Semalam 12/4/08 saya sekeluarga berkunjung sekali lagi ke Pesta Buku di PWTC. Kami seronok sebenarnya. Di samping anak saya Iman menambah koleksi novel terbitan PTS & KernaDya sebanyak 5 biji lagi, saya pula mendapatkan Sirah Nabawiyah terbitan YADIM terjemahan dari karya Safiyyu Al-Rahman dengan harga RM35 berbanding harga asal RM50. Saya masih teringat kata2 Ustaz yg berceramah di ofis bulan lalu iaitu kita kena berusaha untuk membeli tiket ke Syurga. Bagaimana? Kita kena cinta Rasulullah. Untuk cinta kita kena kenal Rasulullah. Bacalah dan hayati Sirah Rasulullah dan tunjukkan rasa kecintaan itu dengan mengikuti dan beramal dengan segala sunnah baginda. Semoga Sirah Nabawiyah ini bisa mengukuhkan kecintaan itu.
Saya juga membeli 10 novel Creative Enterprise dgn harga RM1 sebiji (yes hanya RM1). Kalau tidak pun untuk bacaan sendiri boleh juga dijadikan cenderahati buat kawan2 atau tetamu. Akhirnya Koleksi Novel Grafik AIE dgn harga RM10 untuk 3 siri (harga asal RM12.90 per siri) sebagai hadiah harijadi buat anak sulong saya Amir (kini menuntut di MRSM KP) yg memang punyai koleksi komik Gempak StarZ & Detektif Conan.
Dan isteri pula mencukupkan koleksi TGNA sebanyak 9 buku dengan membeli satu buku lagi iaitu Bunga Kebahagiaan. Bagi setiap pembelian RM50 layak mendapat satu borang cabutan bertuah. Kalau minggu lepas sebanyak 6 borang telah saya isi dan masukkan ke dalam kotak yg disediakan, semalam pula 4 lagi di tambah. Maknanya kurang lebih RM500 yg telah kami laburkan dlm koleksi buku dan penjanaan ilmu kami anak beranak pada Pesta Buku tahun ini. Saya masih ingat cogankata yg saya isikan di borang2 cabutan bertuah itu - Saban Tahun Ke Pesta Buku, Menambah Koleksi, Menjana Ilmu. InsyaAllah kalau ada rezeki petang ini saya akan mendapat panggilan telefon dari pihak penganjur untuk mengambil hadiah berupa sebuah Motosikal kapcai, TV lcd, atau sebuah Laptop.
Pagi tadi saya berjaya mengkhatamkan sebuah buku bertajuk Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman karya Prof Muhd Kamil Ibrahim (UiTM). Buku 245 mukasurat ini sebenarnya di hadiahkan oleh seorang kawan isteri saya yg juga guru tazkirah di komuniti kami. Terima kasih kami sekeluarga ucapkan di atas keikhlasan beliau menghadiahkan buku ini bersama sebuah lagi buku bertajuk Misteri Solat Subuh karya Dr Raghib dan sebuah CD dari Raihan betajuk Yatim.
Buku ini bukan semata2 catatan pengembaraan Muhd Kamil ke Tanah Suci malah lebih dari itu menjangkau kisah pengajaran dan penghijrahan roh insan dan peningkatan iman. Betapa Ibadah Haji yg penuh hikmah dan nilai yg hebat itu berjaya merubah seorang insan yg serba kekurangan dari segi ilmu agama kepada insan yg berjaya mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam kembara kehidupan menuju redha yg Maha Pencipta. Ia ditulis secara santai penuh pengkisahan perihal pemerhatian dan cerita benar bermula dari Aroma Haji, Tahalul dan Budaya, Watak2 Contoh seperti Hj Daud Tg Karang, Pergerakan Haji, & Doa-doa Pilihan. Kemabruran haji penulis agak terserlah dalam penceritaan ini. Saya seronok membacanya dan mendapat apa yg ingin digambarkan. Di m/s 226 kata penulis "Saya mahu buku ringkas ini dapat memberi manafaat sebagaimana niat asal ia ditulis. Dalam konteks ini, saya melihat ibadat haji mampu menjadi penyebab kepada perubahan iman yg signifikan".
Hari ini saya meneruskan hari minggu saya dengan membaca buku Misteri Solat Subuh sehingga mukasurat 96 dari 147. Waktu solat Subuh dari terbit fajar sampai terbit matahari. Solat Subuh memang solat wajib yg paling sedikit rakaatnya namun ia menjadi pengukur iman dan ujian terhadap kejujuran kerana waktunya yg sangat terhad itu.
Seandainya ada orang kaya yg berjanji memberi kita duit RM1 juta setiap hari pada pukul 5:30 pagi jika datang tepat pada waktunya, apakah kita akan datang? Cuba bayangkan sekiranya kita benar2 datang setiap hari nescaya kita mendapat sebanyak RM365 juta genap setahun. Kemudian cuba bayangkan setelah satu tahun ajal datang menjemput kita. Apakah kita mahu dimasukkan ke liang lahad dengan membawa RM365 juta dalam keadaan tidak melaksanakan solat subuh walaupun sekali? Atau kita dimasukkan ke kubur dengan membawa 365 solat subuh tetapi kita tidak membawa duit walau sesen pun. Jawablah dengan jujur. Mana yang lebih kekal dan bermanafaat? Manusia begitu bersemangat bangun di pagi hari untuk mengumpul harta kekayaan namun tidak berdaya bangun untuk mengumpul kebaikan iaitu untuk solat subuh.
Cuba renugkan, sekiranya isteri atau anak mengejutkan kita pada pukul 5:30 pagi dan berteriak "Rumah jiran sebelah kita kebakaran!". Jawablah dengan jujur, apakah kita akan segera melompat dari tempat tidur dan memakai pakaian seadanya kemudian kita sekeluarga berlari keluar atau apakah kita akan berkata kepada isteri atau anak, "Biarlah saya tidur, kerana saya letih kerana terlambat tidur dan banyak kerja yang saya perlu lakukan esok, InsyaAllah api itu akan padam jua". Apakah kita akan berkata begitu? Jawablah dengan jujur, mana yg lebih menakutkan kebakaran di rumah jiran atau api neraka jahannam di akhirat nanti? Mana yg lebih menyakitkan, api dunia atau api akhirat? Tepuk dada tanya iman. Misteri Solat Subuh, another good book.
Solat adalah tonggak mukmin sebenar. Tanpanya hilanglah pahala ganjaran, sia2lah segala amalan dan terungkailah teras keimanan. Ia menjadi garis pemisah antara keimanan dan kekufuran, penyaring Mukmin dari kemunafikan. Mereka yang tetap menjaganya akan mendapat rahmat dan limpahan keredhaan Allah. Sebaliknya, mereka yg lalai atau selalu terleka darinya akan sentiasa dihimpit kesusahan, dibelit keresahan serta mendapat kebinasaan di akhirat kelak.
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
No comments:
Post a Comment