Tuesday, August 16, 2022

PRU IS COMING



PRU

PRU sudah mampir. Poster2 mega memaparkan muka wakil2 rakyat mula bersepah di kawasan parlimen atau dun masing2. Harapan besar agar tercalon balik di pru nanti. Selama ni dah 4 tahun lebih kebanyakannya dlm mod hibernasi la kot sebab kalau pun muncul sangat jarang jarang di mata rakyat marhain.

PRU sudah mampir;
1) londehkan semua kes2 rasuah & diluar tabii agar rakyat tahu dan setiap pengamalnya dibawak ke mahkamah
2) juga adakan satu akta yg memerlukan semua dana utk parti2 politik di dedahkan agar menjadi pengetahuan umum eg. Laporan Tahunan Kewangan ke SSM dsb.
3) sumbangan dana utk parti2 politik mestilah di masukkan ke akaun parti berkenaan, bukan ke akaun individu & money trail mesti jelas. No hiding behind the bush utk elakkan fitnah atau salah laku. Udah2lah pilih kaki rasuah jadi pemimpin. Better late than never !!
4) sudah sampai masanya kita clean up the whole mess, no mercy. Semua kaki2 kelentong duit rakyat  deserve to go to Jail. 

Menuju era negara baru yg membawa bahagia kpd rakyat dan kembali menjadi harimau asia. Bukan back to square one. Wallahu'alam.

#BicaraPolitikKedaiKopi

Tuesday, August 09, 2022

USIA SENJA



WAJAH BERKEDUT

Pada wajah yang tua ini
Ada senyum dalam tawa
Ada sendu dalam sepi
Kenyang pada sendawa
Gumbira sekeping hati
Terukir indah gurindam rasa.

***
Kita semua jika panjang umur akan melalui fasa wargatoa & wargaemas. Defininasi saya wargatoa ni umur 55-65. Dan wargaemas pulak 66 ke atas.

Fasa itu nanti akn meletakkan kita dlm suasana yg tidak sama lagi dgn fasa zaman muda atau fasa kerjaya kita dulu, kuat, hensem, & lawa.

Jack Ma bagitau fasa 60 ke atas ni, should spend quality time with your grandchilds.

Tika kita sudah uzur dan lemah ini, orang sekeliling mungkin sudah berfikiran atau berpandangan aduhai jgnlah menyusahkan aku. Ibaratnya begitulah. Anak2 & cucu2 ada kehidupan mereka sendiri. 

Saya pernah melihat seorg so call wargaemas yg berharta dan punyai byk biznes yg berjaya, yg kini di handle oleh anak2nya, cuba utk make herself present. 

Tapi ya lah anak2 pun sibuk, jadi tampak dia seolah2 cuba menumpang kasih, dan ibarat melukut di tepi gantang la pulak. Maka pandai2lah dia membawa diri, makan sendiri2, ke masjid sendiri2 mengisi masanya. 

Tentu dia berharap pasangannya masih hidup utk berkongsi rasa dan cerita selagi hayat dikandung badan. Fasa ini juga yg kebanyakan kita akn lalui nanti.

Jumaat lps saya sempat berborak dgn seorg pakcik yg kematian isteri minggu sebelumnya. Katanya dia rasa sunyi sebab teman yg selama ini di sisi telah tiada. Tiada lagi pendengar setia dan pasangan bicara. Jadi dia terus sibukkan diri solat fardu berjemaah di surau & masjid. 

Cuma dia perasan anak2nya mula beri lebih perhatian kpdnya, call bertanya khabar, dah mkn ke blom. Kerana sblom ni depa byk berkomunikasi dgn arwah ibunya. 

Dulu anaknya bagi rm100, skrg bagi rm200. Saya tak mintak pun, tapi bila depa bagi saya ambik, katanya. Pakcik ni dah 10 tahun pencen slps 30 tahun kerja bank. Dia kena pandai2 lah bawak diri. Tentu dia pun rasa lega dapat berborak dgn saya sblom khutbah jumaat tu. Saya pulak layan baik punye.

