berkebetulan dengan tarikh yang menyaksikan syahidnya ulamak ulung Imam Hassan Al-Banna, tarikh tercetusnya revolusi Iran, dan tarikh mangkatnya Raja Saudi Abdullah bin Abdul Aziz, disambut dengan penuh kesyukuran oleh seluruh umat Islam yang faham agama amnya dan rakyat Mesir khasnya. Apa tidaknya setelah kebangkitan rakyat Mesir selama 18 hari yang juga mengorbankan ratusan nyawa mencapai kemuncak yang manis apabila Husni Mubarak akhirnya berjaya digulingkan.

Semalam di masjid As Salam di adakan sesi ceramah yang disampaikan oleh Prof Dr Hafizi Md Nor dari UPM dengan tajuknya "Mesir Bergolak Israel Tergugat". Pada tahun 1979 dulu Israel telah kehilangan sekutu rapatnya apabila Shah Iran digulingkan. Kini Israel tergugat apabila Mesir yang merupakan sekutu rapat yang menggantikan Iran juga kini telah tumbang oleh gelombang kebangkitan rakyat. Turki yang juga merupakan sekutu rapat Israel sebelum ini juga sudah menunjukkan tanda2 kebangkitan untuk memusuhi Israel. Maka Israel dalam kedudukan yang semakin tergugat.

Keutuhan dan keangkuhan Israel sebenarnya ialah kerana sokongan padu sekutu Arab mereka terutamanya Mesir. Manusia merancang dan Allah juga merancang, maka sudah tentulah perancangan Allah maha hebat. Bukankah Allah sudah menjanjikan kemenangan Islam pada akhirnya? Semoga kejatuhan pemerintah zalim di Tunisa dan kini di Mesir adalah titik perubahan yang bakal memberi laluan kepada pemerintahan generasi yang faham agama.

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat ( An-Nashr : 1-3 )


Mujurlah Tun Mahathir yang era pemerintahanya seangkatan dengan era Husni Mubarak dulu mendapat hidayah untuk meletakkan jawatan setelah 22 tahun memerintah. Jika tidak mungkin apa yang telah berlaku di Mesir itu mungkin juga berlaku di Malaysia. Kerana Husni Mubarak ini akibat dari lamanya dia memerintah telah berjaya mengumpul kekayaan sehingga puluhan billion USD malah mengatasi kekayaan Bil Gates sedangkan 40% rakyat marhain Mesir iaitu sekitar 35 juta dari keseluruhan 80 juta penduduk Mesir hidup melarat dengan pendapatan sekitar USD2 iaitu RM6 sehari sahaja. Hidup merempat di negara yang kaya raya. Kekayaan negara hanya berkisar di kelompok satu ribu keluarga elit sahaja. Jurang yang begitu besar antara kelompok elit dan rakyat biasa begitu jelas dan nyata di seluruh Mesir.

DS Najib awal2 lagi sudah memberi amaran supaya jangan ada pihak2 yang mengambil kesempatan dari revolusi di Mesir ini dan cuba membawa trend yang sama ke Malaysia.

Yang penting para pemimpin mestilah mengambil iktibar dan jangan membiarkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang merugikan negara dan membiarkan rakyat marhain hidup dengan penuh kepayahan terus berleluasa. Ikhlaslah dalam perjuangan untuk mengangkat martabat umat. Jadilah orang yang faham agama, memegang amanah yang dipikul dengan penuh rasa takut pada Allah. Seseorang yang takut pada Allah akan menghadirkan ketakutan dan kehormatan manusia kepadanya. Namun jika seseorang itu memilih untuk takut kepada manusia melebihi takutnya kepada Allah maka tunggulah kemusnahannya.


Senario sama juga pernah berlaku pada era pemerintahan Suharto di Indonesia. Segala projek negara dikaut licin puak pemimpin dan kroni mereka hingga rakyat tidak mendapat apa2 bahagian kecuali kesusahan hidup. Kekayaaan melampau para pemimpin yang meminggirkan rakyat menyebabkan gelombang kebangkitan rakyat memberontak di jalanan hingga memaksa kejatuhan Suharto. Terlebih tempoh masa di tampuk kekuasaan mendedahkan ramai pemimpin kepada penyalahan kuasa. Itulah ujian Allah kepada pemimpin yang tidak faham agama.

Di Malaysia mungkin ada yang bisa mengatasi rekod 30 tahun Husni Mubarak? Ya bak kata Prof Dr Hafizi, seorang pemimpin tua yang baru berkahwin muda, yang nampaknya masih tidak mahu menunjukkan tanda2 untuk bersara, malah mencabar jika ada pemimpin yang dapat menggantikan saya maka saya akan melepaskan jawatan ketua menteri ini. Tak kanlah setelah hampir 30 tahun memerintah masih tiada seorang pun pemimpin pelapis yang boleh mengambial alih, hairan bukan?


@@@

2 comments:

Wan Sharif said...

Saya dapat bacaan menarik mengenai apa yang berlaku di Tahrir square di http://drwati.blogspot.com/2011/02/egypt-revolution.html..
Ha ha cerita pemimpin tua tu.. ye lah ramai manusia yang berfikir dunia akan berhenti berpusing di atas paksinya sekiranya dia tiada di bumi ini.. We are not irreplaceable.. never was ..never will.. May Allah bless and guide us always..

School Of Tots said...

TQ Wan Sharif for your comment. May Allah guide us all.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...