CLICK n GO

Wednesday, October 24, 2012

Hakikat Pengorbanan


Selamat menyambut Hari Raya Idul Adha kepada seluruh umat Islam di serata alam amnya dan para pengunjung blog SOT yang dihormati sekelian khasnya.

Hari Raya ini juga dikenali sebagai Hari Raya Korban yang sinonim dengan ibadah korban. Pada ibadah korban yang utamanya  ialah keikhlasan atas dasar takwa kepada Allah, kerana bukanlah daging binatang korban itu yang akan sampai untuk penilaian di sisi  Allah tetapi nilaian korban itu di nilai melalui niat dan ikhlasnya  seseorang kepada pengorbanan itu. Maka jika seseorang itu melakukan ibadah korban dengan niat lain selain daripada Allah maka sia-sialah ibadahnya itu.

Nabi Ibrahim AS di uji Allah supaya meninggalkan isteri dan anak kecilnya di tanah kering kontang tanpa hidupan, telah melaksanakan perintah Allah itu tanpa berdolak-dalik lagi walaupun kalau nak di fikir pada logik akal mungkin tindakan gila dan yang tidak berperikemanusiaan. Pabila kembali menjenguk mereka 10 tahun kemudian, Nabi Ibrahim AS di uji lagi dengan perintah Allah untuk menyembelih anaknya Ismail. Sekali lagi Nabi Ibrahim AS tanpa ragu melaksanakan perintah itu. Atas dasar takwa dan ikhlasnya  pengorbanan Nabi Ibrahim ini, Allah SWT telah menggantikannya dengan seekor kibas sebagai binatang korban yang disembelihnya.

Ada lima pengajaran yang dapat saya petik pada ibadah korban ini. Yang pertama, sebagai hamba Allah saya wajib patuhi perintah Allah. Perintah Allah ada dua iaitu suruhan dan larangan. Selama mana saya dapat tunduk dan patuh perintah Allah maka saya ini Islam. Kerana Islam itu ialah total submission to Allah secara mutlak. Walaupun sesuatu itu menguntungkan saya tetapi kerana ianya merupakan  larangan Allah maka wajib saya tinggalkan. Begitulah juga sesuatu yang merumitkan atau menyulitkan saya tetapi kerana ia itu suruhan Allah maka wajiblah saya patuhi dan laksanakan.

Bila ajal tiba, ianya tidak dapat diawalkan atau dilewatkan walaupun sesaat. Yang penting kita meninggal dunia dengan ada bekalan untuk ke Akhirat. Maka marilah kita fikir dan risau untuk bertungkus lumus mengumpul bekalan Akhirat ini. Golongan yang menyesal di Akhirat nanti berkata, “Kalaulah kami dulu mahu mendengar dan mahu berfikir, alangkan untungnya kami sekarang ini.”

Kedua, ibadah korban ini mengajar saya tentang pentingnya keikhlasan dan kesungguhan dalam mencari kejayaan. Saya kena bersungguh dan ikhlas melaksanakan perintah Allah. Nak kejayaan kena ada kesungguhan dan keikhlasan. Ketiga, sanggup berkorban untuk mencapai kejayaan. Orang yang membenci Rasulullah akan terputus daripada rahmat Allah. Apa yang perlu dikorbankan demi Islam ialah nyawa, harta, masa, tenaga, buah fikiran dan terakhirnya apa saja yang termampu.

Keempat, pergantungan saya hanya kepada Allah. Sesiapa yang bergantung selain daripada Allah iaitu pergantungan kepada makhluk maka boleh mendatangkan syirik. Kuasa mutlak ialah kuasa Allah. Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah maka Allah akan cukupkan segala keperluannya. Yang kelima dan terakhir ialah cinta saya kepada Allah hendaklah mengatasi segala-galanya. Tanda cinta kepada Allah ialah dengan mengikut ajaran Nabi.

