Tuesday, August 02, 2022

MEDSOS



MEDSOS

Dulu tika internet mula boom, byk yg risau krana katanya internet ini membawa byk mudarat. Tapi kehadiran teknologi internet tidak dapat disekat. Ia umpama gelombang ombak laut yg menerjah pantai, hingga akhirnya ombak dgn pantai berpisah tiada, umpama aur dgn tebing dan menjadi penyeri kehidupan, menjadi pilihan pengubat hati pada setiap destinasi percutian.

Kemudian kita dihidangkan dgn teknologi telefon pintar, sgala maklumat di hujung jari. Aplikasi seperti google, youtube, FB, IG, Twitter, TikTok menjadi sinonim yg standard dlm masyarakat dgn jutaan pengguna di seluruh dunia.

Maka timbul pula pelbagai keresahan. Bahan2 mengarut termasuk kategori lucah tersebar luas tanpa dapat dikawal. Semua ini menjadi bahaya yg merosakkan masyarakat, mencemar nilai2 murni, dan bertentangan dgn ajaran agama. 

Naik moto jugak bahaya, so jgn naik moto. Jalan kaki tepi jalan pun bahaya, takut kena langgar. Semua benda tu ada bahayanya. Jadi kena guna dgn berhati-hati, ada peraturannya. Begitu juga dgn FB, IG, TW, TT, dsb. Batasi & kawal penggunaannya dgn ilmu, iman, & taqwa. 

Dikatakan seseorg yg tampak alim dan ahli masjid, blom tentu kukuh iman & taqwanya bila bersendirian di dunia telefon pintar & mobile apps nya. Satu isu taboo yg jarang dibicara. Mohon Allah bagi kekuatan iman utk melawan godaan nafsu & bisikan syaitan. Krana manusia itu lemah, tiada daya upaya melainkan dgn kudrat dan iradat yg Allah berikan. 

Di bincangkqn juga kerisauan perihal apps trending terkini yg hot iaitu TikTok yg fokus 100% contentnya kpd video2 pendek. Katanya 80% contentnya hampas tapi terus menarik viewers puluhan ribu. Kegilaan memburu like, share, followers, & comment menjadi prioriti utama. Bukan sia2 katanya krana ia menjana pendapatan tinggi. Justru menjadi influencer, youtuber, atau tiktoker bukan lagi kerjaya asing. Mereka diangkat menjadi idola bagi anak2 muda hinggalah org2 dewasa.

"TikTok has now taken the world by storm. But it’s not only a place where the cool kids hang out. Recently, even businesses have been getting a share on TikTok traffics."

Semua platform medsos ini juga telah diguna pada tahap gaban utk tujuan sales & marketing, yg merancakkan dunia bisnez moden secara online. Ramai menjadi jutawan dan berbangga dgn kejayaan & kereta mewah. Sesiapa yg mengabaikan platform medsos ini dlm perniagaan mereka akan tertinggal flight.

Teknologi hadir dgn pantas dan tidak boleh disekat. Medsos telah menguasai media dan menjadi ikutan ramai & menjadi sebahagian drp kehidupan manusia banyak. 

Antara hikmah hijrah ialah mendepani sgala isu itu dgn kretiviti & strategi yg mampan, menggunakan medsos kpd kebaikan, mengajak manusia taat kpd Allah. Kena cepat kena laju, hasilkan konten yg bermanfaat utk ummat. Jgn salahkan org lain yg menyediakan konten yg berjaya menarik ribuan odion. Salahkan diri sendiri yg slow dan tidak kretif. 

Medsos ialah sebhg drp kehidupan masakini, so ride on it. Be creative pada landasan taqwa. Itu lah cara utk counter dan memberi pilihan yg munasabah pada platform awam arus perdana yg trending ini.

Wallahu'alam.

@@@



No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...