Saturday, February 27, 2021

MUHASABAH


Tika usia makin lanjut ini iaitu baki usia semakin hari semakin pendek. Saya menilai situasi diri. Terlalu banyak nikmat yg Allah kurnikan. Tidak terhitung banyaknya dari A to Z, semua Allah yg bagi. Saya tiada apa. Semua Allah punya. Cukupkah syukur saya selama ini atas segala kurniaan yg Allah bagi?
Syukur itu bukan sekadar ungkapan Alhamdulillah dibibir. Tapi syukur mesti dizahirkan dgn mengikut segala perintah Allah. Perintah Allah ada dua. Satu, ikut segala suruhan Nya. Dua, tinggalkan segala larangan Nya. Bersyukurkah saya selama ini?

Setakat ini tiada ujian2 berat yg Allah berikan kpd saya. Semuanya diatur baik dan sempurna untuk saya. Berbanding dgn insan2 lain yg kurang bernasib baik atau ditimpakan pelbagai ujian atau musibah yg berat2. Adakah saya cukup menghargainya atau merasakan ia biasa2 sahaja?

Kekadang kita rasa ujian, dugaan atau cabaran yg dilalui atau dihadapi itu sangat berat. Tidak mampu kita menanggungnya. Seolahnya end of the world. Sebenarnya segala ujian ini tidak berat pun. Dan ianya akan berlalu jua. Segalanya di dunia ini adalah sementara sahaja. Sakit yg sementara. Susah yg sementara. Senang yg sementara. Tiada yg kekal. Ia hanya ujian bagi org yg beriman. Latih tubi diri untuk banyak syukur. Allah akan tambah lagi nikmat bagi org2 yg bersyukur.

@@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...