Tuesday, November 27, 2012

Harimau Malaya


Pabila Harimau Malaya berjaya menjadi juara Piala AFF Suzuki pada tahun 2010, seluruh rakyat merasa bangga dan teruja. Hinggakan ramai mula percaya bahawa pasukan bolasepak kita akan berjaya menuju era yang penuh kegemilangan semula. Namun harapan kegemilangan yang berterusan gagal menjadi realiti pabila satu demi satu kegagalan yang di perolehi samada bertemu lawan yang lemah apatah lagi lawan yang hebat. 

Hinggakan pada suatu masa dulu kritikan pedas oleh TS Anuar Musa salah seorang pemimpin kanan FAM tentang trend kegagalan pasukan Harimau Malaya ini telah di anggap melampau hinggakan dia digantung daripada FAM. Tapi rupanya apa yang disuarakan kini menjadi realiti. 

Alasan medan percubaan mencari gandingan serasi dan mantap pasukan setiap kali berentap di perlawanan persahabatan antarabangsa oleh jurulatih K Rajagopal ternyata alasan yang memakan diri. Harapan para pemain untuk mendapat persefahaman dan memuncak pada pertandingan sebenar tersungkur pabila tewas mudah 0-3 kepada pasukan Singapura di Stadium Bukit Jalil, gelanggang sendiri pada perlawanan sulong Piala AFF Suzuki 2012.

Mungkin ada yang FAM boleh belajar daripada kejayaan pasukan The Red Warriors mentransformasi pasukan kerdil beberapa tahun dulu kepada satu pasukan yang hebat dan bergelar juara. Kebetulan pula pasukan ini dipimpin oleh TS Anuar Musa. Mungkin juga TS boleh diberi ruang untuk mengambil alih pucuk pimpinan FAM pula suatu masa nanti?

Antara tips yang dapat saya paparkan perihal pasukan TRW ialah:
  • Mengutamakan solat. Kerana seruan solat dalam azan itu sendiri sebenarnya menyeru kepada kejayaan
  • Persediaan mental dan fisikal yang mantap untuk memasuki gelanggang perlawanan
  • Komitmen tidak berbelah bagi oleh semua pemain
  • Mereka berjuang habis-habisan walaupun padang sedikit becak
  • Pemain berusha mencari kemenangan dan akhirnya dinobat sebagai juara
  • Kena hargai semangat dan usha mereka dengan memberi respek dan imbuhan
  • Punyai penyokong setia yang bangga memakai jersey pasukan TRW
  • Punyai sumber kewangan yg kukuh dari tajaan
  • Gandingan pemain yang berdedikasi dan pengurusan yang cekap
  • Pandai megenal dan menggilap pemain2 berbakat dalam pasukan tanpa perlu berbelanja besar
  • Mengekalkan pemain berpengalaman untuk menstabilkan pasukan
  • Belajar dari pengalaman lampau dgn transformasi dari pasukan kerdil kepada pasukan gergasi.

Dan antara faktor yang menyumbang kepada kemunduran Harimau Malaya ialah:
  • Melihat kritikan sebagai duri dalam daging
  • Payah atau tidak mahu berubah walaupun di kritik hebat
  • Tidak belajar daripada kekalahan, menyebabkan pasukan kalah secara konsisten
  • Kalah atau seri walaupun dengan lawan yang lemah e.g Pasukan Bangladesh, Filipina & Laos
  • Tidak peka bahawa pasukan lain yg dulunya lemah kini terus meningkat
  • Pengurusan yang tidak mahu berubah dan kekal orthodox
  • Tahu kelemahan tapi tidak tahu solusi untuk mengatasi kelemahan itu
  • Mencuba pelbagai solusi (yg mungkin salah) dan masih kekal gagal
  • Merasa seronok dan kekal teruja dengan kejayaan lampau
  • Transformasi terbalik dari pasukan gergasi (Juara 2010)kepada pasukan kerdil dan kekal konsisten kalah (2012)
  • Punyai penyokong yg meraikan kemenangan dan mengutuk kekalahan baik punye..

Penyokong punyai hak untuk menyoal apa yang telah dilakukan oleh jurulatih selama dua tahun ini, iaitu selepas memenangi AFF Suzuki Cup 2010? Apakah berada di zon selesa dgn kejayaan itu hingga gagal untuk berubah menyediakan pasukan yg mampu bersaing?

Semoga Harimau Malaya berjaya bangkit mencipta keputusan yang diharapkan tika melayan pasukan Laos yg bukan pasukan belasahan lagi. Dan harapnya sejarah Piala AFF Suzuki 2010 berulang kembali pabila Harimau Malaya tika itu bermula dengan kekalahan teruk, tapi akhirnya bangkit menjadi Juara.

@@@

5 comments:

Cikli said...

Wah, komentar sukan yang berisi ni

School Of Tots said...

TQ Cikli. InsyaAllah Harimau Malaya ratah Laos mlm ni 6-2.

School Of Tots said...

Alhamdulillah Harimau Malaya bangkit dari tidur dan mula mengaum. Cuma kalau SS & NT sharp saya ingat skor dgn Laos mlm tadi sepatutnya 6-1.

So skrg, Malaysia kena menanglah dgn Indon. Sebab rasanya Spore boleh menang dgn Laos. :)

School Of Tots said...

Let see…which Team can go tru to semifinal

• Malaysia tie with Indon & Spore tie with Laos? INDON & HM/SPORE
• Malaysia tie with Indon & Spore win with Laos? INDON & SPORE
• Malaysia tie with Indon & Spore loss to Laos? INDON & HM
• Malaysia win with Indon & Spore tie with Laos? HM & INDON/SPORE
• Malaysia win with Indon & Spore win with Laos? HM & SPORE
• Malaysia win with Indon & Spore loss with Laos? HM & INDON/LAOS
• Malaysia loss to Indon & Spore tie with Laos? INDON & SPORE
• Malaysia loss to Indon & Spore win with Laos? INDON & SPORE
• Malaysia loss to Indon & Spore loss to Laos? INDON & LAOS

School Of Tots said...

Harimau Malaya bermain dgn cantek untuk menewaskan Indon 2-0. SYABAS.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...