Bila Allah menguji hamba-Nya, ia sebenarnya untuk meningkat tahap iman. Ramai yang kecundang pada ujian Allah. Bila terpaksa berkorban harta dan wang ringgit misalnya kepada sesuatu musibah yang menimpa keluarga maka iman sudah mula goyah. Hati mula mempersoalkan mengapa aku? Sedangkan aku ini patuh kepada perintah Allah, solatnya, puasanya, bersedekahnya, mengaji Qur’annya, ke majlis ilmunya. Kenapa aku yang ditimpa ujian berat ini? Akal mula dikuasai oleh nafsu dan bisikan licik syaitan.

Berhati-hatilah. Kembali kepada hakikat pengorbanan. Kenapa payah untuk berkorban sedangkan apa yang saya miliki ini semuanya milik Allah belaka? Didik, pupuk dan ubati hati yang mengalami sindrom jauh hati, sakit hati, patah hati atau mati hati pada sesuatu permasalahan yang menimpa diri. Sesuatu kejayaan atau kemanisan iman pasti memerlukan kepayahan dan pengorbanan. Keimanan yang kukuh dan utuh mesti melalui segala tahap ujian ini. Yakinlah bahawa segala ujian Allah menunjukkan perhatian dan kecintaan Allah kepada hamba-Nya. Sebesar mana sangatlah ujian saya ini jika nak dibandingkan dengan ujian yang menimpa Nabi Ibrahim AS? Atau  kalau nak dibandingkan dengan ujian yang menimpa saudara saya di Palestin, Myanmar, atau Afghanistan?

@@@

Friday, October 19, 2012

Ikan Di Laut Yang Masin


“Kenapa belum mengerjakan ibadah haji?” tanya Dollah kepada Mamat. Mamat dengan ikhlas menjawab, “Belum cukup duit lagi.” Dollah tersenyum kambing. “Hang hisap rokok tu habis berapa duit sehari?” Mamat kata, “Dalam RM5 sahaja.” Dollah senyum lagi. “Dah berapa lama hang hisap rokok ni?” Mamat termenung sejenak kemudian menjawab, “Dah 40 tahun kot.”

“Hmmmm…maknanya hang membelanjakan RM150 sebulan, RM1,800 setahun, iaitu sejumlah RM72,000 telah engkau belanjakan untuk rokok ni kurang lebih selama 40 tahun.” Maknanya kalau nak pi buat ibadah haji guna dana RM72,000 rasanya sudah boleh mengerjakan ibadah haji sebanyak tujuh kali. Maka tiada alasan lagi di hadapan Allah.

Duit yang kita simpan belum tentu milik kita. Apa yang kita beli bukan untuk kita tapi untuk keluarga. Namun apa yang kita sedekah itu, untuk kita, jadi milik kita. Maka rajin-rajinlah kita bersedekah.

Ramai orang takut mati, tapi ramai tak takut bila persiapan mati tidak cukup. Tidur itu mati yang sementara. Mati itu tidur yang selama-lamanya. Maka persiapan untuk mati itu sepatutnya mesti mantop. Bangun solat malam, solat fardhu berjamaah, solat dhuha, zikrullah, ngaji al-Qur’an, solat2 sunat, baca surah al-Mulk dan as-Sajadah sebelum tidur, dan banyakkan taubat dan doa. Beriman, beramal dan istiqamah dalam beramal.

Istiqamah itu ibarat ikan di laut masin, tapi tidak masin-masin, tetap istiqamah. Apa-apa jadi pun tidak berganjak. Ikan kata, “Langkah mayat aku dulu, baru jadi masin.” Selagi hidup di laut yang masin, tetap tidak masin. Bagai mutiara di dasar laut, makin berombak makin tetap kekal dia di dasar laut.

