Tuesday, November 25, 2008

Yang Terbuku


Di musim cuti sekolah ini pelbagai aktiviti keluarga boleh dilakukan. Inilah masanya ibubapa dapat meluangkan masa bersama anak-anak, terutamanya bagi yang tinggal di asrama. Semalam kami sekeluarga ke Perpustakaan Awam KKB dan setiap kad ahli di hadkan boleh meminjam 3 biji buku, jadi kami yang punyai 5 kad dapat meminjam 15 biji buku. Dan buku-bukunya adalah keluaran terbaru dipasaran. Kalau nak dibeli harganya antara RM21 hingga RM39 setiap satu, cuba bayangkan. Jadi kemudahan ini sangat baik namun jarang di manafaatkan oleh orang ramai.

Inilah 15 tajuk buku yang kami pinjam....

  1. Minda Muslim Super - Dr Danial Zainal Abidin PTS
  2. Apa Itu Islam - Engku Ahmad Zaki PTS
  3. Rempah Ratus - Ong Heng Chooi Utusan Publication
  4. A Cup Of Confort - Colleen Sell Adams Media
  5. A Cup Of Confort For Women - Colleen Sell Adams Media
  6. Bertarung Dengan Kenangan - Ashadi Zain PTS
  7. Hantu Silap Mata - Alif Firdaus Azis PTS
  8. Bomoh And Spells - Nambai Ameen Books
  9. Sentuhan Cinta - Haiza Najwa Alaf21
  10. Ternyata Cinta - Damya Hanna Alaf21
  11. Warna Hati - Meen Zulaikha Alaf21
  12. Dunia Ini Sederhana Kecil - Bahruddin Bakri PTS
  13. Jika Benar Cinta - Lynn Dayana Alaf21
  14. Dunia Sains Aiman - Umi Kauthar PTS
  15. Profiler - Arul Khan PTS

Kelebihan yg ada di perpustakaan awam yg lokasinya agak di luar bandar ini ialah buku2nya dari stok baru yg setiap bulan dibekalkan tapi "under utilized". Kadang tu berkotak2 lagi yang belum dikeluarkan. Jadi bukunya tetap baru dan terpelihara, syok membacanya. Berbanding dengan buku2 yang ada di Perpustakaan Negara atau di bandar2 besar yang lain. Kadang terfikir jugak, kenapalah kemudahan awam ini tidak popular. Selalunya saya lihat tidak lebih dari 20 orang pengunjung sahaja setiap kali saya ke sana. Sayang sungguh, perpustakaan itu dah la besar, siap dgn kemudahan internet, langganan harian akhbar utama dgn suasana yang kondusif, tapi tidak ramai yang menghargainya. Apakah tiada kesedaran membaca dalam masyarakat atau tiada publisiti kemudahan perpustakaan awam ini. Apapun saya sangat syorkan, bawalah anak2 ke perpustakaan awam sebagai satu agenda musim cuti ini. Jimat lagi bermanafaat.

@@

Saturday, November 15, 2008

Sultan Alauddin

Sebuah lagi buku yang saya khatam hari ini ialah Nama Beta Sultan Alauddin sebuah lagi karya hebat Faisal Tehrani terbitan Aberdeen Books World, 2007. Walau usia Faisal Tehrani baru 34 tahun tapi puluhan buku2 beliau sudah memenangi pelbagai anugerah sastera negara. Saya kagum untuk menyelami dunia penulisannya yang unik itu.

Novel 144 ms ini menceritakan ketokohan Sultan Alauddin Riayat Syah dalam Kesultanan Melayu Melaka. Baginda adalah anakanda Sultan Mansur Syah bersama Raden Galoh Cenderana Kirana, seorang puteri Majapahit. Nama asal baginda ialah Raja Husain. Di zaman remaja penuh cabaran kerana di cemburui di aniaya oleh saudaranya Raja Ahmad sehingga cedera parah. Baginda diselamatkan oleh seorang tua bernama Khidir dan belajar silat darinya. Seterusnya baginda belajar tasauf dari guru agama berbangsa cina Nuh Ha Mim. Sebelum diterima menjadi murid, guru itu menguji baginda dengan mengenakan syarat supaya di datangkan 7 jenis benda. Ia bermula ejaanya dengan huruf 'sin'.

