Friday, February 25, 2011

Matlamat Hidup adalah Syurga Allah

"Aku mendapat apa yang aku inginkan setakat ini," jelas seorang tokoh korporat yang berjaya, "cuma Syurga saja yang belum pasti aku akan mendapatnya."

Apa maknanya? Maknanya segala pencapaian yang dibanggakan itu tiada apa nilaiannya, sekiranya matlamat akhirnya bukan Syurga Allah. Segala harta-benda, pangkat, kuasa, kebahagiaan dunia yang dia miliki akan menjadi hampas dan debu jalanan belaka yang tiada nilai walau sesen. Alangkah ruginya manusia kecuali mereka yang beriman dan melakukan amal soleh. Bagi mereka pahala yang tiada putus-putus.

Matlamat hidup seorang Muslim mengikut Ust Hakam pada kuliah zohornya semalam ialah Syurga. Kerana selain dari Syurga maka tiada pilihan lain bahkan akan terhumbanlah ke dalam Neraka Allah, nau'zubillah. Tiada kawasan neutral.

Pilihan yang ada hanya Syurga dan Neraka. Segala perlakuan dan amalan di dunia yang sementara (yang sekadar 90min kehidupan Akhirat - refer posting terdahulu) ini bakal menentu baik buruknya pengakhiran kita - Syurga kah atau Neraka kah? Justru mulai hari ini waspadalah atas segala tindak tanduk dan gerak laku samada secara lahiriah atau secara ruhaniah. Nawaitu ikhlas kerana Allah semuanya untuk selamat. Buat kebaikan, tinggalkan segala kemungkaran. Dan bergantung haraplah pada Allah dalam semua keadaan.

Orang yang beriman akan sentiasa ditimpakan ujian demi ujian oleh Allah. Itu menunujukkan kasih sayang Allah, kerana pada setiap kejadian itu bagi orang beriman ada hikmah disebaliknya. Mohonlah doa kepada Allah dengan mengharap Redha Allah semoga dengan Redha-Nya maka pengakhiran kita insyaAllah adalah penghidupan penuh kebahagiaan sejati di dalam Syurga Allah. Amiin.


Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-

1. Firdaus
2. Syurga ‘Adn
3. Syurga Na’iim
4. Syurga Na’wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi


Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-

1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa’iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar


Tingkatan Neraka itu di khaskan kepada kelompok2 manusia yang kufur kepada Allah, dengan membelakangi segala perintah-Nya. Dan Neraka yang paling dahsyat iaitu Neraka Saqar itu jelas Ust Hakam, menempatkan kelompok manusia munafik, manusia yang berpura-pura mengaku dirinya sebagai Muslim tapi hakikatnya mereka ini kafir laknatullah. Lebih bahaya lagi kerana mereka ibarat duri dalam daging yang memusnahkan umat Islam dari dalam. Maka itulah yang seburuk-buruk sifat.

@@@

Tuesday, February 22, 2011

Dunia Penuh Tipu Daya

Kita semua telah dipermainkan oleh dunia. Kita dilarakan dengan keasyikan dan kesibukan. Entah apa yang kita sibukkan? Kita disibukkan dengan seribu sesuatu yang 100% akan kita tinggalkan apabila malaikat maut mencabut nyawa kita. Masa itu adalah nyawa. Jangan buang masa, kerana ia membazir umur, seolahnya membuang nyawa.

Tadi semasa memandu mengambil anak bongsu saya Iman dari kelas tiusyen di sekolahnya, saya bertanya kepadanya, "berapa lama kah manusia dapat hidup di dunia ini?" Iman menjawab, "60 tahun." Paling lama? Iman menjawab, "100 tahun". Kalau ikut sunnah Rasulullah SAW? "63 tahun", jawabnya.

Saya meneruskan perbualan itu dengan memberikan fakta bukan auta iaitu kehidupan di dunia ini sementara benar. Kehidupan di Akhiratlah yang kekal abadi. Satu hari di Akhirat itu adalah bersamaan dengan 1000 tahun kehidupan dunia. Maka kata saya, "jika manusia dapat hidup sehingga usia 100 tahun, maka jika di Akhirat ia bersamaan dengan berapa lama?"

Mari kita sama2 congakkan:
  1. Dunia 1,000 tahun = Akhirat 1 hari (24 jam)
  2. Dunia 100 tahun = Akhirat 24jam / 10 = 2.4 jam = 144 min
  3. Dunia 60 tahun = Akhirat 86.4 min sahaja !!
  4. Dunia 63 tahun = Akhirat 90.72 min.

