Monday, June 30, 2008

Kejar dunia Untuk Akhirat

Aku kini meneruskan pencarian ilmu dengan mentelaah sebuah lagi kitab hebat hasil sentuhan TGNA, seorang tokoh terulung dekad ini. Kitab ini berjudul Tundukkan Hati - Rahsia Keikhlasan Hidup Di Dunia Fana. Di celah2 pembacaan kitab ini aku sesekali mendengar juga siaran video kuliah2 jumaat TGNA yg up-to-date dari web kelantanTV, betapa sepatah-sepatah kata2 yg keluar dari rekahan bibir TGNA penuh hikmah dan point2 yg jitu dan menusuk qalbu. Untuk pendengar seperti aku ini TGNA merupakan tok guru yg berjaya menyampaikan apa yg ingin disampaikannya straight to the point, no nonsense sebuah teknik yg sungguh mantap dalam berdakwah. Berbeza benar dengan segelintir pendakwah lain yg kadang2 suka sangat bermain dgn kata2 dan mencampur aduk perencah untuk penyedap rasa. Aku dapat hayati segala isi kebenaran yg disuruh agama. Dalam wajah yg semakin dimamah usia TGNA istiqamah dalam berdakwah terutamanya dlm slot kuliah jumaatnya di Dewan Zulkifli dan mendidik masyarakat kpd amal maaruf nahi munkar dan segala liku2 kehidupan hidup dunia sementara sebagai platfom terbaik untuk pelaburan kehidupan yg maha panjang di akhirat nanti. Pemimpin satu dalam sejuta yg memang payah dicari ganti. Aku doakan kesejahteraan TGNA dalam melalui usianya yg penuh keberkatan dan cahaya keimanan itu.

Berbalik kepada kitab yg sedang kubaca kini di ms 63 (dari 145) ingin kupaparkan coretan TGNA dlm bab 1 iaitu - Jika orang itu mencari harta untuk kepentingan dunia semata2, orang ini adalah hamba kpd dunia, sekalipun harta yg dicarinya itu adalah harta yg halal. Ini kerana dia lebih menumpukan sepenuh perhatian, masa dan tenaganya untuk mengumpul harta, tanpa memperdulikan amal ibadahnya kpd Allah. Apabila dia kembali kpd Allah kelak, dia akan kembali dlm keadaan Allah tidak redha kepadanya. Orang yg sebegini sebenarnya lebih banyak mensia-siakan masa yg dia miliki. Ini kerana dia hanya menumpukan sepenuh perhatian untuk mengumpul sebanyak mungkin harta dunia sehingga lupa pada tanggungjawabnya yg hakiki sebagai hamba Allah.

Sesiapa yg mencari dunia untuk dunia, dia akan meninggalkanya dgn hembusan nafasnya yg terakhir, dgn detik2 yg menakutkan. Sesungguhnya, segala apa yg ada di atas muka bumi ini adalah hak mutlak Allah SWT. Ia bukan hak mutlak manusia. Ianya dipinjamkan sementara kpd seluruh umat manusia. Harta adalah amanah Allah kpd manusia. Lantaran itu, ia perlulah dikongsikan bersama-sama mereka yg memerlukan. Disebabkan ia milik Allah yg mutlak, manusia perlu - mencari dgn cara yg halal, memasang niat yg baik ketika mencari harta dgn tujuan supaya tidak meminta-minta drp org lain, dgn tujuan untuk menyara keluarga dan dgn tujuan membantu mereka yg memerlukan. Jika semua kriteria ini diikuti, di akhirat kelak, manusia ini akan menemui Allah dlm keadaan Allah redha kpdnya. Wajahnya berseri-seri seperti bulan purnama. Ini kerana dia menjaga amanah yg Allah serahkan kepadanya semasa dia hidup di dunia.

Rasulullah bersabda - Harta yg ada di tangan manusia ibarat sebuah peti besi. Dan setiap peti besi itu ada kuncinya. Nyata bahagia bagi setiap manusia yg diberikan kunci untuk melakukan kebajikan dan ditutupi pintu kejahatan. Nyata celaka bagi manusia yg diberikan kunci kejahatan dan ditutupi pintu kebajikan.

