Tuesday, November 07, 2006

Dengki

Dalam kitab Penawar Bagi Hati di bab ke 4 ada topik Pada Menyatakan Dengki yang membincangkan perihal penyakit hati ini iaitu dengki. Kitab ini berkisar pada Ilmu Tasawwuf iaitu pengetahuan yang diketahui dengan dia akan segala kelakuan hati, sama ada kelakuan yang dipuji seperti merendah diri dan sabar atau kelakuan yang dicela seperti dengki dan membesar diri.

Bermula dengki itu, iaitu mencita-cita akan hilang nikmat kepada orang lain, sama ada nikmat dunia atau nikmat agama atau mencita-cita akan turun bala atasnya. Dan iaitu haram lagi dosa besar, bahkan adalah ia satu penyakit yang besar daripada segala penyakit hati.

Sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abi Hurairah r.a. - Dengki itu memakan ia akan segala kebajikan, seperti memakan oleh api akan kayu api.

Dan sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Anas r.a. - Jangan dengki setengah kamu akan setengah. Dan jangan memutuskan rahim setengah kamu akan setengah. Dan jangan marah stengah kamu antara setengah. Dan jangan membelakangkan setengah kamu akan setengah pada ketika berjumpa. Dan hendaklah kamu bersaudara, hai sekelian hamba Allah Ta'ala.

Justru kita mestilah bermuhasabah diri dan mengubati hati kita dari sifat dengki ini. Kerana dengki itu memberi mudharat kepada diri sendiri kerana ia membatalkan ia akan pahala kebajikannya. Dan tidak kepada mereka yang dengki ia akan dia, bahkan memberi manafaat akan dia. Orang yng dengki ni selalu hidup dalam dukacita yang berpanjangan kerana memikirkan seterunya yang hidup dalam nikmat itu. Bahawa nikmat seterunya tiada hilang ia dengan dengki itu bahkan digandakan akan kebajikannya, kerana dipindahkan pahala kebajikan orang yang dengki itu kepadanya.

Kesimpulannya, orang yang dengki itu seperti mereka yang melempar seteru dengan batu, tapi tiada kena seterunya, malah melantun batu itu kepada matanya, maka membutakan akan dia. Kita sepatutnya tumpang gembira dengan kegembiraan saudara kita dan bukan sebaliknya, iaitu dengan mencari segala kelemahan, kekurangan dan cacat celanya untuk menimbulkan rasa tidak senang. Gantilah dengan berterima kasih, puji-pujian, dan berbaik sangka bagi melahirkan rasa kebahagiaan dan sukacita. Sesungguhnya nikmat yang Allah kurniakan begitu banyak dan tidak terhitung olah kita.

Banyakkan Bersyukur dan Jangan Mengeluh

2 comments:

pB said...

Bu'ke se'ne nak hi'le raso dengki bilo kito asyik dok tengok orghe hok lebih dari kito...

salam perkenalan...

School Of Tots said...

Kita rasa org dok dengki kat kita, tapi kita kadang tak sedar bahawa kita pun dok dengki kat org. Itu lah penyakit hati yg tak nampak tapi mudarat. Penyakit fisikal boleh gi klinik ambik obat. Namun penyakit hati siapa yg tahu? justru banyak zikrullah dan merendah diri pada Allah, InsyaAllah itulah ubatnya.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...