Kebaikan kita kepada orang, lupakan. Kebaikan orang kepada kita, ingatkan. Pabila Allah sayang kepada hamba-Nya, dicubanya, di beri ujian. Orang yang paling teruk terima ujian Allah ialah para Nabi dan yang sewaktu dengannya. Di Padang Mahsyar, orang yang di timpa ujian penyakit memiliki lebih banyak pahala berbanding dengan orang yang bersolat.

Sayang Allah kepada orang yang bertaubat itu ibarat kata ustaz, "Melebihi kegembiraan seorang Pak Arab yang mendapat balik untanya yang hilang di padang pasir." Nak cerita kata kegembiraan yang banyak. Apa2 jadi kat kita semuanya daripada Allah. 

Solat sunat itu tanda solat fardhu diterima Allah. Solat sunat itu dapat pahala. Tidak solat sunat betapa ruginya. Masa kita sihat, muda, lapang, kaya, senang ini maka banyakkanlah beramal. Masa susah kita selalu ingat Allah, tapi masa senang kita ingat Allah tidak?

Ahli Syurga, bila buat baik akan rasa ceria dia tapi bila buat jahat akan risau dia. Sabar untuk meninggalkan maksiat lebih sukar daripada sabar dalam taat kepada Allah. Manusia mutmainnah iaitu manusia yang tidak buat maksiat lagi, maka untuk beriman dan beramal dengan istiqamah itu merupakan gerak kerja yang sangat mencabar sebenarnya.

Tuhanku adalah Allah, maka ikut seluruh hukum Allah dan jangan bangkang. Letakkan diri kita sebagai hamba Allah yang taat. Pikul tanggung-jawab sebagai Khalifah Allah dimuka bumi ini untuk kebahagiaan di Akhirat nanti. Jadilah sebagai pemegang amanah Allah untuk menjaga segala sesuatu milik Allah ini dan jangan sekali-kali pecah amanah itu.

@@@

Tuesday, October 16, 2012

Jadilah Lelaki Sejati


Kita punya pilihan bila bangun tidur pagi ini, samada untuk senyum atau masam? Untuk melihat kepada sesuatu pada sudut positif atau negatif. Pilihan ada di tangan kita. Sabar dalam taat dan sabar meninggalkan maksiat, nawaitu kerana Allah.  Bukan mudah, namun itulah pilihan yg tepat.

“Seorang lelaki masih belum terbukti kelakiannya jika tidak datang solat berjamaah di Masjid,” tegas Abu Jandal pada perbualan kami di anjung Masjid malam tadi. Sebuah kenyataan yang keras tapi berasas. Bukankah mengikut syariaat seorang lelaki itu wajib bersolat di tempat azan dilaungkan?

Mujahadahnya para sahabat dan ulama' dulu dalam menyampaikan mesej dakwah ke serata alam menjadi asbab syiar Islam tersebar luas hingga kini meliputi 1/3 dunia, Alhamdulillah. Mujahadahnya para pendakwah dari benua India datang ke Melaka 500 tahun dulu menjadi asbab tersebarnya agama Islam di Malaysia hinggakan kini kurang lebih 15 juta orang iaitu kira2 55% daripada penduduk Malaysia telah beragama Islam.

Sebut tentang mujahadah iaitu kepayahan dalam perjuangan ini, maka kita dapat perhatikan bangsa Melayu khasnya agak lembik dalam soal ini. "Contohnya kita tengok time raya, tu dia kalau tak dapat balik kampung memang masalah besar, bukan apa terkenang lomang dan rendang yang mak buat," tambah Abu Jandal.

Abu Jandal bercerita malam tadi dia pernah kerja beberapa tahun dengan syarikat Hyundai dari Korea. Katanya majikannya agak skeptik sikit untuk mengambil pekerja dari Malaysia kerana terlalu banyak cuti katanya. Sedangkan cuti ni duit, terpaksa stop produksi atau terpaksa bayar kadar gaji berganda. Apa taknya cuti umum persekutuan pun dah 13 hari setahun, tak termasuk cuti umum negeri. Kalau di Selangor tambah 3 hari cuti umum negeri, maknanya jumlah cutinya 16 hari setahun. Ini tidak termasuk cuti tahunan yang boleh mencapai 24 hari setahun. Belum tambah lagi dengan cuti sakit, cuti bersalin, atau cuti kecemasan.

