CLICK n GO

Friday, October 19, 2012

Ikan Di Laut Yang Masin


“Kenapa belum mengerjakan ibadah haji?” tanya Dollah kepada Mamat. Mamat dengan ikhlas menjawab, “Belum cukup duit lagi.” Dollah tersenyum kambing. “Hang hisap rokok tu habis berapa duit sehari?” Mamat kata, “Dalam RM5 sahaja.” Dollah senyum lagi. “Dah berapa lama hang hisap rokok ni?” Mamat termenung sejenak kemudian menjawab, “Dah 40 tahun kot.”

“Hmmmm…maknanya hang membelanjakan RM150 sebulan, RM1,800 setahun, iaitu sejumlah RM72,000 telah engkau belanjakan untuk rokok ni kurang lebih selama 40 tahun.” Maknanya kalau nak pi buat ibadah haji guna dana RM72,000 rasanya sudah boleh mengerjakan ibadah haji sebanyak tujuh kali. Maka tiada alasan lagi di hadapan Allah.

Duit yang kita simpan belum tentu milik kita. Apa yang kita beli bukan untuk kita tapi untuk keluarga. Namun apa yang kita sedekah itu, untuk kita, jadi milik kita. Maka rajin-rajinlah kita bersedekah.

Ramai orang takut mati, tapi ramai tak takut bila persiapan mati tidak cukup. Tidur itu mati yang sementara. Mati itu tidur yang selama-lamanya. Maka persiapan untuk mati itu sepatutnya mesti mantop. Bangun solat malam, solat fardhu berjamaah, solat dhuha, zikrullah, ngaji al-Qur’an, solat2 sunat, baca surah al-Mulk dan as-Sajadah sebelum tidur, dan banyakkan taubat dan doa. Beriman, beramal dan istiqamah dalam beramal.

Istiqamah itu ibarat ikan di laut masin, tapi tidak masin-masin, tetap istiqamah. Apa-apa jadi pun tidak berganjak. Ikan kata, “Langkah mayat aku dulu, baru jadi masin.” Selagi hidup di laut yang masin, tetap tidak masin. Bagai mutiara di dasar laut, makin berombak makin tetap kekal dia di dasar laut.

Kebaikan kita kepada orang, lupakan. Kebaikan orang kepada kita, ingatkan. Pabila Allah sayang kepada hamba-Nya, dicubanya, di beri ujian. Orang yang paling teruk terima ujian Allah ialah para Nabi dan yang sewaktu dengannya. Di Padang Mahsyar, orang yang di timpa ujian penyakit memiliki lebih banyak pahala berbanding dengan orang yang bersolat.

Sayang Allah kepada orang yang bertaubat itu ibarat kata ustaz, "Melebihi kegembiraan seorang Pak Arab yang mendapat balik untanya yang hilang di padang pasir." Nak cerita kata kegembiraan yang banyak. Apa2 jadi kat kita semuanya daripada Allah. 

Solat sunat itu tanda solat fardhu diterima Allah. Solat sunat itu dapat pahala. Tidak solat sunat betapa ruginya. Masa kita sihat, muda, lapang, kaya, senang ini maka banyakkanlah beramal. Masa susah kita selalu ingat Allah, tapi masa senang kita ingat Allah tidak?

Ahli Syurga, bila buat baik akan rasa ceria dia tapi bila buat jahat akan risau dia. Sabar untuk meninggalkan maksiat lebih sukar daripada sabar dalam taat kepada Allah. Manusia mutmainnah iaitu manusia yang tidak buat maksiat lagi, maka untuk beriman dan beramal dengan istiqamah itu merupakan gerak kerja yang sangat mencabar sebenarnya.

Tuhanku adalah Allah, maka ikut seluruh hukum Allah dan jangan bangkang. Letakkan diri kita sebagai hamba Allah yang taat. Pikul tanggung-jawab sebagai Khalifah Allah dimuka bumi ini untuk kebahagiaan di Akhirat nanti. Jadilah sebagai pemegang amanah Allah untuk menjaga segala sesuatu milik Allah ini dan jangan sekali-kali pecah amanah itu.

@@@

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...