Friday, August 13, 2010

Kona Baring

Sekembalinya dari ofis minggu lepas, saya singgah solat maghrib di stesen Petronas. Sesudah solat isteri saya yang datang menjemput, menunjuk kepada seorang wanita bertudung dalam umur 40an di sisinya. Kata isteri saya kakak ini bertanyakan perihal pusat pemulihan akhlak yang di dengarnya ada di pekan ini. Katanya dia ada masalah iaitu anak perempuannya yang berusia 17 tahun kini mengandung 5 bulan. Dia datang ke pekan ini dari KL secara tawakal sahaja untuk mencari pusat berkenaan demi mencari tempat perlindungan kepada anaknya tadi. Perlindungan juga dari aib keluarga di mata masyarakat.

Kebetulan dia terjumpa dengan isteri saya semasa di bilek air stesen Petronas dan bertanyakan kepada isteri saya. Maka saya pun meredah kegelapan malam memandu kereta saya diikuti rapat kereta keluarga kakak tadi menuju Baitul Islah pusat jagaan anak2 bermasalah yang ada cawangannya di kawasan perumahan kami. Setelah memberi salam dan memperkenalkan kakak tadi kepada pengusaha pusat itu, saya dan isteri pun kembali ke rumah kami.

Ustaz Roslan yang menubuhkan pusat perlindungan ini pernah memberitahu bahawa sangat ramai manusia di luar sana yang yang menghadapi masalah anak yang sudah terlanjur atau barakhlak buruk dan tidak mampu mengatasinya atau ‘helpless’ untuk menjaga anak2 ini lagi. Maka pusat2 pemulihan akhlak seperti ini diwujudkan bagi memenuhi ruang kekosongan itu.

Isteri saya bercerita antara yang sempat dikongsikan oleh kakak tadi yang dijadualkan mengerjakan ibadah haji dua bulan lagi ialah betapa dia sekeluarga cuba mengelak dari membuat lapuran polis kerana malu. Betapa dia mahu anaknya mengambil peperiksaan SPM hujung tahun ini, tapi khuatir perut yang semakin memboyot dan kemungkina besar terpaksa mengambil secara persendirian. Boyfren anaknya ini pernah memberitahu niat untuk mengahwini anaknya tapi masih tidak ada wang, namun Kakak ini berkata bahawa dia tidak mahu budak itu berkahwin dengan anaknya kerana pernah terdengar perbualan lucah melampau budak ini di telefon.

Kakak ini juga sempat memberitahu bahawa anak lelakinya iaitu abang kepada anaknya tadi juga pernah terlibat melakukan maksiat zina. Dan anak saudaranya juga ada anak diluar nikah yang kini di peliharanya. Memang benar semasa saya sampai di Baitul Islah itu kelihatan suami kakak ini mendukung seorang bayi kecil semasa keluar dari kereta, iaitu anak luar nikah tadi. Terfikir saya apakah keadaan sebenar keluarga ini?

Anak perempuan saya terkedu dan berdebar mendengar kisah ini. Saya terus berpesan untuk menguatkan jatidiri, menjaga akhlak, dan takutkan Allah. Segalanya bermula dari berpegang tangan, bertepuk bertampar, dan ber’couple’ yang sememangnya sudah menjadi lumrah di sekolah. Kata saya pastikan jangan ada orang yang berani menyentuh kita. Berkawan dengan kawan2 yang baik akhlak dan kuat jatidiri. Mesti pandai berfikir dan menilai yang mana baik dan yang mana buruk.

Permasalah akhlak dan moral di kalangan anak2 dan remaja sudah mencapai tahap nazak. Apabila KM Melaka berhasrat menubuh sekolah khas buat remaja2 mengandung ini, menunjukkan betapa ramainya kelompok ini dalam masyarakat. Dan apabila Shareezat menentang penubuhan sekolah itu kerana katanya kementeriannya punyai cukup pusat perlindungan untuk anak2 begini, maka sekali lagi membuktikan betapa gejala anak luar nikah ini sudah parah.