Kalau kita kira2 mamak, cuti umum campur cuti tahunan dah jadi 40 hari setahun. Cuti hujung minggu 12 bulan x 8 hari dah ada 96 hari setahun.  Maka hari bekerja maksima cuma 365 - 40 - 96 = 229 hari dalam setahun. Jika waktu kerja rasmi 8 jam sehari, makanya jumlah kita bekerja dalam setahun cuma kurang lebih 76 hari (2.5 bulan) sahaja dalam setahun. Itu pun kita masih komplen kerja banyak dan sebagainya. Kalau dapat gaji RM5000 sebulan maka setahun dapat RM60,000. Jika dibahagi dengan 2.5 bulan hari sebenar bekerja, maka pada hakikatnya gaji bulanan yang diterima sebenarnya ialah RM24,000 sebulan. Fuyoo !! Lagi mau komplen ka?

Berbalik kepada soal mujahadah tadi. Saudara kita dari Indon memang mujahadah, sanggup tinggalkan keluarga tercinta berhijrah mencari rezki di Malaysia. Setengah tu dah 3 tahun atau lebih tak balik ke Indon. Tapi rasanya saudara kita dari Myanmar, Nepal, Vietnam dan Filipina juga tidak kurang mujahadahnya. Sanggup bertungkus lumus bekerja di Malaysia demi mencari sedikit kesenangan hidup bila pulang ke Negara asal nanti. Tapi rasa saya yang paling lasak dan istiqamah mujahadah mereka ialah saudara kita dari Bangladesh. Hatta dalam membawa mesej dakwah ke serata dunia juga, kita tabik spring kat Bangla ni, mujahadah tanpa jemu.

Kita ini tanpa agama, tiada beza dengan haiwan. Hidup untuk makan, minum, tidur, seks, dan kerja. Maka syiar agama lah yang menjadi panduan dan mengawal kehidupan. Kita di kawal yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana halal dan yang mana haram. Tanpa agama, akal sahaja menentukan. Maka yang halal boleh di haramkan dan yang haram boleh dihalalkan. Bersyukurlah kerana kita ada Agama. Bukan sekadar Agama tetapi Agama yang benar iaiatu Agama Islam, untuk memberi panduan.

Namun ramai manusia yang mengejar kebendaan dek kesempitan hidup termasuklah ramai saudara muslim kita yang berhijrah kemari untuk bekerja melupakan atau mengabaikan terus syiar Agama ini. Hidup untuk bekerja kerana di hujungnya  ada upah. Bekerja tanpa peduli lagi untuk solat 5 waktu atau berpuasa di bulan Ramadan. Hidup untuk cari duit, makan, minum, tidur dan suatu hari pulang ke negara asal membawa wang hasil kerja. Tanpa Agama lagi walau pada nama masih beragama.

Berapa ramai pula di kalangan anak muda kita yang hidupnya pun begitu hanya mengejar kebendaan dan hiburan dan meninggalkan agama yang diwarisi walaupun pada dasarnya masih beragama Islam. Golongan dewasa pun begitulah juga, dilalaikan oleh urusan dunia hingga lupa Allah. Maka jika ada 15 juta orang Muslim di Malaysia ini, maka berapa ramai yang patuh kepada ajaran Agama Islam sebenarnya? Jika ada 1.5 Bilion penduduk dunia yang beragama Islam kala ini, berapa ramai sebenarnya yang bertaqwa? Tepuk dada tanya iman.

