Thursday, April 10, 2008

Khusyuk Dalam Solat

Alhamdulillah saya sekeluarga berkesempatan mengunjungi Pesta Buku di PWTC pada hari ahad lalu. Ramai nya pengunjung menunjukkan kepekaan kepada ilmu pengetahuan atau sekadar memeriahkan suasana bargain hunting for books. Ramai personaliti public figure yang saya nampak termasuklah Ust Zaharuddin, Rabbanni, Faisal Tehrani, Ain Maisarah, Syed Munawir, & Nazri Raihan. Pelbagai buku menarik telah kami beli termasuklah hard cover Riyadhus Salihin Jilid 1 & 2, Fadhilat Amal, 6 buku karya TGNA, 2 buku Azizi Ali (harga RM10 yg harga asal RM39 satu) iaitu The Millionare Chronicles & MXel (Five Keys To become An Extreme Millionares), buku latihan anak2 Ting 1, 4 & SPM, buku & majalah Gila2 (yg harga rm1 satu). Anak2 saya pula membeli novel2 kegemaran mereka.

Enam buku karya TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) yg hangat macam goreng pisang itu ialah - Tundukkan Hati (Rahsia Keikhlasan Hidup Di Alam Fana), Akhlak Bermuamalat, T for Taqwa, Insan Ingatlah (Sebuah Panduan Menuju Hati Yang Tenang), Nota Kepada Diri, & Khusyuk Dalam Solat.

Alhamdulillah saya telah mulakan membaca sebuah buku karya TGNA keluaran NufairStreet, bertajuk Khusyuk Dalam Solat. Semalam di slot tazkirah pagi di syarikat saya, saya telah membacakan petikan dari buku itu yg bertajuk Hadir Hati Adalah Roh Solat untuk dikongsi bersama. Solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih awal di akhirat kelak oleh Alllah SWT, berbanding dgn amalan yg lain. Sekiranya solat seseorang itu dlm keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yg lain.

Maka tidak syak lagi bahawa seseorang itu berzikir atau membaca dalam solat ialah untuk memuji Tuhan dan yg menjadi matlamat tidak lain melainkan Allah SWT. Solat itu adalah ditujukan kepada Allah SWT, namun percakapan itu akan menjadi sia2 jika tidak disertai dengan hati yang sentiasa ingat akan Allah, kerana hati adalah perantaraan atau wasilah dgn Allah SWT. Bagaimanakah hati boleh jadi perantaraan sekiranya ia dlm keadaan lalai, maka selama itulah segala bacaan itu tidak sampai kepada Allah SWT. Dengan sebab itu ia tidak akan dapat syuhud bersaksi kepada Allah SWT atau melihat Allah SWT dalam ertikata melihat dengan pandangan hati. Hati diciptakan oleh Allah SWT untuk mengenal dan melihat Allah SWT, namun tidak mungkin hati dapat syuhud jika dlm keadaan lalai.

Orang yg hatinya lalai di dlm solatnya, meskipun lidahnya bergerak menyebut lafaz zikir dan ayat Fatihah atau surah, namun gerak lidahnya itu bukan dari dorongan hati. Ia hanya bergerak disebabkan kebiasaan tentulah akan mudah terkeluar dari mulut mereka. Tetapi alangkah jauhnya dari tujuan solat yang difardhukan oleh Allah SWT itu, kerana yg dikatakan solat itu ialah hadir hati ketika melakukan ibadah tersebut. Hadir hati adalah nyawa kpd solat tersebut. Sesungguhnya sesiapa yg tahu rahsia hadir hati dlm solat, maka dgn sendirinya ia perlu tahu bahawa lalai itu ialah lawan bagi solat. Firman Allah dlm Surah Thaahaa ayat 14 yg bermaksud "Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku. Dan dirikanlah solat untuk mengingati Ku (Allah)".

Kesimpulannya hati yang sentiasa ingat dan mengikuti segala perbuatan dalam solat adalah menjadi nyawa kpd solat tersebut. Apabila hati lalai maka solat itu hanya tinggal rangka saja, sedangkan rohnya sudah melayang.

InsyaAllah buku ini sangat bermanafaat untuk peningkatan kualiti solat kita, janganlah setelah melakukannya sejak 20, 30, 40 tahun itu mutunya masih ditahap rangka tanpa roh. Alangkah ruginya kita. Justru buku ini padat dengan pengisian ilmu dlm membicarakan tajuk2 seperti Kesan Solat Yang Khusyuk, Hayati Makna Ayat Bagi Mencapai Khusyuk, Bersemuka Dan Bersoal Jawab Dengan Allah, Bahaya Lalai Ketika Takbiratul Ihram, Hubungan Kegiatan Harian Dengan Solat, Elak Percanggahan Antara Ucapan Dan Tindakan, Solat Dan Hubungannaya Dengan Akhirat, Makrifat Melahirkan Rasa Gerun Terhadap Allah, Mengharap Limpah Rahmat Dan Sifat Lutfillah, Menghias Solat Dengan Sifat Malu, Elak Gangguan Solat Dengan Membatasi Pandangan, Berdiri Solat Bagai Berdiri Di Padang Mahsyar, Pusatkan Hati Ke Arah Objek Yang Di Kehendaki, Antara Seruan Azan Dan Tiupan Israfil, Di Sebalik Kesulitan Menyahut Seruan Azan, Mengadap Allah SWT Sebagai Seorang Pesalah, dan banyak lagi. Kalau ada kelapangan sudi2lah mendapat buku kecil ini untuk panduan kita semua.

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...