Monday, June 23, 2008

Rumahku IMPIANA IMAN

Assalamualaikum, kalau tuan2 & puan2 notis kat sebelah ni ada new slide show istimewa. Ia perihal rumah aku sekeluarga yg bernama IMPIANA IMAN sempena nama anak yang ketiga iaitu Iman Asilah. Kami pindah ke mari pada 2/11/2003 iaitu kurang lebih 5 tahun yg lalu. Kami paparkan outdoor kediaman kami ini bukan dengan niat hendak bermegah tapi sekadar ingin berkongsi dengan kawan2 teratak kami yg tak seberapa itu yang kami bangunkan mengikut citarasa sendiri. Kebetulan lagi saya dan isteri berkongsi minat dan enjoy gardening dan riadah berkebun. Kami seronok melihat hasil usaha berbakti pada tanah dgn sedikit pelaburan titik keringat, belian baja dan jirusan air hingga menghasilkan tanaman yg subur menghijau, ulam2an dan buah2an. Ada yang tak habis di makan dan boleh dijual pula. Jiran2 sekeliling jua tidak ketinggalan dapat merasa. Sudilah apa kiranya mengimbas sejenak slide show kami ini. Jazakallah !!

Sunday, June 15, 2008

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa buat aku. Aku adalah bapa kepada 3 anakku - Amir Asyraf, Nur Farihin & Iman Asilah. Setelah setahun perkahwinanku 18 tahun dulu, aku dan isteri dikurniakan anak sulong. Bermula dari detik bersejarah kelahiran anak sulongku pada 18 Apr 1991 itu maka aku bergelar bapa. Disusuli anak keduaku pada 24 Oct 1992 & anak bongsuku pada 3 Jun 1995. Kembara seorang bapa jugak suami itu mengimbangi antara emosi diri dengan keperluan juga kehendak anak2, isteri, ahli keluarga, & masyarakat sekeliling. Dari segi kewangan, antaranya bapa kena melangsaikan segala bil2 utiliti, tanggungang hutang piutang dengan bank, menyediakan rumah, makan, pakai, kenderaan keluarga, & pendidikan. Dan yang utama kasih sayang. Acap kali kepentingan anak2 melebihi kepentingan diri. Tugas bapa penuh tanggung jawab dan amanah. Kerana kurnia atau rezki Allah dalam bentuk anak2 itu sebenarnya adalah pinjaman sementara atau amanah yang boleh diambil balik bila2 masa oleh Allah SWT. Banyak kali kita salah anggap dengan mengatakan anak2 itu hak kita. Sebenarnya hak Allah yang diamanah kepada ibubapa. Bapa adalah pemegang amanah Allah. Kalau bapa clear tentang hakikat ini, maka anak2 akan dijaga, dilindungi & dididik dengan yang terbaik sedaya mampu oleh si bapa.

Memetik sebuah artikel dari blog wanitajimsanasini.blogspot.com di senaraikan 5 peranan utama seorang bapa yang wajar kita renung2 bersama sempena Hari Bapa ini.

1. Berperanan seperti Chief Executive Officer (CEO).

Bapa dan suami boleh diumpamakan sebagai seorang “CEO” dalam sebuah syarikat. Sebagaimana seorang CEO beliau mestilah mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dan dapat melaksanakan tugas dengan berkesan samada melibatkan kemaslahatan kakitangan, soal kewangan dan urusan perniagaan yang ditangani oleh syarikat. Sebagaimana seorang CEO juga yang sentiasa berusaha menggerakkan inisiatif baru bagi memastikan syarikat terus progresif, seorang bapa dan suami harus memikirkan langkah-langkah untuk menyediakan keluarga yang mampu untuk berdepan dengan pelbagai cabaran terutama dalam era globalisasi yang menghakis nilai-nilai murni kehidupan pada hari ini. Kesimpulannya seorang bapa dan suami perlu melengkapkan dirinya dengan pelbagai persiapan, ilmu dan kemahiran jika ia ingin melaksanakan tugas beliau dengan jaya dan berkesan.

Para bapa dan suami yang sedang menggalas tanggungjawab dan tuntutan sebagai ketua keluarga/CEO ini hendaklah sentiasa berdoa dan menghayati firman Allah SWT dalam Surah Furqaan, ayat 74 agar mereka dan keturunan mereka menjadi pemimpin orang-orang yang bertakwa (”...waj ’alnaa lil muttaqiina imaamaa.”)

Maksud ayat :-

” Dan orang-orang beriman berdoa : ” Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri dan keturunan kami anak yang menyejukkan mata; dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa”.