Moving forward, marilah kita cintai majlis2 ilmu. Kita cari ilmu di dada. Pencarian ilmu tiada noktahnya. Pabila sudah ada ilmu maka fahamilah ilmu ini. Jika tidak faham, bertanyalah pada para ilmuan. Pabila memahami ilmu agama ini maka praktikkanlah dalam hidup dan sebar2kan supaya berkembang luas di serata alam.

Kita semua ibarat Nescafe 3 in 1. Kitalah Hamba Allah yang wajib patuh pada Allah untuk menyembah dan beribadah kepada-Nya.  Kita juga Khalifah Allah di muka bumi ini yang punya peranan untuk memimpin manusia mematuhi perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dan kita juga pemegang amanah Allah, kerana semua yang ada pada kita bukan milik kita. Semua milik Allah yang diamanah sebentar untuk kita guna pakai.

Sedarlah bahawa lahir kita dulu bertelanjang bulat tiada bawak apa2 dan mati kita nanti pun begitu juga tidak membawa apa2. Apa yang boleh membantu ialah segala amal baik kita, insyaAllah. Pabila mati menjemput, apa yang boleh menjadi penghubung ialah doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu bermanfaat yang kita tinggalkan. That's the brutal fact and hard truth. Sama2lah kita fikir dan renung sebelum lelap tidur di katil empuk malam nanti.

@@@

Friday, October 12, 2012

The Red Warriors Ke Final Piala Malaysia 2012

Pasukan The Red Warriors melangkah ke Final Piala Malaysia 2012 dengan penuh bergaya pabila malam ini berjaya menundukkan pasukan The Red Giants di Stadium Shah Alam dengan skor 2-0. TRW mengalahkan TRG dengan agregat 3-0, setelah menang 1-0 di Kota Bharu tempoh hari.

Permainan malam ini agak seimbang dengan kedua-dua pasukan mengamalkan open game. Banyak cubaan2 cantek ke pintu gol di cipta oleh kedua-dua pihak. Kecekapan penjaga gol TRW iaitu Khairul Fahmi (Apek) berjaya menidakkan sekurang-kurangnya 3 peluang keemasan pasukan TRG. Penjaga gol TRG Norazlan Ghazali juga tidak kurang hebatnya pabila acap kali menangkis serangan dan cubaan tepat strikers TRW.

Namun gawang Selangor akhirnya bocor juga hasil gerakan solo Mohamad Ghaddar yang berjaya memperdaya barisan pertahanan dan menghasilkan lob yang gagal di jangkau oleh penjaga gol. Dan di masa kecederaan pemain gantian Badri Radzi berjaya sekali lagi memperdaya penjaga gol Selangor hasil sepakan percuma di luar kotak penalti yang melencong masuk ke penjuru kanan pintu gol, menjadikan keputusan perlawanan separuh akhir malam ini berkesudahan dengan 2-0. 

Tahniah The Red Warrior !! Semoga bisa menjinakkan Hai-O dan pasukan ATM di Final nanti.

@@@

Terus Buat Baik


“Ustaz, mintak pendekkan sikit kuliah subuh pagi ni,” bisik Tuan Nazir masjid al-Faaizeen kepada Ustaz. “OK boleh saja no problem. Kenapa Tuan?” tanya Ustaz. “Ada majlis akad nikah pada pukul 9:00 nanti,” jelas Tuan Nazir. Ustaz menghabiskan kuliahnya selepas 45 minit. Kemudian para jemaah menjamu selera bersarapan pagi yang disediakan oleh pihak masjid.

Sejurus kemudian kelihatan Tuan Nazir di datangi oleh seorang tetamu. Beliau menyatakan, “Tuan Nazir, majlis akad nikah pagi ini terpaksa dibatalkan.” “Apasal?” tanya Tuan Nazir. “Pengantin lelaki meninggal dunia secara mengejut sekejap tadi.” Innalillah. 

Arwah baru berumur 26 tahun dan tiada masalah kesihatan sebelum ini. Maka benarlah bahawa ajal maut itu sudah termaktub dan tidak akan diawal atau dilewatkan walaupun sedetik. Malaikat maut memang tegas dalam memikul tanggung jawab yang di amanahkan Allah kepadanya.

