Paderi Zwemer ketika berucap di hadapan perhimpunan umum misionari pada tahun 1909 di Jabal Zaytun Palestin, menegaskan bahawa kejayaan misionari tidak terletak kepada berapa ramai umat Islam yang murtad. Ujarnya memadailah jika umat Islam secara besar-besaran meragui agama mereka sendiri. Atau sebetulnya melupakan sejarah bangsa yang berakarkan Islam. Paderi itu malah menjelaskan umat Islam boleh sahaja beriman dan tidak perlu murtad, memadailah jika mereka tidak mahu beramal dengan ajaran Islam. Kejayaan yang serupa dengan keberhasilan menjadikan penganut Islam murtad itu telah pun dilunasi.
Iman dan amal itu saling bergandingan. Musnah amal, dengan sendirinya bermakna kehancuran untuk iman juga. Misionari sudah dikira berhasil merobohkan akidah dan sejarah umat Islam, cukup dengan memastikan fikiran, perasaan dan daya intelek pemimpin masyarakat Islam menjadi Inggeris atau lebih tepat menjadi Barat. Tubuh badan boleh sahaja kelihatan merdeka, tetap akal dan fikiran yang tidak kelihatan masih sahaja terjajah.
Barat bukan sahaja maukan umat Islam tersungkur di kaki mereka. Barat bahkan mahu seluruh Timur rebah lemah. Jika tidak, masakan Macaulay dengan tegas menyebut proses menjadi British boleh dilakukan ke atas segolongan pemimpin di India supaya mereka akan sentiasa tunduk kepada bekas tuan.
Itu jugalah yang digambarkan oleh Cromer dalam karyanya, Modern Egypt. Sebarang usaha supaya tatacara atau sistem hidup berlandaskan Islam kembali dihayati hendaklah dibunuh, sebaliknya nilai2 Barat harus disemai dan dipupuk.
Barat memang telah tewas dalam Perang Salib, dari itu mereka melancarkan perang dalam bentuk baru. Perang fikiran untuk menggugat keteguhan akidah umat Islam. Jangan kita menyangka sesudah merdeka kita telah beroleh kemuliaan. Benar, bangsa sendiri yang memerintah dan tampak seperti kita telah mendapat kembali maruah, walhal pada hakikatnya tidak. Kemuliaan sebenar ialah kemuliaan berpegang kepada akidah dan sejarah. Sejarah sahaja yang dapat membuktikan siapa kita sebenarnya, Sejarah dapat memahamkan kita mengapa kita telah menjadi sebegini menyeleweng hingga ditimpa pelbagai bala bencana daripada Tuhan.
Itulah antara coretan dari surat2 yang dikirim oleh Ungku Hamidah kepada ayahnya, seorang tokoh politik Johor. Jika kita benar2 mahu melihat bangsa kita, negeri kita kembali ke zaman kegemilangannya, maka kita harus kembali kepada sejarah yang benar.
Dalam tahun 1857 Raja Ali Haji, pendekar, ulama dan ahli falsafah Melayu kita telah menulis kitab Tsamarat al-Muhimmah. Semasa perlantikan Sultan Badrul Alam Syah sebagai Sultan Lingga dan Riau, Raja Ali Haji menekankan dari awal supaya baginda Sultan "mengikuti titah Allah dan RasulNya". Ulama terkemuka itu mengingatkan pula kedudukan Sultan sebagai khalifah dan imam yang bertanggungjawab memelihara Islam dan undang2nya. Pengabaian Islam dan syariatnya menandakan permulaan kerosakan pentadbiran negara, kekacauan kestabilan sosial dan tanda nifaq menolak kesejahteraan akhirat.
Dalam kitab tersebut, terang2 menyebutkan hukum2 negeri mestilah berasaskan al-Qur'an, hadis Nabi Muhammad SAW dan qias, selain mengiktiraf sumber hukum daripada konsep maslahah dan uruf atau adat. Malah bahagian keadilan yang dikemukan dengan panjang lebar pula menghuraikan sistem pengadilan Islam menunjukkan betapa pentingnya pengukuhan dan kedudukan undang2 Islam untuk bangsa Melayu kita suatu masa dahulu.
Fatwa Sheikh Mustafa Sobri, bekas mufti kerajaan Uthmaniah bahawa membiarkan diri menyokong undang2 yang tidak berasaskan Islam adalah membiarkan diri ke arah jalan kekufuran.
Pengambilan agama yang lain daripada Islam dengan sendirinya merungkaikan diri dari konsep iman dan Islam, iaitu pengabdian diri kepada Allah. Agama yang lain ini bukan sahaja merujuk kepada penyembahan berhala, atau menjadi Nasrani dan Majusi, tetapi agama selain Islam juga menampung maksud yang lebih luas. Apabila kita cenderung mempercayai undang2 manusia, atau ideologi Barat, lebih baik dan sempurna mengatur hidup berbanding undang2 Allah, dengan sendirinya kita telah memilih untuk mengabdikan diri kepada yang selain daripada agama Allah. Atau dalam erti kata lain, kita menanggalkan kalungan Islam dari tengkuk kita.
Buku bertajuk Surat-Surat Perempuan Johor karya Faisal Tehrani (terbitan Abedeen Books World 2007) ini sarat dengan pengajaran dan fakta sejarah dengan manipulasi bahasa puitis berlatarkan dari warkah dan surat Ungku Nur dan Ungku Hamidah kepada kerabat mereka yang bersalasiahkan proses pemodenan Johor oleh Almarhum Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim, serta hubungan akrab Johor dan Turki (pewaris kerajaan Uthmaniah). Johor adalah pewaris kepada kehebatan empayar Melaka dan pada tahun 1862 undang2 yang dilaksanakan di Johor ialah undang2 Islam yang berbaur dengan undang2 adat dan peniruan tertentu undang2 Inggeris, selagi undang2 itu tidak bercanggah dengan Islam.
Taktik Barat ialah menafikan kehebatan Islam dan mengangkat kehebatan mereka. Sudah tiba masanya kita timbulkan kebenaran sejarah. Sistem, tatacara hidup dan perundangan yang kita pusakai sekarang bukanlah milik kita. Jika kita menyingkap sejarah, undang2 demi undang2 yang digubal olah ulama dan sultan2 kita lama dahulu telah memiliki dasar adat dan agama yang kukuh. Taktik kita sekarang ialah mengangkat kehebatan Islam dan menolak kehebatan mereka. Kita menolak mereka kerana kehebatan Barat tidak sesuai dengan nilai2 Timur dan tidak cocok dengan akidah Islam.
@@
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
No comments:
Post a Comment