2. Pengukuh & Penstabil Institusi keluarga

Para bapa dan suami sewajibnya berusaha bersungguh- sungguh untuk mengukuhkan institusi keluarga yang telah mereka pilih dan mereka bina sekian lama. Institusi keluarga yang mantap dan kukuh memerlukan seorang bapa dan suami yang mampu memimpin dengan adil dan saksama. Para bapa dan suami hendaklah menerajui dan memainkan peranan aktif dalam memakmurkan rumahtangga dan keluarga mereka. Mereka hendaklah dengan penuh rasa tanggungjawab memimpin keluarga berlandaskan aqidah yang mantap dengan berpandukan kepada Al Quran dan As Sunnah. Para suami dan bapa mesti menjadi penstabil dan pengukuh aspek fizikal, kewangan, mental dan emosi keluarganya. Kestabilan dan pengukuhan sel-sel keluarga ini akan menyumbang kepada kestabilan masyarakat dan negara, Insya Allah.

3. Berperanan sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab dan memenuhi hak-hak ahli keluarganya

Sebagai ketua keluarga, seorang bapa dan suami bertanggungjawab untuk menyediakan pendidikan yang mencukupi kepada ahli keluarganya yang terdiri dari isteri dan anak-anak. Ini adalah kerana anak-anak bakal mewarisi dan mengambil tempat ibu bapa pada hari ini. Pendidikan amat penting kerana melaluinyalah nilai-nilai masyarakat seperti akhlak dan pegangan hidup dapat diperturunkan kepada anak-anak yang merupakan pewaris generasi akan datang. Pendidikan juga dapat mengatur anggota masyarakat agar hidup berdasarkan kasih-sayang, hormat-menghormati dan mempunyai sifat kepedulian yang tinggi, yang akan mewujudkan sebuah negara yang aman makmur.

Surah An Nisaa’, ayat 9 bermaksud :

“Dan hendaklah takut kepada ALlah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap kesejahteraan mereka….”

mengingatkan ibu bapa agar tidak meninggalkan anak-anak yang lemah sebagai generasi pelapis. Seorang bapa haruslah mendidik anak-anak agar mereka mempunyai kualiti yang diperlukan untuk menjalani kehidupan di zaman mereka kelak.

4. Berperanan sebagai pelindung kepada setiap ahli keluarga.

Al Quran merakamkan kisah Nabi Zakariyya a.s. di dalam doa baginda untuk isteri dan anaknya melalui Surah Ali Imran, ayat 36 yang bermaksud :-

”....Dan sesungguhnya aku (Zakariyya) memohon perlindungan kepadaMu bagi dirinya (Maryam) dan keturunannya dari syaitan yang terkutuk ”

Ayat di atas mengajar kepada semua bapa dan suami agar memohon kepada Allah SWT untuk menjaga ahli keluarganya dari gangguan makhluk halus serta gangguan dari segala fenomena buruk di sekitar mereka.

Selain dari doa, adalah menjadi tanggungjawab asasi bagi seorang bapa dan suami melindungi ahli keluarganya. Mereka menjadi benteng dan pagar terhadap maruah ahli keluarga mereka. Mereka seharusnya mewujudkan suasana yang aman dan persekitaran tempat tinggal yang selamat dan bebas dari segala bentuk gangguan yang boleh mengancam ahli keluarganya, samada dari sudut fizikal, mental dan emosi.

Di dalam hal ini, cukuplah dipaparkan pula doa Nabi Ibrahim a.s. di dalam Surah Ibrahim, ayat 35 – 37 yang mengambar atau melambangkan naluri semua ibu bapa yang waras terhadap keselamatan dan perlindungan bagi anak-anak mereka, iaitu :-

” Dan ingatlah ketika Ibrahim berdoa : ” Wahai Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Makkah) tempat yang aman; dan jauhkanlah diriku dan anak-anakku dari penyembahan berhala. Wahai Tuhanku, sesungguhnya mereka telah menyesatkan sebahagian manusia; maka barangsiapa mahu mengikuti agamaku,bererti dia dari golonganku. Dan barangsiapa derhaka kepadaku, maka Engkau sesungguhnya Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Wahai Tuhan kami, aku telah tempatkan anak keturunanku di lembah yang tidak tumbuh sesuatu tumbuhan berada di sisi rumahMu yang mulia.

Wahai Tuhan kami, jadikanlah mereka orang yang dapat menegakkan solat, dan jadikanlah sebahagian hati manusia suka kepada mereka. Dan berilah mereka rezeki, buah-buahan agar merek bersyukur ”.

Doa ini dikuatkan lagi dengan peringatan Rasulullah s.a.w. kepada umatnya, mafhumnya : “Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik akhlaknya dan mukmin yang paling lemah lembut terhadap isterinya” (Hadith riwayat Tarmidhi)

5. Menjadi contoh terbaik (“role model”) dalam mendidik ahli keluarga untuk menghayati prinsip hidup yang positif.

Pernahkah kita melihat seekor itik mengajar anaknya berjalan dengan betul ? Mungkin soalan sebegini melucukan, namun realiti masyarakat hari ini melambangkan keadaan tenat yang sedemikian. Umpamanya, bagaimanakah keberkesanan nasihat seorang bapa terhadap ahli keluarganya untuk mendirikan solat atau berhenti merokok sedangkan si bapa atau suami juga tidak melakukan solat dan masih merokok ?