Nuh Ha Mim akur dan menepuk bahu Raja Husain setelah kesemua 7 jenis benda itu berjaya disediakannya seraya menerangkan:-
  • Safra - tempat alas duduk. Dunia ini begitulah tidak lebih besar dari alas duduk. Kita buat alas sekejap sahaja pada punggung kita.
  • Sambang - sarang lebah yang kosong. Dunia ini ibarat sambang, sarang lebah yang kosong. Madu kekayaannya untuk orang lain, habis juga nanti. Yang tinggal dunia yang kosong, ternampak dari luar pada kulit sahaja., menampakkan bentuk seperti sebuah sarang yang punya semua tetapi rupa2nya sambang sahaja.
  • Sangku - tempat basuh tangan. Sangku tempat kita menadah kotoran di tangan atau sisa makanan, itu sahajalah taraf dunia ini, tak lebih darinya. Janganlah kita membesarkan sangku kerana ia hanyalah mangkuk menadah air basuhan tak punya apa2 kelebihan.
  • Sekepeng - tak cukup ia menjadi satu, tak laku membeli apa2 barangan. Sekepeng begitulah dunia ini, tidak ada erti apa2. Apa lakunya kekayaan sekepeng di sisi Tuhan? Yang kita bawa menghadapnya iman dan amal sahaja.
  • Selisik - sikat menanggalkan kutu. Begitulah dunia, seumpama sikat untuk menanggalkan segala kutu yang melekat di kepala. Kebendaan yang dicari manusia dan kemasyhuran hanyalah kutu yang perlu kita tanggalkan, kita bersihkan dengan selisik.
  • Sepukal - keris yg sudah haus matanya. Pada sepukal sedarlah kita yang kehebatan manusia itu sementara. Tajam akan menjadi tumpul. Lok akan menjadi haus. Tidak ada kehebatan dan keperkasaan melebihi kehebatan dan keperkasaan Tuhan.
  • Surai - sehelai rambut uban. Surai, marilah kita bertakwa kerana itu sahaja yang akan menjaga kita pada hari kita harus menyeberang titian sehalus surai dibelah tujuh.
Pengajian tasawuf berjalan lancar. Raja Husain di minta membina kereta lembu, dan setelah siap di uji oleh gurunya dengan pelbagai helah hinggakan mengakibatkan kemalangan. Dan pengajarannya ialah:-
  • Anakanda yang membina kereta lembu ini maka anakandalah yg lebih mengerti perihalnya. Adapun Allah mencipta manusia, Allah sahaja yang mengerti pekerjaannya manusia itu. Jika Allah menitah sesuatu, tentulah kerana Allah lebih memahami apa yg diciptanya. Apabila manusia berpandai sendiri maka akibatnya kemalangan pun terjadi. Titah Allah ada dalam al-Qur'an dan pada al-Hadis ada mutiara daripada Nabi kita. Jangan kita alpa akan arahan dan titah-Nya. Jika kita pandai sendiri maka kemalanganlah kita di dunia ini membawa kemalangan di akhirat jua.
  • Adapun lembu betina (yg di tukar oleh gurunya menggantikan lembu jantan sasa untuk menarik kereta lembu itu) memang tidak terbawa muatan lebih. Kita ingin ingatkan di istana Melaka ramai sekali perempuan yang pandai sendiri. Hendaknya anakanda kelak tidak membiarkan perempuan membawa muatan. Meskipun ada dua ekor. Bukan kita menyamakan perempuan dengan lembu betina tetapi kita ingin ingatkan bahawa biarlah yang duduk di tempatnya perkara yang sesuai dan serasi dan bukan perkara yang salah. Ia hanya umpama. Lembu betina tak dapat menarik kereta kerana sudah ditugaskan Allah kerjanya lain. Lembu jantan dapat menarik kereta kerana sudah disediakan kerjanya begitu rupa. Dalam hidup kita ada perjalanan yang mendaki dan menurun, bukan landai dan lurus semata-mata. Bijaklah kita bersedia dan jangan terlupa.

Setelah Sultan Alaudin ditabalkan menjadi Raja Melaka, Nuh Ha Mim mengingatkan baginda supaya menjadi seperti Khalifah Umar al Faruk dan Umar Abdul Aziz, dengan mengetatkan dan menjalankan undang2 Islam seperti termaktub dalam hukum kanun Melaka.

@@

Surat Surat Perempuan Johor

Paderi Zwemer ketika berucap di hadapan perhimpunan umum misionari pada tahun 1909 di Jabal Zaytun Palestin, menegaskan bahawa kejayaan misionari tidak terletak kepada berapa ramai umat Islam yang murtad. Ujarnya memadailah jika umat Islam secara besar-besaran meragui agama mereka sendiri. Atau sebetulnya melupakan sejarah bangsa yang berakarkan Islam. Paderi itu malah menjelaskan umat Islam boleh sahaja beriman dan tidak perlu murtad, memadailah jika mereka tidak mahu beramal dengan ajaran Islam. Kejayaan yang serupa dengan keberhasilan menjadikan penganut Islam murtad itu telah pun dilunasi.

