Selamat Hari Bapa buat aku. Aku adalah bapa kepada 3 anakku - Amir Asyraf, Nur Farihin & Iman Asilah. Setelah setahun perkahwinanku 18 tahun dulu, aku dan isteri dikurniakan anak sulong. Bermula dari detik bersejarah kelahiran anak sulongku pada 18 Apr 1991 itu maka aku bergelar bapa. Disusuli anak keduaku pada 24 Oct 1992 & anak bongsuku pada 3 Jun 1995. Kembara seorang bapa jugak suami itu mengimbangi antara emosi diri dengan keperluan juga kehendak anak2, isteri, ahli keluarga, & masyarakat sekeliling. Dari segi kewangan, antaranya bapa kena melangsaikan segala bil2 utiliti, tanggungang hutang piutang dengan bank, menyediakan rumah, makan, pakai, kenderaan keluarga, & pendidikan. Dan yang utama kasih sayang. Acap kali kepentingan anak2 melebihi kepentingan diri. Tugas bapa penuh tanggung jawab dan amanah. Kerana kurnia atau rezki Allah dalam bentuk anak2 itu sebenarnya adalah pinjaman sementara atau amanah yang boleh diambil balik bila2 masa oleh Allah SWT. Banyak kali kita salah anggap dengan mengatakan anak2 itu hak kita. Sebenarnya hak Allah yang diamanah kepada ibubapa. Bapa adalah pemegang amanah Allah. Kalau bapa clear tentang hakikat ini, maka anak2 akan dijaga, dilindungi & dididik dengan yang terbaik sedaya mampu oleh si bapa.
Memetik sebuah artikel dari blog wanitajimsanasini.blogspot.com di senaraikan 5 peranan utama seorang bapa yang wajar kita renung2 bersama sempena Hari Bapa ini.
1. Berperanan seperti Chief Executive Officer (CEO).
Bapa dan suami boleh diumpamakan sebagai seorang “CEO” dalam sebuah syarikat. Sebagaimana seorang CEO beliau mestilah mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dan dapat melaksanakan tugas dengan berkesan samada melibatkan kemaslahatan kakitangan, soal kewangan dan urusan perniagaan yang ditangani oleh syarikat. Sebagaimana seorang CEO juga yang sentiasa berusaha menggerakkan inisiatif baru bagi memastikan syarikat terus progresif, seorang bapa dan suami harus memikirkan langkah-langkah untuk menyediakan keluarga yang mampu untuk berdepan dengan pelbagai cabaran terutama dalam era globalisasi yang menghakis nilai-nilai murni kehidupan pada hari ini. Kesimpulannya seorang bapa dan suami perlu melengkapkan dirinya dengan pelbagai persiapan, ilmu dan kemahiran jika ia ingin melaksanakan tugas beliau dengan jaya dan berkesan.
Para bapa dan suami yang sedang menggalas tanggungjawab dan tuntutan sebagai ketua keluarga/CEO ini hendaklah sentiasa berdoa dan menghayati firman Allah SWT dalam Surah Furqaan, ayat 74 agar mereka dan keturunan mereka menjadi pemimpin orang-orang yang bertakwa (”...waj ’alnaa lil muttaqiina imaamaa.”)
Maksud ayat :-
” Dan orang-orang beriman berdoa : ” Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri dan keturunan kami anak yang menyejukkan mata; dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa”.
2. Pengukuh & Penstabil Institusi keluarga
Para bapa dan suami sewajibnya berusaha bersungguh- sungguh untuk mengukuhkan institusi keluarga yang telah mereka pilih dan mereka bina sekian lama. Institusi keluarga yang mantap dan kukuh memerlukan seorang bapa dan suami yang mampu memimpin dengan adil dan saksama. Para bapa dan suami hendaklah menerajui dan memainkan peranan aktif dalam memakmurkan rumahtangga dan keluarga mereka. Mereka hendaklah dengan penuh rasa tanggungjawab memimpin keluarga berlandaskan aqidah yang mantap dengan berpandukan kepada Al Quran dan As Sunnah. Para suami dan bapa mesti menjadi penstabil dan pengukuh aspek fizikal, kewangan, mental dan emosi keluarganya. Kestabilan dan pengukuhan sel-sel keluarga ini akan menyumbang kepada kestabilan masyarakat dan negara, Insya Allah.
3. Berperanan sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab dan memenuhi hak-hak ahli keluarganya
Sebagai ketua keluarga, seorang bapa dan suami bertanggungjawab untuk menyediakan pendidikan yang mencukupi kepada ahli keluarganya yang terdiri dari isteri dan anak-anak. Ini adalah kerana anak-anak bakal mewarisi dan mengambil tempat ibu bapa pada hari ini. Pendidikan amat penting kerana melaluinyalah nilai-nilai masyarakat seperti akhlak dan pegangan hidup dapat diperturunkan kepada anak-anak yang merupakan pewaris generasi akan datang. Pendidikan juga dapat mengatur anggota masyarakat agar hidup berdasarkan kasih-sayang, hormat-menghormati dan mempunyai sifat kepedulian yang tinggi, yang akan mewujudkan sebuah negara yang aman makmur.