Persoalan ini tidak boleh dipandang sebelah mata lagi. Ia boleh berlaku kepada jiran kita, kakak tadi, atau pak haji dan pak lebai ketua masyarakat. Musibah ini sudah menjadi perencah kehidupan. Apabila wujudnya penzinaan dan mengandung haram, maka hasilnya anak luar nikah. Bagi menutup malu dan aib maka bayi2 itu di buang, dinafikan hak untuk hidup malah diperlaku atau dibunuh kejam. Benarlah dikalangan manusia penuh dengan keganasan binatang. Malah binatang sendiri menyayangi dan melindungi anak2 mereka. Maka manusia lebih binatang perangainya dari binatang.

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Dalam Berita Harian bertarikh 3 Ogos 2010, di paparkan terdapat 16 remaja perempuan hamil tanpa nikah, purata dua orang sebulan dimasukkan sama ada secara sukarela atau menerusi perintah mahkamah ke Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan (di bawah MAIS), Sabak Bernam sejak Januari lalu. Pengusaha pusat ini Mohd Makhi Adnan, berkata seramai lapan remaja sudah melahirkan anak dan berada dalam tempoh pantang, manakala lapan lagi masih menunggu kelahiran. Semua remaja terbabit masih bersekolah dan menuntut di IPT berusia dalam lingkungan 16 hingga 20 tahun.

“Apa yang membimbangkan jumlah kemasukan remaja berdepan dengan pelbagai masalah sosial termasuk hamil luar nikah ke pusat itu terus meningkat kepada 96 orang dalam tempoh tujuh bulan paertama tahun ini, berbanding secara purata 60 orang sepnajang tahun lalu. Peningkatan hampir 40% dalam masa setahun itu perlu diberi perhatian oleh ibu-bapa dan masyarakat, dengan tidak hanya menyerah kepada kerajaan semata-mata untuk menanganinya,” kata Mohd Makhi lagi.

“Saya terlanjur di rumah sendiri apabila ibubapa keluar bekerja,” jelas Amira, 17, yang mengakui tersilap befoya-foya bersama teman lelakinya Azhar, 17, yang dikenalinya sejak berusia 13 tahun. “Sebenarnya saya tinggal di asrama, tetapi kejadian berlaku ketika saya pulang ke rumah kerana rindukan Azhar”.

Kalau kita rajin menjenguk ke dada-dada akhbar maka sudah tentu akan terpapar pelbagai tajuk besar gejala kronik remaja kita, hamil luar nikah dan buang bayi saban hari. Sudah menjadi perkara biasa, walaupun sebenarnya ia sangat trajis dan luarbiasa.

  1. Bayi Perempuan Dalam Tong Sampah (Melaka, pasangan remaja disyaki terbabit ditahan – UM 12/8/10)
  2. Sangkakan Bangkai Babi Hutan (Sg Petani, seorang gadis disyaki dirogol dan dibunuh kejam – UM 12/8/10)
  3. JKM Cari Waris Bayi Di Temui Di Kaki Lima (Nibong Tebal, bayi perempuan ditinggalkan di kaki lima sebuah banguan kedai Taman Cegar, Simpang Ampat di sini hujung bulan lalu.
  4. Dua Bayi Satu Janin Ditemui Dibuang (Segamat, bayi perempuan yang baru dilahirkan dalam tempoh 48 jam, ditemui oleh seorang wanita ditinggalkan di depan rumahnay di Jabi lewat malam kelmarin – BH 10/8/10)
  5. Lagi Bayi Baru Lahir Dibuang (Tampin, tidak sampai empat jam selepas dilahirkan, seorang bayi perempua terpaksa menahan sejuk dan lapar sambil menangis akibat ditinggalkan – BH 10/8/10)


Sudah tentu bencana ini sangat mudarat. Janganlah kita berpeluk tubuh seolah-olah tiada apa berlaku atau menunggu ia menimpa batang hidung atau keluarga sendiri dulu untuk kita melatah atau meratapi nasib. This problem is for real.


Allah melarang kita menghampiri zina. Maka itulah ubat dan penawarnya. Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu kelemahan dan kekuatan kita. Dia tahu ada nafsu dalam diri dan ada godaan syaitan yang mengindahkan suasana. Allah Maha Mengetahui. Dan Allah mengarahkan kita jauhi ziana. Itulah jawabannya.