Iman dan amal itu saling bergandingan. Musnah amal, dengan sendirinya bermakna kehancuran untuk iman juga. Misionari sudah dikira berhasil merobohkan akidah dan sejarah umat Islam, cukup dengan memastikan fikiran, perasaan dan daya intelek pemimpin masyarakat Islam menjadi Inggeris atau lebih tepat menjadi Barat. Tubuh badan boleh sahaja kelihatan merdeka, tetap akal dan fikiran yang tidak kelihatan masih sahaja terjajah.

Barat bukan sahaja maukan umat Islam tersungkur di kaki mereka. Barat bahkan mahu seluruh Timur rebah lemah. Jika tidak, masakan Macaulay dengan tegas menyebut proses menjadi British boleh dilakukan ke atas segolongan pemimpin di India supaya mereka akan sentiasa tunduk kepada bekas tuan.

Itu jugalah yang digambarkan oleh Cromer dalam karyanya, Modern Egypt. Sebarang usaha supaya tatacara atau sistem hidup berlandaskan Islam kembali dihayati hendaklah dibunuh, sebaliknya nilai2 Barat harus disemai dan dipupuk.

Barat memang telah tewas dalam Perang Salib, dari itu mereka melancarkan perang dalam bentuk baru. Perang fikiran untuk menggugat keteguhan akidah umat Islam. Jangan kita menyangka sesudah merdeka kita telah beroleh kemuliaan. Benar, bangsa sendiri yang memerintah dan tampak seperti kita telah mendapat kembali maruah, walhal pada hakikatnya tidak. Kemuliaan sebenar ialah kemuliaan berpegang kepada akidah dan sejarah. Sejarah sahaja yang dapat membuktikan siapa kita sebenarnya, Sejarah dapat memahamkan kita mengapa kita telah menjadi sebegini menyeleweng hingga ditimpa pelbagai bala bencana daripada Tuhan.

Itulah antara coretan dari surat2 yang dikirim oleh Ungku Hamidah kepada ayahnya, seorang tokoh politik Johor. Jika kita benar2 mahu melihat bangsa kita, negeri kita kembali ke zaman kegemilangannya, maka kita harus kembali kepada sejarah yang benar.

Dalam tahun 1857 Raja Ali Haji, pendekar, ulama dan ahli falsafah Melayu kita telah menulis kitab Tsamarat al-Muhimmah. Semasa perlantikan Sultan Badrul Alam Syah sebagai Sultan Lingga dan Riau, Raja Ali Haji menekankan dari awal supaya baginda Sultan "mengikuti titah Allah dan RasulNya". Ulama terkemuka itu mengingatkan pula kedudukan Sultan sebagai khalifah dan imam yang bertanggungjawab memelihara Islam dan undang2nya. Pengabaian Islam dan syariatnya menandakan permulaan kerosakan pentadbiran negara, kekacauan kestabilan sosial dan tanda nifaq menolak kesejahteraan akhirat.

Dalam kitab tersebut, terang2 menyebutkan hukum2 negeri mestilah berasaskan al-Qur'an, hadis Nabi Muhammad SAW dan qias, selain mengiktiraf sumber hukum daripada konsep maslahah dan uruf atau adat. Malah bahagian keadilan yang dikemukan dengan panjang lebar pula menghuraikan sistem pengadilan Islam menunjukkan betapa pentingnya pengukuhan dan kedudukan undang2 Islam untuk bangsa Melayu kita suatu masa dahulu.

Fatwa Sheikh Mustafa Sobri, bekas mufti kerajaan Uthmaniah bahawa membiarkan diri menyokong undang2 yang tidak berasaskan Islam adalah membiarkan diri ke arah jalan kekufuran.

Pengambilan agama yang lain daripada Islam dengan sendirinya merungkaikan diri dari konsep iman dan Islam, iaitu pengabdian diri kepada Allah. Agama yang lain ini bukan sahaja merujuk kepada penyembahan berhala, atau menjadi Nasrani dan Majusi, tetapi agama selain Islam juga menampung maksud yang lebih luas. Apabila kita cenderung mempercayai undang2 manusia, atau ideologi Barat, lebih baik dan sempurna mengatur hidup berbanding undang2 Allah, dengan sendirinya kita telah memilih untuk mengabdikan diri kepada yang selain daripada agama Allah. Atau dalam erti kata lain, kita menanggalkan kalungan Islam dari tengkuk kita.

