Monday, February 14, 2011

Cinta Rasul


Umat Islam akan menyambut Maulidur Rasul pada 12 Rabiulawal. Kali ini ulangtahun keputeraan baginda yang ke berapa?

Masihkah kau ingat 1432 tahun yang lalu? Tika itu Rasulullah berhijrah ke Madinah setelah menjalani 13 tahun kerasulan baginda di Mekah. Rasulullah di angkat menjadi Rasul pada usianya 40 tahun. Makanya usia Rasulullah ketika berhijrah itu ialah dalam lingkungan umur 53 tahun.

Maka apabila kita campurkan 1432 tahun dari titik permulaan perkiraan tahun hijrah itu, kini kita menyambut ulangtahun kelahiran Rasulullah yang ke 1485 tahun, betul tak? Sekiranya Rasulullah masih hidup makanya Rasulullah kini berusia 1485 tahun anak2 sekelian.

Rasulullah wafat diusianya 63 tahun. Maknanya pada tahun ini genaplah 1422 tahun Rasulullah meninggalkan kita, umat akhir zaman ini.Rasulullah wafat pun pada tanggal 12 Rabiulawal. Dan kebetulan atau suratan? Rasulullah berhijrah ke Madinah bersama Abu Bakar RA pun pada tanggal 12 Rabiulawal. Maka sebenarnya pada hari ini umat Islam sedang mengingati tiga peristiwa bersejarah.

Rasulullah adalah tokoh ulung yang dikagumi kawan dan lawan. Kita mengaku umat Rasulullah. Kita mengharap syafaat Rasulullah di akhirat kelak. Tapi sejauh mana cinta kita pada Rasulullah? Sebanyak mana pengetahuan kita tentang peribadi mulia ini?

Marilah kita sama-sama imbas kembali peribadi tokoh idola umat dulu kini dan selamanya ini, yang saya petik dari laman halaqah buat renungan dan tatapan kita semua sempena Maulidur Rasul tahun ini. Mulai hari ini amalkan sunnah Rasulullah walaupun satu.
  1. Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
  2. Sangat elok dan sempurna wajahnya
  3. Baginda memilik perasaan yang halus
  4. Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena
  5. Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
  6. Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
  7. Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
  8. Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
  9. Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
  10. Baginda memakai serban di atas kopiahnya
  11. Suka membalas hadiah
  12. Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
  13. Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
  14. Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
  15. Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
  16. Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya.
  17. Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka.
  18. Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
  19. Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak
  20. Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
  21. Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
  22. Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
  23. Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
  24. Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
  25. Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara .
  26. Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
  27. Amat kasih terhadap umatnya.
  28. Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya .
  29. Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah .
  30. Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
  31. Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
  32. Suka menziarahi orang sakit
  33. Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
  34. Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap .
  35. Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
  36. Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan

Jadilah kita umat Rasulullah yang berjiwa besar. Umat yang faham agama. Faham mesej yang Rasulullah sampaikan sepanjang 23 tahun dakwah baginda. Hingga berjaya menghasilkan umat Islam seramai 1/3 penduduk dunia pada masa ini, yang menjadi the fastest growing religion in the world pada masa ini. Sehinggakan tidak kurang dari 1.5 billion dari penduduk dunia kini bergelar muslim, umat Islam.

Kita kenalah menghayati perjuangan Rasulullah pada akar umbinya dan faham isi dan kulitnya supaya ramainya kita pada dunia akhir zaman ini bukan sekadar pada bilangannya semata tapi yang lebih penting ialah dari segi qualitinya. Kita mahukan standard yang tinggi, mutu yang terbaik. Bukan sekadar buih yang mudah dilambung ombak. Jadilah orang alim yang berilmu pengetahuan, kuat akidah, akhlak terpuji, teguh jatidiri dan daya tahan. Yang sanggup menghadapi badai dan cabaran ummah.

Dalam Shahih Al-Bukhari diriwayatkan, Umar bin Khathab RA berkata kepada Nabi SAW : "Sesungguhnya engkau wahai Rasulullah, adalah orang yang paling aku cintai daripada segala sesuatu selain diriku sendiri." Nabi SAW bersabda, 'Tidak, demi Dzat yang jiwaku ada di TanganNya, sehingga aku lebih engkau cintai dari dirimu sendiri'. Maka Umar berkata kepada beliau, 'Sekarang ini engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri.' Maka Nabi SAW bersabda, 'Sekarang telah sempurna kecintaanmu (imanmu) padaku wahai Umar."

Marilah kita hayati Maulidur Rasul pada ulangtahun keputeraan Baginda yang ke 1485 ini dengan tekad untuk cinta Rasul sepenuh jiwa raga. Cinta Allah dan Cinta Rasul yang beriringan untuk memandu kita menuju puncak bagi mencapai redha Illahi. Bukan akademi fantasia syurga dunia yang penuh tipu helah tapi realiti kebahagiaan yang kekal abadi di Syurga Allah. Amiin.

@@@

4 comments:

Wan Sharif said...

JazakaLLah for posting this very informative entry.
Semuga Rahmah dan Magfirah Allah sentiasa bersama kita hingga ke akhir Hayat.

Cikli said...

salam tuan,

sungguh sempurna dan mulia Rasul kita.
sedihnya baru-baru ini sunnah yang ke 35 itu yang cuba diselewengkan orang.
mungkin mereka tidak tahu.

School Of Tots said...

TQ Wan Sharif for your comment.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
– al Ahzab :21

School Of Tots said...

Walaikumussalam Cikli. Selamat menyambut Maulidur Rasul.

Perihal larangan menyentuh kaum berlawanan jantina ini - Dari Maqil bin Yasar Rasulullah SAW bersabda; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya.

Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...