Alat propaganda zina demikian luas jaringan dan jangkauannya ditambah lagi dgn harga yg murah mulai dari akhbar harian, mingguan tabloid, majalah, tayangan-tayangan televisyen, vcd-vcd lucah yang berleluasa di pasar-pasar terbuka yang kesemuanya itu dapat diakses oleh siapa pun juga. Pada satu masa kita berhujah jauhilah pergaulan bebas, zina dan sebagainya. Namun pada setiap masa yang lain pergaulan bebas inilah yang ditonjolkan, artis2 seksi itulah yang menjadi idola, dan konsert dan hiburan lah yang dipromosikan.


Manusia hilang punca. Bersentuh-sentuhan, berpegang-pegangan tangan, berdating, berbual mesra, lara berchatting dan ber’facebook’, bergaul bebas, berdua-duan dengan bukan muhrim, tidak menutup aurat, atau menutup aurat dengan tidak sempurna. Itulah permulaanya. Itu sudah menjurus kepada menghampiri zina.


Ingat, Allah kata jangan hampiri zina. “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”(Al Israk:32). Allah mencegah zina itu dari puncanya.


Membaca, memahami dan merenungkan ayat ini kemudian melihat kenyataan dalam hidup masyarakat kita saat ini sungguh akan membuat kita merinding dan malu. Bagaimana tidak? Salah satu dosa besar yang dimurkai Allah telah menjadi hal yang biasa dilakukan sebahagian masyarakat kita tanpa malu-malu dan rasa takut. Segala pintu dan ransangan menuju ke arah perbuatan zina tersebar luas tanpa ada pemantatauan atau pencegahan yang bermakna. Apabila manusia menidakkan suruhan Allah dan manafikan larangan-Nya, maka tunggulah akibatnya.


Marilah kita lakukan sedaya mampu kita untuk menyelia selidik dan mentarbiah anak2 kita supaya kekal elok di jalan yang lurus, bukan jalan yang sesat dan menyesatkan.


“Oh anak-anakku, bukan Papa dan Mama mahu menyekat kebebasan mu atau cuba mengongkong kehidupan mu, tapi Papa dan Mama risau akan dunia akhir zaman ini yang mengajak anak-anak memuja hiburan dan keseronokan hingga melupakan segala larangan dan suruhan Allah, Pencipta kita yang Maha Pengasih dan Penyayang itu.”


“Janganlah terpedaya dengan hiburan dan keseronokan itu, kuatkan akidah dan jatidiri anakanda. Tolonglah bijak membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Berkawanlah dengan kawan-kawan yang beriman dan berakhlak mulia.”


“Papa dan Mama hanya mampu menasihati kerana di luar sana anakanda akan terpaksa melalui segala kerenah kehidupan ini, dan mesti membuat keputusan sendiri.” “Ingatlah anakku, Dalam apa jua keadaan Allah sentiasa melihat kita. Jadilah manusia yang bertakwa yang peduli pada hakikat dosa dan pahala.”


“Papa dan Mama doakan anakanda selamat menempuhi segala dugaan hidup, dan selamat di dunia dan berbahagia di akhirat.”


Semoga kedatangan bulan Ramadhan ini membawa keinsafan kepada para remaja khasnya untuk kembali ke pangkal jalan, iaitu kembali kepada Agama. Manusia ini tiada nilainya tanpa Agama. Inilah bulan yang pada awalnya Rahmat, pertengahannya Keampunan, dan penghujungnya Pembebasan Dari Api Neraka.

Marilah kita menadah tangan bergantung harap kepadaNya sebagai penyelesai segala kekusutan dan kecelaruan ini. Cintai majlis ilmu, supaya lebih mudah untuk kita membezakan perkara baik dari yang buruk, halal dan haram. Hentikanlah hidup yang tanpa wawasan dan penuh kesesatan itu. Hati-hati yang insaf dengan penuh ikhlas dan pengharapan bakal mengundang Nur Agama untuk kembali menerangi hidup ini.

@@@

2 comments:

yushida03 said...

amin..

sungguh, takut malah cemas memikirkan saya sendiri mempunyai 2 orang anak perempuan yang masih kecil..

apabila maksiat membudaya dalam masyarakat yakni sudah dianggap normal, maka memang bermasalah lah masyarakat itu..

semoga keluarga kita dan seluruh keturunan kita ditetapkan iman dan dijauhi daripada musibah ini..amin.

sot said...

Betul tu Tuan Yushida03. Kita kena risau. Dari risau itu timbul hati2. Semoga Allah melindungi anak2 kita dari menghampiri zina.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...