Tempoh hari, Zaki kawan saya secara santai berkata, “Aku ni bila nak jadi baik? Sekejap solat sekejap tak solat.” Saya pun secara spontan menjawab, “Sekarang Zaki. Nak tunggu apa lagi? Mati tu kita tak tau bila. Ada orang, muda pun mati.” Saya tambah lagi, “Janganlah kita hidup di dunia untuk menderita di Akhirat.”

Dunia ini tiada nilainya di sisi Allah, tapi ia menjadi sangat penting untuk menentukan kehidupan seseorang di Akhirat nanti. Imam Nawawi pernah berkata, “Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.”

Pagi tadi saya dipanggil untuk menghadiri sebuah mesyuarat. Pengerusi mesyuarat seorang wanita berumur 50an. Terdapat 20 orang yang menghadiri mesyuarat ini yang mana 18 org daripadanya ialah kalangan wanita. Daripada 18 orang ini, 3 orang masih belum menerima hidayah untuk menutup aurat, termasuklah pengerusi mesyuarat. 

Mengapa perintah menutup aurat yang Allah kenakan kepada wanita ini tidak mahu dipatuhi oleh beliau? Sedangkan dia nampak, dia sedar dan mengetahuinya.

Tambahan lagi terdapat 500 wanita yang bekerja di syarikat ini yang mana 90% setia menutup aurat . Mengapa dia memilih untuk menjadi ahli kelompok 10% yang tidak menutup aurat? Allah terus menghijab dia daripada nampak kebenaran. Sedangkan malaikat maut setia menunggu di depan mata.

Semasa memandu ke ofis tadi saya mendengar program Motivasi Pagi yang bersiaran pukul 7:30pagi di radio IKIM. Kata Ustaz, suami isteri kena pandai compliment each other. Maksudnya kena ringan-ringankanlah mulut untuk memuji pasangan masing2. 

Memang saikologi manusia suka kepada pujian. Jangan mengutuk, tapi memuji. Contohnya, jika isteri pandai masak kicap. Hari ni dia masak goreng ayam kicap, besok masak daging kicap, lusa masak telor kicap, seterusnya nasi goreng kicap, esoknya masak ikan kicap dan last sekali masak sardin kicap. Pendek kata masak kicap je hari-hari. Meluat kita dibuatnya. Tapi cuba puji isteri tadi, “Sayang ni memang terer masak kicap. Abang ingat satu hari nanti kita boleh komersilkan masakan kicap ni.” Sebab isteri suka di puji.

Begitu juga dengan suami sekali sekala mendapat pujian isteri, teruja giler. Contohnya, si suami ni pemalas orangnya. Pantang hari minggu dok belekar (macam ular sawa) dpn tv la kerjanya. Sedangkan isteri penat buat kerja umah ke hulu ke hilir. Maka isteri jangan kutuk suami tapi bagi pujian, “Saya tengok suami orang sebelah tu rajin tolong isteri dia jemur kain, vacuum rumah, dan cuci longkang. Tapi saya kalau mati hidup balik pun abang jugalah pilihan saya sebagai suami.”

Sebenarnya pujian demi pujian ini akan memberi effect positif, insyaAllah. Semoga suatu hari nanti isteri dan suami tadi akan menyedari kelemahan diri dan mengambil tindakan ke hadapan untuk memperbaiki keadaan. 

Sebagaimana yang diceritakan oleh seorang kawan, pabila dia sentiasa memuji anaknya, “Cikgu selalu puji Along ni rajin kat sekolah.” Maka anak tadi telah berubah daripada seorang yang malas belajar dan keras hati menjadi seorang yang tidak akan tidur selagi kerja rumahnya tidak disiapkan. Itulah kesan pujian. Ia memberi kebaikan yang memadamkan keburukan.

