Saturday, October 22, 2022

KERJA DAKWAH YG HILANG

Kerja Dakwah Yang Hilang

Saya ingin mengimbas satu program yang diberi nama Konvensyen Nasional anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan JAIS atas tajuk Islam dan Islamisasi Di Malaysia berlangsung empat tahun lalu di Shah Alam. Saya merasakan ia sangat relevan dengan objektif pertandingan tulisan ini, untuk sedikit sebanyak mengocak iman kita yang mungkin terlena kepada segala permaslahatan ummah yang berlaku di dalam negara kita khasnya dan di serata dunia amnya. Wacana ilmu yang sungguh intelek dan bermutu tinggi dengan pembentangan 13 kertas kerja oleh tokoh-tokoh akademik dan pentadbiran yang hebat belaka. Sewajarnya program sebegini lebih mendapat sambutan hangat oleh para pencinta ilmu, perisau maslahan ummat, dan pemikir semua. Acara dimalam terakhir atas tema Umara dan Ulama sempena penyampaian watiqah ahli kehormat PUM juga diadakan. Dato Menteri Besar Selangor hadir dan menyampaikan ucapan yang mantap dan bersemangat.

Syarahan perdana bertajuk, ‘Islam: Politik dan Perpaduan Ummah’ oleh Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid merangkap pengerusi Majlis Dakwah Negara, telah menghangatkan suasana dan mencelik mata sekelian yang hadir di majlis makan malam itu. Prof menceritakan sejarah politik negara, naratif perbalahan dan perpecahan, hinggalah kepada harapan perpaduan ummah, agar umara dan ulama’ saling berhubung dan berpaut supaya politik tidak lagi jadi pemecah tapi penyatu. Di suasana negara kita dan dunia yang dilingkungi musuh-musuh islam, matlamat terakhir mestilah untuk menegak Agama Allah. Antara masalah kita ada tiga iaitu jahil, taksub dan tiada adab. Maka kembalilah kepada ilmu. Membudaya ilmu dalam masyarakat dan jaga adab. Fahami ilmu secara mendalam hingga ke dasar, barulah bisa mencapai mutiaranya. Ilmu yang datar sekadar melahirkan pimpinan yang palsu. Taksub kepada yang palsu bisa mengundang rebah.

Dakwah adalah satu kerjaya. Kerja siapa? Kerja saya, kerja anda, kerja kita semua yang mengaku ummat Nabi. Dakwah kerja utama Nabi sepanjang hayatnya. Dakwah kerja utama para sahabat sepanjang zaman mereka. Kerja utama para ambiya, dan alim ulama selepas mereka, hingga Islam berkembang luas ke serata alam termasuklah ke kampung kita di bumi Malaysia ini. Islam itu agama fitrah. Islam itu satu-satunya agama yang Allah Pencipta Manusia iktiraf. Thats the Truth. Itulah hakikat sebenar. Maka kerja dakwah iaitu mengajak manusia kepada agama fitrah, mengajak manusia taat kepada Allah itu menjadi satu kerja saya, anda dan kita semua. Tiada pengecualian. Kerja dakwah juga adalah satu proses yang panjang. Semua kita wajar menyumbang kepada proses itu, termasuklah mencetus fikir. Trigger to think. Asas utama ialah kita menyembah Allah, bukan menyembah makhluk Allah. We worship The Creator, not His creation. Tell the Truth. Nothing but The Truth. Kena berani menegak sesuatu yang hak.

Islam itu agama yang benar dan suci. Nampakkan islam itu dipraktik dalam kehidupan. Kita tidak mahu islam diceramahkan semata atau diretorikkan. Sudah terlalu banyak kecelaruan, kemajmukan, kekucarkaciran atau disruption yang berlaku termasuklah dimedia baru yang wujud atas nama anonimiti, borderless, keyboard warrior atau multiple personality. Maka usaha tegar dan efisyen mestilah ada untuk counter keadaan ini. Ambil peluang masuk ke platform media baru dengan content kemurnian islam. Arusperdanakan islam yg sebenar. Kejayaan dan kebahagiaan itu hanya ada dengan Agama. Sebatikan diri dengan Agama. Insya-Allah manusia akan menggarap kecemerlangan yang sebenar bukan sekadar di dunia yang fana, tetapi melangkaui ke alam akhirat yang kekal abadi. Jazakallah.

*****

 

Penulis Hisham AR pemegang ijazah dari USA, adalah seorang pemerhati dan pemikir yang meminati tulisan dan diskusi intelek, duduk dalam majlis-majlis ilmu dan berkongsi pula ilmu yang didapati itu kepada masyarakat banyak terutama melalui pelbagai media termasuklah coretan-coretan santai di blog, facebook, buku dan grup-grup WA. Dengan harap ilmu yang dikongsikan termasuk dalam kategori ilmu bermanfaat yang punyai nilai sebagai saham akhirat.


--
Menuju Redha Illahi Bagi Mewarisi Syurga Firdausi

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...