Beruntunglah siapa yang menjadi Hamba Allah. Hamba Allah bukan gelaran biasa-biasa yang boleh di letak atau diberikan sembarangan. Hamba Allah ialah orang yang beriman dan beramal soleh. Hamba Allah akan menghina dirinya dirinya di hadapan Allah bukan menghina dirinya kepada makhluk. Semakin hina dirinya di hadapan Allah maka semakin mulia dan tinggi martabatnya di sisi Allah.
Kita ini benar fakir pada saat kematian kita. Apa beza orang fakir dengan orang miskin? Ibaratnya begini. Sekiranya keperluan sesorang itu 10 benda, maka orang miskin dapat memenuhi 8 daripada 10 itu. Maknanya hanya 2 keperluannya tidak dapat dipenuhi. Maka dia ini layak di gelar orang miskin. Sebaliknya orang fakir ialah daripada 10 keperluannya tadi, hanya 2 yang dia dapat penuhi manakala 8 lagi tidaklah dapat dia penuhi hajatnya itu. Maka di sini orang tadi ialah orang dalam kelompok fakir.
Bila seseorang itu mati, maka tiada lagi timbul isu ada orang atas kita atau ada orang bawah kita. Semuanya sama. Tiada rupa, pangkat atau harta yang mebezakan darjat kemuliaan seseorang itu. Sehelai kain kapan itu sajalah yang secara fisikal yang di bawak masuk dan di tanam bersamanya di dalam lubang kubur yang sempit, gelap dan penuh ulat itu.
Harta yang di tinggalkan si mati itu akan di bahagi-bahagikan oleh waris. Jika di bahagi elok dan aman maka berbahagia lah bekas pemilik harta yang sudah mati itu. Namun jika sebaliknya harta yang ditinggalkan itu menjadi asbab perebutan dan pergaduhan anak beranak maka bersedih dan bedukacitalah si mati tadi.
Harta semuanya di tinggalkan. Kereta, rumah, duit dalam bank, isteri, anak-pinak, semua keindahan dunia ditinggal belaka. Harta, pangkat, kemewahan yang selama ini di kejar di usaha di sibukkan hingga tak ada masa nak pijak kaki masjid, itu semua akan di tinggalkan begitu saja. Just like that. Terlopong si mati menjilat jari di sebalik kain kapan nya.
Kubur menerima penghuninya. Akulah rumah yang asing, rumah yang mendukacitakan, rumah yang sempit, rumah sarang ulat dan ular bisa, rumah yang gelap. Di sebalik selimut kain kapan itu, tubuh pantas di serang ulat yang galak mencari setiap lubang dan rongga untuk di selongkar.
Seoarang ahli forensik pernah menceritakan pengalaman menggali semula kubur seorang yang baru di tanam 3 jam sebelum kerana ada kes jenayah yang perlu di siasat sebagai barang kes. Terkejut beruk dia melihat ulat memenuhi setiap rongga, lubang hidung, kemalauan, lubang telinga, mulut, mata dan seluruh rongga2 perut. Aduhai baru 3 jam simati itu di kebumikan ke dalam lubang kubur itu. Dahsyat nya sebuah kematian itu. Itulah nasib kita. Ruh hanya mampu memandang dengan hibanya.
Allah sangat suka seorang yang membuat dosa tapi terus menyesali perbuatan dosa nya dan bertaubat memohon keampuanan daripada Allah SWT. Dosa2 ada yang terpaksa di bawa masuk ke lubang kubur pabila ada dosa2 yang tidak diampuni Allah asbab gagal taubat atau semasa hidupnya tidak berusha dengan sungguh2 minta ampun dan taubat kepada Allah.