Sebab itu saya amat tidak gemar menonton telemovie atau drama di TV kerana ia sentiasa menonjolkan espek negatif dalam masyarakat. Begitu juga akhbar2 tabloid atau arus perdana yang suka membesarkan kepincangan dalam masyarakat. Hinggakan minda spara sedar kita menjadi lali dengan segala terma keburukan seperti rogol, bunuh dan rompak.

Akhir kata, marilah kita bergerak mencari kebaikan dalam hidup. Tinggalkan segala keburukan. Pabila ingin melakukan sesuatu kita tanya, “Apakah ini mendatang murka Allah atau kasih Allah? Apakah ini memberi dosa atau pahala?” Sama2lah kita renung dan amalkan.

@@@

Tuesday, October 09, 2012

Islam Spread by The Sword?

Alhamdulillah saya dan keluarga berpeluang menghadiri Public Talk oleh Dr Zakir Naik bertajuk “Islam View on Terrorism and Jihad” yang di adakan di Dewan Tun Razak PWTC pada 7/10/12.


Antara tuduhan dan bahan propaganda yang sangat popular di kalangan media barat ialah “Was Islam Spread by Sword?”  

Maka saya ingin berkongsi sebuah artikel yang di buat oleh Dr Zakir Naik berkenaan persoalan ini.


***

It is a common complaint among some non-Muslims that Islam would not have millions of adherents all over the world, if it had not been spread by the use of force. The following points will make it clear, that far from being spread by the sword, it was Islam’s inherent force of truth, reason and logic that was responsible for its rapid spread.

1. Islam means Peace
Islam comes from the root word ‘salaam’, which means peace. It also means submitting one’s will to Almighty God. Thus Islam is a religion of peace, which is acquired by submitting one’s will to the will of the Supreme Creator, Allah (swt).

2. Sometimes force has to be used to maintain peace
Each and every human being in this world is not in favor of maintaining peace and harmony. There are many who would disrupt it for their own vested interests. Sometimes force has to be used to maintain peace. It is precisely for this reason that we have the police force, which uses force against criminals and anti-social elements to maintain peace in society. Islam promotes peace. At the same time, Islam exhorts it followers to struggle and fight against oppression. The fight against oppression may, at times, require the use of force. In Islam force may only be used to promote peace and justice.

3. Opinion of historian De Lacy O’Leary
The best reply to the misconception that Islam was spread by the sword is given by the noted historian De Lacy O’Leary in the book “Islam at the cross roads” (Page 8):
“History makes it clear, however, that the legend of fanatical Muslims sweeping through the world and forcing Islam at the point of the sword upon conquered races is one of the most fantastically absurd myths that historians have ever repeated.”

4. Muslims ruled Spain for 800 years
Muslims ruled Spain for about 800 years. The Muslims in Spain never used the sword to force the people to convert. Later the Christian Crusaders came to Spain and wiped out the Muslims. There was not a single Muslim in Spain who could openly give the ‘adhaan’, that is the Muslims’ call for prayers.

5. Fourteen million Arabs are Coptic Christians
Muslims were the lords of Arabia for 1400 years. For a few years the British ruled, and for a few years the French ruled, but overall, the Muslims ruled Arabia for 1400 years. Yet today, there are 14 million Arabs who are Coptic Christians i.e. Christians since generations. If the Muslims had used the sword, there would not have been a single Arab who would have remained a Christian.

6. More than 80% non-Muslims in India
The Muslims ruled India for about a thousand years. These Muslim rulers did not use any force in order to convert people to Islam. Today more than 80% of the population of India consists of non-Muslims. All these non-Muslim Indians are testimony today that Islam was not spread by the sword, nor was any force used for conversion to Islam.

7. Indonesia and Malaysia
Indonesia is a country that has the maximum number of Muslims in the world. The majority of people in Malaysia are Muslims. May one ask, “Which Muslim army went to Indonesia and Malaysia?”