Buku bertajuk Surat-Surat Perempuan Johor karya Faisal Tehrani (terbitan Abedeen Books World 2007) ini sarat dengan pengajaran dan fakta sejarah dengan manipulasi bahasa puitis berlatarkan dari warkah dan surat Ungku Nur dan Ungku Hamidah kepada kerabat mereka yang bersalasiahkan proses pemodenan Johor oleh Almarhum Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim, serta hubungan akrab Johor dan Turki (pewaris kerajaan Uthmaniah). Johor adalah pewaris kepada kehebatan empayar Melaka dan pada tahun 1862 undang2 yang dilaksanakan di Johor ialah undang2 Islam yang berbaur dengan undang2 adat dan peniruan tertentu undang2 Inggeris, selagi undang2 itu tidak bercanggah dengan Islam.

Taktik Barat ialah menafikan kehebatan Islam dan mengangkat kehebatan mereka. Sudah tiba masanya kita timbulkan kebenaran sejarah. Sistem, tatacara hidup dan perundangan yang kita pusakai sekarang bukanlah milik kita. Jika kita menyingkap sejarah, undang2 demi undang2 yang digubal olah ulama dan sultan2 kita lama dahulu telah memiliki dasar adat dan agama yang kukuh. Taktik kita sekarang ialah mengangkat kehebatan Islam dan menolak kehebatan mereka. Kita menolak mereka kerana kehebatan Barat tidak sesuai dengan nilai2 Timur dan tidak cocok dengan akidah Islam.

@@

Wednesday, November 12, 2008

Sahabat Atau Kenalan?

Anda tidak akan tahu siapa sahabat sebenar anda, sehinggalah anda mengalami kesusahan dan memerlukan pertolongan. Semua orang sukakan orang yang berjaya , tetapi tiada siapa yang tahu bila anda akan menjadi orang yang gagal dan tersisih. Salah satu manfaat kesusahan yang sering tidak dihargai ialah ia mempercepatkan proses mengenal pasti sahabat sebenar anda. Kebanyakan kita mempunyai kenalan dan rakan, tetapi kita akan bernasib baik jika mempunyai beberapa orang sahabat sebenar. Anda akan dapat mengenal pasti sahabat sebenar apabila anda meminta pertolongan mereka. Orang yang bijak ialah, apabila diminta tolong oleh sahabatnya, dia memahami bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan mengalami nasib yang sama.

@@

Sebuah Ulasan Dari Seberang

Bagi trio pengebom tragedi Bom Bali I, Amrozi, Ali Ghufron dan Imam Samudra, digelar teroris oleh media massa tempatan dan antarabangsa, atau oleh siapapun juga, tidak membuat mereka marah atau kecil hati. Mereka yakin, apa yang mereka lakukan adalah jihad. Sehingga mereka pun yakin Allah akan memberi mereka gelar mujahid. Bahkan, mereka sama sekali tidak merasa keberatan dengan apapun yang ditempuh pemerintah di dalam menjalankan hukuman mati atas diri mereka. Ditembak mati dengan bedil, dipancung, dialiri listrik, atau cara lainnya, bagi mereka sama saja. Semuanya menuju mati syahid.

Bagaimana kita memposisikan Amrozi, Ali Ghufron dan Imam Samudra : Mujahid atau Teroris? Yang jelas, mereka juga manusia. Sebagai manusia, mereka termasuk yang mempunyai ketaatan kepada ajaran agamanya, mempunyai keseriusan di dalam mendalami ajaran agamanya, mempunyai keberpihakan kepada umat Islam. Kalau akhirnya ada yang menilai mereka mengalami kesilapan di dalam memaknai dan mempraktikkan jihad, itu urusan mereka dengan Allah. Bagi yang sepaham dengan 'ijtihad' mereka, maka Amrozi, Ali Ghufron dan Imam Samudra adalah Mujahid. Sebaliknya, bagi yang tidak sepaham, ketiganya digelar Teroris.