Dunia penuh tipu daya rupanya. Dunia menipu manusia seolah-olah manusia hidup menongkah langit selamanya. Sedangkan maut hanya di depan mata. Entah esok entah lusa.Orang muda jangan ingat matimu tua. Orang tua jangan ingat tak akan mati selama-lamanya.Walau sebentar hidup ini, namun ia menjadi begitu penting kerana segala perlakuan kita di rekod CCTV Allah 24 x 7 dan akan di adili di Akhirat nanti bagi menentu negeri Akhirat kita, apakah Neraka United atau Syurga United. Dan hakim yang maha adil adalah Allah SWT. No escape.

Yang kekal abadi adalah kehidupan di Akhirat. Syurga umat Islam ialah Akhirat sedangkan syurga orang munafik dan orang kafir ialah dunia yang penuh muslihat ini. Insaflah. Kembalilah ke pangkal jalan. Masih belum terlambat selagi nyawa dikandung badan. Carilah bekalan untuk akhirat. Bekalannya ialah amal kebaikan mengikut tuntutan syariat iaitu segala yang termaktub dalam risalah Islam ajaran Rasulullah SAW. Liabilitinya ialah segala kemungkaran, godaan nafsu dan syaitan.

Berbahagialah orang yang faham agama, ingat mati, dan sentiasa berusaha mengumpul bekalan untuk dibawa bersama ke dunia Akhirat. Bukan sibuk mengejar harta benda dan kemewahan semata yang bakal di tinggal untuk dinikmati oleh manusia2 lain. Laburkan segalanya untuk meraih keuntungan di Akhirat sebagaimana Abdul Rahman Bin Auf.

Terputuslah hubungan anak Adam pada detik kematiannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, doa anak soleh, dan ilmu yang bermanafaat. Cukup sampai disini penipuan oleh dunia ini. Relakan perpisahan ini.

Kita sudah lama tidur. Jangan disia-siakan sisa-sisa umur yang ada di halkum bersama degupan jantung dan aliran darah. Buatlah kebaikan, tinggalkan segala kejahatan. Semoga kita berjaya selamat dari bakaran api neraka Allah. Amiin.


@@@

Monday, February 14, 2011

Cinta Rasul


Umat Islam akan menyambut Maulidur Rasul pada 12 Rabiulawal. Kali ini ulangtahun keputeraan baginda yang ke berapa?

Masihkah kau ingat 1432 tahun yang lalu? Tika itu Rasulullah berhijrah ke Madinah setelah menjalani 13 tahun kerasulan baginda di Mekah. Rasulullah di angkat menjadi Rasul pada usianya 40 tahun. Makanya usia Rasulullah ketika berhijrah itu ialah dalam lingkungan umur 53 tahun.

Maka apabila kita campurkan 1432 tahun dari titik permulaan perkiraan tahun hijrah itu, kini kita menyambut ulangtahun kelahiran Rasulullah yang ke 1485 tahun, betul tak? Sekiranya Rasulullah masih hidup makanya Rasulullah kini berusia 1485 tahun anak2 sekelian.

Rasulullah wafat diusianya 63 tahun. Maknanya pada tahun ini genaplah 1422 tahun Rasulullah meninggalkan kita, umat akhir zaman ini.Rasulullah wafat pun pada tanggal 12 Rabiulawal. Dan kebetulan atau suratan? Rasulullah berhijrah ke Madinah bersama Abu Bakar RA pun pada tanggal 12 Rabiulawal. Maka sebenarnya pada hari ini umat Islam sedang mengingati tiga peristiwa bersejarah.

Rasulullah adalah tokoh ulung yang dikagumi kawan dan lawan. Kita mengaku umat Rasulullah. Kita mengharap syafaat Rasulullah di akhirat kelak. Tapi sejauh mana cinta kita pada Rasulullah? Sebanyak mana pengetahuan kita tentang peribadi mulia ini?

