Thursday, February 01, 2024

ISU PENDIDIKAN


Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap kali berubah.
Yang memangsakan anak bangsa dan memberi impak kpd guru dlm mengimplimen apa yg dimahukan. 

Mari kita sama2 hadam perspektif seorg guru yg melihat apa yg berlaku untuk sama2 kita nilai dan fahami.

***
Izinkan aku memberi sedikit luahan dan pandangan sebagai seorang guru sempena tahun ke-10 perkhidmatan di Planet Terra . 

TL;PR (Too Long; Please Read)🤭😁

1. Sebelum ini kita ada LINUS. Di hujung penilaian, mesti lepaskan semua budak. Tak boleh budak 'tu tak lepas semua konstruk. 
.
2. Datang menteri baru, hapuskan LINUS. Cubaan memperkasa PBD. 
.
3. Datang menteri baru lain pulak, hapuskan UPSR terus. Masih mahu memperkasa PBD, meletakkan PBD sebagai satu2nya instrumen utama dalam penilaian murid. 
.
4. PBD pun ada pincangnya. Secara dasarnya, memang boleh letak deskripsi sekian TP sekian tahap yang harus dicapai oleh murid. 
.
5. Tapi, pengisian data oleh setiap panitia pun berbeza. 
.
6. Contoh, dalam BM takde kolum nilai dan sikap murid. Dalam MT ada. 
.
7. Makna kata, sungguh pun budak tu tak pandai dan menguasai kemahiran kognitif, asalkan sikapnya bagus dalam kelas dan menyiapkan kerja rumah yang diberi dengan tekun, masih boleh dinilai dengan TP yang tinggi pada kolum nilai dan sikap tersebut. 
.
8. Tapi harus diingat, tak semua panitia ada kolum tersebut dalam penilaian dan pengisian data. 
.
9. Datang menteri baru lagi, kita dihidangkan dengan UASA, instrumen tambahan untuk menilai kognitif murid. 
.
10. Sebelum ni, alasan yang diberi semasa pemansuhan UPSR adalah tak nak melahirkan generasi yang exam oriented. Tapi...
.
11. Sudahnya, generasi yang lahir bukan sekadar tidak exam oriented, malahan adab dan akhlak mithali yang ingin dicapai dengan pelaksanaan PBD pun semakin sayup dari pandangan. 
.
12. UASA hadir bersama idme. Pengisian data dalam idme terbahagi kepada PBD dan UASA. 
.
13. PBD mengikut TP, dan UASA mengikut jumlah markah yang dimasukkan oleh guru mata pelajaran per 50/70/80/100 (ikut subjek). 
.
14. Apa yang kita tak tahu adalah, markah tadi rupa2nya ditukarkan menjadi TP (yang tidak dimaklumkan langsung tentang julat penggredan) pada dashboard guru kelas. 
.
15. Makna kata, guru mata pelajaran nampak sebagai markah yang dimasukkan, tapi guru kelas akan nampak sebagai TP. 
.
16. Persoalannya, apa rasional menjadikan markah tersebut dalam TP yang sangat subjektif untuk difahami? Kenapa tak boleh kekalkan saja markah tersebut dalam bentuk angka?
.
17. Sungguh begitu, dalam segala macam kekalutan, orang atasan di langit ketujuh nun sana pula hadir dengan keinginan dan kemahuan data yang cantik. 
.
18. Cuba kita fikir sejenak. Cerita nak data cantik 'ni 'dah zaman berzaman. Tak pernah berubah. Data yang sampai pada orang atasan semuanya data cantik yang telah diubah mengikut selera mereka supaya sekolah tidak dipersoalkan dan guru tidak dipersalahkan. 
.
19. Tapi sampai bila kita nak hidup dalam kepura-puraan? Data yang cantik tidak akan dapat menafikan masalah anak2 kita di peringkat akar umbi. 
.
20. Cikgu2 tersepit, antara integriti sebagai seorang guru dan kepatuhan sebagai seorang pekerja. 
.
21. Bayangkan, kalau kita sentiasa nak hidangkan data yang cantik pada orang awam dan orang atasan, bukankah maknanya kita sebenarnya menipu?
.
22. Jadi cikgu ni katanya pekerjaan yang mulia, tapi kalau dah sampai menipu data, mana letaknya maruah dan integriti kita sebagai seorang guru?
.
23. Bila cikgu2 mengeluh dengan sikap sambil lewa pelajar sekarang, kononnya satu jari tuding orang empat jari tuding diri sendiri. 
.
24. Pusing punya pusing, cikgu jugak yang salah bila anak murid malas dan tak pandai. 
.
25. Orang pernah tahu tak struggle yang cikgu itu hadapi? Orang pernah berhadapan tak dengan murid yang kita sentiasa kena suap dengan jawapan untuk setiap soalan?
.
26. Benar, peperiksaan bukanlah satu2nya instrumen untuk menilai tahap kognitif murid. 
.
27. Tapi, kita tak boleh nafikan peperiksaan adalah instrumen yang paling berkesan dalam menilai tahap kognitif murid. 
.
28. Nak nilai adab, sahsiah apa semua 'tu jangan campur adukkan dengan penilaian kognitif. 
.
29. Benar, bukan semua gajah boleh diuji berenang, bukan semua ikan boleh diuji terbang. 
.
30. Tapi, pada aku, sebenarnya semua memang ikan dan boleh berenang cuma mungkin ada yang berenang laju, ada yang berenang perlahan, ada yang power berenang kuak lentang, ada yang berenang kupu2. Semua pun ikan dengan tahap kemahiran yang berbeza. 
.
31. Yang penting, kita kena buat sesuatu dengan keadaan pendidikan kita yang semakin membimbangkan. Kalau perlu uturn pada sistem peperiksaan, uturn jelah demi kemaslahatan bersama. 
.
Cukuplah 31 point sempena hari yang ke-31 bagi tahun 2024 ni. Harapnya, masih ada sinar buat sistem pendidikan negara kita. Jangan dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran 🥹