Dua dari trio pengebom mati Bali I adalah bekas pejuang Afghan. Ali Ghufron alias Mukhlas adalah pejuang Afghan peringkat kedua (masuk pada akhir 1987), satu angkatan dengan Abu Rushdan dan Mustapha alias Pranata Yudha. Sedangkan Imam Samudra angkatan kesembilan (masuk pada tahun 1991), seangkatan dengan Ali Imran (adik Ali Ghufran alias Mukhlas, yang juga terlibat siri Bom Bali I namun tidak hukuman mati).Rombongan pertama dari Indonesia yang berjihad ke Afghan terjadi sekitar akhir 1984 hingga awal 1985, antara lain diikuti oleh Sa'ad alias Ahmad Roihan, yang juga terlibat dalam kes Bom Bali I, bahkan beberapa siri peledakan sebelumnya. Abu Dujana menutup rombongan warga Indonesia berlatih askar untuk berjihad di Afghan. Abu Dujana sebagaimana Ahmad Roihan juga sudah ditangkap.

Meski mereka tahu CIA berada di belakang 'projek' Afghan, tekad dan semangat jihad mereka membebaskan Muslim Afghan dari penjajahan rezim komunis Soviet, dapat mengalahkan realiti itu.Sebagai superpower AS seharusnya mampu mengirimkan sejumlah pasukannya untuk mengusir komunisme Soviet dari Afghanistan. Namun masa itu AS belum pulih dari trauma akibat mengalami kekalahan siginfikan pada Perang Vietnam
yang berlangsung sejak 1961 hingga 30 April 1975. AS kehilangan lebih dari 58 ribu prajuritnya dan menghabiskan lebih dari 15 bilion dollar AS. Presiden AS terpilih, Kennedy, pada tahun 1961 mengirimkan 400 tentara ke Vietnam. Tahun berikutnya, Kennedy menambah pasukannya di Vietnam menjadi 11 ribu tentara. Di tahun 1968, AS mengirimkan 500 ribu pasukannya ke Vietnam, belum termasuk berbagai pasukan dari Australia, Selandia Baru, Korea Selatan, Filipina dan Thailand yang berjumlah 90 ribu orang.

Perang Afghan sendiri berlangsung awal 1980-an hingga awal 1990-an. AS tidak mau mengorbankan prajuritnya sebagaimana terjadi di Vietnam. Maka, pilihan jatuh kepada pemuda Islam di pelosok dunia yang terkenal dengan semangat jihadnya, termasuk dari Indonesia. Osama bin Laden menjadi figure yang sangat penting, di samping tokoh-tokoh lainnya, di dalam merekrut pemuda-pemuda Islam yang mau berjihad ke Afghan.Membangkitkan Harimau Sejak 1990 hingga 1995, pejuang Afghan berasal Indonesia berangsur-angsur pulang ke tanah air. Sebagian melanjutkan jihadnya ke Moro (Philipina), menghidupkan Kamp Hudaibiyah hingga akhir 1990-an. Di Afghan, sebelum berjihad mereka melengkapi diri di Kamp Latihan dengan berbagai bentuk, seperti menggunakan senjata, kursus mengenali berbagai jenis bahan kimia dan meracik bahan peledak (bom), kursus menggunakan tank tempur, latihan tempur pada berbagai medan perang. Namun ketika kembali ke tanah air, keterampilan itu sama sekali tidak digunakan untuk melakukan aksi teror. Karena, mereka sama sekali tidak bercita-cita menjadi teroris, apalagi di negerinya sendiri.

Akan tetapi sejak tragedi 25 Desember 1998, ketika umat Islam sedang menjalankan shaum Ramadhan, dan umat Kristiani masih dalam suasana krismas yang seharusnya damai penuh kasih. Tiba-tiba kedamaian itu dirobek-robek oleh pemuda kristian yang dalam keadaan mabuk memasuki Mesjid kemudian membunuh Ridwan. Inilah unsure-unsur pengalak jihad peringkat pertama.Sekitar tiga pekan kemudian, 19 Januari 1999 pecah lagi tergedi Ambon, yang dirasmikan dengan aksi keganasan yang dilakukan pemuda Kristen terhadap dua pemuda Muslim. Konflik berlanjut secara meluas dan berdarah-darah. Hingga puncaknya terjadi pada 24 Desember 1999 hingga 7 Januari 2000, yang dinamakan tregedi Tobelo-Galela, dengan korban terbanyak dari kalangan Muslim. Ada yang menyebutkan jumlah korban mencapai 3000 jiwa, dan 2800 di antaranya Muslim.

