Saturday, November 15, 2008

Sultan Alauddin

Sebuah lagi buku yang saya khatam hari ini ialah Nama Beta Sultan Alauddin sebuah lagi karya hebat Faisal Tehrani terbitan Aberdeen Books World, 2007. Walau usia Faisal Tehrani baru 34 tahun tapi puluhan buku2 beliau sudah memenangi pelbagai anugerah sastera negara. Saya kagum untuk menyelami dunia penulisannya yang unik itu.

Novel 144 ms ini menceritakan ketokohan Sultan Alauddin Riayat Syah dalam Kesultanan Melayu Melaka. Baginda adalah anakanda Sultan Mansur Syah bersama Raden Galoh Cenderana Kirana, seorang puteri Majapahit. Nama asal baginda ialah Raja Husain. Di zaman remaja penuh cabaran kerana di cemburui di aniaya oleh saudaranya Raja Ahmad sehingga cedera parah. Baginda diselamatkan oleh seorang tua bernama Khidir dan belajar silat darinya. Seterusnya baginda belajar tasauf dari guru agama berbangsa cina Nuh Ha Mim. Sebelum diterima menjadi murid, guru itu menguji baginda dengan mengenakan syarat supaya di datangkan 7 jenis benda. Ia bermula ejaanya dengan huruf 'sin'.

Nuh Ha Mim akur dan menepuk bahu Raja Husain setelah kesemua 7 jenis benda itu berjaya disediakannya seraya menerangkan:-
  • Safra - tempat alas duduk. Dunia ini begitulah tidak lebih besar dari alas duduk. Kita buat alas sekejap sahaja pada punggung kita.
  • Sambang - sarang lebah yang kosong. Dunia ini ibarat sambang, sarang lebah yang kosong. Madu kekayaannya untuk orang lain, habis juga nanti. Yang tinggal dunia yang kosong, ternampak dari luar pada kulit sahaja., menampakkan bentuk seperti sebuah sarang yang punya semua tetapi rupa2nya sambang sahaja.
  • Sangku - tempat basuh tangan. Sangku tempat kita menadah kotoran di tangan atau sisa makanan, itu sahajalah taraf dunia ini, tak lebih darinya. Janganlah kita membesarkan sangku kerana ia hanyalah mangkuk menadah air basuhan tak punya apa2 kelebihan.
  • Sekepeng - tak cukup ia menjadi satu, tak laku membeli apa2 barangan. Sekepeng begitulah dunia ini, tidak ada erti apa2. Apa lakunya kekayaan sekepeng di sisi Tuhan? Yang kita bawa menghadapnya iman dan amal sahaja.
  • Selisik - sikat menanggalkan kutu. Begitulah dunia, seumpama sikat untuk menanggalkan segala kutu yang melekat di kepala. Kebendaan yang dicari manusia dan kemasyhuran hanyalah kutu yang perlu kita tanggalkan, kita bersihkan dengan selisik.
  • Sepukal - keris yg sudah haus matanya. Pada sepukal sedarlah kita yang kehebatan manusia itu sementara. Tajam akan menjadi tumpul. Lok akan menjadi haus. Tidak ada kehebatan dan keperkasaan melebihi kehebatan dan keperkasaan Tuhan.
  • Surai - sehelai rambut uban. Surai, marilah kita bertakwa kerana itu sahaja yang akan menjaga kita pada hari kita harus menyeberang titian sehalus surai dibelah tujuh.
Pengajian tasawuf berjalan lancar. Raja Husain di minta membina kereta lembu, dan setelah siap di uji oleh gurunya dengan pelbagai helah hinggakan mengakibatkan kemalangan. Dan pengajarannya ialah:-
  • Anakanda yang membina kereta lembu ini maka anakandalah yg lebih mengerti perihalnya. Adapun Allah mencipta manusia, Allah sahaja yang mengerti pekerjaannya manusia itu. Jika Allah menitah sesuatu, tentulah kerana Allah lebih memahami apa yg diciptanya. Apabila manusia berpandai sendiri maka akibatnya kemalangan pun terjadi. Titah Allah ada dalam al-Qur'an dan pada al-Hadis ada mutiara daripada Nabi kita. Jangan kita alpa akan arahan dan titah-Nya. Jika kita pandai sendiri maka kemalanganlah kita di dunia ini membawa kemalangan di akhirat jua.
  • Adapun lembu betina (yg di tukar oleh gurunya menggantikan lembu jantan sasa untuk menarik kereta lembu itu) memang tidak terbawa muatan lebih. Kita ingin ingatkan di istana Melaka ramai sekali perempuan yang pandai sendiri. Hendaknya anakanda kelak tidak membiarkan perempuan membawa muatan. Meskipun ada dua ekor. Bukan kita menyamakan perempuan dengan lembu betina tetapi kita ingin ingatkan bahawa biarlah yang duduk di tempatnya perkara yang sesuai dan serasi dan bukan perkara yang salah. Ia hanya umpama. Lembu betina tak dapat menarik kereta kerana sudah ditugaskan Allah kerjanya lain. Lembu jantan dapat menarik kereta kerana sudah disediakan kerjanya begitu rupa. Dalam hidup kita ada perjalanan yang mendaki dan menurun, bukan landai dan lurus semata-mata. Bijaklah kita bersedia dan jangan terlupa.

Setelah Sultan Alaudin ditabalkan menjadi Raja Melaka, Nuh Ha Mim mengingatkan baginda supaya menjadi seperti Khalifah Umar al Faruk dan Umar Abdul Aziz, dengan mengetatkan dan menjalankan undang2 Islam seperti termaktub dalam hukum kanun Melaka.

@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...