Tuesday, October 12, 2021

ORANG TUA KITA


Jadi orang tua ni, kalau boleh nak take it easy, banyakkan rehat, atau berhajat buat atau miliki apa yg tertangguh selama ini.

Wajar elakkan terikat dgn sesuatu tanggungjawab atau tugasan yg berat atau membebankan. Maklumlah badan pun tak sekuat dulu, penyakit pun dah banyak. Sakit sana sakit sini. Mata udah kabur, gigi byk gugur, kulit semua kendur, minda pun slalu blur. Dah 34 tahun kerja kot, cari rezki utk keluarga.

Jadi anak2 pun kena la faham juga. Orang tua sudah byk berkorban menjaga dan membesarkan anak2.  Kini tika mereka sudah diusia senja, support la semampunya utk memudahkan hidup mereka pula. 

Ada anak2 yg menugaskan orang tua untuk menjaga cucu. Atas alasan atoq dan nenek volunteer nak jaga cucu tersayang. Kalau hantar kat nursery kena bayor rm450 sebulan. Kalau nenek jaga, bagi rm300 sebulan pun dah ok, katanya.

Lepas office hour tak bersungguh nak balik tengok anak pun. Lebih gemar bersenang2 dgn officemate atau singgah makan atau shopping sana sini. Maklumlah anak nenek jaga. Takde OT. Dgn memberi rm300 sebulan untuk mak dia jaga anak, rasa macam dah cukup banyak. Walhal underpaid. Dah la takde bagi duit lain sebagai contribution bulanan seorang anak kpd ibubapa.

Orang tua yg sepatutnya relax kini dibebankan jadi babysitter atau pengasuh cucu, jaga makan minum, basuh berak, tukar lampin lagi. Masya-Allah. Dah la berpuluh tahun penat bekerja, menjaga anak2, dan pelbagai lagi. Kini time rehat dah sepatutnya. Nampak tak sinerio ni di depan mata?

Time bersalin. Balik duduk rumah mak bapak tempoh berpantang. Sapa yg susah? Mak bapak la jugak.

Time dapat baby, dua-dua husband & wife kerja. So sapa nak jaga baby ni? Import mak dtg dok rumah sewa, jaga baby. Sapa yg kena? Mak bapak la jugak. Biasa berlaku tak? Kesian org tua tu terpenjara di sebalik grill besi.

Anyway, sebagai anak yg sudah mengecap kesenangan bekerjaya, jgn la lupa haq ibubapa yg sudah berkorban masa, tenaga, hartabenda, dan segalanya utk menjaga, membesar, dan mendidik kita sampai ke zaman U itu. Its not free.

Kenangkan segala susah payah, penat lelah, ujian, & kepayahan mereka itu. Pahatkan di memori. Jangan buat2 lupa bila sudah hidup berdikari, punya kerjaya, punya isteri, punya suami, punya anak. Segala perbuatan baik akn dibalas dgn kebaikan jua satu masa nanti.

Duit ni byk pun tak cukup, kos hidup tinggi, hutang keliling pinggang. Jgn lagi jadikan itu sebagai alasan. Put a side siap2 bhg ibubapa. Barulah gunakan income itu utk expenses atau savings yg lain.

Kembalikan haq mereka drp jumlah income bulanan anda, 10% misalnya. So kalau gaji rm3,000 peruntukkan minima rm300 utk ibubapa atau 5% iaitu rm150. Kembalikan haq org tua anda. Tak byk pun sikit. Cari berkat. Jgn dok pening, aku dah gaji besar pun, knapa masih tak cukup?

Supaya gaji berkat, hidup berkat. Yang penting tidak lupa bhg ibubapa. Make it a habit. Macam gosok gigi, kalau tak buat rasa mcm tak beres. Jangan la beri sekali sekala, jarang jarang, kadang kadang, atau time raya je.

Apa itu berkat? Berkat itu Allah redho. Gaji byk dpt lebih berbakti, dpt lebih menyimpan, dpt lebih bersedeqah, senang hati, baik hati. Gaji kecik pun cukup, tenang hati, mudah urusan.

Jadi kalau kerja gaji ribu2 dah bertahun tahun tapi masih rasa susah, selalu tak cukup, masih no saving, masih panas. Maka muhasabah diri. Mungkin anda kedekut dgn mak bapak, atau terlalu berkira. Atau haq mereka telah anda abaikan sudah sekian lama. Cuba kita sama2 renung & fikir. Wallahu'alam.

#JadiOrangTua
#SblomAndaTua

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...