Lisaanul hal ataupun contoh melalui perbuatan ini merupakan senjata yang sangat berkesan dan kukuh apabila mendidik, namun ia boleh menghasilkan pengajaran sebaliknya apabila kata-kata yang dituturkan dan amalan seharian yang ditunjukkan oleh para bapa dan suami tidak sejajar dengan sahsiah yang mereka pamerkan setiap hari.

Hayatilah dengan teliti firman Allah SWT, Surah As Saff, ayat 2 – 3, mafhumnya :-

”Wahai orang-orang yang beriman,mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat ? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan ”.


Maka sebagai rumusan para bapa dan suami merupakan pihak berwajib di dalam keluarganya dan mesti memainkan peranan yang sewajarnya yang telah ditaklifkan oleh Allah dan RasulNya. Pelbagai cabaran keluarga yang berlaku hari ini tidak mudah untuk diselesaikan kerana punca cabaran ini datangnya dari para bapa dan suami sendiri. Maka berubah dan bertindaklah dari sekarang untuk mengislahkan diri kita menjadi suami dan bapa yang soleh agar kehidupan keluarga kita diredhai dan diberkati Allah swt. Selamat Hari Bapa buat aku !!

Sunday, June 08, 2008

BN = Barang Naik = Bila Naik? = Berapa Naik? = Banyak Naik

Aku teringat paparan pada sebuah kain rentang semasa kempen PUM12 tempoh hari di persimpangan strategik di BB. Paparan itu dengan tulisan cat ala ala banner Ah Long menuntut hutang, berbunyi BN = Barang Naik = Bila Naik? = Berapa Naik? = Banyak Naik. Nampaknya apa yang dipaparkan itu sedikit demi sedikit menjadi realiti dan menunjukkan belangnya. Kos barangan melambung-lambung naik macam air sabun susu kambing. Tiada yang turun melainkan naik belaka.

Selepas harga petrol naik dari RM1.92 ke RM2.70 per litre, hari ni aku baru isi petrol full tank. Kalau selalunya 39 litre tu RM75, hari ni kena RM105...fuyoo tambahan RM30. Aku dok kira biasanya kos petrol aku monthly RM450 tapi now RM630, dalam 40% pertambahan kos. Kenaikan harga petrol ni memberi domino effect kepada harga barangan asasi yang lain. Tak sempat lagi nak absorb dgn kenaikan harga beras, biasanya beras Jasmine cap jalaludiin hassan (pakai kot kelabu) 5kg tu RM10.00, now it cost RM14.00. Gaji tak naik2. Kos makin naik sokmo, pah guano?

Nak tak nak aku ambik jugak nasihat DS Najib iaitu "kena adjust lifestyle", walaupun aku rasa kelompok elite & high-class don't care less apatah mengubah lifestyle mewah mereka itu. The gap getting bigger guys. Jadi bermula hari ni aku plan 20 hari sebulan to & fro ofis tu, aku akan gunakan public transport dalam 15 hari (Bas express-LRT-Bas RapidKL/cab) iaitu hari2 yg aku memang confirm tak ada outstation activities, dapat save RM300 at the expense of additional 1 hr travelling time. Kalau dulu paling tidak pergi pasar mlm sekali seminggu (BB has 2 world-class pasar mlm per week), from now on aku akan cancel visiting pasar malam, maknanya aku akan save RM50x4=RM200. I have a chat with my wife, no more eat out....hopefully it will stick. Kereta 2 buah dah jadi sebuah. Nak ke surau pakai yamaha ego. Kat ofis lunch di kantin saja lah, dapat la save RM200. So tindakan awal aku ni Alhamdulillah dapatlah menjimatkan kurang lebih RM800 sebulan. Semoga dapat off-set kenaikan kos yg berlaku.

Anyway aku cukup bengang dgn keadaan yg berlaku ini. Al maklumlah rakyat marhain in low & middle class inilah yang paling terkesan. And it getting worse by the day. Aku balik bercuti kat kampung hari tu, nasi belauk biasanya RM1 sebungkus now dah RM1.50 sebungkus (50% increment for God sake!!). Beras siam yg aku dok beli RM45 seguni (25kg) kini dah jadi RM100, melampau !! It effect rakyat biasa. Kalau aku yg would like to consider myself in middle class group ini sangat sangatlah terasa bebanan sara hidup yg meningkat berlipat ganda ini, maka aku pitty kelompok low income yang mungkin merangkumi 50% of the population.