Marilah kita sama-sama imbas kembali peribadi tokoh idola umat dulu kini dan selamanya ini, yang saya petik dari laman halaqah buat renungan dan tatapan kita semua sempena Maulidur Rasul tahun ini. Mulai hari ini amalkan sunnah Rasulullah walaupun satu.
  1. Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
  2. Sangat elok dan sempurna wajahnya
  3. Baginda memilik perasaan yang halus
  4. Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena
  5. Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
  6. Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
  7. Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
  8. Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
  9. Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
  10. Baginda memakai serban di atas kopiahnya
  11. Suka membalas hadiah
  12. Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
  13. Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
  14. Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
  15. Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
  16. Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya.
  17. Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka.
  18. Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
  19. Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak
  20. Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
  21. Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
  22. Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
  23. Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
  24. Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
  25. Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara .
  26. Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
  27. Amat kasih terhadap umatnya.
  28. Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya .
  29. Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah .
  30. Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
  31. Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
  32. Suka menziarahi orang sakit
  33. Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
  34. Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap .
  35. Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
  36. Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan

Jadilah kita umat Rasulullah yang berjiwa besar. Umat yang faham agama. Faham mesej yang Rasulullah sampaikan sepanjang 23 tahun dakwah baginda. Hingga berjaya menghasilkan umat Islam seramai 1/3 penduduk dunia pada masa ini, yang menjadi the fastest growing religion in the world pada masa ini. Sehinggakan tidak kurang dari 1.5 billion dari penduduk dunia kini bergelar muslim, umat Islam.

Kita kenalah menghayati perjuangan Rasulullah pada akar umbinya dan faham isi dan kulitnya supaya ramainya kita pada dunia akhir zaman ini bukan sekadar pada bilangannya semata tapi yang lebih penting ialah dari segi qualitinya. Kita mahukan standard yang tinggi, mutu yang terbaik. Bukan sekadar buih yang mudah dilambung ombak. Jadilah orang alim yang berilmu pengetahuan, kuat akidah, akhlak terpuji, teguh jatidiri dan daya tahan. Yang sanggup menghadapi badai dan cabaran ummah.

Dalam Shahih Al-Bukhari diriwayatkan, Umar bin Khathab RA berkata kepada Nabi SAW : "Sesungguhnya engkau wahai Rasulullah, adalah orang yang paling aku cintai daripada segala sesuatu selain diriku sendiri." Nabi SAW bersabda, 'Tidak, demi Dzat yang jiwaku ada di TanganNya, sehingga aku lebih engkau cintai dari dirimu sendiri'. Maka Umar berkata kepada beliau, 'Sekarang ini engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri.' Maka Nabi SAW bersabda, 'Sekarang telah sempurna kecintaanmu (imanmu) padaku wahai Umar."

Marilah kita hayati Maulidur Rasul pada ulangtahun keputeraan Baginda yang ke 1485 ini dengan tekad untuk cinta Rasul sepenuh jiwa raga. Cinta Allah dan Cinta Rasul yang beriringan untuk memandu kita menuju puncak bagi mencapai redha Illahi. Bukan akademi fantasia syurga dunia yang penuh tipu helah tapi realiti kebahagiaan yang kekal abadi di Syurga Allah. Amiin.

@@@

Sunday, February 13, 2011

Suara Rakyat Suara Keramat

Kebangkitan Rakyat Mesir Membuahkan Hasil

Jatuhnya seorang diktator yg memerintah Mesir dengan pemerintahan kuku besi pada tanggal 11 Feb berkebetulan dengan tarikh yang menyaksikan syahidnya ulamak ulung Imam Hassan Al-Banna, tarikh tercetusnya revolusi Iran, dan tarikh mangkatnya Raja Saudi Abdullah bin Abdul Aziz, disambut dengan penuh kesyukuran oleh seluruh umat Islam yang faham agama amnya dan rakyat Mesir khasnya. Apa tidaknya setelah kebangkitan rakyat Mesir selama 18 hari yang juga mengorbankan ratusan nyawa mencapai kemuncak yang manis apabila Husni Mubarak akhirnya berjaya digulingkan.

Semalam di masjid As Salam di adakan sesi ceramah yang disampaikan oleh Prof Dr Hafizi Md Nor dari UPM dengan tajuknya "Mesir Bergolak Israel Tergugat". Pada tahun 1979 dulu Israel telah kehilangan sekutu rapatnya apabila Shah Iran digulingkan. Kini Israel tergugat apabila Mesir yang merupakan sekutu rapat yang menggantikan Iran juga kini telah tumbang oleh gelombang kebangkitan rakyat. Turki yang juga merupakan sekutu rapat Israel sebelum ini juga sudah menunjukkan tanda2 kebangkitan untuk memusuhi Israel. Maka Israel dalam kedudukan yang semakin tergugat.

