
@@@
Malaysia Juara !! Walaupun kalah 1-2 namun berjaya menang Final AFF Suzuki Cup ini dgn aggregate 4-2. Berjaya setelah menanti 14 tahun. First edition dulu kita jadi Runner-up. So ini pencapaian negara yg sangat membanggakan. Tahniah.
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.

Marilah kita beramai-ramai menunaikan solat fardhu lima waktu secara berjemaah dimana sahaja kita berada, sama ada di pejabat, di pasaraya, di sekolah, taman rekreasi dan yang paling utama solat berjemaah ini dilakukan di masjid.
Solat berjemaah adalah lambang kekuatan dan keutuhan umat Islam serta cahaya keimanan mereka. Tanda kelemahan kesatuan umat Islam serta malap keimanan mereka adalah bilamana mereka meninggalkan solat secara berjemaah. Diantara perbezaan seorang muslim yang sejati dan munafik adalah pada solat mereka. Saya petik dari blog perihal solat untuk dikongsikan di sini.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 142:
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik). Apabila mereka hendak berdiri sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka Bahawa mereka orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang sekali).
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela agamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.
Tanggapan bahawa solat berjemaah tidak penting adalah sangkaan yang salah dan bertentangan dengan perintah Allah SWT, sebagaimana firman Nya dalam surah al-Baqarah ayat 43 :
Maksudnya: dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang Yang rukuk.
Maksud suruhan rukuk bersama orang-orang yang rukuk dalam ayat di atas, ialah suruhan supaya solat-solat fardhu itu dilakukan secara berjamaah.
Dalam ayat lain menjelaskan bertapa dituntutnya solat berjemaah sekalipun pada masa peperangan kita dituntut melaksanakannya. Perkara ini boleh dilihat dalam surah an-Nisaa ayat 102 Firman Nya :
Maksudnya: dan apabila Engkau (Wahai Muhammad) berada Dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu Engkau mendirikan sembahyang Dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak Yang lain (yang kedua) Yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing.
Maksud dari ayat di atas dapat difahami bahawa Allah SWT menjelaskan kepada kita tuntutan dan cara melakukan solat fardhu berjamaah pada masa peperangan. Jika solat fardhu dalam masa peperangan dituntut supaya dilakukan secara berjamaah, maka tuntutan solat fardhu supaya dilakukan secara berjamaah dalam suasana aman damai adalah lebih dituntut dan diutamakan.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kalau sakit makan ubat. Kalau sakit jantung tapi makan ubat ghout tak kena la kan? Penyakit yang saya ingin bincangkan ialah mengenai definasi bangsa dan permasalahan berkaitan dengan kelebihan atau kekurangan sesuatu bangsa dalam negara ini. 
Semalam saya berpeluang mengikuti kuliah zohor di surau pejabat yang disampaikan oleh Ustaz Hj Shaharom dengan kupasan pada tajuk “Syarat-Syarat Penerimaan Syahadah”. Sempena hari ini hari Jumaat penghulu segala hari maka elok juga saya kongsikan di sini agar ilmu itu berkembang.As-Syeikh al-Ustaz Muhammad Said al-Qahtainy telah menyebutkan bahawa mesti ada 7 syarat untuk melayakkan syahadah kita diterima di sisi Allah:
Demikianlah 7 syarat untuk melayakkan syahadah kita diterima di sisi Allah setelah kita berusaha memenuhi tuntutan-tuntutannya. Syahadah yang benar bukan sahaja mendapat penerimaan daripada Allah SWT, malah akan menimbulkan perasaan redha pada apa jua yang ditetapkannya seperti panduan, hukum, peraturan dan syariat. Keredhaan ini menjadi titik mula untuk kita menerima semua ajaran Islam dan menerusinya juga kita bersedia menanggung apa jua bebanan syariat dengan penuh ketulusan dan bersedia untuk memperjuangkan agama Islam yang kita anuti.
Cukuplah kita ini menjadi muslim kerana keturunan. Menganut Islam kerana ibubapa kita Islam. Sudah tiba masanya kita faham apa hakikat sebenar pengucapan kalimah Syahadah yang merupakan Rukun Islam nombor wahid. Bangunlah dari tidur kita yang panjang. Sedarlah siapa kita dan apa tujuan hidup kita ini. Jangan pandang belakang. Ayuh perjalanan masih panjang menuju destinasi mencapai redha Illahi. Terus mara !!
@@@
Pelbagai reaksi didapati perihal misi Global Sumud Flotilla (GSF) yg membawa bantuan kemanusiaan kpd penduduk gaza yg dizalimi. Misi ini dis...