Ok, disini fakta yang semua orang kena tahu. Pertama sekali sila lihat perbandingan harga minyak malaysia dan negara negara pengeluar minyak yang lain:-

Harga minyak seliter (dalam RM) di beberapa negara pengeluar minyak dunia:-

- Malaysia RM 2.70
- Iran RM 0.29
- Venezuela RM 0.16
- Turkemenistan RM 0.39
- Arab Saudi RM 0.19
- Mesir RM 0.81

Dari data di atas, membuktikan propaganda kerajaan adalah "questionable". Kesemua negara pengeluar minyak di atas, harga minyak adalah di bawah RM1.00 seliter. Ada sesetengah alasan mengatakan keluaran minyak kita tak sebanyak Arab Saudi yang mengeluarkan sejuta tong sehari. Menurut kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam lingkungan 700 ribu tong sehari. Oleh itu kalau berdasarkan ratio pengeluaran minyak antara Arab Saudi dan Malaysia 1 juta : 700 ribu, sepatutnya harga minyak Malaysia dalam lingkungan RM0.30 sen sahaja. Kenapa Arab Saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.19 sen seliter tapi Malaysia pada 1.92 sen? and now RM2.70?? Bukan kah jauh bezanya? Bagaimana pula dengan Venezuella yang jumlah penduduk hampir sama dengan Malaysia boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter sahaja?Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak dalam negara.

Dalam paper di hebahkan harga Petrol/Diesel akan ikut pasaran global selepas mekanisme baru skim subsidi diperkenal Ogos ini. Tup-tup tak sampai pun Ogos, harga dah naik 40%. Aku dok nampak harga akan naik, naik dan naik. Nak turun payah. Pada masa ini harga Petrol dikawal kerajaan dgn subsidi RM37B pada tahun 2000 kini meningkat kepada RM55B pada 2008 dan dijangka meningkat hingga RM65B kalau mengambil kira harga minyak mentah pada paras USD136 setong. Kalau ikut pasaran nampak gayanya kena ikut harga di negara2 jiran kita la - Singapore RM5.20, Thailand RM4, Filipina RM3.45 & Indon RM2.57. Kalau ikut trend harga di negara2 jiran ini, maka tidak mustahil harga akan terus meningkat hingga lingkungan RM3.50 per litre.

Soalan Cepumas - Tidak bolehkah minyak yang Petronas dok gali tu di allocate untuk kegunaan dalam negeri sikit....jual harga Rm1.50 seliter?? Really mission impossible ke? Aku teringat peribahasa lama "Nak seribu daya, Tak nak seribu dalih". Bukan apa, demi kesejahteraan majoriti rakyat kita, including you & me.

Tuesday, June 03, 2008

Sebentar Yang Di Kejar

Sebentar Yang Di Kejar

Kan Hidup Ini Sebentar Saja?
Kenapa Sibuk Benar Hingga Lupa
Lupa Allah Itu Maha Esa
Lupa Diri Kita Siapa
Bukankah Satu Hari Akhirat Itu
Sama Dengan Seribu Tahun Di Dunia
Mana Yang Sebentar Mana Yang Lama?

Akhirat Itu Kekal
Dunia Itu Sementara
Kalau Di Kira
Seratus Tahun Hidup Di Dunia
Cuma Sekadar 14 Jam Di Akhirat
Kalau Ajal Menjemput Sebelum Usia 100 Tahun
Maka Lu Kira La Sendiri
Seciput Cuma

Tapi Itulah Kita Ini
Terkejar-Kejar Siang Dan Malam
Pada Yang Seciput Itu
Pada Yang Memang Sah Akan Ditinggalkan
Harta, Keluarga, Kenangan, Segala
Apa Sebenarnya Yang Kekal Boleh Dibawa
Sebagai Bekalan Untuk Hidup Di Akhirat Itu
Yang Memang Sah Akan Di Bawa
Siratul Rahim, Akhlak Mulia, & Hati Ikhlas?
Hasad Dengki, Dendam Dumba, & Kata Mengata?

Amal Baik Dan Amal Buruk
Yang Bakal Ditimbang Dan Dihisab
Di Neraca Mahsyar
Akhiran Hanya Dua
Tidak Tiga Atau Berapa
Dua Itu.....Syurga Atau Neraka
Sebentar Yang Dikejar? Tanya Iman.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...