Keutuhan dan keangkuhan Israel sebenarnya ialah kerana sokongan padu sekutu Arab mereka terutamanya Mesir. Manusia merancang dan Allah juga merancang, maka sudah tentulah perancangan Allah maha hebat. Bukankah Allah sudah menjanjikan kemenangan Islam pada akhirnya? Semoga kejatuhan pemerintah zalim di Tunisa dan kini di Mesir adalah titik perubahan yang bakal memberi laluan kepada pemerintahan generasi yang faham agama.

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat ( An-Nashr : 1-3 )


Mujurlah Tun Mahathir yang era pemerintahanya seangkatan dengan era Husni Mubarak dulu mendapat hidayah untuk meletakkan jawatan setelah 22 tahun memerintah. Jika tidak mungkin apa yang telah berlaku di Mesir itu mungkin juga berlaku di Malaysia. Kerana Husni Mubarak ini akibat dari lamanya dia memerintah telah berjaya mengumpul kekayaan sehingga puluhan billion USD malah mengatasi kekayaan Bil Gates sedangkan 40% rakyat marhain Mesir iaitu sekitar 35 juta dari keseluruhan 80 juta penduduk Mesir hidup melarat dengan pendapatan sekitar USD2 iaitu RM6 sehari sahaja. Hidup merempat di negara yang kaya raya. Kekayaan negara hanya berkisar di kelompok satu ribu keluarga elit sahaja. Jurang yang begitu besar antara kelompok elit dan rakyat biasa begitu jelas dan nyata di seluruh Mesir.

DS Najib awal2 lagi sudah memberi amaran supaya jangan ada pihak2 yang mengambil kesempatan dari revolusi di Mesir ini dan cuba membawa trend yang sama ke Malaysia.

Yang penting para pemimpin mestilah mengambil iktibar dan jangan membiarkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang merugikan negara dan membiarkan rakyat marhain hidup dengan penuh kepayahan terus berleluasa. Ikhlaslah dalam perjuangan untuk mengangkat martabat umat. Jadilah orang yang faham agama, memegang amanah yang dipikul dengan penuh rasa takut pada Allah. Seseorang yang takut pada Allah akan menghadirkan ketakutan dan kehormatan manusia kepadanya. Namun jika seseorang itu memilih untuk takut kepada manusia melebihi takutnya kepada Allah maka tunggulah kemusnahannya.


Senario sama juga pernah berlaku pada era pemerintahan Suharto di Indonesia. Segala projek negara dikaut licin puak pemimpin dan kroni mereka hingga rakyat tidak mendapat apa2 bahagian kecuali kesusahan hidup. Kekayaaan melampau para pemimpin yang meminggirkan rakyat menyebabkan gelombang kebangkitan rakyat memberontak di jalanan hingga memaksa kejatuhan Suharto. Terlebih tempoh masa di tampuk kekuasaan mendedahkan ramai pemimpin kepada penyalahan kuasa. Itulah ujian Allah kepada pemimpin yang tidak faham agama.

Di Malaysia mungkin ada yang bisa mengatasi rekod 30 tahun Husni Mubarak? Ya bak kata Prof Dr Hafizi, seorang pemimpin tua yang baru berkahwin muda, yang nampaknya masih tidak mahu menunjukkan tanda2 untuk bersara, malah mencabar jika ada pemimpin yang dapat menggantikan saya maka saya akan melepaskan jawatan ketua menteri ini. Tak kanlah setelah hampir 30 tahun memerintah masih tiada seorang pun pemimpin pelapis yang boleh mengambial alih, hairan bukan?


@@@

Thursday, February 03, 2011

Game Over ?

Egypt's 82-year-old President Hosni Mubarak,
in power for almost 30 years


Apakah 'game over' untuk Hosni Mubarak? Worst Dictator Of The World at #17 for 2008 & #20 for 2009 in the Parade.com list. Time will tell. But I think he stay a bit too long and should step down immediately and not waiting until September. With reported USD25 Billion accumulated personal wealth, he had done enough damage to the people and abuse his power far too long in any book. Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, Syeikh Yusuf al-Qaradawi mengatakan muzhoharat (demonstrasi) ini adalah perbuatan yg diberkati kerana menggulingkan kerajaan yg zalim. Alhamdulillah proses pemindahan pelajar2 kita sudah bermula walaupun pada awalnya ramai yang meragui kesungguhan kerajaan Malaysia untuk lebih pro-aktif. Kita doakan mereka dilindungi Allah dan diberi keselamatan.

@@@

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...