Menurut versi Gus Dur, korbannya hanya lima orang. Sedangkan menuruut versi Max Tamela, Pangdam Pattimura kala itu, korban yang diakuinya berjumlah 771 jiwa, majoriti Muslim.Disebaliknya diketahui, pada tragedi pembantaian di Tobelo-Galela ini, ada keterlibatan Sinode GMIH (Gereja Masehi Injil di Halmahera), yang merancang penghijrahan umat Kristen ke Tobelo berjumlah sekitar 30.000 orang. Pemindahan dilakukan secara bertahap sejak pertengahan November hingga awal Desember 1999. Bahkan, pada Jumat 24 Desember 1999 dengan alasan pengamanan gereja, diangkut ratusan warga kristen dari Desa Leloto, Desa Paso dan Desa Tobe ke Tobelo. Mereka datang menaiki truk dengan berbagai senjata perang seperti kain ikat kepala berwarna merah, tombak, parang dan panah.Mei 2000, pecah lagi tregidi Poso ketiga. Ratusan warga pondok Walisongo, diserang oleh Tibo dan kawan-kawan. Disebalik kejadian itu diketahui, ada keterlibatan Majelis Sinode Gereja Kristen Sulawesi Tengah (GKST) yang berpusat di Tentena. Juga, sejumlah tokoh (16 orang), sebagaimana disebutkan Tibo sebelum dihukum mati.Peristiwa-peristiwa itu ibarat membangkitkan harimau yang sedang istirahat. Maka meledaklah aksi keganasan yang pertama kali dilakukan para bekas pejuang Afghan, yaitu peledakan Bom di Kediaman Kedubes Philipina. Aksi peledakan itu terjadi pada tanggal 01 Augst 2000. Alasannya, para pelaku pemboman menduga Philipina secara rasmi turut mengirimkan senjata ke Ambon (Maluku) yang kala itu sedang konflik, dan tentu saja menguntungkan salah satu pihak iaitu kumpulan merah (kristen).

Kemudian, pada malam krismas 24 Desember 2000, terjadi ledakan di sejumlah gereja di berbagai kota di Indonesia, seperti di depan Gereja Katedral (Jakarta Pusat), Gereja Santo Yosef, dan halte bus sekolah katolik Marsudi Rini di Jalan Matraman Raya (Jakarta Timur), Gereja Koinonia (di Jatinegara, Jakarta Timur), juga gereja dan sekolah Kanisius, Jalan Menteng Raya (Jakarta Pusat). Pengeboman juga terjadi di dekat gereja di Medan, Sumatera Utara, Mojokerto Jawa Timur, Mataram NTB dan Pekanbaru dan Batam Riau, serta Bekasi. Alasannya jelas, merupakan peringatan keras kepada kalangan Kristen terutama tokoh rohaniwan, yang sejumlah petinggi gerejanya justru menjadi aktor intelektual tragedi pembantaian Muslim di Ambon (Maluku) dan Poso.Februari 2001 terjadi lagi pengusiran dan pembantaian terhadap warga Madura di Sampit, yang dilakukan oleh Dayak Kristen dan animis. Tragedi Pemenggalan kepala warga Madura oleh suku Dayak dilakukan secara demonstratif di siang hari dan di depan kamera TV tempatan dan antarabangsa yang sedang meliput. Dua bulan kemudian, April 2001, pecah lagi tregidi Poso ke-empat.



Meski tidak ada kaitannya dengan tragedi Sampit, Ambon dan Poso, yang jelas pada 11 September 2001, terjadi tragedi WTC 911 di negerinya Bush. Tudingan teroris yang dilekatkan kepada Islam, mulai disosialisasikan Bush. Kekhawatiran Bush terhadap aksi terorisme yang dilekatkan kepada Islam, ibarat senjata makan tuan. Perang melawan terorisme pun dicanangkan, karena AS (CIA) yang paling tahu kualiti mujahid alumni Afghan. Ibarat sang guru yang tahu betul kualiti murid-muridnya.Setahun kemudian, 12 Oktober 2002, barulah meledak tragedi Bom Bali I yang menewaskan 202 korban jiwa dan 350 orang lainnya mengalami luka-luka berat dan ringan. Secara keseluruhan, korban tewas pada tregidi Ambon, Poso dan Sampit, terutama dari pihak Islam, jumlahnya puluhan bahkan ratusan kali jauh lebih besar dibandingkan dengan korban tewas pada kasus Bom Bali I dan II.Kurang setahun dari kasus Bom Bali I, terjadi peledakan di depan lobi Hotel JW Marriott, tanggal 5 ogos 2003 sekitar pukul 12.40 wib, menyebabkan 10 orang mati dan 152 cedera. Setahun kemudian, terjadi Bom Kuningan (9 September 2004), di depan Kedubes Australia jalan HR Rasuna Said, Jakarta. Setahun kemudian, terjadi Bom Bali II (01 Oktober 2005).

