WAJAH BERKEDUT
Pada wajah yang tua ini
Ada senyum dalam tawa
Ada sendu dalam sepi
Kenyang pada sendawa
Gumbira sekeping hati
Terukir indah gurindam rasa.
***
Kita semua jika panjang umur akan melalui fasa wargatoa & wargaemas. Defininasi saya wargatoa ni umur 55-65. Dan wargaemas pulak 66 ke atas.
Fasa itu nanti akn meletakkan kita dlm suasana yg tidak sama lagi dgn fasa zaman muda atau fasa kerjaya kita dulu, kuat, hensem, & lawa.
Jack Ma bagitau fasa 60 ke atas ni, should spend quality time with your grandchilds.
Tika kita sudah uzur dan lemah ini, orang sekeliling mungkin sudah berfikiran atau berpandangan aduhai jgnlah menyusahkan aku. Ibaratnya begitulah. Anak2 & cucu2 ada kehidupan mereka sendiri.
Saya pernah melihat seorg so call wargaemas yg berharta dan punyai byk biznes yg berjaya, yg kini di handle oleh anak2nya, cuba utk make herself present.
Tapi ya lah anak2 pun sibuk, jadi tampak dia seolah2 cuba menumpang kasih, dan ibarat melukut di tepi gantang la pulak. Maka pandai2lah dia membawa diri, makan sendiri2, ke masjid sendiri2 mengisi masanya.
Tentu dia berharap pasangannya masih hidup utk berkongsi rasa dan cerita selagi hayat dikandung badan. Fasa ini juga yg kebanyakan kita akn lalui nanti.
Jumaat lps saya sempat berborak dgn seorg pakcik yg kematian isteri minggu sebelumnya. Katanya dia rasa sunyi sebab teman yg selama ini di sisi telah tiada. Tiada lagi pendengar setia dan pasangan bicara. Jadi dia terus sibukkan diri solat fardu berjemaah di surau & masjid.
Cuma dia perasan anak2nya mula beri lebih perhatian kpdnya, call bertanya khabar, dah mkn ke blom. Kerana sblom ni depa byk berkomunikasi dgn arwah ibunya.
Dulu anaknya bagi rm100, skrg bagi rm200. Saya tak mintak pun, tapi bila depa bagi saya ambik, katanya. Pakcik ni dah 10 tahun pencen slps 30 tahun kerja bank. Dia kena pandai2 lah bawak diri. Tentu dia pun rasa lega dapat berborak dgn saya sblom khutbah jumaat tu. Saya pulak layan baik punye.
Ada seorang lagi wargaemas yg kematian isteri sudah beberapa tahun, ditemukan jodoh baru. Maka terisilah kesepian yg dilalui. Namun kekuatan jasmani dan kewangan bukan seperti zaman muda2 dulu. Maka istana baru yg dibina itu tidak kekal lama. Begitulah antara dilema seorang wargatoa utk mencari bahagia di usia senja.
Justru hargailah setiap detik quality yg kita dapat spend bersama pasangan hidup kita masing2. Smoga kita dikurnia usia yg baroqah dan pengakhiran yg husnul khotimah.
#MenitiUsiaSenja
No comments:
Post a Comment