Surah An Nisaa’, ayat 9 bermaksud :
“Dan hendaklah takut kepada ALlah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap kesejahteraan mereka….”
mengingatkan ibu bapa agar tidak meninggalkan anak-anak yang lemah sebagai generasi pelapis. Seorang bapa haruslah mendidik anak-anak agar mereka mempunyai kualiti yang diperlukan untuk menjalani kehidupan di zaman mereka kelak.
4. Berperanan sebagai pelindung kepada setiap ahli keluarga.
Al Quran merakamkan kisah Nabi Zakariyya a.s. di dalam doa baginda untuk isteri dan anaknya melalui Surah Ali Imran, ayat 36 yang bermaksud :-
”....Dan sesungguhnya aku (Zakariyya) memohon perlindungan kepadaMu bagi dirinya (Maryam) dan keturunannya dari syaitan yang terkutuk ”
Ayat di atas mengajar kepada semua bapa dan suami agar memohon kepada Allah SWT untuk menjaga ahli keluarganya dari gangguan makhluk halus serta gangguan dari segala fenomena buruk di sekitar mereka.
Selain dari doa, adalah menjadi tanggungjawab asasi bagi seorang bapa dan suami melindungi ahli keluarganya. Mereka menjadi benteng dan pagar terhadap maruah ahli keluarga mereka. Mereka seharusnya mewujudkan suasana yang aman dan persekitaran tempat tinggal yang selamat dan bebas dari segala bentuk gangguan yang boleh mengancam ahli keluarganya, samada dari sudut fizikal, mental dan emosi.
Di dalam hal ini, cukuplah dipaparkan pula doa Nabi Ibrahim a.s. di dalam Surah Ibrahim, ayat 35 – 37 yang mengambar atau melambangkan naluri semua ibu bapa yang waras terhadap keselamatan dan perlindungan bagi anak-anak mereka, iaitu :-
” Dan ingatlah ketika Ibrahim berdoa : ” Wahai Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Makkah) tempat yang aman; dan jauhkanlah diriku dan anak-anakku dari penyembahan berhala. Wahai Tuhanku, sesungguhnya mereka telah menyesatkan sebahagian manusia; maka barangsiapa mahu mengikuti agamaku,bererti dia dari golonganku. Dan barangsiapa derhaka kepadaku, maka Engkau sesungguhnya Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Wahai Tuhan kami, aku telah tempatkan anak keturunanku di lembah yang tidak tumbuh sesuatu tumbuhan berada di sisi rumahMu yang mulia.
Wahai Tuhan kami, jadikanlah mereka orang yang dapat menegakkan solat, dan jadikanlah sebahagian hati manusia suka kepada mereka. Dan berilah mereka rezeki, buah-buahan agar merek bersyukur ”.
Doa ini dikuatkan lagi dengan peringatan Rasulullah s.a.w. kepada umatnya, mafhumnya : “Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik akhlaknya dan mukmin yang paling lemah lembut terhadap isterinya” (Hadith riwayat Tarmidhi)
5. Menjadi contoh terbaik (“role model”) dalam mendidik ahli keluarga untuk menghayati prinsip hidup yang positif.
Pernahkah kita melihat seekor itik mengajar anaknya berjalan dengan betul ? Mungkin soalan sebegini melucukan, namun realiti masyarakat hari ini melambangkan keadaan tenat yang sedemikian. Umpamanya, bagaimanakah keberkesanan nasihat seorang bapa terhadap ahli keluarganya untuk mendirikan solat atau berhenti merokok sedangkan si bapa atau suami juga tidak melakukan solat dan masih merokok ?
Lisaanul hal ataupun contoh melalui perbuatan ini merupakan senjata yang sangat berkesan dan kukuh apabila mendidik, namun ia boleh menghasilkan pengajaran sebaliknya apabila kata-kata yang dituturkan dan amalan seharian yang ditunjukkan oleh para bapa dan suami tidak sejajar dengan sahsiah yang mereka pamerkan setiap hari.
Hayatilah dengan teliti firman Allah SWT, Surah As Saff, ayat 2 – 3, mafhumnya :-
”Wahai orang-orang yang beriman,mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat ? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan ”.
Maka sebagai rumusan para bapa dan suami merupakan pihak berwajib di dalam keluarganya dan mesti memainkan peranan yang sewajarnya yang telah ditaklifkan oleh Allah dan RasulNya. Pelbagai cabaran keluarga yang berlaku hari ini tidak mudah untuk diselesaikan kerana punca cabaran ini datangnya dari para bapa dan suami sendiri. Maka berubah dan bertindaklah dari sekarang untuk mengislahkan diri kita menjadi suami dan bapa yang soleh agar kehidupan keluarga kita diredhai dan diberkati Allah swt. Selamat Hari Bapa buat aku !!
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
No comments:
Post a Comment