Ada seorang lagi wargaemas yg kematian isteri sudah beberapa tahun, ditemukan jodoh baru. Maka terisilah kesepian yg dilalui. Namun kekuatan jasmani dan kewangan bukan seperti zaman muda2 dulu. Maka istana baru yg dibina itu tidak kekal lama. Begitulah antara dilema seorang wargatoa utk mencari bahagia di usia senja.

Justru hargailah setiap detik quality yg kita dapat spend bersama pasangan hidup kita masing2. Smoga kita dikurnia usia yg baroqah dan pengakhiran yg husnul khotimah.

#MenitiUsiaSenja


Tuesday, August 02, 2022

MEDSOS



MEDSOS

Dulu tika internet mula boom, byk yg risau krana katanya internet ini membawa byk mudarat. Tapi kehadiran teknologi internet tidak dapat disekat. Ia umpama gelombang ombak laut yg menerjah pantai, hingga akhirnya ombak dgn pantai berpisah tiada, umpama aur dgn tebing dan menjadi penyeri kehidupan, menjadi pilihan pengubat hati pada setiap destinasi percutian.

Kemudian kita dihidangkan dgn teknologi telefon pintar, sgala maklumat di hujung jari. Aplikasi seperti google, youtube, FB, IG, Twitter, TikTok menjadi sinonim yg standard dlm masyarakat dgn jutaan pengguna di seluruh dunia.

Maka timbul pula pelbagai keresahan. Bahan2 mengarut termasuk kategori lucah tersebar luas tanpa dapat dikawal. Semua ini menjadi bahaya yg merosakkan masyarakat, mencemar nilai2 murni, dan bertentangan dgn ajaran agama. 

Naik moto jugak bahaya, so jgn naik moto. Jalan kaki tepi jalan pun bahaya, takut kena langgar. Semua benda tu ada bahayanya. Jadi kena guna dgn berhati-hati, ada peraturannya. Begitu juga dgn FB, IG, TW, TT, dsb. Batasi & kawal penggunaannya dgn ilmu, iman, & taqwa. 

Dikatakan seseorg yg tampak alim dan ahli masjid, blom tentu kukuh iman & taqwanya bila bersendirian di dunia telefon pintar & mobile apps nya. Satu isu taboo yg jarang dibicara. Mohon Allah bagi kekuatan iman utk melawan godaan nafsu & bisikan syaitan. Krana manusia itu lemah, tiada daya upaya melainkan dgn kudrat dan iradat yg Allah berikan. 

Di bincangkqn juga kerisauan perihal apps trending terkini yg hot iaitu TikTok yg fokus 100% contentnya kpd video2 pendek. Katanya 80% contentnya hampas tapi terus menarik viewers puluhan ribu. Kegilaan memburu like, share, followers, & comment menjadi prioriti utama. Bukan sia2 katanya krana ia menjana pendapatan tinggi. Justru menjadi influencer, youtuber, atau tiktoker bukan lagi kerjaya asing. Mereka diangkat menjadi idola bagi anak2 muda hinggalah org2 dewasa.

"TikTok has now taken the world by storm. But it’s not only a place where the cool kids hang out. Recently, even businesses have been getting a share on TikTok traffics."

Semua platform medsos ini juga telah diguna pada tahap gaban utk tujuan sales & marketing, yg merancakkan dunia bisnez moden secara online. Ramai menjadi jutawan dan berbangga dgn kejayaan & kereta mewah. Sesiapa yg mengabaikan platform medsos ini dlm perniagaan mereka akan tertinggal flight.

Teknologi hadir dgn pantas dan tidak boleh disekat. Medsos telah menguasai media dan menjadi ikutan ramai & menjadi sebahagian drp kehidupan manusia banyak. 

Antara hikmah hijrah ialah mendepani sgala isu itu dgn kretiviti & strategi yg mampan, menggunakan medsos kpd kebaikan, mengajak manusia taat kpd Allah. Kena cepat kena laju, hasilkan konten yg bermanfaat utk ummat. Jgn salahkan org lain yg menyediakan konten yg berjaya menarik ribuan odion. Salahkan diri sendiri yg slow dan tidak kretif. 

Medsos ialah sebhg drp kehidupan masakini, so ride on it. Be creative pada landasan taqwa. Itu lah cara utk counter dan memberi pilihan yg munasabah pada platform awam arus perdana yg trending ini.

Wallahu'alam.

@@@



ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...