Pabila pencen iaitu bersara drp kerja tetap selama ini, ada satu durasi transisi. Maklumlah dulu jadi ketua jabatan, jurutera kanan, atau pegawai tinggi. Tiba2 kini semua itu sudah jadi sejarah. Kira culture shock la jugak kan. Jadi bertanyalah dia kpd kawan2, aku nak buat apa ya?
Kena isi masa yg terluang ni. Badan pun kuat lagi. Jeng jeng... ada la kawan2 yg rekomen buat ni buat tu, try ni try tu. Hampir kesemuanya di luar bidang kemahirannya dlm tempoh bekerjaya selama ini.
Kemudian setelah dipengaruhi baek punye dgn pelbagai fakta, maka dia pun mula terjebak. Niat asal utk take it easy & bykkan rehat time bersara ini mula pudar.
First ada sahabat rekomen utk join dia guna health product. Harga boleh tahan. So utk reduce kos why not rekomen kawan2 atau saudara mara try product ni. Kita bukan nak jual, tapi utk kegunaan saja. Jaga kesihatan. Thats how it goes.
Kemudian ada pulak yg ajak jadi konsultan takaful. Ada potential unlimited income, passive income, & financial freedom. Niat bantu ahli masyarakat sediakan payung sebelum hujan. Kerja part-time je boss.
Sambil tu ada member ajak jadi konsultan unit amanah. Pelaburan yg sihat, selamat, with manageable risk. Semua ini perlukan your commitment utk attend training, sesi motivasi, cari potential customer, dsb.
Ada pula yg jadi agen hartanah & properti. Kiranya bidang sales la kan. Kalau sesiapa yg berjiwa sales, memang ngam. Probability utk close 2-3 kes sebulan tu memang ada. So kalau satu deal dapat komisyen rm2k. Kalau 3 kes dah masyuk rm6k, bisik hatinya kpd paru2 kat sebelah.
So thats how it goes. Banyak masa yg perlu diperuntukkan. Lite n ez life time bersara yg diimpikan time bekerjaya dulu mula semakin menyepi.
Kalau dulu dia berpendapat duit saving & epf aku sudah cukup utk menampung kehidupan kami wargatua ini. Namun kini sgalanya sedikit demi sedikit mula kabur. Dia sudah mula terjebak. Dlm satu dimensi baru. Dilema orang pencen.
Sampai satu masa nanti, jika dia penat dan hasil yg didapat tidak seberapa. Mungkin tika itu fikirannya akan kembali rasional utk melihat dari perspektif yg berbeza. Good luck guys !!
Personally saya juga sudah ada pengalaman melalui fasa2 ini. Tentunya preference, keutamaan, keinginan, keperluan, & proriti masing2 kita berbeza-beza. Apapun buatlah apa pun yg dapat membahagiakan. Jazakallah.
#PutLifeInAProperPerpective
#ApaYangDiCariSebenarnya
No comments:
Post a Comment