Tadi semasa memandu mengambil anak bongsu saya Iman dari kelas tiusyen di sekolahnya, saya bertanya kepadanya, "berapa lama kah manusia dapat hidup di dunia ini?" Iman menjawab, "60 tahun." Paling lama? Iman menjawab, "100 tahun". Kalau ikut sunnah Rasulullah SAW? "63 tahun", jawabnya.
Saya meneruskan perbualan itu dengan memberikan fakta bukan auta iaitu kehidupan di dunia ini sementara benar. Kehidupan di Akhiratlah yang kekal abadi. Satu hari di Akhirat itu adalah bersamaan dengan 1000 tahun kehidupan dunia. Maka kata saya, "jika manusia dapat hidup sehingga usia 100 tahun, maka jika di Akhirat ia bersamaan dengan berapa lama?"
Mari kita sama2 congakkan:
- Dunia 1,000 tahun = Akhirat 1 hari (24 jam)
- Dunia 100 tahun = Akhirat 24jam / 10 = 2.4 jam = 144 min
- Dunia 60 tahun = Akhirat 86.4 min sahaja !!
- Dunia 63 tahun = Akhirat 90.72 min.
Dunia penuh tipu daya rupanya. Dunia menipu manusia seolah-olah manusia hidup menongkah langit selamanya. Sedangkan maut hanya di depan mata. Entah esok entah lusa.Orang muda jangan ingat matimu tua. Orang tua jangan ingat tak akan mati selama-lamanya.Walau sebentar hidup ini, namun ia menjadi begitu penting kerana segala perlakuan kita di rekod CCTV Allah 24 x 7 dan akan di adili di Akhirat nanti bagi menentu negeri Akhirat kita, apakah Neraka United atau Syurga United. Dan hakim yang maha adil adalah Allah SWT. No escape.
Yang kekal abadi adalah kehidupan di Akhirat. Syurga umat Islam ialah Akhirat sedangkan syurga orang munafik dan orang kafir ialah dunia yang penuh muslihat ini. Insaflah. Kembalilah ke pangkal jalan. Masih belum terlambat selagi nyawa dikandung badan. Carilah bekalan untuk akhirat. Bekalannya ialah amal kebaikan mengikut tuntutan syariat iaitu segala yang termaktub dalam risalah Islam ajaran Rasulullah SAW. Liabilitinya ialah segala kemungkaran, godaan nafsu dan syaitan.
Berbahagialah orang yang faham agama, ingat mati, dan sentiasa berusaha mengumpul bekalan untuk dibawa bersama ke dunia Akhirat. Bukan sibuk mengejar harta benda dan kemewahan semata yang bakal di tinggal untuk dinikmati oleh manusia2 lain. Laburkan segalanya untuk meraih keuntungan di Akhirat sebagaimana Abdul Rahman Bin Auf.
Terputuslah hubungan anak Adam pada detik kematiannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, doa anak soleh, dan ilmu yang bermanafaat. Cukup sampai disini penipuan oleh dunia ini. Relakan perpisahan ini.
Kita sudah lama tidur. Jangan disia-siakan sisa-sisa umur yang ada di halkum bersama degupan jantung dan aliran darah. Buatlah kebaikan, tinggalkan segala kejahatan. Semoga kita berjaya selamat dari bakaran api neraka Allah. Amiin.
@@@
No comments:
Post a Comment