8. East Coast of Africa
Similarly, Islam has spread rapidly on the East Coast of Africa. One may again ask, if Islam was spread by the sword, “Which Muslim army went to the East Coast of Africa?”

9. Thomas Carlyle
The famous historian, Thomas Carlyle, in his book “Heroes and Hero worship”, refers to this misconception about the spread of Islam: “The sword indeed, but where will you get your sword? Every new opinion, at its starting is precisely in a minority of one. In one man’s head alone. There it dwells as yet. One man alone of the whole world believes it, there is one man against all men. That he takes a sword and tries to propagate with that, will do little for him. You must get your sword! On the whole, a thing will propagate itself as it can.”

10. No compulsion in religion
With which sword was Islam spread? Even if Muslims had it they could not use it to spread Islam because the Qur’an says in the following verse: “Let there be no compulsion in religion: Truth stands out clear from error” [Al-Qur’an 2:256]

11. Sword of the Intellect
It is the sword of intellect. The sword that conquers the hearts and minds of people. The Qur’an says in Surah Nahl, chapter 16 verse 125: “Invite (all) to the way of thy Lord with wisdom and beautiful preaching; and argue with them in ways that are best and most gracious.” [Al-Qur’an 16:125]

12. Increase in the world religions from 1934 to 1984
An article in Reader’s Digest ‘Almanac’, year book 1986, gave the statistics of the increase of percentage of the major religions of the world in half a century from 1934 to 1984. This article also appeared in ‘The Plain Truth’ magazine. At the top was Islam, which increased by 235 percent, while Christianity had increased only by a mere 47 percent. May one ask, which war took place in this century which converted millions of people to Islam?

13. Islam is the fastest growing religion
Islam is the fastest growing religion in America and Europe. Today the fastest growing religion in America is Islam. The fastest growing religion in Europe is Islam. Which sword is forcing people in the West to accept Islam in such large numbers?

14. Dr. Joseph Adam Pearson
Dr. Joseph Adam Pearson rightly says, “People who worry that nuclear weaponry will one day fall in the hands of the Arabs, fail to realize that the Islamic bomb has been dropped already, it fell the day MUHAMMAD was born”.

***

Yang nyata Islam sampai ke Malaysia kurang lebih 600 tahun dahulu bukan melalui pedang, tetapi di bawa oleh para daei yang datang dari Tanah India dan Tanah Arab. Sejarah lebih gemar menonjolkan para daei atau pendakwah ini sebagai saudagar atau pedagang. 

Apapun hakikatnya rakyat Tanah Melayu yang tika itu majoritinya penganut agama Hindu. Namun seruan dakwah dan akhlak mulia yang ditonjolkan oleh para pendakwah tadi telah berjaya menembusi kampung, pekan dan istana hinggakan pemimpin dan rakyat sekeliannya telah memeluk Islam. Hingga kini 55% daripada penduduk Malaysia adalah beragama Islam, Alhamdulillah.

Justru sangatlah penting untuk setiap kita menjalankan tanggung jawab untuk menyampaikan mesej Islam ini walaupun satu ayat. Tugas setiap umat Nabi Muhammad bukan sekadar beribadah tetapi juga wajib berdakwah. 

Pahatkan diminda bahawa hasil usha pendakwah yang berpayah mujahadah keluar dari Tanah India dan Tanah Arab 600 dulu berjaya memberi hidayah Allah untuk kita sama2 menikmati nikmat Islam dan iman untuk kita semua di Negara kita pada hari ini. 

Saya salut pendakwah tersohor Dr Zakir Naik yang terus bersinar dalam pentas dakwah dunia terutamanya bidang perbandingan agama dengan ilmu yang jitu dan fakta yang kukuh bukan omongan kosong atau auta. Semoga Allah memberi kesihatan dan kekuatan kepada beliau untuk terus berdakwah menyeru manusia kepada Islam yg syumul.

@@@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...