Tidak akan mengazab Allah akan seseorang yang taubat, solat dan sujud kepada Allah dengan penuh ikhlas. Allah akan perlihat segala apa perlakuannya di dunia ini. Dikala itu tiada guna lagi penyesalan dan minta peluang untuk bangkit hidup semula walau sejenak. Semuanya sudah terlambat. Bukannya engkau tidak di beri peringatan demi peringatan, tazkirah demi tazkirah, tarbiyah demi tarbiyah dulu. tetapi engkau sekadar memekak telinga dan sekadar tidak ambil peduli, walaupun pintu masjid di depan mata.
Allah hijab pendengaran orang yang hidup daripada jerit tangis penghuni kubur yang menderiata menyesal dan tersiksa itu. Jika tidak tentulah huru hara dan haru biru dibuatnya seluruh manusia yang masih hidup ini. Menangis dan merintih mereka menyesali betapa dua rakaat solat sunat itu terlebih baik daripada dunia dan seisinya. Dia pernah dengar peringatan itu tetapi tidak menghiraukanya walau sekumit.
Malaikat bertandan ke rumah bakal jenazah bukan sebagai tetamu, malah merealisasikan amanah untuk tugasan menukar manusia bernyawa menjadi jenazah. Dunia ini ialah pentas yang ada amal namun tiada perhitungan. Pabila meninggal dunia segalanya terbalik, tiada lagi amal yang ada ialah perhitungan.
Apa yang ada di hati itulah yang suarakan oleh lidah dan dan zahirkan oleh perbuatan anggota tubuh badan. Orang beriman akan menzahirkan keimanan di hati dengan tutur kata berhebah dan perilaku akhlak yang mulia. Berbanding dengan orang munafik yang apa yang di hati sangat berbeza dengan apa yang dizahirkannya,
Manusia akan Allah bagi ujian demi ujian tika di dunia ini bagi menguji tahap keimanan seseorang itu. Orang di kubur akan di soal munkar dan nakir. Ilmu yang tanpa yakin tidak boleh menjawab soalan2 yang ditanya di dalam kubur itu. Walaupun soalan bocor dan beribu kali berjaya di jawab dengan tepat di dunia ini, namun sebaliknya yang berlaku di alam kubur. Lidah kelu otak beku. Dapat jawab itu bukan dengan ilmu semata tetapi dengan keyakinan pada ilmu itu. Orang yang ilmunya segunung belum tentu dapat jawab soalan munkar nakir itu, jika di dunia itu dia tidak yakin dan beramal dengannya.
Orang yang ingat mati ialah orang yang sedar hakikat kehidupan ini. Pahala menjadi rebutan dan setiap perlakuan dosa tidak di pandang ringan. Hatta setitik penyakit hati pun akan di kikis dan di buang segera. Hati itu tempat memandang Allah SWT. Allah pandang hati dan ketakwaan kita. Hati itu tempat bersemayamnya iman dan bersemadi juga kekufuran. Semalam mati, maka malaikat mukar dan nakir pun menyoal ma robbuka? Apa yang ada dalam isi hati, itulah yang akan di jawab.
Sesungguhnya kubur itu ialah terminal hentian pertama di akhirat. Sesiapa yang terselamat di kubur maka akan selamatlah dia di Padang Mahsyar nanti. Ustaz Irwanshah mengakhiri kuliah dengan menyatakan bahawa ada ahli jamaahnya menegur Ustaz ni asyik cerita pasal alam kubur, pasal mati. Cerita la topik lain pulak. Contohnya soal rumah tangga, soal pendidikan, dan seumpamanya. Ustaz pun jawab saya lebih suka di gelar Ustaz Alam Barzakh.
Sesungguhnya bijaklah orang sentiasa ingat mati dan mencari bekal untuk bersedia menghadapinya. Ziarah alam barzakh adalah agenda kehidupan, apatah lagi kala masa terluang di sepanjang musim cuti sekolah ini di samping sibuk merancang ziarah Cameron Highland atau pelabagai destinasi pelancongan itu. Jangan lupa untuk ziarah alam barzakh dengan iman, ilmu dan amal.
@@@
No comments:
Post a Comment