Sekitar sebulan kemudian, Doktor Azhari yang selama ini menjadi hantu teroris berjaya ditembak mati, di kawasan Batu, Malang, pada 09 November 2005.Objektif dan AdilPasca tertembaknya Azahari, pelaku pengebom betul-betul terhenti, sampai ketika ini. Namun, potensi teror tetap ada, bila merujuk pada adanya penangkapan di Palembang (01 Juli 2008) dan Kelapa Gading (21 Oktober 2008), yang menjadikan sasaran peledakannya Depo Pertamina Plumpang, Jakarta Utara. Meski Azahari sudah ditembak mati, dan tiga ratusan anggota jaringan teroris sudah ditangkap, termasuk tokoh-tokoh penting seperti Abu Dujana, para pengamat pun menyatakan ketuanya tentang potensi Jama'ah Islamiyah tinggal sepuluh persen saja namun potensi teror dinyatakan tetap ada, bahkan pihak kepala tentra Indonesia yang baru menyebutkan terorisme kini ada di mana-mana. Dengan alasan, Noordin M Top yang selama ini dituduh melakukan penrekrut terorist, masih belum tertangkap.

Artinya, meski Amrozi ditembak mati sekalipun, potensi teror masih tetap tinggi. Lantas, bagaimana menterjemahkan potensi teror sebagaimana terjadi selama ini? Semua pihak terutama pemerintah harus bersikap objektif dan berlaku adil lihat akar masalahnya. Ini respinya.

Akar masalahnya, pertama, ada pembantaian yang dilakukan umat Kristiani terhadap umat Islam baik di Ambon (Maluku) maupun di Poso. Ini bukan konflik biasa. Fakta ini diabaikan, bahkan dipaksakan menjadi konflik biasa, yang dimulai dari adanya pertikaian antara kedua belah pihak. Padahal, faktanya tidaklah demikian.Yang terjadi sesungguhnya adalah ummat non Muslim (Kristen-Katholik) sebagai pihak yang memulai pertikaian ini, yang diyakini ada keterlibatan gereja serta tokoh-tokoh masyarakat Kristen-Katholik di sana sebagai perancang aksi (aktor intelektual). Mereka memulai penyerangan dan pembunuhan, sedangkan ummat Islam hanya melakukan mempertahankan diri dan membalas, sekaligus dalam rangka mempertahankan diri. Bantuan yang datang dari luar titik konflik, karena ummat Islam menyadari posisi kerajaan baik pusat maupun daerah memberi tumpuan berat sebelah, sama sekali tidak melindungi masyarakat muslimnya.

Akar masalah kedua, sikap tidak iklas kalangan Kristen-Katholik (dan kemudian Hindu). Sikap berpura-pura ini terjadi terutama di daerah-daerah tertentu yang majoriti penduduknya non-Muslim. Pengusiran hingga pembantaian (muslim cleansing) terjadi di beberapa daerah-daerah ini. Sedangkan di daerah-daerah yang majoriti penduduknya Muslim, umat Kristen-Katholik dan Hindu tidak pernah ada pengusiran apalagi pembantaian. Dari daerah-daerah ini pula ancaman dan gertakan memisahkan diri dari NKRI sering dikumandangkan. Ini menunjukkan bahwa non-Muslim (kecuali umat Budha) secara konsisten menebar benih dan memang tidak loyal kepada NKRI.

Seharusnya, pemerintah mendorong tokoh Kristen-Katholik berjiwa besar, dengan mengakui kekeliruan sebagian ummatnya maupun tokoh gereja, yang secara sengaja menjadi aktor intelektual dalam pembunuhan umamt Islam. Permintaan maaf tersebut dilakukan secara terbuka, sehingga terbaca oleh alumni Afghan, insya Allah hal tersebut dapat menyejukkan hati mereka.Selain itu, aparat juga harus berlaku adil. Dalam menangani kasus Poso yang berkepanjangan, misalnya, untuk operasi pemulihan keamanan yang targetnya pelaku teror dan pembantaian dari pihak Kristen, aparat menggunakan sandi Operasi Cinta Damai. Sedangkan bila hal yang sama ditujukan kepada komunitas Islam, aparat menggunakan sebutan Operasi Raid yang bermakna serbu atau basmi, hal ini mengingatkan kita pada racun pembasmi nyamuk. Ini jelas tidak adil dan sangat provokatif. Setidaknya menimbulkan kegeraman.

