Friday, July 02, 2010

OKB


"Islam inginkan kita kaya", jelas Ustaz Fauzi pada ceramah perdana di ofis tempoh hari. "Lihatlah tuntutan Solat, Puasa, Zakat, dan Haji, semuanya memerlukan kita kaya dan bukan papa kedana." Uztaz Haslim pula mencelah, katanya "bukankah kalau kita kaya memudahkan kita untuk bersedekah, contohnya kita beli tanah tiga ekar dan infaqkan untuk di buat masjid, atau kita bina sebuah asrama untuk anak2 yatim, atau kita bagi biasiswa untuk anak jiran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti di Arab Saudi, atau kita sponsor waris kita untuk mengerjakan ibadah haji." Apa yang dapat menghalang kita berbuat kebajikan dengan harta kekayaan itu?

Maka yang membezakan orang kaya dengan orang kaya yang lain di sisi Allah ialah ketakwaannya. Maka afdal sangatlah kalau kita menjadi Orang Kaya Bertakwa (OKB).

Definasi zuhud sebagai meninggalkan dunia dan membuang harta sudah salah. Apa yang penting ialah zuhud dari perkara2 haram iaitu mengasingkan diri dari perkara2 haram seperti judi, rasuah, maksiat, dan penyakit2 hati. Maka zuhud mengajak kita sebenarnya untuk kaya tapi rajin beribadah, beribadah 24 jam sehari semalam. Kerana hampir2 kemiskinan itu membawa kepada kekufuran. Aku berlindung dengan Mu dari kekufuran dan kefakiran. Kita lihat isteri Rasulullah SAW, Khatijah adalah seorang yang kaya raya, cantek dan berakhlak mulia yang zuhud dan penuh ketakwaan, yang banyak membantu dan berkorban untuk perjuangan Rasulullah menegakkan agama Allah.

Semua orang ada harta bahkah ramai yang gila harta. Namun aset yang paling penting adalah agama, akhlak, jiwa dan akal. Harta dalam Islam bersifat progresif dan tidak boleh beku tidak berkembang. Justru infaq harta ke jalan Allah adalah sangat dituntut bagi kebaikan ummah. Pemilik harta di tegah bersifat bakhil. Harta yang kita miliki itu mengandungi hak orang fakir dan miskin dalam bentuk zakat dan sedekah. Semua orang ada harta tapi harta bukanlah rezkinya, ia bisa menjadi rezki orang lain. Rezki seseorang itu hanyalah apa yang di makannya, diminumnya, dipakainya, dinafkahkannya, dan rasakannya. Yang sudah maklum sangatlah terhad.

Seorang jutawan atau hartawan yang punyai harta berjuta-juta, dia tetap makan sepinggan nasi seperti orang lain juga, dia tetap pakai sehelai baju, naik sebuah kereta, atau tidur atas sebuah katil, atau minum segelas air juga. Dia tidak boleh pakai 10 helai baju misalnya, atau naik 10 buah kereta untuk ke sesuatu tempat, atau makan 10 pinggan nasi beryani pada sesuatu masa itu. Maknanya rezki nya hanyalah sangat terhad, walau pun dia orang kaya raya.
Kadang2 apa hendak di suap ke dalam mulut juga terjatuh dan tidak sampai ke dalam mulut kerana bukan rezki dia. Yang lebih sadis bila terpaksa makan roti kering dan air kosong saja setiap masa kerana ditimpa pelbagai penyakit kronik atau uzur melalui hari tua, sedangkan dia hartawan punyai harta berbillion ringgit.

Orang Kaya Bertakwa faham kedudukan hartanya yang sementara itu yang bukan rezkinya pun. Maka harta dia di dunia akan diguna pakai untuk mengembangkannya menjadi jariah bagi meraih keuntungan akhirat. Kerana dia gheti bahawa hidup di akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya. Akhirat itulah kebebasan dan tiada lagi kongkongan atau sekatan atau had. Akhirat itulah nikmat hakiki, kaya raya yang sebenar-benarnya. Dunia ini hanya hiburan dan tipu daya sahaja.

Bila mati kita hanya dibaluti sehelai kain kapan saja, walau di dunia gah dengan harta yang banyak dan mewah. Maka OKB zuhud dan patuh akan hakiki seorang hamba Allah. Dia mengerti mana realiti dan mana fantasi. Dia mengerti bahawa hidup 60 atua 70 tahun di dunia ini hanya sedetik sahaja kalau hendak di bandingkan dengan yang kekal abadi di Akhirat nanti. Maka dia sibukkan diri untuk menyiapkan diri bagi kehidupan akhirat, bukan menyibukkan diri dengan remeh-temeh tipu daya dunia. Hidup seorang OKB penuh dengan infaq dan kebajikan ke jalan Allah, sibuk menukar hakmilik harta dunia nya menjadi jariah akhirat. Syurga seorang OKB ialah di akhirat bukan di dunia yang fana ini.

@@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...