Thursday, September 04, 2014

Orang Paling Kaya

Hampir semua orang kini ada handfon atau smartfon hatta budak tadika dan mat bangla. Maka banyaklah masa yang di gunakan untuk melayan alatan canggih tapi koman ini. Kadang tu kat masjid dalam majlis2 ilmu, mata dan jari jemari masih dok layan makhluk yang bernama handfon atau smartfon itu. Ish ish...penyakit jugak ni.

Ibarat pisau yang tajam. Jika di gunakan untuk memotong sayur atau lauk pauk kat dapur maka sangat besar manfaatnya. Namun jika pisau yang sama digunakan untuk melukakan orang maka di situ nampak keburukan dan kemudaratannya. 

Justru segala peralatan moden ciptaaan makhluk ini wajar digunakan bagi mendatangkan manfaat. Mesti di lihat pada perspektif yang positif atau kebaikannya bukan sudutnya yang negatif atau kebobrokannnya. 

Sebab itulah tazkirah, peringatan dan tarbiyah dari semasa ke semasa sangat afdal untuk meletakkan balik kita di landasan yang benar. 

Apa landasan yang benar itu? Iaitu lah jalan yang lurus yang selalu kita mohon dalam bacaan surah al-Fatihah kita setiap kali solat itu. Jalan yang Allah redhai iaitu jalan orang2 yang Allah bagi nikmat kepada mereka, bukan jalan orang2 yang Allah murkai atau jalan orang2 yang sesat.

Kembali kepada masalah handfon atau samrtfon tadi. Maklumat di hujung jari. Maka banyaklah maklumat yang boleh di capai. Termasuklah yang di war2kan dalm grup Telegram dan Whatsapp. 

Trend masakini ialah berguru dengan Ustaz cut&paste. Kadang tu tengok tajuk menarik je, terus di forwardkan atau di kongsikan bersama ahli grup tanpa habis membacanya pun apatah lagi menyemak kesahihannya. 

Mimbar ingin berpesan supaya menjalankan tapisan terperinci supaya maklumat di hujung jari yang hendak di share kan itu tidak termasuk dalam kategori fitnah atau fakta palsu. Bukan apa satu, takut kenan saman. Yang kedua, dan yang utama sekali takut mendapat dosa free di sisi Allah.

Baiklah cakap banyak tak guna, hari ini saya mendapat beberapa posting di grup Telegram dan Whatsapp saya yang rasanya agak relevan dan punyai manfaat tersendiri. 

Maka sukacitalah saya kongsikan di sini untuk tatapan para peminat laman SOT yang entah berapa juta orang di seluruh dunia ini termasuk di masa akan datang nanti tika mungkin saya sendiri pun sudah menjadi arwah. 

Semoga segala posting di laman SOT ini layak masuk kategori ilmu bermanfaat yang dapat memberi pulangan Akhirat untuk saya.

Buat renungan kita bersama...10 soalan untuk sama-sama muhasabah diri. Kita soal dan kita jawab.

  1. Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya kerana sibuk sungguh dia dengan urusan duniawi. 
  2. Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang bila ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. 
  3. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
  4. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa mengumpul-ngumpulkan  harta setiap masa. 
  5. Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
  6. Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 
  7. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. 
  8. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. 
  9. Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
  10. Siapakah org yg kedekut? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang mesej ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain.

Bermanfaat bukan? Inilah antara contoh ajaran2 daripada ustaz cut&paste yang boleh kita sebar-sebarkan untuk manfaat umat. Ia merupakan siri tazkirah dan peringatan untuk kita yang bergelar manusia yang memang kelemahannya ialah mudah lupa. Ataupun jika kita belum pernah tahu hal ini maka menjadikannya ilmu baru yang boleh dijadikan panduan dan pedoman. 

Menuntut ilmu bermanfaat terutamanya ilmu2 fardu ain hukumnya wajib dalam Islam. Jangan jemu untuk mencari dan menuntut ilmu di bumi Allah ini.

Ini pula saya paparkan 10 manusia terkaya di Malaysia kala ini. Cuba teka siapa yang jadi juara no.1?
  • No 10: Datuk Mokhzani Mahathir -Naib Pengerusi Eksekutif Sapura Kenchana Petroleum, memiliki kekayaan RM4.22B
  • No.9: Puan Seri Lee Kim Hua -Kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM7.47B
  • No.8: Tan Sri Lim Kok Thay -Kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM9.43B
  • No.7: Tan Sri Syed Mokhtar -Yayasan Bukhary, memiliki kekayaan RM11.07B
  • No.6: Tan Sri Lee Shin Cheng -IOI Groups, memiliki kekayaan RM13.12B
  • No.5: Tan Sri Quek Leng Chan -Hong Leong Group, memiliki kekayaan RM14.11B
  • No 4: Tan Sri Teh Hong Piow -tokoh perbankan Public Bank, memiliki kekayaan RM18.07B
  • No.3: T Ananda Krishnan -ahli perniagaan Maxis, Astro, memiliki kekayaan RM33.19B
  • No 2: Tan Sri Robert Kuok -hartawan Malaysia taukey gula, memiliki kekayaan RM54.48B 

Siapa orang kaya no.1 di Malaysia buat tahun 2014 ini? 

Org yg solat sunat fajar (yakni solat sunat sebelum solat fardu Subuh) memiliki kekayaan yg melebihi dunia dan segala isinya.

Dari Aisyah RA, bahwa Rasulullah SAW bersabda, 
“Dua rakaat shalat sunnah fajar (yakni sebelum solat subuh), adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan segala isinya (yakni apa saja yang ada di dalamnya).” 
(HR. Muslim, Tarmidzi, Nasa'i & Ahmad)

Dalam riwayat yang lain Nabi SAW bersabda, "Niscayalah kedua rakaat sebelum Subuh itu lebih Saya cintai daripada dunia seluruhnya ini."

Kita sering lupa hakikat kehidupan ini. Kita sering di larakan dengan urusan dunia seolahnya ia barangan yang bakal kekal bersama kita. Paling nazak bila sekadar percaya tapi tidak yakin dengan janji2 Allah. Kita sibukkan diri 24jam sehari dengan 3-Ta iaitu Harta, Takhta dan Wanita? Sepatutnya kita sibuk 24jam sehari mengumpul barangan yang bakal kita bawa kekal bersama kita ke Akhirat nanti.

Kaya Harta maka harta akan di tinggalkan bila mati nanti. Kereta mewah, wang juta2, rumah besar tidak akan di tanam bersama tuannya. Kaya Takhta atau pangkat dan jawatan besar, maka ia tidak akan ikut masuk ke lubang kubur nanti. Kaya wanita, ada isteri lawa, ada makwe keliling pinggang? semua nya tak mau ikut serta kalau jasad si kaya sudah terbujur kaku tanpa nyawa begitu.

Orang paling kaya dan paling bijak ialah bila dia mencari redha Allah dengan bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah ini dan tidak lupa untuk berusha menyediakan bekalan amal soleh, amal jariah, ilmu bermanfaat dan anak2 yang soleh pada baki usia yang ada ini. Semoga bahagia dunia dan akhirat.

@@@

2 comments:

ooooooooo said...
This comment has been removed by the author.
School Of Tots said...

Wlkmslm Umar. Check gmail. Saya akan hubungi melalui gmail Umar for info. Thx

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...