Saya yakin mereka tidak bercita-cita jadi teroris. Mereka manusia biasa saja. Namun bila ratusan (atau ribuan) saudara seagamanya dibantai oleh saudara lainnya yang berbeda agama, jelas dan pasti mereka tentu tidak mungkin berpangku tangan. Ke Afghan yang jauh saja mereka siap bersabung nyawa. Apalagi hanya ke Ambon dan Poso. Demikian halnya soal keberanian dalam jihad, saya pastikan bahwa ummat Islam Indonesia memiliki sangat banyak pemuda muslim yang jauh lebih berani dan pintar dari Azahari atau Amrozi cs, apalagi kalau hanya sekedar meletakkan sebuah atau beberapa rangkaian bom di tempat-tempat yang tidak beresiko. Masalahnya, ummat Islam yang potensinya lebih baik tersebut masih diberi kesadaran dan akal sehat, dan yang lebih penting lagi adalah apakah pihak pemerintah punya kepentingan politik untuk menyelesaikan atau tidak?

Jakarta, 7 Nopember 2008
Oleh Umar Abduh
Mantan Napol Woyla

Saturday, November 08, 2008

Santai Di Pagi Minggu

Pagi ni saya dan isteri telah berjogging setelah sekian lama tidak melakukannya. Area taman perumahan kami sangat sesuai untuk riadah itu kerana bentuk bumi yang berbukit dan panorama kehijauan yang menenangkan jauh dari kesibukan kota. Dulu hampir setiap hujung minggu kami sekeluarga melakukan aktiviti beriadah ini termasuklah juga berbasikal, berjalan santai, berkebun dan bermain badminton. Badan yang lesu ini insyaAllah akan kembali fit.

Namun kedua anak saya Farihin dan Asilah nampaknya lebih membesarkan tidurnya dari beriadah. Setelah berjogging anak sejauh 2 km menemani isteri yang berjalan santai, maka kami berdua keluar bersarapan nasi belauk kat pekan. Balik dari sarapan, saya bersemangat untuk berkebun dan membersihkan laman rumah. Daun2 kering yang berselerak, daun2 pisang tua, kelopak2 tebu kuning, dan beberapa tompok sampah sarap habis saya masukkan dalam kereta tolak (2 trip) dan dibuang di kaki bukit 100m dari rumah. Tanah sekeliling pokok cempedak nangka dan manggis kat luar laman digembur2kan. Kemudian saya top-up dengan baja bakar dan kelodak2 tanah pasir. Isteri pula sibuk trim pokok bunga kertas yang menjalar subur atas pegola, dan yang subur tumbuh dalam pasu2 serta pokok2 bonzai yang mula out of shape kerana lama terbiar. Rumput di laman masih ok kerana baru minggu lepas saya potong guna mesin rumput jenama sprint (made in USA) yang baru di beli. Kerana tak tahan upah Mr Supiah RM60 every month.

Setelah penat, saya take a break kat kerusi santai favorite kat foyer depan rumah. Hmmm...selesa dan rasa tenang. Seronok pula melihat pokok kelapa pandan yang lebat berbuah, tidak kurang dari 8 tandan. Pokok kelapa gading kat luar gate tu pulak baru nak belajar berbuah tapi pandan pertama tak menjadi, kini tandan kedua mula keluar harap2 menjadi buahnya. Sempat juga membajakan dengan 1 kg garam kasar pada kedua2 pokok kelapa itu. Cuaca pula mula panas kerana sudah tengahari. O...sempat juga bancuh racun rumpai dan semburkan kat luar pagar belakang rumah. Dan last but not least bancuh ubat anai2 dan bubuh kat pangkal pokok mangga luar rumah yang sudah di tebang bulan lepas kerana di serang anai2.

Saya berpeluh seluruh badan. Sihat la tu. Ok, kat dalam rumah saya buat push-up 20 kali (set of 10 x 2), angkat besi 1 kg 20 kali, dan besi 2 kg 20 kali juga. Semangat beb hari ni. Habis exercise tu, relax sat bawah kipas sambil minum air tebu sejuk (yang saya upah RM5 mesin 6 batang minggu lepas dan simpan dalam freezer) dan kemudian buat posting ni, setelah didesak oleh isteri yang baru lepas browsing the web tadi.

Tatapilah beberapa gambar yang saya snap tadi untuk dapatkan gambaran apa yang saya dok celotehkan ini. Kejap lagi lepas zohor nak ke Rawang bawa anak2 jalan sambil nak shopping beberapa barangan. Ada projek baru bulan December nanti, insyaAllah.


@@

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...