Begitulah,

Yang tersakiti,
Cikgu Zulaikha
Cikgu cabuk je 😅🥲

Nota: Tulisan di atas bukan drp seorg cikgu cabuk, itu saya pasti.

***
Saya sudah lama tidak involve secara direct dgn sistem pendidikan di sekolah rendah mahupun menengah krana anak2 saya yg bertiga sudah lama meninggalkan alam persekolahan dan berhijrah ke alam kerjaya masing2. 

Kini cucu sulung saya akan masuk darjah satu di sekolah rendah kebangsaan. Yang seterusnya nanti akn di susuli oleh 4 org cucunda saya yg lain pada tahun2 berikutnya. 

Ketiga2 anak saya melalui zaman ada upsr, pmr, dan spm. Saya rasa itu lebih memotivasi pelajar utk perform, wujud check and balance, krana adanya sistem penilaian dlm bentuk exam, dsb. 

Result drp exam upsr atau pmr juga dpt menjadi prerequisite utk pengajian di SBP. Dan result SPM pula semestinya menjadi lesen pengajian di IPT dan laku sebagai sijil ke medan kerjaya.

Looks good to me. Along the way tiba2 upsr dan pmr pun dipupuskan. Pelbagai ujikaji pun berlaku. Kesannya dirasai kpd pendidikan anak2 yg melalui era persekolahan berkenaan sehinggalah kini. 

Saya aktif dlm grup WA Pemikir Pendidikan yg terdiri drp para ilmuan negara. Sering dibicarakan akn halatuju pendidikan negara. Ramai yg melihat jln yg blur dan kelabu. Luahan di media sosial sekadar di angin lalu. Menteri dtg dan pergi dgn visi dan agenda tersendiri. 

#RenungDanFikir

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...